Friday, November 23, 2012

Petua untuk bijak dengan BOMBAY TOAST

Assalamualaikum


Bombay toast

Oh yeah. After 23 years, saya baru tahu roti potong empat celup telur dan goreng yang ma kadang-kadang bagi anak dia untuk sarapan tu Bombay toast. Heh?Tak nampak macam tu ke. Mind you. Haha.

So jangan lupa untuk sarapan untuk jadi bijak. You need energy men. To start you day. Everyday kita akan belajar. Yeah. Learning bukan dalam kelas.je. In fact kita akan terus jadi pelajar. So untuk absorb ilmu untuk jadi pandai kita perlu tenaga. Dari mana datang tenaga?



BREAKFAST!

posted from Bloggeroid

Thursday, November 22, 2012

2013

Assalamualaikum

Ceh. Macam too early la pulak kan buat entry untuk tahun 2013. Tiba-tiba terfikir yang 2013 is on his way. Too soon. Percayala yang dia memang datang dan semakin menghampiri. Rasanya dia pecut 150km/j. No AES. So lucky for him.

So apa yang saya dapat from 2012? Im getting old. Eh. Bukan.

Sah sah la kalau ikut matematik angka umur tu meningkat. Tapi alhamdulillah walaupun angka meningkat pakej diri pun ada yang meningkat. Bukan la semakin cantik atau semakin digilai ramai (syok juga kalau jadi hot stuff kan?) Nanti jadi tua. Dah la tua. Bangang pulak tu. So tak elok la. Tak berjalan seiring gitu.

Saya masih ingat awal 2012 saya masih struggle lepas graduation. Tanya saya maksud depress dan gila. I can answer them for you. Haha. Rasa macam bagai semalam semuanya hilang. Too fast la kan dia berjalan (mungkin naik volvo).

So far dari banyak(s) wishlist saya tu saya dah pangkah a few. Still too many to go. Yelah nak sambung study bukan sesuatu yang kita boleh hari ni cakap minggu depan eh,dah jadi student. Lagipun dalam posisi saya sekarang untuk belajar lagi sangat dekat dengan mustahil. Saya cuma harap saya boleh. Eh, tercakap wishlist pula. List saya bukan sekadar material.

Saya cuba untuk bekerja ke arah list tu. Impian tu bukan suatu yang kosong. Kawan saya kata berangan tak salah. Yang salah bila kita tak buat apa-apa. Saya bercakap pasal impian yang logik dan sesuatu yang kita sebut sebagai dream(we know we can). Kalau setakat berimpi nak jadi puteri tu,well,well,well. Typeless.

So saya harap anda pun akan cuba tambah tanda pangkah atas list tu.

posted from Bloggeroid

Wednesday, November 21, 2012

Jangan indah khabar je

Assalamualaikum

Kenapa rasa lama gila babeng (gila babeng bukan satu frasa menyumpah tapi ia adalah hiperbola) tak kemaskini blog eh. Oww. Ya. Benda semalam atau 2 3 hari lepas memang lama bak kata Alyah "bagai semalam semuanya hilang". Jadi guna to the fullestlah masa sekarang. Jadi lepas ni tak perlu bebel bila semalam tak kemaskini page sendiri.

Macam biasa kalau buka pesbuk je mesti akan nampak benda sama.

1)update benda terkini dan hangat. Yang paling cepat update tu la yang paling up to date (konon)

Sebenarnya saya bukan kisah pun you all nak mengeupdate. Sebab kekadang kan dapat jugak i tahu informasi terkini

2)lapar la.sunyi la.kerja banyak la.tension la.

Memang tension aku ni.

Sekarang kan sibuk isu gaza. Macam-macam gambar dan kata2 la yang orang share. Bagus la tu. Jangan sibuk share je. Harapnya yang mengeshare tu akan buat apa yang dikongsi. Jangan pandai share aje ye.

