Saturday, February 26, 2011

Tak cakap memang tak faham!

I am not happy
I am not happy
I am not happy

Dont you see?

Of course you dont.


Friday, February 25, 2011

Kan bagus kalau....

lalalallalaaa



Kisah cinta I sejibik macam dalam drama korea. PANG! Tolong sedar, this is realiti ok.

Okey! Nak berangan pun tak boleh. But, hey, korang yang gegirl tu tak de ke angan mat jenin, terbuai-buai dengan drama cinta korea ni. Owh..Im so melting with korean drama+actor. Hee~~ I bet, you pun sama kan. We love korea drama! We love ain! Eh..

I perasan yang every drama korea ni mesti ada babak-babak yang tipikal yang "eh, kenapa macam ni sokmo, orang korea memang gini ke"? Tapi takpe, asal pakwe dalam tu hensem, layan saja maa.. Oh ya, scene tu adalah dimana scene sang hero dengan hensemnya bersandar di keretanya menanti sang heroinnya di depan rumah. Hoho..kenapa tak ada orang nak tunggu I jugak ye.. Hee...

Ang those korean, kulit diorang sangat cantik dan licin mulus bak telur dikupas. Flawless rite? I think la, salah satu sebab adalah kerana cuaca dan persekitaran country. Plus, tengok saja cara pemakanan mereka. Er, jangan pulak yang tang makan babi tu ye.

Lagi, make up diorang sangat magic. Oh, tapi yang ni tak best. Fake kot.

Oh, where am I?
Dah merapu ni kan, kita sedang cakap pasal drama korea. Hee, pesong sikit takpe.

Ha, drama korea yang semua orang tahu mesti winter sonata dan full house. Kalau tak tahu sila lempang ah diri sendiri. Hidup zaman batu ke tu pun tak tau. Even my lecturer yang skema tu pun tahu (apa kaitan skema dengan full house dan kenapa nak peduli kalau orang tak tahu kan?.. Dan saya, eh, I rasa demam ni bermula dengan Winter Sonata. Kan? Lepas tu menyusul la drama-drama yang super duper syok dan penuh dengan pakwe hensem.

I love Full House but I love SAVE YOUR LAST DANCE FOR ME even moreee....


Mesti korang cakap "ek eleh, drama ni tak best pun. Hero pun kureng hensem. Berjuta kali hensem Rain tu. Takpun yang tengah nyanyi kat atas tu (sila play video di atas)".. Salah! Hero dia dan heroin cantik. I suka sangat cerita dia. Towards ending dah main emosi gua. Owh..sedihnye. And I sangat pasti yang salah satu sebab I love love this drama so much adalah kerana feeling semasa menonton. I mean, I watched all episode of Full House in one day, half day i far as i can remember. Jahanam laptop gua. Tu yang sampai sekarang dok peram dekat Nilai.

Sambung balik.
Menonton Save Your Last Dance For Me (penat lol nak kena capital for each word, well, orang skema) buat I sangat teruja. Yes, time tu tengok dalam TV, ntv7 lagi, 9.30 malam setiap Isnin sampai Jumaat. Kalau tak salah. Perasaan nak tengok next episode tu wallah excited sangat tambah-tambah bila dia tunjuk next episod. Kalau tengok Isnin, ok la tunggu Selasa tapi tengok Jumaat kena tunggu next week. Debar plus teruja tu macam tunggu nak jumpa boyfriend yang dah lama tak jumpa. Curiosity tu sangat tinggi. Macam lebih-lebih je kan. Hahaa...

But now, nak tengok drama, mintak je dengan siapa-siapa, satu hari dah boleh tengok 2 drama. Tak tahan nak tunggu esok. Baik tengok je terus. Yela, nama pun tengok kat pc kan, apa? laptop? yeye..laptop. Kalau tengok tengok tv, boleh ke pergi call stesen tv suh tayang terus 20 episod tu. Hell, no la.

Sebab tu la feeeling dia berbeza..=p

All mixed: ROJAK

Past few days, something happen !

