Saturday, October 7, 2017

Makan western di Bangi kat mana ye?


Hi Assalamualaikum.

Selera makan saya biasanya ON OFF. Kadang selera macam Melayu totok, kadang selera Jessica Alba, kadang selera Leonardo da Vinci. Herm, mujurlah ada tempat makan Italian yang best dan mesra dompet. Maklumlah kalau makan kat kedai western ni satu kepala biasanya RM20 ke RM30. Dah 3 kepala mahu Ramadan datang awal. Hahaha.

Okay jom uols saya kongsikan dua, DUA terus kau! tempat yang best untuk selera barat korang tu. Selera barat tak apa, jangan budaya barat okay. I mean sesetengah budaya. #jangankecamsis

1) The Grato

Class kan nama dia? Feeling Italian Job punya movie tak? Okay, restoran The Grato ni ada beberapa cawangan. Dua, I think. Dua tu beberapa ke nyah??! Yang saya nak kongsi ni The Grato Bangi yang terletak di Seksyen 3. Untuk lokasi korang just unlock smartphone korang dan buka apps Waze atau Google Map. Come on zaman IT teknologi terkini tak kan la nak lukis peta atas kertas buku sekolah anak lagi? 

Orite. 

Dekat sini, tempat makan dia ada bahagian untuk melantak luar dan dalam. Bahagian dalam untuk mereka yang mementingkan kesucian udara manakala bahagian luar, depan kedai dekat laluan kenderaan tu untuk mereka yang mementingkan keaslian udara. Kahkah. Tak kelakar.

Orite lagi.


Signboard kedai tu macam ni ya. Kalau waze engkorang bawak ke lain macam punya signboard tu maknanya korang sesat.  




Well, signature drinks yang tak berapa signature. Haha.


Menu simple dan tak buang masa nak pilih makan apa. Western food apa nak peningkan. Chicken chop, pasta dan sup cendawan. Kahkahkah. Yang bestnya, The Grato ni offer harga yang mesra wallet. Sebab tu restoran ni ramai gila orang suka dan masuk list makan western sedap dan murah Bangi! So kalau makwes engkorang merengek nak pasta bawak je mereka kat sini. Mihmihmih



 
Orite, yang atas ni chicken steak with pasta. Yang ni husband saya yang makan. Dan baby pun rembat sikit. Overall dia kata sedap. Pasta tu makan macam tu je pun ada rasa. Tambah dengan sos steak tu lagi sedap. Saya suka pasta dia sebab biasanya kalau jenis spageti tu rasa macam susah nau nak kunyah. Sebab dia zupp naik ke atas je. Eh.

Dish ni harga dia RM12.90. Murah sangat ni rasa nak makan hari-hari. Haha.



 This mine! Mine!

Haha. Sedap sangattttt pasta ni. Nama dia Linguine Meatball. Actually ini macam spageti bolognese je. Sos made by tomato and so on. Tapi sos pasta ni sedap dan mix well gitu dengan pastanya. Dan lagi 4 beradik  meatballs tu pulak just nice je masak dan rasanya. Tak keras dan bak kata Juliana Banos well cooked kot?

Dish ni harga RM13.90. For saya harga ni just nice untuk pasta yang sedap macam ni. Kenyang sampai esok. Eh. Memang habis sepinggan rasa nak order lagi tapi takut gemuk.

So total makan haritu cuma RM32.10 including post. Eh, including air. =)

So, thumbs up untuk The Grato.

2) Port, Bangi

Second best makan western kat Bangi adalah Port. Bukan port klang ya. Kalau nak pergi restoran ni kenkorang just cari seksyen 9 ya. Actually ini kali kedua saya makan di Port ni. Dan rasanya well known juga restoran ni. Why?

Jom cekidout makanan mereka. Yums!


Jadi inilah Port, Bangi. Dekorasi simple je. Time ni nak masuk Maghrib sebab tu lengang je restoran ni. Jangan ingat orang tak datang sini pulak. Cis. Penat je aku review kalau restoran sendu. Haha.

Sebenarnya Port ni tempat makan yang lebih kepada western. Tapi jangan risau sebab diorang memahami tekak pelanggan yang bermacam jenis. So, diorang ada juga menu macam kat bawah ni.


Tada! Nasi arab gitu. Kalau pakwe nak makan nasi tapi makwe lidah omputis tu, ha apa lagi datang je Port Bangi ni. Setel masalah bergaduh nak makan mana hari ni tu. Okay, ayam yang datang dengan nasi tu sedap, boleh dimakan begitu saja dan nasi pun okay. Sedaplah juga. Tak adalah macam:

 "eww apani? nasi ke bubur?" 

3 atau 4 star cukuplah kot untuk makanan ni. Hehe. 


Jangan takut tercekik sebab nasi arab kan biasanya datang dengan sambal tomato dan kuah. Yang kaler coklat tu bukan budu ya walaupun kaler dia macam tu. Dah kenapa kau nak makan nasi arab dengan budu?

Dasar berudu. #tibatiba



Inilah burger signature mereka. Daun salad dah rupa kebun salad dah atas pinggan tu. Roti biasa saja cuma tak keras so tiada makian di situ. Yang sedap adalah daging yang tebal dan juicy. Berbaloilah beger camni bayar RM7.50. Anggaplah bayar 500gm daging tu. Miahaha.


Yang ni carbonara spageti dengan bacon slice. Sedap juga ni cuma carbonara kan cam muak sikit kalau lama-lama tu. Tapi portion dia just nice untuk kita habis makan sebelum muak datang. Tak baik tau makan tak habis. 


 Untuk Port, saya bagi 3 star lah. 

Jadi kalau rasa nak dinner western, pergilah dua tempat ni. Tak nyesal punya sebab makanan mereka sedap dan harga mesra wallet. Nak belanja kawan pun tak perlu tunggu gaji.

Erm, lapar pulak.

Thursday, September 7, 2017

Magic Blue Deodorant


Assalamualaikum dan hi!

Baru-baru ni saya pindah rumah. Ni menaip dalam rumah baru lah ni. Feeling energized la kat rumah baru, aura baru, barang tak baru, suami pun erm, tak baru juga. Mihmihmih. Dah pindah rumah memang tak lari dari acara mengangkut barang. Dah nama pun angkut barang pindah rumah, please expect yang diangkut tu berat berkilo oit. Bukan macam angkut barang baru balik Aeon tau. 

Kebetulan saya tengah try deodorant baru masa tu. Elok sangat time tu berpeluh-peluh turun naik tangga, ke hulu hilir mengemas barang, sesuai sangat untuk test kebestan deodorant tu. Yelah, kat kedai anak lelaki Wat tu macam-macam deodorant ada. Masih belum jumpa yang sesuai dan paling penting selamat.

