Tuesday, December 17, 2013

Jom jadi peminjam berhemah

Assalamualaikum

So, dengar kata ramai yang hutang tak tahu bayar?

Eh bukanlah hutang beli nasi lemak pagi tadi atau tengok wayang Ustaz Mu Tunggu Aku Datang, ini hutang yang serius melibatkan berpuluh ribu, hutang perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional tu.

Aik, lama fikir? PTPTN la nama manja depa tu.

Awal tahun ni, punya la harap kalau tukar pimpinan negara, boleh berangan PTPTN free. Tapi bila mimpi tinggal mimpi saya rasa macam nak tidur tak bangun-bangun, bukan sebab nak mati la, choiiii tahu. Sebab nak terus bermimpi hidup dalam dunia free.

Sementelah itu(tak tahulah betul tak penggunaan penanda wacana saya ni) saya mengambil keputusan untuk membayar PTPTN tapi tak tahu bila. Mungkin boleh masuk azam 2014 selain azam nak, ehem, well, ye, yang tu la.

Bila dah start berniat tu (niat baik dapat pahala woo) kena la search cara bayar. Ye ye saya tahu orang zaman Mesolitik je tak tahu yang PTPTN boleh bayar guna banyak saluran. Yang paling enteng duduk depan laptop, log in perbankan internet dan klik bayar.

Tapi orang kata bayar dari website PTPTN cas lebih murah iaitu 50sen berbanding terus dari laman web bank, yakni cas adalah seringgit. Ala, macam cas kita selalu-selalu tu. Macam la tak biasa internet banking. Kuno sangat. Eh?

Okey. Cara bayar dah tahu. Perbankan internet dah mahir sangat. Tinggal lagi nak klik bayar ke tak je.

Sebenarnya, kenapa kita (kita merujuk kepada saya, anda dan mereka yang kategori peminjam) malas nak bayar atau sedap sikit bahasa, menangguh dulu pembayaran, baru la bunyi dia profesional dan sofistikated sejajar dengan kenaikan tol, minyak, elektrik dan berat badan. Sebab dia PTPTN bukan macam kereta yakni tak bayar tak dapat la meronggeng ke Mid Valley.

Eh bukan.

Setiap individu ada sebab tersendiri. Saya tak mahu menghakimi sebab saya bukan hakim. So korang simpan je sebab korang tu dalam poket seluar jeans yang mungkin 2 bulan setengah tak basuh. Ini bukan sarkastik, ini terus terang.

Okey. Cara bayar dah tahu. Perbankan internet dah tahap Phd. Persetujuan nak klik bayar atau tak sudah terserah atas individu. Tapi kenapa akaun PTPTN tak naik-naik ni?

Tahu tak perangai ibubapa akan mempengaruhi anak? Dan macam mana cara bos bekerja memberi kesan kepada staff di bawah mereka? Inikan pula kesan gelagat pemimpin kepada rakyat.

Kalau pemimpin boleh memungkiri janji, kenapa kita tak boleh main-main dengan PTPTN?



P/S: saya tak bermaksud untuk mengajak anda untuk tidak membayar hutang. Kan tajuk tu baik-baik. JOM BAYAR PTPTN!
posted from Bloggeroid

Tuesday, December 3, 2013

Pegun

Masih lagi disini
Tika hari bersilih ganti
Dedaun mula gugur ke bumi
Dan bulan sudah bertukar wajah

Masih lagi disini
Terkurung dalam babak kita
Saat kamu memberi senyum
Bersama janji berulit cinta

Masih lagi disini
Walau usia bertukar angka
Selera dan fesyen beralih arah
Cuma hati yang masih pegun

Masih lagi disini
tika kita dialam cinta.

posted from Bloggeroid

Wednesday, November 27, 2013

Kisah hati by bukan Alyah

Assalamualaikum.