So, I berehat dari menulis dan blogwalking. Hey, Im not doing blogwalking for nothing. For sure lah nak usha pakwe hensem. Eh, bukan. I found a few belog-belog yang " I suka apa yang diorang tulis dan cara penulisan itu dipersembahkan". Its not easy unless dah memang kau ada genes yang akan diekspreskan sebagai pandai menulis. Oh..jeles.




it start with DNA-genes-chromosome

Ini bukan belog Pengekspresan gen so bukan nak cerita pasal gen. Tapi kalau ada yang berminat boleh tanya. Hikhik... I wish i have a can-read-mind genes, so that nobody can fooled me. Yeah! Sila la berangan. So, (so lagi) something happen yang dekat atas tu tak ada. Huu..

Actually, I want to share my experience about this :something happen: but I think, later-later la ye. So guys, tolong berhati-hati dan fikir masak-masak (sampai hangus pun takpe) sebelum buat sesuatu. Dalam bumi Allah ni begitu banyak dusta dan duka yang ada. U wont know unless it happen to you. Kita selalu harap all yang buruk-buruk tu stay away from us but we are human, kita bukan Tuhan. Kun Fayakun, maka Jadilah ia.

Dan bila ia terjadi, selalu semat di hati, tiada manusia yang tidak diuji.


Thursday, February 24, 2011

Marilah kita sama-sama berdoa.

Doa orang-orang teraniaya itu termakbul.
Kadang-kadang jadi pelik dengan orang yang plastik ni.
Sampai bila mahu jadi plastik?
Sampai bila mahu tenggelam dalam dosa?

Benar, segala-galanya perlukan wang.
Tapi, wang bukan segala-galanya.

Continue esok jelah.

Monday, February 21, 2011

Jadi kanak-kanak sangat FUN FUN FUN.

I am 20++ this year. And always be. Haha.. Stok tak sedar diri. Untuk memastikan always 20 kena banyak senyum. Senyum itu manis. Cuba sebut M-A-N-I-S. Kan manis tu...<<>


Where am i?
Oh, yeah!


Apa yang paling kamu semua suka semasa kecik-kecik molek dulu. I mean, toys or game or permainan yang tradisional yang pada masa sekarang like dah tak wujud. What? Konda kondi? Apa tu.. haha... Im 2011's baby. So, tak tahu apa itu konda kondi. (rasa nak sula kan)

Do you remember Tora. Or dora datang lagi. Same rite. Eh, im not playing this masa kecik. I main pondok-pondok. Main cikgu-anak murid or main bos-pekerja. Haaa.. Ini baru best. Heh.. you ada? But now, I tengok budak-budak zaman sekarang main bola sepak dekat padang belakang rumah. Beli baju pulak nak nombor-nombor. Yang paling cool main game dekat laptop. Hancus laptop gua. Orang main Zombie pun dia nak. Orang main facebook pun dia nak. Padahal satu benda tak reti. Email gua lagi jadi mangsa..

Oh ya, im talking about my little brother. Eh, adik korang ada macam ni tak? Mesti ada kan?

Tapi ada perkara yang I buat masa zaman sekolah dulu, budak kecik tu masih buat jugak. I dunno la sama ada sebab belum ketinggalan zaman atau sebab genetik. Boleh ke? Sticker dan jutaria. Jutaria murah gila. Nak beli Saidina tak mampu, kitorang hentam je Jutaria. Sticker pulak yang dia suka Ben 10. Dulu Ben 10 belum lahir sebab tu kita suka sticker Sailormoon. Eh, tak. I suka sticker Power Rangers. Hoho..

That was years ago....
Last week, I dengan Cik Zahirah went to this kedai-kegemaran and we found something yang buat kami balik to 1990an.






Can you see the difference? Yes. The size.
This cute thing sangat kecik masa beli, like 1-2 cm, but after rendam dalam air, dia jadi besar.. Hahaha.. Im so excited to see the result. Gambar yang kedua adalah selepas 2 3 days. Saiz dia dah jadi besar, panjang lebih kurang satu pembaris pendek tu. 15cm kot. Kan? Like kerja gila kan tapi seronok.

And I rasa ada konsep osmosis di sini. Ikan tu mesti diperbuat dari something yang akan membesar bila absorb air. Er, rasa macam fail je hipotesis ni.

Nanti nak beli yang honeystar pulak. Eh, bukan. Starfish.

Roadshow ABP: Melting...