Eh lupa pulak nak bitau. Deodorant yang saya guna tu namanya Magic Blue. Memang betul magic!

Nak tahu kenapa letteww..



Kan biasanya bila kita berpeluh, pastu lama sikit cer cium ketiak tu mesti bau masam kan. Malu pulak rasanya tambah kalau duduk di kalangan orang ramai. Aish. Alah macam dalam iklan tv tu. Semua orang tutup hidung macamlah ketiak mereka suci murni. 

Then, biasanya juga mesti basah habis baju. Pastu lama-lama tinggal kesan kuning kat baju. Pastu kena beli baju baru. Pastu merungut duit habis. Pastu tekanan. Pastu gila. 

See? Scary betul effect ketiak berpeluh ni.

Tak selesa satu hal, malu satu hal. Itulah orang suruh pakai tudung labuh tak nak. Eh.

Dengan Magic Blue, saya rasa kering je dan tak berbau. Best. Sukalah dengan Magic Blue ni.

Ha, lagi yang super best, Magic Blue ni natural. SEMULAJADI. Sekarang ni semua benda nak letak too much chemical untuk mujarab. Apa tu? Putih dalam 3 hari?

Takut oi. 

Kang terevolusi jadi mentadak lak dek kesan chemical. 

Magic Blue ni guna 4 saja bahan semulajadi. Memang senang nak buat dan jimat masa betul kilang depa. Jom pergi Mydin beli barang ni dan buat deodorant sendiri lah. Haha.

1. Tawas
2. Air suling
3. Herba
4. Air mawar

Kan senang resepi ni. Hihi.

Keduanya selain guna di bahagian bawah lengan (sopan sikit sebutan ni) deodorant ni boleh spray dekat badan atau celahan lain. Kerna Magic Blue ni boleh merawat masalah gelap di bahagian berkenaan. Biasanya kalau pregnant dan lepas bersalin sesetengah perempuan (saya la tu)akan ada masalah ini.Biasanya berlaku dek sepanjang pregnant hormon lain maciam sikit. Nah! Cuba guna Magic Blue pasti tiada masalah gelap-gelap lagi. Even tengah pregnant pun tak risau sebab Magic Blue tak ada chemical. Jangan gusar ya. 

Since deodorant ni adalah deodorant yang bebas chemical, bila sembur tu bau dia bau fresh dan segar. I guess datang dari air mawar dan tawas tu. Memang tak ada bau wangi macam yang dekat sesetengah deodorant kat pasaran tu. 

Yang magicnya bau dia tahan tiga hari, means ketiak bebas kepam 3 hari tak payah mandi.

Kalau sesiapa yang ada masalah di bahagian ketiak, celahan dan bau badan, Magic Blue sangat recommended. Saya dah cuba 2 minggu dan memang suka dengan Magic Blue ni. Botol dia comel je senang bawak pergi mana-mana.

Oh ya, dengar kata Magic Blue pun boleh guna kalau ada masalah kaki berbau. 

Wow! Best betul dengan sebotol je boleh guna untuk macam-macam. Rimas dan malu betul kalau kaki berbau. Nak-nak bila time kena buka kasut. Allah! Semerbak bau mengganggu orang sekeliling. I know lah sebab masa kecil dulu senang berpeluh, so kaki senang berbau. Masa tu tak tahu pun ada Magic Blue. Hewww.

Oh ya, kalau nak tahu lebih atau nak terus order Magic Blue ni boleh terus lawati facebook kakak Muniey ya.


Alhamdulillah #syukur sebab Kak Muniey kenalkan Magic Blue ni. Sebelum ni memang tak pernah dengar langsung pasal Magic Blue. Black magic tu selalulah. Hihi.

Dah, pergi PM Kak Muniey ya!

Thursday, August 24, 2017

Mixwell Garage : Romantik, Sedap, Pasti Kenyang


Assalamualaikum!

Satu hal paling best dekat Bangi selain komuniti Melayu kaya yang agak ramai adalah banyak kedai makan best. Syurga menggemukkan diri lalu memaki penimbang. Kahkahkah. So, jom tengok tempat best baru yang sis exploracekan. Mihmihmih.

Terletak di satu sudut di Sungai Tangkas (macam Majalah 3 tak?) ada sebuah restoran Melayu tapi makanan Western barulah hispter yang baru berusia 2 tahun. Tapi korang jangan pandang umur tau, macam baru je kan tapi makanan dia setaraf umur 20 tahun.

Mixwell Garage ni satu restoran yang sediakan makanan Western aka makanan King Coco. Jangan datang pastu order roti jala. Basically menu mereka from spageti to chicken chop to burger. Simple tapi padat. 



Untuk lokasi waze saja "Mixwell Garage". Nak cari kerja pun boleh. Tu ada jawatan kosong tu. Boleh makan free. Kot. Hihi.

Kawasan restoran ni open space berbumbungkan bintang malam setia seperti dirimu. Jangan risau kalau hujan ada kawasan berbumbung atap. Boleh lari-lari anak masuk ke dalam ya. Walaupun restoran ni nampak macam kat celah-celah macam tu, kebersihan sangat superb. Nicely arranged semua. Dont worry okay. 

Sebelah tu sekolah tahfiz, semoga korang bila makan kat sini terus dapat hidayah ya.

Since chef Mixwell Garage pun seorang yang well trained dari nun jauh di obersea, so skill masak dan resepi mereka bukan yang google internet. No wonder sedap makanan dia terasa makan di Itali je. 



Hari itu makan berdua, air pun dua saja. Satu orange juice dan satu lagi hazelnut coffee kot. Itu bukan milo tau. Hihi. Orange juice dia sedap sebab tak manis, tak masam dan nicely squeezeeee. Haha. Pilihan air dari teh o ais sampai ke jus buah ya. I love you je takde.


Masa spageti ni sampai terkejut juga sebab penuh meatball dia. Habis lembu seekor setiap malam ni macam ni. Mihmihmih.

Spageti dia ada banyak pilihan sos, bukan bolognese saja tau, macam-macam tak ingatlah nak hafal bukan masuk exam pun tomyam carbonara pun ada. Yang kat atas tu bolognese carbonara ke marinara ke menara ke tak ingat dah. Topping pulak boleh pilih. Macam sis, meatball tu. Hihi.

Spageti dia sedap sangat! Base tomato tapi tak masam pun. Tak muak. Licin pinggan. Tak payah guna pencuci pinggan 100 lemon pun.


Lapar pulak tengok gambar ni. Tapi tengah diet ni. Hahaha.