Dalam meniti hari-hari yang mendatang, eh jap, kenapa saya berbunyi Bahasa Melayu Kertas 2 ni?, okey, mesti ada masa-masa yang kita sakit hati bagai dirobek-robek oleh kawan sebilik, serumah, setempat kerja, sebangsa, facebook punya kawan, bos, kereta kat simpang dekat rumah, cashier pasaraya atau siapa-siapa sahaja (kalau tulis semua, esok pun belum tentu habis ni) kan?

Kalau tak ada tu, saya nak bagi salute sebab hati anda tu memang kalis.

Sakit hati ni selalunya dek perangai syaiton-nirojim orang lain yang letak otak dekat kepala lutut. Yang ni efek sakit hati dia sama ada secara langsung atau tidak langsung. Untuk yang tidak langsung tu boleh kita sabarkan. Tapi yang langsung tu reda jela sebab dah nama pun perangai syaiton-nirojim tadi kan.

Masalah sakit hati ni memang susah nak diubati dan tiada vaksin untuk pembawa virus ni. Sebabnya, hal bila bermain dengan manusia lain memang almost mustahil sebab setiap orang otak dia tafsir dan taksir berbeza dengan kita.

Walaupun tiada vaksin untuk pembawa sakit hati ni, tak semestinya kita terpaksa menghidap sakit ni setiap masa. Mungkin ada yang kata kita boleh nasihat atau tarbiyahkan sahaja sang pembawa DNA bermasalah tu, mungkin hasilnya positif.

Tapi, untuk gunakan cara tersebut kita terpaksa bersusah-payah fikir idea dan sekali lagi hati kita ada risiko untuk rasa sakit hati sebab kebiasaan manusia yang ada gen pembawa sakit hati kepada manusia lain ni turut membawa gen yang mana otak mereka berada di kaki. Eh, panjang pula siap tak ada penanda wacana tu. Harap ngerti.

So, kita tak boleh lupa mereka tu orang untuk kita ubah (atas dasar kita percaya manusia boleh berubah). Jangan kita lupa yang kita pun manusia yang boleh berubah.

Jadi macam mana?

Untuk ubah orang lain bukan senang, kita ubah diri kita. Jom kita jadi macam orang dekat perenggan nombor 2 tadi.

Iaitu orang kalis sakit hati.


Bye.

posted from Bloggeroid

Monday, November 25, 2013

Jatuh Cinta

Ehem, well,



Aku mahu cerita
Tentang rasa, perihal perasaan
Argh!
Tentang cinta, barangkali.

Kadang terasa bagai dara belasan tahun, yang lemas diulit cinta teruna belum habis hingusnya
Kadang malu benar dek teman lain, sudah halal cinta mereka

Tapi aku tetap jatuh cinta
Sering teringat, biar dia sentiasa baik
Mahu diperhati, terbit juga mahu bermanja
Kan aku cakap,
Bagai dara belasan tahun

Tapi benar aku jatuh cinta
Pada dia, di hujung sana
Yang sering melontar kata penuh bermakna
Mematahkan ego dengan sabarnya

Orangnya tenang menghapus amarah
Juga lucu menjemput senyum
Bukanlah pujaan ribuan wanita
Jauh sekali sempurna sifatnya
Tapi tetap,
Aku jatuh cinta

Sunday, November 24, 2013

Maaf ya?

Assalamualaikum

Ada la hari tu, saya ada "krisis" dengan kawan saya. Entah, nak panggil kawan pun rasa macam tak sesuai, nak panggil musuh jauh sekali. Tapi, we know each other la. Saya bukan jenis peramah yang boleh huha-huha dengan sesiapa je. Sebab tu orang kata saya sombong walhal sayalah manusia yang paling soft hearted lagi baik hati. Saya bukan juga outspoken yang bijak melontarkan idea. Ketidak outspoken saya tu tahap nak tanya benda paling simple dekat orang pun boleh buat saya fikir 40 juta kali.