Yes! I went to SACC Mall Shah Alam for this. Haaa.. Sangat ramai orang on that day. For sure because of this two hot stuff.. Haha...





Credit to google dan orang yang snap those pics...

Oh, Cik Zahirah sangat teruja jumpa dengan Sam. And Lisa sangat cantik plus cun okeh. But, I tak minat dia (tak, bukan dengki). Tapi, dia sangat cantik. And Sam sangat sangat sangat hensem macam Sam.. Melting....

I was hoping to see Liyana Jasmay tapi dia tak datang. Mencik ah. Eh, Didie Alias pun ada on that day. Err.. lupa pulak nak ambik gambar dengan dia. And untuk ambil gambar with those calon-calon kita kena bayar RM5. Dah tak ada peluang ambik gambar dengan Sam, I hentam pergi ambik dengan AG Hot Fm... Jalan je..



Persetankan postur yang agak 30 darjah senget.. Haaa, terasa pendek pulak.
Oh ya, apa barang pergi nengok artis tapi selai gambar tak de kan. Yeah! Ada, walaupun gambar hudus.. Hahaa, Dengan orang yang sangat ramai, sampai lenguh tangan (sekarang pun belum sembuh) tapi demi mu Sam, Ku korban segalanya..





See? Rasa nak peluk tak? Haaa...


Asyik sebut Lisa, Sam je. Ada jugak a few artis lain. Cuba tengok tu. Didie Alias dengan sape tu.. eh, bukan ke itu orang yang ambik gambar dengan I? Haha..


Sila tengok pakwe yang pakaikan sari untuk Sam. Haaa, hensem. Ini yang kita panggil sambil menyelam minum air.


Saturday, February 19, 2011

Hypocrite yang perlu.

Am I a hypocrite? <<<<<>

Im not saying i am a hypocrite but im not saying that im not a hypocrite too. Oh, I pun tak faham apa yang I tulis. Haha.. Kita selalu pandang yang hipokrit ni satu perkataan yang buruk, I mean, hypocrite is a mean word. Like "kek ni sungguh keras seperti selipar jepun dan tak sedap". Adakah lepas berkata demikian kita akan ngap je kek tu sampai menjilat jari. NO. (huhu, sungguh tak bersyukur kan).

Eh, kek tu contohnya, bukan nak cerita pasal kek. (teringat choc indulgence dari resepi rahsieeewww bak kata pakwe Anwar Hadi)

Ok, kita mesti ada kawan kan, or collegues, or jiran sebelah atau siapa-siapa je yang kita selalu atau kadang-kadang berkomunikasi dengan mereka. Kemudian nak dijadikan cerita kita pulak tak suka dengan orang tu, why? Sebab "dia tu hipokrit ah, nyampah aku". Nampak tak yang hipokrit tu bukan perkara yang baik.

NO! Sometimes kita perlu jadi hipokrit supaya kita dapat menjadi orang yang baik-pijak-semut-tak-mati dan juga untuk elak konflik. In real world (bukan Alice in wonderland atau Magika) I dah tengok sendiri kenapa kita perlu jadi hipokrit dan jangan bercakap terlalu lantang. Yes, memang betul yang kita perlu tegakkan hak kita dan bersuara tapi do it in a proper way. Kalau tak memang tak jalan la der...

Macam my ma cakap, walau macam mana marah dan rasa nak bakarnya baju customer tu, kita kena jadi hipokrit. Sah-sah customer tu cakap tak ingat dunia tapi sila la jadi hipokrit. Iya kan je apa yang dia kata. Let say my ma pun balas apa yang customer tu cakap, adakah dia akan datang balik? Memang tak ar.. Tak pasal-pasal rezeki hilang.

Mesti selalu kan kawan-kawan kita buat hal. Dan kita pun rasa nak lempang sejuta kali dia. Tapi I bukan kaki gaduh. Nanti bila dah gaduh, hati sakit, fikiran tak senang, nampak kawan tu pun rasa serba-salah. So, bila kawan I buat sesuatu yang I tak suka, I diamkan aja. No! Ini bukan bermaksud I biarkan dia pijak kepala. Lagipun perkara yang dia buat tu memang kita boleh tolerate plus memang perangai dia macam tu. Jadi, tak perlu la kita nak huru-harakan keadaan. Jadi hipokrit dan berbicara la dengan dia sebaik yang mungkin. Hati kita senang, gaduh pun tak ada. Bahagianyaa....