Menu kedua, bukan sis punya lah. Kan dah cakap tengah diet. Yang atas ni begerrrr la takkan tu pun tak tahu. Yang korang tak tahu adalah burger ni sedap. Daging atau patty bak kata spongebob dibuat sendiri tau. Lepas tu grill sendiri. Lepas tu bila orang order, diorang deco sendiri. Haha.

Daging dia agak tebal dan masak sempurna. Macam iklan pulak bunyinya. Kentang goreng tu macam biasa. Tapi tak keras macam sesetengah tempat. Lembut dan garing.


Nampak kan daging dia? Puas betul makan burger ni (suami cakap sebab sis kan diet). Kombinasi semua tu just nice thumbs up je lah. 

Actually, mesti bosan kan review ni. Makanan macam ni kedai lain pun banyak kan? Harga pun range standard. Jadi apa yang bagusnya Mixwell Garage ni? Kenapa patut cuba at least sekali?

Masa makan kat sini, satu hal yang sangat susah nak jumpa kat kedai makan yang bukan jenis class class adalah suasana tenang dan romantik. Menate pun tak setenang macam kat sini okay.

Walaupun restoran ni tepi jalan, bunyi kereta vroom vroom tu macam tak dengar langsung. Tenang weh makan kat sini. Dengan lagu-lagu mengusik jiwa ceewaahh, memang ambience kat sini sangat best dan recommended untuk mereka yang memang suka ketenangan

dannn

Nak juga nak datang makan dengan si dia. 

Aww. Romantik habis lah. 

Dah la tempat selesa, makan sedap, harga affordable, suasana tenang, romantik lagi.

Mana nak cari?

Mixwell Garage, Sungai Tangkas Bangi =)

Saturday, August 5, 2017

Nak book tiket flight dan hotel secara online? Traveloka lah dulu!


Hai dan assalamualaikum!

Dah nak hujung-hujung tahun ni semua mesti plan nak jenjalan kan nanti? Tidaklah nanti masuk tahun 2018 terasa sendu tiada kenangan di tahun 2017. Mihmihmih. Duit bonus hujung tahun nanti ada, dah kerja 1 tahun jom kita jenjalan tengok kebesaran Allah supaya keinsafan dan rasa kehambaan tu menusuk di jiwa kita. Gitu! Ustajah tak kita?

Okay, kebetulan bulan 11 nanti saya dan suami dan seorang budak kecil omey omey kenapa puji anak sendiri ni plan untuk ke Guangzhou. Travel kami kali ni atas sebab jenjalan dan bisnes trip, gitu. Jadi sekarang memang dah mula search dan study sikit pasal ticket flight, hotel dan so on.

Perjalanan ke sana akan ambil masa 4 jam macam tu, which means 4 jam meriba budak kecik tu. Sebab itu kali ni kami prefer untuk selesa sikit masa travel. Barulah enjoy kan Nora?

Pernah cuba browse website Traveloka?

Traveloka ni satu website yang boleh book flight ticket secara online dan hotel pun ada. So easy sebab nanti tak pening nak handle a few websites pastu stress pastu cancel travel. Eh.

Oh ya jangan feeling nak book tiket flight offline pulak, feeling drive ke airport pastu beratur kat kaunter. Choi! Mahal sangat tau. Kalau book online ni murah dan easy.

So weols survey untuk tiket Malaysia Airlines kalini. Just masukkan destinasi dan date. Dan passenger. Ni kan bulan Ogos, bulan kemerdekaan, so untuk menunjukkan rasa kenegaraan tu sesekali naik MAS ni sebab MAS ni flight kebangsaan tau. Servis mereka insyaallah bagus. 

Melalui Traveloka, semua info pasal MAS ada kat situ. Jadi senang hadap 1 page tu je. Korang kan tak suka membaca. Miahaha. Dan macam biasa dia akan paparkan harga yang berbeza. Nak murah ke, nak mahal ke terlebih gaji bulan ni semua ada. 



Dah siap pilih details penerbangan tu search flight dan tunggu 1 2 3 saat. Kalau tak keluar-keluar page baru tu korang cek bil internetlah kot belum bayar. Haha. 

Seat class pun jangan lupa pilih. MAS offer 3 jenis tau iaitu bisnes, ekonomi dan 1st class. Nak pilih 1st class takut kang kawan facebook sis nganga pulak masa sis share pic nanti. Miahaha.


Ini details flight yang kita pilih ni. 

Waktu penerbangan ada, baggage 30kg muat la baju sepuluh pasang, pampers anak, megi, roti, seterika, periuk belanga, free meal (tak adalah nanti kebulur. 4jam kot!), entertainment lagi supaya perjalanan jauh tak kurasa kerna hati melonjak sama dan USB port untuk gosok baju, eh untuk sambung gajet la. 

Harga affordable dan dalam bajet nih. Oh Guangzhou tunggu aku datang!

Sedikit fakta untuk readers, supaya lepas ni bila orang bercakap pasal MAS, korang boleh feeling good-good sebab dah tahu fakta pasal MAS ni. Suka tak? Yeay!

Okay, MAS ni kita tahu dia national flight kan? Selain dari itu MAS adalah ahli One World. Oit ni bukan geng gengster ke, iluminati ke apa tau. Sebagai ahli One World, pembeli macam kita ni yang dapat benefit macam boleh guna airport lounge, spa, free fly dan macam-macam lagi, but ikut terms la. 

Okay tiket flight setel. Satu kaki dah masuk China. Haha.

Hotel pun boleh book dalam Traveloka. Ya Allah senang kerja aku. Tak payah fikir nak browse kat website mana lagi just to book hotel. Semua ada dalam 1 website ni. Jodoh je yang tak ada.


Wah hotel-hotel pun nampak dipercayai. Harga hotel pun ada yang dalam bajet. Okay, kalau korang nak travel dan macam blur-blur nak pick hotel, buat research dulu sebab hotel ni kalau salah pilih boleh matikan mood travel tau. Bajet terpulang pada akaun bank masing-masing, keselesaan pun terpulang kepada masing-masing. Traveloka ni tolong tunjukkkk je, pastu korang book la. Hee


Ha, ini hotel yang saya pilih tru Traveloka. Best sangat Traveloka ni sebab boleh book tiket dan hotel. Website pun tak serabut macam pasar malam. 

Harga yang ditunjukkan depa tu harga yang kita bayar tau.

Saya adalah satu pengalaman, book hotel dari 1 website ni. Sampai hotel kena bayar harga lain. Bengkek juga hati ini sambil buat muka tak kisah. Padahal? Nak marah staf hotel tu memang tak ada faedah. 