Sebab tu bila saya jadi outspoken tiba-tiba dan jadi pembantah tiba-tiba, saya berubah jadi the hulk, bukan lagi Ain yang very the neutral.

Lepas tu mula la saya feeling bersalah.

Bersalah.

Super duper bersalah.

Tahu tak jadi manusia yang selalu fikir perasaan orang lain terhadap kita itu menyeksakan?

Walhal saya cuma melontarkan pendapat yang betul.

Lepas tu saya minta maaf.

Tak apala. Yang penting saya tahu silap saya.

Monday, November 18, 2013

Bila setiap orang punya citarasa beda

Assalamualaikum yang comel tu,

Sejak 30 ke 60 hari ni, saya notice yang saya tak blogging secara serius, maksudnya tidak blogging atas pendapat atau isu-isu mengumpat yang hot. Selain itu, dah lama juga saya tak tulis "yang kalau layak dipanggil ayat-ayat jiwang meleleh". Mungkin dalam blog kuantiti sangat sedikit sebab selalu saya tulis dalam buku nota yang saya guna untuk record work progress, resepi untuk formulated apa-apa media, S Memo note, kertas A4 sebab salah print atau resit makan Mcd. Dua perkara ni dah buat saya hilang arah, macam ada handphone tapi tak ada kredit. Ya, memang celaka.

Lantas saya perah otak dan,

Saya tahu, semua orang ada lagu feveret (sengaja dieja sedemikian untuk mewujudkan unsur cool), dan lagu feveret itu akan jadi ringtone handphone masing-masing. Ceh, macam budak-budak baru nak up. Well, itu normal. Masa mula-mula berjinak dengar lagu, kalau ikut tahun mungkin zaman sekolah rendah, saya langsung tak tahu apa yang saya dendang masa tengah mandi atau "poda" kasut.

Masuk ke sekolah menengah, masih beriya-iya nyanyi lagu Siti Nurhaliza atau Westlife (kononnya cool) tapi jiwa tetap kosong. Pada masa itu, singing sekadar untuk rasa happy atau feeling "weh, aku pun tahu lagu omputeh".

Terus ke matrikulasi dan universiti, saya masih sekadar mendengar lagu, download, buat ringtone handphone, nyanyi dan nyanyi tanpa emotion. Maksud saya emosi benar.

Tapi semua tu berubah bila saya mula mendengar lagu dan membaca lirik.

Malang, saya bukan expert atau born with music gene code. Jadi semua lagu, maksud saya melodi cuma sedap di telinga saya bila saya suka. Kawan saya Shukri, seorang yang lahir dengan gen music jadi setiap kali kami dengar lagu, dia akan bercakap pasal cord progression atau menatang apa pun saya tak tahu. Dan saya boleh mengkritik lirik berjam lamanya. Okey itu over.

Bagi seorang yang mula menghayati tiap bait yang dinyanyikan, tahu dan faham apa yang dinyanyikan akan buat kita ada feeling untuk lagu itu. Saya lebih cenderung untuk jatuh kepada bait yang lebih puitis. Ya, boleh kata saya adalah salah seorang pendengar lagu rock kapak.

Saya tahu apa anda fikir,

Kan saya dah cakap, kita punya citarasa yang berbeda.


Tuesday, November 12, 2013

Biji getah

Hi and assalamualaikum and salam sayang peluk cium muah muah semua,

Masih ingat macam mana rupa biji getah?
Or soalan patut tukar ke,
Tahu rupa biji getah?



Inilah si comel biji getah. Boleh panggil dia Bitah.

Sebenarnya biji getah ni tak ada signifikan untuk jadi trending pun, tapi saya collect masa pergi sampling. Sebab Bitah mengingatkan saya kepada zaman anak-anak.

Budak zaman dahulukala memang suka main dengan Bitah ni. Tapi saya dengan Bitah tak ada kaitan secara langsung tapi sebab Bitah la saya kutip Bitah.