Apa yang I tulis adalah 100% from my view.



Gambar di atas adalah contoh macam mana nak jadi hipokrit yang baik. What im saying? Oh yeah.

Jadi hipokrit in a good way maksudnya kita tak nak create onar, so pretend yang kita just fine dengan apa-apa keadaan walaupun realitinya dalam hanya Tuhan yang tahu. Do you understand what im trying to say. If no, just say yes. By saying that you are hypocrite in a good way. Haha..



p/s: shawl dan inner hak milik Zahirah. Pinjam meminjam itu normal plus wajib antara kami. =p

Friday, February 18, 2011

How time flies..

Today is 18 February 2011!

Bukan ke semalam.....






Thursday, February 17, 2011

Same word with different meaning

Dan yang pasti BIG DIFFERENT.

Orang yang jual ikan dari rumah ke rumah secara kecil-kecilan kita panggil penjaja ikan. Dekat rumah I ada la orang macam ni. Dan penjualan secara macam ni sangat memudahkan suri rumah. Tak payah pi Tesco. Heh.. Orang yang jual cerita atau keaiban orang lain kita panggil penjaja jugak. Penjaja mintak-pelempang.

Alah, sebijik ha dengan orang mengumpat. Im not saying yang I tak pernah involved dengan aktiviti mengumpat ni yang dikatakan dipelopori kaum Hawa. Apa ni, lelaki pun suka jugak kan? Kesian perempuan. Tak baik tau. Haha.. Semua orang tahu mengumpat tu dosa dosa dosa, dikatakan seumpama kita makan daging saudara sendiri. Seram kan? Tapi....(sila isi dengan jawapan sendiri la)

I dah biasa, boleh dikatakan hari-hari pun dengar orang lain cerita pasal betapa buruknya orang lain tu, betapa menyampahnya dengan orang lain tu, betapa nak rasa lempangnya orang tu. Seronok pulak mengumpat ye. Ceh. Tapi bila kau dok gebang pasal orang lain tu, habis semua kau cerita, padahal I tak kenal pun orang tu. Dan, kau kenal dengan I berapa lama? 2 hari meyh..

Ini adalah kali pertama I rasa nak PANG je orang yang jadi penjaja-mintak-pelempang. Ok, bagi I normal la kan, you cerita pasal sesuatu (spesifiknya seseorang). Nobody perfect and everybody know that. Setiap orang tu ada buruk ada baik. Dan you rasa geram dengan ketidaksempurnaan orang tu yang menyebabkan you nak cerita pada orang lain. Why? So that orang yang dengar akan cakap

"teruk gila nak mampus minah tu"

And then you cakap "Aah"

Itu ke yang you nak?

Tapi bila you cerita dari A ke Z and semuanya yang buruk hodoh gila pasal orang tu plus dengan orang yang ada kaitan dengan orang tu pun sekali you cerita keburukan dan kehodohan dia, I really dont understand. Why? Because orang tu teruk? Jaja la.

At the same time, you pung pang pung pang pulak pasal betapa hebatnya family you. What do you want? I langsung tak nampak how good you are sebab ada family yang tip top sebab you sendiri letakkan diri you dekat bawah.

Sebab taknak dengar lagi cerita busuk tu, I excuse pergi ladies.

Huh!

I faham ada orang suka mengumpat (seperti bercakap terkena batang hidung sendiri). Tapi bila umpatan tu jadi kuasa 10, can you imagine macam mana bersungguh-sungguhnya si pengumpat tu bercerita? Like dia sahaja yang sempurna. Dah la dalam sesi menjaja tu, ditambah-tambah kebaikan dia. Apa motifnya?

Tak pasal-pasal, I pun dah jadi penjaja mintak-pelempang.

Monday, February 14, 2011

There's a first time for everything.

Hari ni first time kite tahu yang RHB bank tu local bank dan RHB means: RADHID HUSSEIN BANK. Adakah kite manusia pertama dekat Malaysia yang baru tahu? Ok, you semua boleh gelak sekarang. Mencik!