Mesti korang dah membara kan nak travel juga? Dah ada destinasi dan bajet? Cepatlah roger geng jenjalan korang ke, suami ke, skandal ke eh yang ni haram takut maksiat, pastu jom layari link Malaysia Airlines Online Booking ni untuk memudahkan korang book tiket dengan hotel.

Tak caya?

Cubalah dulu.

Thursday, August 3, 2017

2 jejaka


Aku mahu cerita
Cerita hati juga perasaan
Perasaan yang bermacam
Macam pelangi, macam ribut

Ribut hati tatkala jiwa gelodak
Gelodak rasa bercampur amarah
Amarah dek kalah
Kalah kerna bisikan durjana

Durjana pergi berganti pelangi
Pelangi indah kiriman Tuhan
Tuhan yang memberi satu pinjaman
Pinjaman indah mendamaikan hati

Hati kembang berbunga mekar
Mekar mewangi menghadirkan senyum
Senyum aku ukir
Ukir buat jejaka berdua.

Tak suka beratur di ATM? Ini rahsianya!


Hai dan assalamualaikum!

Saya tahu ramaiiii gila yang dah tahu pasal online banking atau perbankan internet bak kata orang putih. Tapi kenapa ramai lagi yang beratur dekat depan mesin atm dan mesin cash deposit bila hujung bulan datang. Ambil duit gaji ya?

Ceh!

Macam sis tak nampak korang tengah transfer duit kan kat situ. Berejam okay sis tunggu nak draw duit nak makan burger Korea. Eh marah pulak.

Jadi, meh nak kongsi sikit tutorial pakai shawl untuk buat maybank2u supaya lepas ni kalau yang belum ada tu cepat-cepatlah daftar online banking ni supaya lengang sikittttttttttt bank bila hujung bulan tu. Facebook pandai pulak daftar, ni yang ada pekdah ni taknak daftar. Cepuk kang!

Okay. Mula-mula sekali kena pergi aktifkan nombor telefon dekat bank atau ATM. Ini WAJIB sebab semua transaksi online perlukan nombor TAC untuk teruskan transaksi. Bukan saksi nikah je, m2u pun nak saksi. Okay tak kelakar.

Kalau gegirl semua nak pergi aktifkan nombor hp, pergi dulu, esok sambung baca post tutorial ni. Miahaha

Olright semua, lepas tu buka website maybank2u kat browser masing-masing.



Klik "register now" tu dan isilah apa yang dia minta. Sap sap soi je kak oi! 



Ini adalah rupa muka depan website maybank setiap kali login. Untuk tengok berapa duit, nak bayar sewa rumah, bayar baju beli online tadi, transfer duit kat mak atau bayar hutang terus klik dekat segmen "account & banking"

Pap! akan keluar balance duit korang. Jangan sedih pulak kalau dua atau tiga angka je. Siapa suruh makan mekdi hari-hari.


Di sebelah kiri tu nampak tak "bill transfer" dan "transfers"?

Ha itulah segmen yang akan memudahkan korang semua yang selama ini lenguh kaki berpanas beratur di ATM semata-mata untuk habiskan duit. Kalau beratur ambil BR1M tak apalah juga.

Klik "bill payment" untuk bayar bil air, bil api, bil astro, bil internet celcom korang, loan dengan maybank dan banyak lagi bil yang menangis bila tengok tu.

Okay, lepas dah siap bayar bil, tekan "transfer" untuk dapat keberkatan. Bukan apa, transfer duit kat mak dengan ayah kan berkat la duit gaji itu. Hihi.

Lepas tu barulah transfer bayaran nursing bra yang korang beli dengan sis tadi. Eh tak kan lupa kot. =)


Satu features lagi adalah JomPAY.

JomPAY ni memang sesuai dengan nama dia iaitu jomlah bayar hutang dan bil. Miahaha.

Feature ni saya guna untuk bayar ptptn dan bil streamyx. Yang ni kena ada biller code. Biller code tu tengok dekat bil yang tiap bulan korang dapat. JomPAY ni tiada cas yang korang sayang sangat nak bayar tu

Gegirl, kalau selama ni korang buat semua ni manual, apa kata daftar online banking supaya mudah sikit nak buat online payment hutang dan bil tu. Tak payah buang masa start enjin pergi bank. Tunggu laki balik kerja lah. Tunggu hujan reda lah. 

Internet ni jangan guna untuk tengok facebook je boleh tak?

Tapi kalau korang takut terbabas asyik nak beli barang online tak dapat tolong la.

Masalah jiwa tu. Macam saya.

Friday, July 28, 2017

Easy Parcel: A Review


Helo Assalamualaikum !

Wah kau! Tajuk macam journal sains. 

So korang yang berniaga online dan selalu pos pos barang tu dah baca post sis sebelum ni? Rugi tau tak baca sebab dikhabarkan post itu berjaya membantu usahawan internet dapat 5 angka sebulan. Eh.

Today pula, saya nak share dan kongsi ( ya I know maksud sama) pasal Easy Parcel. Bahasa mudahnya easy parcel ni satu kurier yang berlandaskan online sebab nak tempah dan bayar memang kena online. Which means kalau korang nak pos barang, korang boleh buka website easy parcel dan pung pang pung pang setel!



Okay, meh sis share steps dan apa yang bestnya pasal easy parcel ni.

1. Daftar akaun dulu

Kalau korang rasa eh, nak try la, boleh buka website EASY PARCEL dan daftar dulu. Nanti tak boleh guna kalau tak daftar, pandai. Dont worry sesayang, daftar adalah percuma dan dapat RM25 BOLEH BELI KEPCI UOLSSS. Okay tipu, RM25 tu kredit yang korang boleh guna bila nak pos barang nanti. Sangat jimat sebab RM25 tu worth untuk 6 parcel kau!

Cara daftar nak kena ajar ke di zaman siber teknologi terkini ?

2. Cas postage RM6 saja untuk 1 kilo ke bawah

Saya SANGAT REKEMEN (see?caps lock means memang sungguh-sungguh ni) guna easy parcel ni sekiranya korang memang jual barang yang berat 1 kilo ke bawah macam bawang merah setengah kilo, serbuk kunyit ke kan. Kalau kita guna poslaju direct, cas postage 500gm ke bawah adalah RM7.15 

RM7.15 dengan RM6 mana lagi murah?

Nak kalkulator?

Tapi untuk eligible dapat rate ni, ada step yang perlu kita buat dulu.

3. Topup kredit ke dalam akaun easy parcel korang

Once kita dah ada akaun, untuk mulakan guna easy parcel ni kena topup duit atau kredit dalam akaun kita sebab lepas kita masukkan details untuk hantar barang, bayaran postage yang RM6/kg tu akan ditolak dari akaun kita. Alah cara topup macam buat online payment. =)

Tak boleh COD macam beli barang dekat Lazada. Miahaha.