Yang boikot mcd tu bukan isu lama? PELIK la manusia facebook ni. Dulu pun dah kecoh. Lepas tu bila isu gaza senyap. Boikot pun senyap. Bila mcd jual burger baru macam samurai hari tu kemain post status,

"samurai mcd terbaik"
"mcd is the best"

Dan apa-apalah.

So boikot mcd time gaza kena serang je ke?

Itu tak istiqamah namanya,sayang.

posted from Bloggeroid

Sunday, November 18, 2012

Mocran car charger

Sape nak?




Tak guna pun.
Nak let go.

Friday, November 16, 2012

Pejabat berhantu




Milik siapakah pejabat ini?

posted from Bloggeroid

Yang dipanggil lelaki

Yang menjadi penunjuk jalan bila tiba di persimpangan.
Yang menunjuk arah bila tiada penanda.
Yang menjadi pengurang beban bila melewat daya.
Yang menerang tatkala gelap.
Yang menarik urat pipi melukis senyum.

Itu cuma dia.
Dia yang baiknya entah bila akan habis.
Dia yang sayangnya buat aku sering kalah.
Dia yang bicaranya semanis madu. Usah berdebat pasti muncung yang timbul.
Dia bukan sempurna.
Dia cuma pelengkap.
Dia bukan sang putera.
Dia cuma istimewa.

Istimewa di hati.
Kini.
Mahu sampai esok.
Bila sampai esok aku mahu terus berkata.
Mahu sampai esok.

Sabarlah duhai lelaki.
Tuhan ada bersama kamu.

Hilang

Assalamualaikum

Tak tahu la nak taip apa (kalau tak tahu tak-payah-up-date)

review movie- tak ada latest movie

kutuk ex- dah macam loser benar. lagipun tak ada pa nak dikutuk. in fact ex tu apa? huruf x? (gua pun menyampah taip macam ni)

vacation- bila masa pergi vacation?

menyampah volume ii- malas la....malas okey. malas.

sesuatu yang berilmiah- pernah ke?pernah ke blog ni ada subjek Sejarah Tingkatan 5?


Masjid ni macam fairy tale kan?



Nanti update! Bye!

Wednesday, November 14, 2012

Genting Awana

Assalamualaikum

Jumaat baru-baru ni, saya telah dipaksa relakan oleh BOS saya untuk attend talk pasal keselamatan wanita dekat Genting Awana.

Keselamatan wanita?-------->pleaselah bos, gugel je ha. anyway talk talk ni selalunya mengantuk
Genting Awana?------------>Genting je pun. Macamlah hari-hari kau naik Genting kan Cik Ain.

Jadi beginilah conversation yang membuatkan saya terkulai layu dek kerana kena attenddddd jugakkkkkkk.

(bos sedang menolak troli sementara ain berjalan di sebelah beliau)

Bos: Nanti...Jumaat... (bos gua memang kalau bercakap dia bagi word je. pandailah kau camtum jadi ayat)

Ain: Jumaat ni eh. Kena pergi ke bos? (nada sepenuh merayu macamkan nak mintak approve cuti seminggu)
.
.
.
Bos: Yelah, itu attendance list sudah keluar. kena pergi. semua perempuan kena pergilah. (nada keBOSannya)

Demmmmmm...ya.ya.ya.ya.

Nak pergi duduk dan dengar bukan masalah yang masalahnya pickup point dekat kl pukul 7.30am. Ya, memang rajinlah gua nak drive pagi buta nak pergi Kl tu. Dan pagi Jumaat tu kerana rela saya bangun 5pagi dan drive ke Kl dalam embun pagi. Heh.

Tapi.......................................

Rupa-rupanya kepergian itu bukanlah satu yang mengecewakan. Even terpaksa bayar 35hengget untuk parking. Takpe,takpe. Esok lusa gua claim. Duit kasino banyak mehhh.

Selalunya bila pergi dengar apa-apa ceramah mesti timing dia lari. Biasalah VIP kan selalu lambat datang. Kenapa eh VIP ni suka lambat-lambat? On that day event yang patut start 9 pg dah start 9.45 pg. VIP mana yang akan datang on time? Ada tak? Ada tak? Setahu saya Tuan Guru Nik Aziz. Itu pun ma yang cakap. Ini bukan politik. Saya cuma bercakap based on others experience.