See, semua benda bermula dengan langkah pertama. I still remember first time belajar berjalan dulu. Takut sangat. Bila berdiri tu, nampak lantai sangat jauh. Time tu terfikir kalau rebah, mati laaa... tapi, my ma bagi support. Pastu tangan dah redi nak sambut I, terus je yakin buka langkah. Satu satu. Bok! Jatuh. Sakit tau. Tapi mana ada menangis, bangun cepat je.

Tak sangka kan, I still remember that moment. PANG! Terima kasih. Itu adalah angan-angan semata-mata. Perkara yang paling awal I remember adalah semasa kena bedal dengan hanger sebab tak mahu pergi taski. Ok, sila gelak lagi.

Hari ni, (kalau cakap tahun lepas pun tak ada orang kisah la) I pergi kerja. Hahaha.. Pastu jumpa pakwe hensem, dia hulur business card dia. Malam ni kitorang nak pergi dating. Mimpi tak ke sudah...hahha..

Hari ni sebenarnya my first day kerja. Actually, bukan la first time sangat la sebab before graduated hari tu (sebenarnya tahun lepas) I pernah rasa terbuai-terbuainya bila dapat gaji. Rasa macam berbaloi hari-hari bangun pagi pergi kerja tahan ngantuk. Ces.. And then, baru-baru ni pun pernah start jugak. Tapi tak kira, nak cakap jugak FIRST TIME!

I JUST REALIZED (eh, tertekan capslock) yang bukan bermakna bila kita dah junjung diploma atau degree dalam any field tu maknanya, kita kena stop learning ataupun continue dengan benda tu jugak. No, ia lebih dari tu. Terlalu banyak perkara yang sangat bernilai untuk kita kutip sikit-sikit dari dunia ni. Yang sikit-sikit tu la jadi harga kita. Now, I want to go there. I want the price. Motivasi tinggi sungguh. This is how i heal myself. Luka yang dikau tinggal terlalu dalam. Ceh!

Jatuh cinta for the first time juga sangat manis macam gula sampai bila pergi check kandungan gula dalam mulut memang 99%. Yela, orang bercinta bukan ke ayat semua nak manis? I dont have to do that because I prefer untuk jadi diri sendiri sampai kena reject. Errr.. Kena reject for the first time adalah sangat pahit macam kau hisap panadol sepuluh bijik. TAK! sila darabkan kepahitan tu dengan 100 atau dengan 1000. Baru dapat nilai sebenar kepahitan tu. Darabkan lagi dengan 100000 kalau dah berbulan-bulan pun masih rasa pahit.

I need to stop writing now.

Saturday, February 12, 2011

Tiruchirappali...wait for me!

I heard about this twist-your-tongue word yesterday, for the first time.. Hahahaha. Simply because Im no so good in Geografi but then I got A. That was a prove. Im not so stupid in Geografi, maybe. Im in love with History not Geografi, but I can draw Malaysia map and it is a wonderful drawing. If you ask me how, I tell you now eh..

"Im born with drawing skill" (rasa nak lempang tak?)

Thanks to one of my customer for saying this word. Kalau tak memang sampai kiamat I tak kan taw pasal kewujudan tempat ni. Yes! Tiru tu nama tempat la. Tak taw? Memang la... Sebab level of my curiosity sangat tinggi sehingga ke tahap boleh memecahkan termometer, I check about this Tiru. Google la, easy man. Kata wujud pada abad 21 kan.

Oh ya, masa customer tu sebut Tiru ni, I confirm yang I tak dengar word TIRUCHIRAPPALLI.

"Kochi?"

Bukan jugak. emm, so I try and jumpa.

"T-I-R-U-C-H-I-R-A-P-P-A-L-L-I?"

"Ya, trichy."

Sama ke tu bang oi? Sama la sebab Tiru kepala pali ni kita sebut jugak sebagai Trichy. Em, buat sakit lidah je taw.

