Kisah hati by bukan Alyah
Assalamualaikum. Dalam meniti hari-hari yang mendatang, eh jap, kenapa saya berbunyi Bahasa Melayu Kertas 2 ni?, okey, mesti ada masa-masa yang kita sakit hati bagai dirobek-robek oleh kawan sebilik, serumah, setempat kerja, sebangsa, facebook punya kawan, bos, kereta kat simpang dekat rumah, cashier pasaraya atau siapa-siapa sahaja (kalau tulis semua, esok pun belum tentu habis ni) kan? Kalau tak ada tu, saya nak bagi salute sebab hati anda tu memang kalis. Sakit hati ni selalunya dek perangai syaiton-nirojim orang lain yang letak otak dekat kepala lutut. Yang ni efek sakit hati dia sama ada secara langsung atau tidak langsung. Untuk yang tidak langsung tu boleh kita sabarkan. Tapi yang langsung tu reda jela sebab dah nama pun perangai syaiton-nirojim tadi kan. Masalah sakit hati ni memang susah nak diubati dan tiada vaksin untuk pembawa virus ni. Sebabnya, hal bila bermain dengan manusia lain memang almost mustahil sebab setiap orang otak dia tafsir dan taksir berbeza dengan ...