Thursday, March 31, 2016

Comfort zone


Assalamualaikum♥

Wow. Dah akhir Mac dah. And dah 1 year married. Rasanya baru semalam kita berjumpa. Hehe. Dan bulan depan cukup 4 tahun kerja. Ya Allah dah tua rupanya saya ni. Mujur Allah pinjamkan muka baby face. Hehe lagi.

Cakap pasal kerja ni, minggu lepas kami semua shocked by announcement yang management decide untuk stop current 1million project. And semua orang blur-blur dengan masa depan masing-masing. 

Bukan tu yang saya nak kongsi dengan korang.

Since semua orang twrkwjt (tengok betapa memang terkejut sampai eja pun style terkejut) dan unhappy sebab banyak kemungkinan akan jadi after final destination, eh, final decision, semua nak luahkan rasa hati. Dan gelora jiwa masing-masing. 

Dan, rupa2 nya kebanyakan kita takut akan perubahan sebab kita hidup dalam comfort zone selama ini. Saya sangat tersentak dan harus angkat tangan yang saya sendiri hidup dalam comfort zone for 4 years, at least. Bukan tak bersyukur.

Fahami dulu konsep syukur sebenar. Kita tengah bercakap pasal comfort zone ni. 

Meninggalkan comfort zone adalah satu cara untuk kita upgrade diri dari manusia biasa ke manusia luar biasa. Sit back dan fikir, seberapa berani kita untuk bangun dan langkah keluar ke zon yang lain? 

Saya sendiri tak ada jawapan. Mungkin keadaan akan memaksa kita suatu hari nanti aku akan bebas a yayaya

Dipaksa oleh keadaan mungkin lebih senang untuk kita keluar dari zon selesa, tapi melangkah sendiri tanpa ditolak, wow, itu pakai 2.6billion courage, mungkin. Atau lebih. Saya pernah menulis pasal leaving comfort zone ni dalam blog ni juga. Dan again, saya menulis lagi. Maksudnya, saya tak pernah meninggalkan zon itu atau zon sekarang sudah bertukar menjadi selesa dan saya patut tahu, its time girl. 

KEBERANIAN DAN ILMU

Saya secara peribadi berpendapat (macam pendebat sekolah kan?) yang 2 perkara wajib ada untuk move adalah jadi berani dan tahu apa nak buat(ilmu). Ilmu akan bantu kita bina steps untuk mulakan langkah. Jangan jadi macam ayam lintas jalan. Menonong je ke depan. Alah, zaman sekarang, tolak fitnah melampau di internet dan facebook tu, banyak ilmu yang kita boleh dapat dengan syarat tapis.

Okay, dah tahu apa nak buat untuk upgrade diri jadi supersaiya ni, kena berani lah. Tapi manusia sekarang ni berani cakap banyaklah tumbuh kat dunia ni. Yang berani buat, jarang kita nampak kerana yang berani buat ni sibuk "membuat" dan tiada masa jadi tin kosong. 

Chaiyok chaiyok untuk diri kita. Jom cari ilmu dan tanam berani. 

Supaya cepat tumbuh dan cepat kita bertukar zon. 



Tuesday, March 1, 2016

Pregnanthood


Reaching 3rd trimester.   

Its not easy for me to blog about my personal life. One of the reason is, I dont know how. Second, even in real life i dont talks about my personal with people excluding my husband and family. But, i feel like, i want to blog this one. Because its rare okay. Haha. 

So, alhamdulillah i reached 7 months of pregnancy. Thats the story. Hee   

Okaylah, tukar bahasa. Best sikit.  

Milestones dari 2 bulan ke 7 bulan (read:bulan ke 2 baru tahu pregnant. Ignorance sangat kan dengan badan sendiri) yakni 5 bulan perjalanan kehamilan,ceewah, memang penuh dengan suka dan duka. Yang paling ketara, i became another me. Totally different cuma masih mengekalkan rupa yang sama. Saya tahu ada 3 bulan yang mencabar lagi tapi itu mungkin saya blog lepas raya. Just untuk lengkapkan post 9 bulan pregnancy. Nanti boleh rujuk masa depan.   

So alhamdulillah lagi sebab sehingga sekarang masih sihat dan happy. Ketika 0 week ke 7 atau 8 week, saya mengalami kemalasan tahap syaiton sangat. Masih saya ingat, setiap malam around 8 ke 9 malam, saya automatik akan shut down. Lemau macam keropok masuk angin. Dan sampai tahap stress dengan diri sendiri yang dah macam tak berguna dah. Haha. Im blessed with loving husband yang sangat memahami dan tak ada nak marah-marah.  

Masuk bulan 2 ke 5, the best part started. Iaituuuuuu musim alahan dan muntah. Dan mengidam. Saya tak ada morning sickness. Cuma ada anytime makan sickness. Apa-apa yang masuk ke perut dan tidak disukai baby akan keluar balik, SEMUA. Letih memang letih tapi ada satu masa bila muntah makin slow down, husband and i risau because tak muntah. Saya sendiri, kadang-kadang seronok bila muntah sebab buat saya ingat yang "kau tu mengandung" since perut belum ada time tu. Or baby bump bak kata orang jaman sekarang.   

Mengidam pula biasa sahaja. Asam, aiskrim, certain kuih and yang senang gila nak dapat je. So far, husband memang layan kalau saya nak makan apa-apa walaupun bukan kategori mengidam. Hee. Oh ya, ada masa saya diserang sakit kepala yang tak henti tapi still boleh tahan. Orang kata baby boy, maybe. Entah.   Slowly, alahan saya hilang. Mengidam dah kurang. Sakit kepala pun xada. 

Cuma reaching 7m saya percaya another level of "pregnancy symptom" sedang datang. Macam main game. Setiap level kan ada halangan sendiri. Tapi, saya bersyukur dan bersyukur sangat memandangkan sehingga sekarang kandungan dan maknya sihat. Walaupun sekarang perut besau, tapi we both sihat.   

Itu paling penting.