Pernah dengar Tamil Nadu? I pernah, juta-juta kali dengar. Dalam subjek Geografi ada sebut ok. This Tiru Kepala Pali ni salah satu bandar dekat Tamil Nadu. Tamil Nadu dekat India meyh.
Jawab saya dengan sombong dan berlagaknya. Perkataan Tamil tu dah bagi clue, kalau cakap dekat New Zealand apa salahnya? Helo, dekat Pahang ada satu tempat nama kampung New Zealand ok. So kalau orang tanya New Zealand dekat mana cakap dekat kampung Siti. Dont worry, ur not stupid cuba kurang mengerti ja...haha..

Makin banyak benda yang kita tahu, makin banyak pula benda yang kita tak tahu. Inilah learning process yang sampai hujung nyawa pun kita tak kan dapat tahu semua benda yang ada dalam dunia ni. tu belum masuk dengan luar dunia kita. Masa kita 5 6 years old, kita belajar ABC, lepas tu kita belajar membaca.

Lepas belajar membaca, kita jumpa banyak benda yang perlu dibaca, lepas kita baca satu benda tu, kita dapat satu soalan, kita cari jawapan, bila dah jumpa jawapan kita jumpa soalan lagi dalam jawapan tu. Situasi ni berterusan. Nampak tak? Kita tak akan pernah tahu semua benda.

Jangan cakap yang bila dah keluar universiti tu (keluar dengan lulus, kalau kau kena tendang tak masuk korum) kita dah pandai. Tahu serba serbi sebab I akan cakap dekat you...

"Welcome to real school"

Thursday, February 10, 2011

Mimpi lencun bukan mimpi basah.

Pertama-tama sekali minta maaf untuk tajuk tu. Agak kurang ajar gitu.

Kedua-dua dua kali, I nak beritahu yang kenapa tak boleh buat font BESAR dan pick colour untuk tulisan? Sapa yang dapat jawab, I bagi nombor topup. Nahh,,,tapi tak pasti la nombor tu boleh guna or lalalalala....Ok, kidding. I really really nak besarkan font sebab I sakit mata la tengok kecik cenonet je tulisan ni, korang yang baca pun mesti sama kan?
Apalagi? setelkan masalah wa, wa kasik lu kasih sayang. Mau?

Baiklah, pernah tak you semua mimpi benda yang sama untuk tempoh yang lama? Mimpi basah tu lain kira la kan? Misalnya mimpi jatuh katil dan mimpi tu selalu sangat muncul dalam tidur you semua?

I do. Mimpi ni dah lama menghantui jiwa dan mimpi daku. Alhamdulillah setakat ni tak ganggu my own pathetic life. Ceh. Kalau difikir-fikirkan balik, mimpi ni dah lama dah muncul, setahun lepas mungkin. Mungkin juga dua. Dan dia sering muncul sebulan tu banyak kali jugak.

Mimpi apa?
Agak segan la nak reveal kat sini. Kalau mimpi nikah dengan Asyraf Muslim boleh la...(dengar nama pun dah sejuk hati). Orang kata mimpi gigi tercabut ni berkaitan dengan mati. Well well well, I selalu mimpi gigi tercabut, terpatah, semua ter ada. Takut taw. Kita tak nak rongak macam darjah 2 dulu.

Dah bertahun asyik mimpi sama, tak sapa pun mati. Atau I yang nak mati? Semua orang pun akan rasa mati. Cepat atau lambat je. Selalu la ingat pada mati. Andai tiada esok, I abadikan tulisan-tulisan murah I ni untuk semua yang sayang dekat I...=p

Seorang pakar mimpi, yang I tengok dalam WHI TV3 cakap, mimpi ni sama ada datang dari syaitan atau Allah. Kalau datang dari Dia, itu petunjuk. Kalau syaitan, kita semua tahu kan? Mainan tidur. Syaitan itu kerja dia sesatkan orang. Kalau kau bagi jalan salah dekat orang, kau pun syaitan. Boleh? Tapi, untuk tentukan mimpi tu datang dari Dia atau syaitan, nanti I tanya ustaz tu lagi ye.

Lagi, ustaz tu ngomong, kalau kita nak tahu maksud mimpi kita, bila kita bangun pagi, amik Quran tafsir, pejam mata, buka Quran tu, tunjuk pada Quran, buka mata, tengok jari kita dekat mana, baca ayat tu. Ustaz tu kata kat situlah jawapan kepada mimpi kita. Hebat kan Al-Quran. Selalulah baca dia..