Rasanya berbaloi untuk dengar talk tu even sekejap je sebab yang bagi talk tu orangnya memang bukan sedapnya-dia-cakap-rasa-nak-tido. Mesti selalu kan kita hadap perkara ni. Even dengan lecturer. Surprisingly (entah betul tidak) orang tu rupanya selalu keluar tv. Double surprise nya, gua tak pernah tengok pun dia dalan tb tu ha.

pernah tengok?sebesar-besar alam ni saya gugel gambar dia.


Penceramah dah best. Makanan pula super awesome. Ha. Makan buffet dekat hotel siapa tak kenyang kan. Tapi jamu mata je lebih. Perut mana boleh isi dari tembikai ke pasta. Nampak sangat kebulur. Padahal yang cakap nak bungkus tu siapa eh.




gambar sebagai kenang-kenangan supaya nanti boleh mengenang

Saya nak cakap dekat bos;

ain:rugi bos tak join kitorang.boleh makan banyak

heh.

Monday, November 12, 2012

Longing for this

Assalamualaikum

Ceh. Tiba-tiba tajuk entry bahasa omputis. Sebenarnya nak test lidah ni sebab petang ni saya ada meeting (ingat watak utama ke dalam meeting tu) dan kena present. Wah. Dah lama tak present ni. Last masa join Gems kat Genting. Dan the good news nya saya skor markah yang agak hebat untuk presentation module at that time(macam dah lembut sikit urat lidah ni) which is saya rasa satu pencapaian untuk diri saya. Saya selalu bersyukur bila teringat yang saya pernah join kursus tu.

So hope today will be okay.

My mother is a tailor. She is very hardworking young lady (young ok.young). However none of her children mengikut dia. Tapiiiiii kami pandai pegang jarum ok. Haha. Oh ye second sister saya pandai la menjahit. Dia kretip gitu. Nape ntah tak jadi fashion designer.




Kat tengah tu awek yang pakai dress dengan cardigan. Take note yang cardigan tu dibuat oleh second sister saya dengan menggunakan old tshirt. Kalau tengok cardigan tu memang nampak macam beli dekat Jusco masa sale hujung tahun.

Jadi berbalik kita kepada longing tadi. Sebenarnya saya dah lama tak pegang jarum. Dalam beg tu ada sepasang baju kurung yang saya pakai sekali je during first sister wedding sebab i am planning to stitch(yeke?) beads and sequins dan baru pakai. So the problems are saya belum beli material dan saya tiada masa. Those two problems leads to one big problem. It is lazy. Huh.



Salah satu baju which is my graduation's attire. Hahaha. Dengan jahitan yang paling paling paling paling simple. Sesuai untuk orang yang nak cepat je kerjanya.




Ini baju yang exclusive dijahit untuk Gems registration. Saya jahit dalam tempoh semalaman gitu. The thing is once kita dah start kita akan dirasuk hantu manik. Yang mana hantu tu akan bagi spirit untuk kita jahit dan jahit sampai siap.




This is my sister's veil. Hakhak. Macam pemalas. Ekceli kan saya terpaksa dalam kekangan material dan masa. So terpaksa make it hudusss je. Pada masa yang sama saya tak mahu terlalu banyak sebab nanti veil tu berat. Terus pengantin senget je kepala. Ada satu lagi veil. White one. Second sister yang buat. Saya sangat sukakan veil tu sebab jahitan manik dan labuci dia cantik. I told you kan orang tu kretip. Jari dia lagi meliuk.

In conclusion...saya kena jahit jugak baju dalam beg tu. If not she will remain clean and new.

posted from Bloggeroid

Menyampah

Assalamualaikum

Aku menyampah gila. Menyampah gila sampaikan aku dah sampai satu level aku harap kau mampos je.

Kalau ajal kau belum sampai, aku menyampah gila hingga tahap aku minta kau berambus dari pandangan mata aku.

