Aku sebuah kereta
Nama aku Cik Dah Montel. Aku dilahirkan di sebuah bangunan yang penuh besi, suara-suara bangla, pekikan manusia berpangkat dan bunyi mesin-mesin yang mampu memecahkan gegendang telinga aku. Semasa dilahirkan, suasana sangat panas tanpa sebijik aircond pun mengipas aku. Tidak kah mereka tahu aku ni masih fragile dan manja? Tidakkah mereka tahu aku patut di puja-puja? Bagi mengubati duka di hati, aku bersembang dengan kawan-kawan di sebelah. Ternyata mereka juga seperti aku. Salah seorang kawan aku memberitahu yang kami bakal dipisah-pisahkan ke merata tempat. Berguguran airmata aku mendengarnya. Bermakna aku tidak lagi perlu panas macam ni. Dek kerana terlalu gembira, aku meloncat-loncat sehinggakan terkencing sendirian. Tiba-tiba aku dikerumuni oleh manusia dan mereka mula menelanjangi aku. Menurut mereka, tangki aku bocor. Tidakkah mereka tahu aku cuma terkencing? Huh. Susah betul melayan kerenah manusia ni. Semasa dilahirkan aku sudah berusia 25. Tapi masih kacak bergaya dan putih...