Sunday, October 21, 2012

Treble

Assalamualaikum


Sejam lepas baru tahu treble tu apa. Dan tolonglah jangan sebut perkataan yang berkaitan dengan football lagi sebab sah-sah tak tahu. Tapi lepas dah tahu boleh lah berlagak. Contohnya macam treble tu.

Jadi kenapa saya dengan rela hatinya pergi ke kedai makan yang penuh dengan orang adalah sebab semalam  bukan dalam mood tengok wayang. So no harm pun bak kata orang putih duduk di meja belakang tengok gelagat orang tengok bola.




Dua orang abang ni adalah abang yang paling sopan dan cool sekali masa tengok bola. Saya selalu membayangkan dan sememangnya aware yang lelaki bila tengok bola selain suara bak gembita, dengan meja dan kerusi patah (ini kes kalah ni) umpama isi dan kuku. Kalau tak tak akan ada la stadium kena bakar. Ye dok? Tapi dari minit pertama sampailah 2-2 brader dua orang ni rilek je. Saya pun konfius diorang ni tengok bola atau tengok Ombak Rindu.


bila la nak gol. aku bosan dah ni. nak order kerang bakar pun tengah diet.


Itu text yang saya dapar prior tu pergi kedai tu. Kesian tengok sorang-sorang. Last-last dia langsung tak reply dah. Dan kemungkinan abah dia balik dari masjid ambil handphone dan pergi lepak kat mana-mana kedai ATAU dia tertidur depan tv. Sebelum ni ada juga teman dia tengok. Entah faham ke tidak budak tu tengok bola. Haha.


Dan ini semasa angin rindu dia datang. Sweet tapi perasan banyak sangat. Genetik agaknya.



Dan entri ni pasal apa? Saya pun tahu. Tapi yang confirm bukan pasal bola.

bye.

Friday, October 19, 2012

Bila rambut tak lagi sama-sama hitam

Assalamualaikum.

Bila kita berjumpa dengan orang yang selalu bercakap dengan prinsip "hanya aky yang serba tahu" perkara yang kita boleh buat hanyalah bersabar dan diamkan diri. Biarkan dia dalam dunia angannya.

Tapi apa yang perlu kita buat bila setiap hari terpaksa bersama manusia sebegini?



posted from Bloggeroid

Monday, October 15, 2012

Filem

Assalamualaikum.

Walaupun dah basi saya tetap nak beritahu yang saya dah berjaya menonton sebuah filem Melayu (bukan dibayar sendiri).


Hantu Kapcai?
Seriously?
Ya. Serius.
Kalau rasa nak tengok filem Melayu boleh pilih yang ni.
Tapi percayalah Neelofa sangat menjatuhkan mood.

Pernah tonton Taken?
Jadi cuba tengok yang kedua.
Tapi filem ni sangat tak bagus sebab diskriminasi agama.
Jadi tak payah tengok.
Tengok kat wayang kena bayar.
Download free.
Haha.

Oh My Celcom Broadband

Assalamualaikum

Pernah tak sebelum saya bebel pasal broadband yang bermasalah?
Pernah!
Saya tahu saya pernah.

Tahu tak saya tak suka customer service?

Bulan lepas broadband saya sangat baik dengan saya. Dia menggalakkan saya tidur awal. Tapi dia tak tahu saya  bayar dia bukan untuk suruh saya tidur awal sebaliknya saya bayar almost hundred setiap bulan (sampai terpaksa kelip-kelip mata tengok baju warna merah sebelah Giant: dramatik ) untuk saya online. Bebas di alam maya tanpa batasan. Dan stalk facebook orang. Mungkin?

Masalahnya dia boleh je buat connection. Lampu biru. Sebiji macam warna bendera Barisan Nasional tapi langsung tak boleh browsing. Jadi disebabkan saya sibuk dan banyak lagi benda nak difikirkan saya let it go hinggakan seminggu masalh itu tak pulih.