Aku menyampah dan perkataan menyampah tu sebenarnya tak boleh menggambarkan kenyampahan aku terhadap kau. Aku tak tahu yang aku boleh jadi menyampah dan benci sampai macam ni besar dengan kau. Aku tak pernah harap orang lain yang pernah singgah atau still ada dalam life aku pergi mampos!
Mungkin orang akan kata aku begitu dan begini sebab aku tanam benci dalam dalam hidup aku untuk kau. Pergi jahanam la dengan kata-kata tu. Hati aku, aku yang jaga.

Sebab aku tahu aku bukan watak dalam filem yang mana aku boleh buat apa-apa decision yang aku nak dan aku terpaksa hadap dengan rasa menyampah aku ni aku sepuluh juta kali terpaksa pujuk hati aku sendiri. Kan aku dah kata hati aku, aku yang jaga.

Aku lagi rela rasa benci dekat orang dari rasa menyampah sebab benci aku dah bertukar biasa. Dan aku tak tahu rasa menyampah aku boleh hilang atau tidak.

Sekian.

posted from Bloggeroid

Tuesday, November 6, 2012

Saya tahu

Assalamualaikum

Saya tahu saya patut menaip sesuatu jadi post hari ini akan jadi rojak (rojak mee harga 1.50 dekat pasar Ketereh adalah fav saya). Hee

Saya adalah salah seorang penge'like' page Hilal Asyraf sebab tu saya tahu ada ekspo buku islami di Kl Sentral. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk pergi ekspo tu bukan nak beli buku tapi semata-mata nak tengok Irma Hasmie. Untung jadi seleb ni sebab bila ada orang macam saya penuh la sesuatu tempat. Kalau tak salah saya Irma dan Hilal mempromosikan buku diorang. Saya tak beli pun Sebelum Aku Bernikah tu sebab buku tu nipis je. 2 3 minit saya belek terus khatam. Rugi la dapat pembaca macam saya. Heh.




Saya tengok mata Irma kecik je ha. Kalau pipi lagi tembam terus tak rupa mata. Hehe. Tapi dia cantik. Solehah lagi. Heh.

Sayang tak dapat dengar habis forum mereka pasal kawin ni. Huh.

Sebab rasa nak tengok wayang. So tengok Skyfall. Saya bukanlah pengikut tegar James bonng sebab kalau ke cinema saya akan scan cerita yang now showing terus decide nak tengok yang mana. Kadang tu tengok tajuk je dah boleh decide. Kebanyakannya end up cite yang best la. Oh ya teringat pasal Untuk Tiga Hari yang saya tengok dengan laptop. Sayang sebab cerita yang membariskan pelakon yang talented menjadi sebuah naskah yang mengecewakan. Dengan jalan cerita yang terlalu perlahan tanpa ukiran plot yang boleh membuatkan penonton teruja bagi saya dikira membosankan. Tambah lagi skrip yang tak sedap. Tak ada yang boleh melekat di jiwa. Sebab tu menonton filem barat kadang lagi syok.





Oklah bosan pulak menaip tanpa berisi.

posted from Bloggeroid

Friday, November 2, 2012

Perihal kaktus

Assalamualaikum.

Sedikit terkilan sebab terpaksa letak kaktus bukan di tempat yang saya impikan. Tapi sebagai tanda menghormati orang saya turutkan sahaja. Nanti dia meroyan pulak nak datang kerja sebab tengok kaktus saya macam tengok zombi.

Alkisahnya kaktus tu saya beli dekat Ikea bersama-sama satu pokok lain yang tak berbunga. Ada orang lain pergi IKea beli pokok? Mesti tak akan ada sebab orang pergi beli meja. Kalau ada sms la saya boleh kita geng beli pokok dalam Ikea. Murah je. Saya beli kaktus tu RM 2 je. Ke orang lain beli seringgit je? Tak pe barang-barang bawah RM10 saya anggap murah. So kalau ada kedai "tak sampai sepuluh ringgit" tu akan jadi favourite port saya.