Nilai topup yang paling minimi adalah RM100 plus RM6 GST dan korang akan dapat guna rate RM6 untuk 1 kilo ke bawah tu dalam masa sebulan. So, kalau korang memang hantar barang customer yang beratnya kurang 1 kilo dan dalam sebulan selalu pos 16 parcel atau lebih dalam sebulan, korang patut try easy parcel.

Come on easy parcel, saya bagi good review ni, nak kredit RM5000 please.......

4. Tak semua poskod detected

Step pertama nak isi details barang nak pos adalah letak nombor poskod. Bad thing is ada certain poskod yang sistem tak detect dan kita memang tak boleh guna easy parcel. 

Tapi dari pengalaman saya, dari 100 parcel yang dah pernah dihantar, 2 kali je sistem easy parcel tak detect poskod. So still good kan?

5. Boleh pilih kurier

Eh apa ni, tadi cakap easy parcel ni kurier. Ni pilih apa pula?

Okay, tenang bak air laut di petang hari boleh?

Easy parcel ni depa guna platform poslaju, skynet atau nationwide express untuk tolong hantar parcel kita. Nanti lepas isi alamat penerima dekat website, akan keluar pilihan kurier. Harga akan sama iaitu RM6, jadi terpulang taste masing-masing nak pilih poslaju ke posperlahan.

Buat masa ni, saya memang selalu pilih poslaju. Skynet pula bila poskod tu tak detect poslaju. 

6. Servis pick up uolss

Ni paling best! Kalau poslaju, setakat 1 2 parcel tu diorang datang kutip tak? 

Tapi easy parcel datang pick up. Tak payah keluar pergi drop barang dekat kurier yang kita pilih tadi. Contohnya kalau pilih poslaju, mereka akan call tanya ada nak pick up barang ke tak. Nanti cakap la ada. Petang-petang sikit sambil nonton sinetron tu nanti ada lah abang posmen datang rumah nak collect barang tu. 

7. Wajib ada printer

Memandangkan slip pos akan di generate dekat website, so kita kena ada printer untuk print slip tu. Awal-awal dulu terpaksa print 2 salinan untuk 1 parcel.

Ish apa ni. Tak go green la easy parcel ni.

Tapi sekarang 1 copy je. Pheww jimat ink dan kertas. Go green! Eh. 

Printer yang paling murah saya beli RM200 jenama HP. Boleh print 400 pages kau. Tesis unibersiti pun boleh print sampai PHD ni.

8. SMS notification

Ya Allah inilah features terbaru yang best gila kebabom eh bestnya macam melampau je best aku ni yang easy parcel provide. 

SMS notification ni receiver akan dapat bila airway will digenerate. Whats best?

Kita tak payah pening selalu lupa nak update receiver nombor tracking diorang dah sebab sistem akan SMS. Barulah tidak dicop scammer sebab tak bagi nombor tracking je pun! Miahaha.

Oh ya, cas setiap receiver 20sen saja. Berbaloi kalau kita jenis yang sibuk dan banyak customer. Bakal jutawan berdiri sebelah DSV katakan. =)

9. Sabah sarawak masuk tak RM6?

Baik reader semua, rate RM6 tu sah untuk semenanjung sahaja tau. Untuk sabah sarawak kena topup RM500 (kalau tak silap) untuk eligible flat rate RM9.50. 

Saat entry ni ditulis, saya dah send out 202 parcel melalui easy parcel ni. Servis tak mengecewakan dan lagi mudah dari sebelum ni. Oh ya, plastik nak bungkus barang dan pocket tu still kena provide sendiri tau.

Saya biasanya memang beli plastik hitam tu. Memang nampak sedih sikit parcel sis. Tapi bila buka parcel customer happy tau. Miahaha.

Dan pocket untuk letak slip/awb tu selalu minta dengan abang counter poslaju atau makcik poslaju. Abang sebab diorang baik bagi banyak, makcik sebab selalu bagi sikit. Hahahaha. Gender isu ke?

Walaupun kita tak request untuk pick up kat rumah, tak perlu buang masa beratur dah dekat poslaju sebab nanti tinggal drop je kat kaunter.

Cakap kat abang kaunter tu, nah contract punya!

Sambil berlalu pergi dengan jelingan manja kat mereka yang beratur tunggu giliran iteww.

=)

Sunday, July 16, 2017

TIPS GUNA PERSONAL FACEBOOK UNTUK BERBISNES

2 3 tahun kebelakangan ini, ramai netizen yang ambil peluang untuk jadikan facebook mereka sebagai "kedai online". Dulunya selalu guna untuk update status bosan di office, menyampah dengan bos, makan di mana, baca gosip di siakap keli dan like post kengkawan.

Satu perubahan yang sangat baik. Tidaklah korang membazir duit topup internet dan hangus di awan lalu je. 

Dan bila korang dah start guna facebook sebagai tempat untuk korang beritahu kawan facebook korang yang korang ni jual itu atau ini, mesti korang tahu apa itu personal branding kan?

Sebenarnya personal branding ni bukan untuk orang yang nak berbisnes online saja tau, kita yang marhaen ni pun wajib ada personal branding. Yang baru nak mula hidup dan nak start kerja tu, belajar-belajar la topup ilmu supaya korang ada brand. Barulah cepat dapat mertua. Cap ayam tak mahulah =)

Tapi,

Korang semua ni dah betul-betul faham ke macam mana nak pastikan korang berjaya guna personal facebook tu atau semata-mata ikut kata orang, pergi kursus sana sini, google atau hentam kromo tengok orang lain?

Sudah, jangan fikir panjang. Mari sis kongsi dengan korang tips wajib berjaya bila korang guna personal facebook tu untuk jual barang atau servis atau jual cerita pun boleh. Miahaha.

Wajib tahu nak jual dekat siapa

Since korang dah guna personal facebook mestilah korang nak jual kat kengkawan tadika, member sekolah rendah menengah, kawan opis, jiran, pakcik, makcik, ex-boyfriend, geng gosip dan kawan u korang kan? Actually tak salah pun nak jual kat diorang ni tapi rugi melainkan korang jual barang universal mencakupi seluruh jantina, umur dan cara hidup. Iaitu minyak masak =)

Okay okay. Seriuslah ni.

Rasanya 1-2 k friendlist korang tu mungkin dah masuk semua di atas kan. Apa kata yang lagi 3k tu pergi add orang yang betul-betul target korang. Kau pergi add seluruh kawan yang jual sama barang dengan korang tu buat apa? Diorang pun dah ada barang tu. Memang tak la deme nak beli dengan korang. Pastikan deme tu masuk yang senarai 1-2k tadi okay. 