Kita pun dah diajar kan dari kecik lagi sebelum tidur basuh kaki, gosok gigi, ambik wuduk, baca doa sebelum tidur. Masa kita tidur tu, roh kita pergi jalan-jalan. Kalau esok kita bangun, maksudnya roh tu balik kalau tak?

Nak tidur.

Wednesday, February 9, 2011

Budak kecik sangat comel kenapa ada yang sampai hati nak sepek mereka?

Hari-hari I berjumpa dengan budak-budak. Dan pastinya semua mereka comel-comel belaka. Rasa nak peluk-peluk je. And hari ni pulak jumpa dengan seorang boy, umur dalam 3 atau 4 tahun dannnn he is sooo damn cute PLUS sangat bijak. I always teringin nak snap semua gambar budak-budak yang I jumpa tu. Comel sangat and mereka sangat innocent.





Ni takde kena mengena dengan budak yang I jumpa..=p

Kenapa ada sesetengah manusia ni macam tak ada hati. Hey, dulu kau pun budak-budak jugak. Patut masa kau budak-budak dulu dah ada orang sepak kau kan. Nah, kejam tak kau rasa?

Kadang-kadang bila berdepan dengan kanak-kanak yang naughty ni, memang rasa geram kan. Tapi, bukanlah sampai nak sepak diorang. I rasa tu semua terhalang sebab kita ada perasaan kasih. Macam I cakap, bila tengok kanak-kanak je terus rasa sayang je.. Ohh...nak jadi kanak-kanak la!

Kanak-kanak ni pada mata kita sangat comel kan? Kenapa bila dengan orang dewasa tak? I rasa sebab pendekatan kita dengan adult ni berbeza. Okey, kita selalu fikir dulu sebelum nak cakap kan? I tahu, semua pernah rasa kan nak lempang seseorang dan rasa nak jerit sampai pecah telinga dia tapi semua tu dalam hati. Sebab kita takut relationship yang ada musnah. Bamyak benda yang kita nak keluarkan dari mulut ni perlu berhati-hati, senang kata bertapis.

Tapi, semua perasaan tu tak ada bila kita bercakap dengan kanak-kanak.

Ok lah, kepada pengganas kat luar sana, tolong bertaubat.

Tuesday, February 8, 2011

How do I fix this?

Ok, I tak boleh besarkan font..Argh..
And yang lebih sadis ialah I cant pick colour too.. 2 x argh...


Lagi, kalau perasan (kalau tak perasan tolong tengok) my headbar sangat tidak cerdik. Ok, I buat pejam mata sebelah sebab I tak nak yang besar gedabak stok tayang muka. Nah, ini bukan nak condem sapa-sapa tapi setiap orang have their own interest kan?

I love writing, in fact kadang-kadang I fikir yang I boleh all out thru writing. Boleh tak cakap writing is my passion?

Sebelum I start writing in this cute miut (hahaha) blog, I selalu tulis by hand la, dalam buku, most pasal benda yang I tak boleh reveal thru speakin. Well, I memang jenis pendendam, eh, pemendam or whatever la kan. Lepas tu, tak lama lepas tu, I belek-belek balik, baca, senyum, kadang-kadang its still there tapi most of the time I buang.

Bila fikir-fikir balik, almost post I yang agak zaman dahulu tu semua nampak macam nak cover-cover dan syok sendiri. Dan I sendiri pun tak rasa satisfied dengan apa yang I tulis tu. Sebab tu sekarang, segala macam emosi I hambur kat sini. This is my blog (ayat klise) dan memang untuk I dan orang-orang yang rasa I hebat. Hey!

I belajar benda baru hari ni, dan I sangat takut yang I tak boleh buat. I rasa macam nak give up tapi bila teringat plaster2 tu terus kesat air mata. Dan macam biasa I akan pergi kepada budak kacak tapi I tak boleh ganggu dia. Dia letih. Patut ke I cari masa lain. Tak tahu la..

My life is pathetic.

Thursday, February 3, 2011

Karangan budak darjah satu.

(I strongly suggested do not read this post. It is full with emotions and anger. I put "Karangan budak darjah satu" as a title because this is my first post after my 22nd birthday (Penghantaran hadiah boleh dibuat mulai sekarang) and i got wake up call. I want to start learning as budak darjah satu. Thanks.)