Jadi time datang kerja kelmarin dua orang staff sedang borak. Bila saya masuk je,

Kami sedang berbual pasal u.

Oh yeke. Pasal apa?

Tu....(sambil tunjuk.kaktus yang tidak bersalah tu)

Kakak tu Indian. Admin staff dekat office. Yang juga sering memuji jahitan manik pada baju saya dan baju saya kalau saya bukan pakai baju kurung macam nak pergi jual goreng pisang. Jap.... Kenapa perlu ada ayat perasan ni. ?

So lepas dia tunjuk kaktus yang comel lagi innocent tu dia pun mula bercerita kisah perempuans yang dekat office lama dia telah bergaduh dan berperang setelah menerima sebiji kaktus setiap seorang. Dan datng la seorang perempuan yang cakap diorang semua jadi begaduh sebab kaktus-kaktus tersebut. Chinese lady tu kata yang orang Cina takut dan tak suka kaktus sebab kata mereka kaktus tu berduri. So duri tu akan cucuk cucuk kita. Terus bergaduh.

Tak pasal-pasal kaktus yang disalahkan. Saya syak Chinese lady tu tak dapat kaktus macam orang lain. So dia lancarkan perang dan terus blame kaktus. So semua orang takut dan terus letak kaktuses mereka dalam toilet.

Dek tak puas hati dengan kepercayaan orang cina terbabit saya mula mengoogle dan saya tak jumpa pun pasal kaktus dibenci ramai. In fact saya jumpa dalam Harian Metro online ada satu artikel mengenai aeorang Chinese guy yang siap buka nursery kaktus. Dia kata bagi orang cina kaktus yang berbunga akan bawa tuah kepada mereka manakala yang berduri akan halau hantu. Saya double syak yang Chinese lady tu dengki dengan kaktus tu.

Atau dia cina kasta lain?




Inilah kaktus innocent tu.

Lepas ni nak tanya bos betul ke ada kepercayaan macam tu.

posted from Bloggeroid

Thursday, November 1, 2012

Hari Raya Aidiladhaku

Saya rasa comel bila mencipta tajuk sebegitu. Susahnya menaip dengan memakai glove (terus bukak glove campak sebelah) barulah rasa oksigen.

Assalamualaikum.

Terlambat bagi salam. Macamkan bercakap. Padahal menaip. Boleh je letak paling atas. Drama saja lebih. Oklah. Sebenarnya dah dua tahun saya beraya korban dekat Rawang. Tahun lepas saya sedang menjalani kursus di Tanah Tinggi Genting Highland, jadi terpaksa beraya di rumah sepupu dek kejauhan famili di Timur Malaysia. Dan tahun ini famili yang jauh dengan jarak 7 jam pemanduan datang beraya di Rawang memandangkan sepupu saya yang lagi muda setahun dari saya iaitu 16 tahun nak berwedding di hari raya. Sungguh tidak aci sekali kerana dia telah berkahwin dulu. Kenapa?kenapa?

Saya sangat sukakan majlis perkahwinan. Saya masih ingat semasa menemani kakak sulung saya membeli par(dalam bahasa kl nye disebut dulang hantaran) cas-cas perkahwinan tu berada di suasana tersebut terbang bebas di ruang udara. Ceh. Ayat konon nak bunga. Rasa seronok sekali. Bertambah-tambah bila masing-masing sibuk membuat pelamin, hantaran, bunga, baju dan siso (yang disebut door gift dalam bahasa ingerisnya). Walaupun sedikit terkilan sebab balikbkampung sangat lewat.

Oleh sebab itu saya dengan gembiranya bersama-sama kakak kedua saya telah membina sebuah photobooth untuk sepupu saya itu memandangkan dia tidak menyediakan pelamin. Idea ini timbul selepas melihat dua bijik kerusi tangan yang sangat comel. Dan mahal. Rugi la kalau tak guna.



Saya harap sepupu saya suka apa yang kami buat. Tapi tiba-tiba kami rasa kami yang terlebih posing disitu.















Kan?




posted from Bloggeroid