Tapikan, lagi bombastik kalau 5k kawan korang tu betul-betul yang potential customer even kawan sendiri, jiran lama atau kawan opis korang pun.

Dah nama personal facebook kan, mestilah ada orang yang kita kenal luar dari pesebuk ni. Ye dok?

Mari sis kongsi real story sis ni. Supaya korang tahu pentingnya korang kenal pelanggan korang.

Sis mula berjinak dengan online bisnes tahun 2014. Sampai sekarang dah masuk 3 tahun belum jadi jutawan kahkahkah sajelah. Sis bermula dengan jual tudung. Tengah in katakan. 

Permulaan bisnes memang syok woo. Semangat habis. Ramai nau beli tudung sis. Terasa bakal mengalahkan parida je tak lama lagi masa itu. Tapi hujan pulak tengah hari tu. =(

Masa tu, sis hentam saje jual pada semua orang. Bila suami tanya nak jual pada siapa, sis jawab perempuan.

"Perempuan macam apa?"

Dia tanya lagi kau. Berderau emosi sis!

Perempuan lah. Kan perempuan pakai tudung.

Korang, perempuan ni memang kuasa membeli dia besar. Tapi kalau ada duit. Tak de duit nak beli juga, tapi mintak duit laki atau beli yang murah-murah jew. 

Pastu mulalah ayat larikan diri macam;

"Nak tanya suami dulu ya"

Atau krik krik lepas minta no akaun korang.

Itu sebab penting korang jual barang dekat spesific target. Bukannya dok paksa dalam lembut member untuk beli barang korang. Pastu ajak depa join korang. Pastu stress. Pastu hempuk kepala kat dinding. Pastu taknak meniaga dah. Cepuk kang!

Bila korang jual barang dekat orang yang memang nak gila barang tu, lama-lama orang sendiri akan cari korang. Wow! Terasa dikejari bak patah amin tak?

Updatelah facebook tu!

Dah korang buka kedai dalam facebook tu kenalah rajin online. Takkan post status seminggu sekali. Sedih nau kedai kau.

Tapi tapi tapi sayang sayang sayang (nyanyi bak dsv ya),

Mesti korang dah dimomokkan untuk update 60 kali, eh, 8 kali sehari kan? Siap donlod apps untuk auto post lagi. Wow! Komited.

Okay, actually kan memang betullah korang boleh update banyak kali 1 hari, tapi cuba korang be real, jangan nak ikut sangat buku teks korang tu boleh tak?

Argh! Apasal sis naik angin ni.

Korang rasa kawan facebook korang tu suka ke tengok korang update pasal produk all the time? Suka? 

Pastu kengkonon nak remove kawan tak aktif. Korang ingat dia kisah ke korang remove. Dia tak rugi apa pun korang remove dia.

Opss actually korang tak remove pun kan?

Macam sis tak tahu taktik tu. Miahaha.

Meh kita terus ke tip nombor 3 sebab tip nombor 3 serangkai dengan nombor 2.

Be real. Be kreatif dalam memuat naik status

Since korang istiqamah nak update status 8 kali sehari, korang cubalah ulangkaji sikit. Pukul berapa nak post dan apa nak post.

Pukul 7 up status produk. Pukul 12 update pasal produk. Pukul 5 share produk. Pukul 8 pun share produk lagi. Muntah uols. Muntah kengkawan facebook korang tu.

Kalau kawan bisnes korang memanglah diorang tak kisah, diorang like dan komen lagi. Tanda sokongan katanya. Tapi kisah benarnya, untuk orang yang tak berniaga online diorang tak faham dan tak nak faham yang tu. Mula-mula diorang tengok je korang duduk up status produk tapi seminggu kemudian depa unfollow. 

Kak cik, ini pengakuan sebenar dari seorang pembeli tegar online. Orang macam ni kita kena jaga kak cik, depa ni senang membeli. Kau sibuk nak remove depa dah kenapa kak cik oi?

Okay.

Meh sis bagi contoh dan situasi. 

Dek kerana korang ni berniaga kat facebook kan, korang nak la cerita produk korang tu kan, cuba elakkan hard selling. Sekali seminggu cukuplah buat hard selling tu. 

Kan sekarang ramai jual skincare or produk untuk lawa kan?

First, korang lawa tak? Kahkahkah.

Alah gurau je. Sentap jangan nak bisnes lah.

Contoh update untuk yang jual lekcu ke, pondesyen ke (lipstik, foundation) untuk waktu pagi punya update adalah selfie paling kebabom dalam kereta nak pergi kerja.

Ya Allah sis, kalau korang share selfie korang yang cantik dengan muka halussssa je, lipstik pink pink jambu batu tu, percayalah lama-lama kawan pesebuk korang akan terliur untuk beli barang sis tu.

Cuba beritahu sis, perempuan mana nak hodoh?

Oh ya, selfie tu tolonglah berjenis, jangan apps sangat. Nak sis share tips selfie pulak ke? Haha.

Contoh lagi kalau korang jual minyak masak kan. Instead of hari-hari 24jam tunjuk gambar minyak pastu suruh pm pm pm (najib sorang cukuplah kat Malaysia ni) apakata pagi tunjuk gambar cekodok, petang kongsi resepi cekodok, malam post gambar candle light dinner dengan cekodok.

Pokoknya, jadi kreatif dalam memuat-naik status sebab kalau tak korang akan di unfollow oleh potetial target. Taknak percaya takpe, buat je dulu.

Gambar dan ayat menghiburkan

Orang ni dia log in facebook sebab nak tengok life orang, baca viral story, gosip, komen kat siakap tiga rasa, tengok video atau update status mereka.

Pendek kata, mereka mahu sesuatu yang menyeronokkan. Eye candy gitu.

Dah tu korang share la gambar yang cantik. Bukan blur senget benget. Gambar yang cantik pasti mengundang "like". Eh tak kan tak mahu like kottt. Camera phone kan semakin canggih. Plus apps untuk edit.

Bila nak share gambar produk tu, tak perlu pun terang-terang gambar produk tu sebab actually kan, orang dah selalu tengok gambar tu( kes kalau jual barang orang) dan mereka just scroll scroll sampai jumpa cerita menarik baru mereka berhenti jap.

Macam lipstik tadi kan, instead gambar pegang lipstik mulut muncung tu, apa kata share selfie/gambar matang yang memang korangpakai lipstik tu,

Atau 

Gambar cawan teh strawberry beli kat Cameron tahun lepas dengan caption "lipstik antilekat kat cawan jimat sabun nak basuh cawan lepas ni" atau "jangan risau skandal dengan laki orang sebab tiada lagi kesan lipstik di kolar baju"

Contah je. Janganlah kecam sis. Haha.