 Terus saya decide call customer service dan selepas 1 jam. I JAM!. Oh! dan akhirnya dia kata dia tak boleh buat apa-apa dan kata akan ada orang call saya regarding masalah itu.



Untuk kali keduanya saya terpaksa call customer service lagi dan mendapat jawapan yang sama.

Bosannya.

Saya tak salahkan orang  yang jawab panggilan tu. Saya salahkan celcom ni ha. I bayar tahu. Lepas ni kalau broadband ni kembali ke masalah dia, saya tahu yang saya patut, mungkin jadi lebih bersabar. Mungkin. So please celcom, bagila service terbaik untuk customer anda.

Sunday, October 14, 2012

Bukit Broga, Semenyih

Assalamualaikum.

Rindu pada blogging (ayat pembuka untuk setiap entry since setiap entri mesti gap more than a week. Saya tak mahulah state alasan basi tu lagi)

Ok. So Sabtu (baca:semalam) (dah kenapa nak buat pesen ni?) pergi hiking. Oh. Bukan. Bukan. Hiking tu bukan hobi saya tapi dah lama planning untuk panjat Broga Hill. Hobi saya makan. Je.

So kami buat last minute plan (yang pasti kami missed banyak persediaan) bertolak dari Nilai 4 pagi for fear of tersesat (terrer kan saya guna english ni) dan sampai di Bukit Broga 6 petang, maksud saya 6 pagi. Tak sangka ramai yang datang. Rajin sungguh rakyat Malaysia ni berbukit. Lepas parking dalam kelapa sawit kami tahu yang kami tak ada torchlight. Cuba beritahu saya macam mana nak panjat bukit berliku dalam gelap? Dan usahawan yang bijak berniaga kat situ telah menjual sebijik torchlight berkuasa 5 voltan berukuran 5 sentimeter dengan harga sepuluh ringgit. Sebab terpaksa kami terpaksa beli, kemudian kami ***** (sometimes, swearing is needed?

PengajaRan pertama: BAWA LAMPU. SEBAIK-BAIKNYA LAMPU YANG PAKAI DI KEPALA.

Pendakian menuju puncak pada hari itu sungguh menyakitkan seluruh otot kaki.

Pengajaran kedua: WORK OUT LA SIKIT. UNTUK ORANG MAKAN TIDUR JE.

Lebih kurang setengah jam mendaki dan merangkak, kami tiba di puncak bukit. Saya berasa sungguh gembira sekali. Walaupun saya hampir-hampir mahu bergolek turun dek ketidak sanggupan merangkak menggapai puncak saya konon-konon pujuk diri supaya tabah. Ujian Allah ada di mana-mana (boleh?). Lagipun nak dapat benda cantik bukan senang.

cuaca mendung jadi kami tak dapat tengok sunrise

tapi pemandangan atas tu dah cukup untuk kami

kami tak kisah, kat mana-mana pun kami pose

tak ada sunrise pun kami puas hati. Gambar pun dah tahu tahap kepuasan kami

tiba-tiba kami rasa hanya kami menguasai kami ini

kami tetap buat tak tahu

pemandangam sangat sangat sangat indah

walaupun peluh banyak, tetap happy

eh.eh. macam nak tergelincir pula

bunga lalang je yang ada. itu pun kami rasa cantik

betul.cantik.

kan?

kalau hujan tak mula turun kami mungkin akan naik ke puncak satu lagi

peace je la

cantik sangat

orang pun ramai

hari minggu la katakan

tiba-tiba kami terspot satu pasangan lovey dovey atas batu sambil layan drama korea. 

untk energy turun kena makan bihun goreng 1 ringgit 50 sen.

dah mula rintik. kami bergegas turun

cepatla. nanti jalan makin licin

kami selamat turun dengan muka pucat penuh senyuman

Broga Hill sangat indah. Terima kasih Tuhan.

Bye!

Wednesday, October 3, 2012

Belajar baru boleh mengajar

Assalamualaikum It is okay if you refuse to talk with me since i dont talk to a stranger especially a stupid and idiot one. Thank you. And bye.