Orang yang jual ikan dari rumah ke rumah secara kecil-kecilan kita panggil penjaja ikan. Dekat rumah I ada la orang macam ni. Dan penjualan secara macam ni sangat memudahkan suri rumah. Tak payah pi Tesco. Heh.. Orang yang jual cerita atau keaiban orang lain kita panggil penjaja jugak. Penjaja mintak-pelempang.
Alah, sebijik ha dengan orang mengumpat. Im not saying yang I tak pernah involved dengan aktiviti mengumpat ni yang dikatakan dipelopori kaum Hawa. Apa ni, lelaki pun suka jugak kan? Kesian perempuan. Tak baik tau. Haha.. Semua orang tahu mengumpat tu dosa dosa dosa, dikatakan seumpama kita makan daging saudara sendiri. Seram kan? Tapi....(sila isi dengan jawapan sendiri la)
I dah biasa, boleh dikatakan hari-hari pun dengar orang lain cerita pasal betapa buruknya orang lain tu, betapa menyampahnya dengan orang lain tu, betapa nak rasa lempangnya orang tu. Seronok pulak mengumpat ye. Ceh. Tapi bila kau dok gebang pasal orang lain tu, habis semua kau cerita, padahal I tak kenal pun orang tu. Dan, kau kenal dengan I berapa lama? 2 hari meyh..
Ini adalah kali pertama I rasa nak PANG je orang yang jadi penjaja-mintak-pelempang. Ok, bagi I normal la kan, you cerita pasal sesuatu (spesifiknya seseorang). Nobody perfect and everybody know that. Setiap orang tu ada buruk ada baik. Dan you rasa geram dengan ketidaksempurnaan orang tu yang menyebabkan you nak cerita pada orang lain. Why? So that orang yang dengar akan cakap
"teruk gila nak mampus minah tu"
And then you cakap "Aah"
Itu ke yang you nak?
Tapi bila you cerita dari A ke Z and semuanya yang buruk hodoh gila pasal orang tu plus dengan orang yang ada kaitan dengan orang tu pun sekali you cerita keburukan dan kehodohan dia, I really dont understand. Why? Because orang tu teruk? Jaja la.
At the same time, you pung pang pung pang pulak pasal betapa hebatnya family you. What do you want? I langsung tak nampak how good you are sebab ada family yang tip top sebab you sendiri letakkan diri you dekat bawah.
Sebab taknak dengar lagi cerita busuk tu, I excuse pergi ladies.
Huh!
I faham ada orang suka mengumpat (seperti bercakap terkena batang hidung sendiri). Tapi bila umpatan tu jadi kuasa 10, can you imagine macam mana bersungguh-sungguhnya si pengumpat tu bercerita? Like dia sahaja yang sempurna. Dah la dalam sesi menjaja tu, ditambah-tambah kebaikan dia. Apa motifnya?
Tak pasal-pasal, I pun dah jadi penjaja mintak-pelempang.
alamak? kira membebel ke ni??hehe
ReplyDeletehaha seronok gak kadang2 ngumpat ni, tapi bila bnyangkn kita kne ngumpat? sape nak???!! haha if kalau ngumpat bnda baik ok gak kan? tapi kalau "ngumpat" jarang sungguh ad yang baiknya..haha =P
Kita Tidak Mampu Mengubah, Tapi Kita Mmampu Mempengaruhi, Setuju?hehe..=)
yup
ReplyDelete