Dan kalau korang share status berunsur ayat, elakkan lah ayat berniaga atau ayat berunsur niaga atau ayat bau berniaga tu sebab orang tak akan baca. TAK AKAN!

Cubalah tanya diri sendiri tu. Buku teks pun tak nak baca, berangan nak baca ayat jualan. Bosan. Itu je sebabnya. Thats why la korang kena jadi story teller. Bercerita dalam status. Attract reader dengan first ayat tu.

First impression bak kata orang kampung sis. 

Korang kenal vivy yusof? Cuba tengok ig dia. Caption pada gambar die tu adalah salah satu sebab kenapa orang suka tengok ig dia. Funny, kretip, merecik hawau bak kata orang kampung kau.

Tak apalah korang bukan raja lawak, but belajar update status yang menarik. At least orang nak baca.

Bagi apa yang kawan facebook korang nak

Dah ada kawan facebook yang potential membeli, dah pandai pancing kawan-kawan dengan post korang?

Next step, buat kawan-kawan facebook korang ingat korang dan ternanti-nanti update korang. Kata nak jadi retis kan. Nak buat yang ni korang kena study sikit. Siapa yang dalam facebook korang tu. Ke ex boyfriend je ramai? Atau geng bisnes?

Macam contoh sis tadi, kalau korang jual bedak sejuk kan, dan friendlist korang tu ramai giler nak jadi lawa lepastu glam di ig kan, korang selalulah bagi diorang apa yang diorang nak tu. 

First bagi diorang tahu yang korang tahu macam mana nak jadi lawa. Selalulah kongsi di facebook benda-benda yang boleh buat kawan facebook korang nak tengok update korang.

Contoh macam cara pakai bedak tutup jerawat ke, cara pilih lipstik memikat lelaki ke (macam berdosa pulak rasanya), resepi mask mudah gila nak mampus 1 bahan ke atau apa-apa saja yang orang nak baca.

Sebab diorang nak lawa!

Tips ni mahal sebab ni memang akan buat orang suka facebook korang. Dan nak buat tips ni bukan setakat google, tulis bodo gitu atau post gambar ntah apa-apa. Tips nombor 1-4 wajib korang gaul sekali. 

Bagi hadiah/giveaway

Amboi kau, duit orang kau nak. Tapi duit kau, kemas je kau kepit bawah ketiak kan?

Salah satu teknik nak buat korang menyerlah, tambah engagement, tarik followers adalah dengan bagi benda-benda free. 

Topup RM5. Contohnya.

Up sikit. Bagi free je produk korang tu. Amacam? Goyang la tu takut rugi.

Well, the more you give, the more you get. 

Tips ni sis tak nak hurai panjang lebar sebab korang sendiri faham kan? Antar ayer dan jakarta, eh, antara nak buat atau tak sajo =)

Kesimpulannya, personal branding untuk jual barang di personal facebook boleh berjaya kalau korang apply tips 1 sampai 7 dan Allah izinkan. Eksperimen dan cuba tengok kat mana korang boleh betulkan.

Just dont be a robot sangat.

Personal branding itu patutnya serlahkan the best of us bukan buat orang unfollow, unfriend atau block facebook korang.

Personal branding di facebook buat orang love you.

Sayang sayang sayang bak kata dsv. Muahh

Monday, June 5, 2017

Uber vs Mat Din

Helo dan salam ramadhan =)

Minggu lepas, masa sampai di airport Pengkalan Chepa, saya dijemput oleh ma, abah dan Mat Din. Ramai nau menjemput, kalah menteri. Miahaha. Korang jangan ingat Mat Din tu adik saya. Apalagi suami saya. Meh saya ceritakan siapakah Mat Din. Supaya tidak timbul fitnah. Eh.

#siapa Mat Din

Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana (intro kemain kan?) dan banyak kekurangan. Tapi yang pasti kami tak pernah kekurangan makanan dan kasih sayang. Gitu. Masa saya kecil dan comel persis Nora Danish naik kereta merupakan satu hal yang menyeronokkan dan kadang-kadang mendebarkan. Budak-budak kan memang suka dapat jenjalan. Lagi budak kampung cam ai ni. Hewhew.

Abah saya tidak mempunyai kereta. Jadi biasanya masa saya kecil-kecil dulu, kalau nak pergi ke mana-mana yang memerlukan kereta, kereta yang biasa kami naik adalah kereta saudara-mara atau orang kampung. Masa tu kereta ni bukan macam sekarang. Sangat diperlukan dan senang beli. 

Oh lupa, selalunya kereta yang kami naik tu bukan naik free pun. Siapalah nak bagi free kan?

Habis sekolah Darjah 6, saya terus ke Gerik untuk mendaftar MRSM. Tingkatan 4 ke Kuala Berang pula. Kemudian ke kolej matrikulasi Pulau Pinang dan terakhir mendaftar di UKM Bangi. 

Bukan nak buat resume ni, tapi nak cerita yang tiap kali saya dan adik beradik perlu daftar di tempat belajar di luar negeri (luar negeri Kelantan je), ma dan abah akan mula cari saudara atau orang berdekatan yang free dan sanggup untuk hantar kami anak-beranak.

Jadi masa saya kecil, bila dapat naik kereta untuk ke mana-mana tu memang seronok tau. Lagi kalau duduk seat sebelah tingkap. Sejuk je angin menyapa pipi. Ceh, feeling Wany Hasrita dah masa tu. Saya ada kongsi satu kisah pasal seatbelt dalam blog ni. Funny and memalukan. Jangan lupa baca tau. #iklanjap

Dah tu, Mat Din ni siapa?

Haha.

Terlupa motif asal cerita.

Disebabkan abah/ma selalu kena hantar anak-anak diorang naik bas kat stesen bas, jemput anak la, pergi pejabat tanah la, pergi beli langsir la dan nak minta tolong orang ni bukan senang. Dan bukan free. Abah selalunya akan contact seorang pakcik di kampung kami.

Pakcik ni memang kerja dia as a driver berbayar. Nak pergi mana-mana, buat je appoinment dengan dia dan nanti dia datang ambil kat rumah. Kat kampung kan selalu ada atok nenek yang nak pergi hospital ke, mengurut ke, berubat ke, bomoh ke, bayar cukai tanah ke, aeon ke, eh, adanya pakcik ni pergerakan kami dan mereka yang tak ada kenderaan sangat mudah. Mengapa perlu Trivago

Lebih kurang 16 tahun lepas, pakcik ni bawa teksi lama. Ala yang Mercedes punya tu. Yang guna diesel tu. Kan kereta yang guna minyak diesel ni bau dia lain macam. Macam bas juga. Memang tiap kali tahu kena naik kereta pakcik ni, saya siap-siap beli gula-gula yang mint-mint gitu atau telan ubat mabuk kenderaan siap-siap.

