Klinik Usahawan dan IMKK 2014
Assalamualaikum! Ya Allah, dah November belum kahwin-kahwin lagi. Ini tak boleh jadi! Terasa ke? Just a joke. Saya sendiri masih single not available orang kata. Teringat kata seorang ustaz masa kursus pra-perkahwinan last week bila bertanya umur saya. Terus didoanya dapat anak kembar sebab pada dia perempuan umur 25 dah patut anak dua. Alamak! Terkantoi umur pulak. Bengkek rasanya jiwa ini dituduh kahwin lambat. Eii eii. Saya bukan nak berkongsi pasal kurusus perkahwinan tapi nak kongsi pasal 3 seminar daripada Azizan Osman yang saya hadir tanpa plan apa-apa pun. Tak sangka Allah bagi rezeki. Hey, dapat hadir majlis ilmu tu kira rezeki juga. Bukan setakat dapat i-epal enam je tau. Khusus kepada yang tak pernah hadir, kalau anda sebelum ni banyak kata macam-macam yang negatif baik hentikan. Saya sendiri menganggap dan memberi komen yang negatif je dulu WALAUPUN TAK TAHU LANGSUNG PASAL SEMUA SEMINAR YANG DIANJURKAN. Inilah orang kata bodoh tak boleh diajar. Kalau tak attend, mesti s...