Jujur, idea yang datang mencurah seperti air paip yang bocor semalam, hilang. Inilah perkara yang paling tidak saya gemari ketika menghadap laptop nak tulis new post. Satu lagi, selalu sangat terjadi bila mana masa nak tutup mata tu, zup zup datang idea, the next day, again, hilang. Tapi satu perkara yang best pasal ni adalah bila yang nak tulis tu pasal nak kutuk orang je. Syukur la idea tu hilang, kalau tak, dosa yang 1 kilo jadi 2 kilo, lepas tu 3 kilo.. Sampai bila nak tambah dosa?

Akhir tahun lepas, saya mengalami satu tamparan, lebih tepat lagi saya panggil kegagalan. Dan itu adalah satu kegagalan yang saya kesali. Terus saya tersedar, siapa diri saya sebenar, apa yang saya sedang buat dengan hidup saya dan menyesal adalah satu perkara yang tidak boleh saya ucapkan. Jadi, saya transformkan penyesalan itu kepada pelajaran. Dan benar, itu memang satu pelajaran yang kita tak akan pernah dapat di universiti atau universitu.

Transformasi yang saya cuba buat (saya gunakan perkataan cuba kerana sehingga post ini ditulis, saya masih mencuba) tidak akan mampu saya jana tanpa orang-orang yang ada dalam jarak 100 meter dari saya. Ya, jarak 100 meter tu sangat dekat bukan, tapi meter itu tidak saya rujuk sebagai jarak lokasi kami tetapi bonding antara hati-hati kami. Orang-orang itu adalah plaster yang saya gunakan untuk tampal semua luka-luka yang ada.

Saya akui, tatkala saya masih mencuba, acapkali saya terseliuh, sakitnya amat sangat.

Usah persoal air mata yang gugur

Apa lagi, plaster tadi masih ada kan? Tak perlu pergi Watson pun. Beruntunglah kita yang lahir dalam keluarga yang sempurna, ditambah dengan sahabat-sahabat yang bukan depan-baik-belakang-tikam. Itulah plaster yang paling mahal dan mujarab. Belum cukup. Bukankah semua yang berlaku kepada kita perlu dipulangkan kepada Pencipta? Andai semua plaster ni tak berkesan, mungkin patut la kot beli dekat Watson.

Ada ketika saya merasakan dunia ini seolah-olah tidak menyedari kehadiran saya. Patut la orang bercinta selalu merasakan dunia ini mereka yang punya.

Apa yang berlaku pada saya dan juga nasib saya telah ditentukan. Siapa kata mudah untuk bangun bila terjatuh? Siapa juga yang kata susah untuk bangun kembali bila rebah? Untuk bangun semula semua kembali atas mahu atau tidak. Sampai bila mahu terbaring yang akhirnya menjadi mayat hidup? Pernah bukan kita lihat, anak-anak kecil yang baru bertatih. Jalannya pesong, kejap-kejap jatuh. Tapi cepat je bangun. Terus lagi berjalan. Kadang ada ibu mahu ayah yang bangunkan, kadang bangun je sendiri. Nah, anak-anak kecil pun tahu bangun sendiri kenapa saya malas?

Sakitnya tidak sama

Kegagalan yang berlaku itu satu subjek baru dalam learning process hidup saya. Dan tempoh untuk belajar tu saya rasakan amat perit sampai kalah peritnya nak kena cucuk BCG. Saya tahu, bukan "akulah satu-satu manusia yang gagal dalam dunia ni" tapi saya tidak mahu meletak situasi saya sama seperti yang lain kerana sakit yang ada tu subjektif ok. Ia bergantung kepada macam mana saya dan orang lain tu berdepan dengan sakit tu.

Adakah saya sudah fully healed? Macam yang saya katakan tadi, saya masih dalam proses screening hasil transformasi yang saya buat. Untuk semua tu, saya sangat bergantung dengan plaster mahal tu. Saya dah tua, takkan minda nak macam umur 2 tahun lagi.

Leaning process in real world sangat susah. You make it easier for me, terima kasih budak kacak for staying with me.