Kalau tak mahu meroyan menahan mual macam orang mengandung. Miahaha.

Pakcik ni nampak macam pendiam tapi sepanjang perjalanan tu, tak perlu pasang radio pun sebab dia punya cerita akan berepisod-episod. Memang tak sunyi lah duduk dalam kereta dia tu. Semua benda boleh jadi modal dia bercerita. Terhibur sangat. Miahaha.

Selain daripada itu (wah penanda wacana gituuu) pakcik ni bukan jenis selebet. Pakaian dia walaupun tak hipster, tapi dia hormat pekerjaan dia. Pakcik ni tak akan pakai tshirt pagoda, kain pelekat atau jeans koyak tapi pakaian dia masa jemput pelanggan adalah kemeja dan seluar rupa orang nak pergi office kau.

Bayaran servis saya tak pasti sebab abah yang selalu bayar. Yelah, dulu saya student mana ada duit oit. Tapi abah selalunya hulur bayaran yang setimpal. Kalau tak, mesti pakcik ni dah tak nak ambil abah jadi pelanggan kan kalau abah hulur singgit je. Macam tambang bas Rapid pulak.

Kesimpulannya untuk karangan ni, uber tu sebenarnya dah lama wujud. Kampung den ha tempat asalnya. Saya syak pengasas Uber ni mungkin pernah guna khidmat pakcik ni dulu. Lepas tu dia dapat idea buat bisnes. Ish, rugi pulak tak buat awal-awal daripada dia. 

Nanti bukan nama Uber tapi Matdinber.

Sampai sekarang, pakcik ni masih setia gagah perkasa berkhidmat untuk sesiapa yang perlukan transportation. Kereta pun dah tukar ke Proton Saga, anaknya belikan. Tak main lah kereta lama. Mesti lah up kan servis kan?

So haritu Mat Din yang jemput saya kat airport tu pakcik ni la.

Dan saya tak perlu lagi gula-gula mint-mint.

Thursday, May 18, 2017

Hotel Putra Kuala Lumpur : A Review

Hai and assalamualaikum,

Kadang-kadang bila suami ada job luar kawasan dan boleh menyelit untuk ikut, saya akan sibuk cari bilik hotel. Heaven betul kalau dapat tidur kat hotel. Al maklumlah dulu masa kecil, tak kaya mana, bukan kata tidur hotel, tengok hotel pun tak pernah. #menangis

A few weeks ago, kebetulan (kebetulan lah sangat) suami ada show amal dekat Istana Budaya, jomlah check in hotel berdekatan. Nak ikut ke istana budaya tak dapat memandangkan anak baru 11 bulan macam tu. Double konsert nanti jadinya. Miahaha

Hotel terdekat yang available cuma ada Hotel Putra. Bolehlah.

Hotel ni dah 10 tahun, Mana saya tahu? Alah dekat lif tu ada tampal kat dinding bila diorang launch. Ker korang ingat saya google? Cis! So, sesuai dengan usia hotel ni, walaupun hotel ni besar nampak mewah tapi bukan 5 bintang. Kot?


Ini bilik haritu. Bilik luas dan spacious. Eh, macam sama je maksud dia, Bagus, bilik luas ni sedap sikit Sunan nak berkawad. Ada kerusi lagi untuk feeling minum petang. Atas side table tu bukan room service tau, itu anak sis. Miahaha,


Memandangkan hotel ni dah soploh tahun, tv diorang pun design soploh tahun lepas. Astro tadak, apatah lagi Fox Movies. Takpe, agak-agak sales diorang sejuta tahun ni bolehlah tu tukat flat screen. Overall, facilities dalam bilik tidur memuaskan. Eh lupa, bilik air belum tunjuk.


Ni jamban toilet yang dalam bilik tu. Dah tu takkan nak snap toilet bilik orang lain. Tempat mandi dipisahkan dengan langsir. Senang pasal kalau ada orang nak terberak masa ada yang tengah mandi tak payah tahan dah, boleh masuk sekali. Cuma bau pun kena sharelah.

Okay, hotel putra ni sangat dekat gila dengan Hospital Pusrawi. Mungkin 1 pengurusan atau adik-beradik kot dua tempat ni. So, kalau ada keluarga yang warded atau mungkin nak bersalin kat sini, bolehlah pilih hotel ni untuk jadi accomodation. Jarak mereka hanya sebelah je dan disambungkan dengan bridge.

Kalau dari bilik saya, selak langsir akan nampak IJN. Berhadapan dengan hotel ni dan boleh lalu guna jejantas kalau korang nak ke IJN. Untuk cek jantung tu berdegup untuk siapa. Miahaha.

So, hotel ni adalah choice terbaik kalau kata ada keperluan untuk stay dekat dua bangunan berkaitan kesihatan ni. Sebab access ke dua tempat ni terlalu mudah. Kenapa perlu trivago

But, kalau korang ulat buku dan nak cari jodoh terlanggar bahu buku bertaburan, hotel ni juga sangat dekat di hati dengan perpustakaan negara. Lepas penat baca buku dan tunggu jodoh tak terlanggar-langgar tu boleh relax kat Hotel Putra dulu. Jalan kaki je.


Biasanya kalau tidur hotel, kena pakej breakfast. Sis memang suka breakfast dekat hotel walaupun makanan sama je kat mana-mana. Nak kata sedap tu belum tentu, tapi dah kalau jenis makan macam membela ni memang suka buffet. Miahaha.

Thank God! Tetiba cakap orang putih pulak. Breakfast kat hotel Putra ni puas hati. Nasi lemak dia sedap juga. Lepas tu ada bihun goreng dan soto, kalau tak salah sebagai main dish mereka. Bubur pun ada. Sedap juga. Roti bakar, buah-buahan, tea, kordial dan sudu garpu.


Macam orang diet je kan makan?

Itu bukan starter tau, itu second round sebab first sekali saya makan nasi lemak. Thing is, breakfast like a king, dear readers  =)



Once dah ada anak kecil, masa makan adalah masa terbaik untuk belajar skill mempertahankan diri. Sebelah tangan pegang sudu, sebelah lagi pangku anak. Time ni memang akan bersilat gayung sikit. Dua-dua tangan wajib gagah.

Masa nak suap makanan ke mulut, skill kena up, kalau setakat skill fire Ultraman tu memang tak jalan. Skill dah dewataraya dah masa nak suap lagi kalau anak siap melentok macam menari ballet.

Insyaallah akan survive 1 pinggan nasi lemak.

=)