Kedua-dua dua kali, I nak beritahu yang kenapa tak boleh buat font BESAR dan pick colour untuk tulisan? Sapa yang dapat jawab, I bagi nombor topup. Nahh,,,tapi tak pasti la nombor tu boleh guna or lalalalala....Ok, kidding. I really really nak besarkan font sebab I sakit mata la tengok kecik cenonet je tulisan ni, korang yang baca pun mesti sama kan?
Apalagi? setelkan masalah wa, wa kasik lu kasih sayang. Mau?
Baiklah, pernah tak you semua mimpi benda yang sama untuk tempoh yang lama? Mimpi basah tu lain kira la kan? Misalnya mimpi jatuh katil dan mimpi tu selalu sangat muncul dalam tidur you semua?
I do. Mimpi ni dah lama menghantui jiwa dan mimpi daku. Alhamdulillah setakat ni tak ganggu my own pathetic life. Ceh. Kalau difikir-fikirkan balik, mimpi ni dah lama dah muncul, setahun lepas mungkin. Mungkin juga dua. Dan dia sering muncul sebulan tu banyak kali jugak.
Mimpi apa?
Agak segan la nak reveal kat sini. Kalau mimpi nikah dengan Asyraf Muslim boleh la...(dengar nama pun dah sejuk hati). Orang kata mimpi gigi tercabut ni berkaitan dengan mati. Well well well, I selalu mimpi gigi tercabut, terpatah, semua ter ada. Takut taw. Kita tak nak rongak macam darjah 2 dulu.
Dah bertahun asyik mimpi sama, tak sapa pun mati. Atau I yang nak mati? Semua orang pun akan rasa mati. Cepat atau lambat je. Selalu la ingat pada mati. Andai tiada esok, I abadikan tulisan-tulisan murah I ni untuk semua yang sayang dekat I...=p
Seorang pakar mimpi, yang I tengok dalam WHI TV3 cakap, mimpi ni sama ada datang dari syaitan atau Allah. Kalau datang dari Dia, itu petunjuk. Kalau syaitan, kita semua tahu kan? Mainan tidur. Syaitan itu kerja dia sesatkan orang. Kalau kau bagi jalan salah dekat orang, kau pun syaitan. Boleh? Tapi, untuk tentukan mimpi tu datang dari Dia atau syaitan, nanti I tanya ustaz tu lagi ye.
Lagi, ustaz tu ngomong, kalau kita nak tahu maksud mimpi kita, bila kita bangun pagi, amik Quran tafsir, pejam mata, buka Quran tu, tunjuk pada Quran, buka mata, tengok jari kita dekat mana, baca ayat tu. Ustaz tu kata kat situlah jawapan kepada mimpi kita. Hebat kan Al-Quran. Selalulah baca dia..
Kita pun dah diajar kan dari kecik lagi sebelum tidur basuh kaki, gosok gigi, ambik wuduk, baca doa sebelum tidur. Masa kita tidur tu, roh kita pergi jalan-jalan. Kalau esok kita bangun, maksudnya roh tu balik kalau tak?
Nak tidur.
hahaha...mimpi tu nk ingtkan u..yunk u akan mati jgk..x taun lepas..taun ni...so lau nk tau lebih lanjut tanyelah ustaz amirul..wahahhahaa
ReplyDelete