Ye, saya tahu ayat macam Padayappa.

posted from Bloggeroid

Sunday, November 10, 2013

Walimah Season

Assalamualaikum

Dengar kata, dua bulan terakhir ni musim uda dan dara bertukar status. Alhamdulillah. Semoga masjid yang dibina sampai ke syurga.

So, dekat rumah kitew pown adeww walimah.
Untuk yang nombor dua.



Pelamin d-i-o (do it ourselves). Muahaha. Comel gila okeh.




Ramai jugak bagi kredit. Rasa riak la sikit. Sikit je. Hahaha.




Lagi d-i-o untuk hiasan meja beradap. Ni adik-adik i la buat, i sibuk potong timun sambil hadap gosip kat dapur. Eh?




Ciuman kasih sayang khas untuk tanggalkan bedak si pengantin




Lepas tu ikut pengantin pergi outdoor session. Sebab photog tak nak snap kami banyak, kami snap sendiri




Bride dengan ma dan abah beliau.

Alhamdulillah. Majlis went well and everybody happy. Buat pengantin tu, semoga sentiasa dalam rahmatNya. Heee.

posted from Bloggeroid

Monday, October 28, 2013

Book-book

Assalamualaikum

Esok dah start cuti, seminggu, dalam happy nak bercuti pun still dalam otak dok fikir kerja yang patut kena buat. Arghhh. Ini sindrom terlebih rajin kerja atau sindrom tak reti pakai otak. Arghhhh lagi sekali.

So, itu perenggan 1.

Dulu, sebelum mula ada kerjaya (macam cool kan sebut kerjaya instead of kerja) selalu la berangan untuk beli satu buku satu bulan right after dapat gaji. Kahkah. Tapi end up setahun satu buku. Dan yang dah beli pun masih banyak belum baca.

Tapi bookstore memang selalu pergi.

Saya nak mula membaca semula. I mean real book, yang boleh lipat kat hujung sebab tanda, lepas tu letak bawah bantal. Sekarang susah nak cari masa untuk membaca. Sedih dan i really miss the time when i can read a book for the whole day.

Saya rindu buku. Bau buku. Oh.

Tau tak bau buku macam mana?

posted from Bloggeroid

Thursday, October 24, 2013

Berapa kali nak cakap?

Assalamualaikum.

Sebelum apa-apa, jom kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah yang meninggal dekat bank tu.

Sebelum baca yang bawah, saya nak beritahu yang saya amat marah gila @#$% dengan orang yang menyebabkan wall facebook saya penuh dengan gambar dan video yang anda share. Tak, saya tak marah kalau video kucing gemuk tergolek-golek tapi sekarang anda penuhkan dengan gambar dan video berdarah-darah, accident, tumbuk pecah-berderai, tembak pecah kepala dan yang segala-gala yang kejam. Ye memang betul saya boleh hide, tapi fikir logik, sebelum hide, accidently saya akan tertengok dulu.

Hey, korang tak baca entry (http://aienzunnur.blogspot.com/2013/07/foto.html) ni ke?
Saya share every blog post bukan untuk cari glamour tapi untuk share perkara yang pada sisi pendapat saya, itu betul untuk dikongsi.

So please abang hensem dan adik comel, tak ada faedah hatta sebesar zarah pun kita tekan upload atau share di akaun facebook kita berita yang tak ada faedah. Kita semua dah besar, tahu maksud faedah. Kalau tak tahu boleh buka Kamus Dewan Bahasa.

Dan
hei, share video lucu-lucu je boleh?
biar stress kerja lesap.


Rehat

Bila,
Tangan tidak lagi dibadan
Kepala tidak dileher
Kaki bukan di peha

Cuma,
Tepuk bantal
Buka selimut
Pejam mata

Letih itu letih.

posted from Bloggeroid

Sunday, October 20, 2013

Escape Plan

Assalamualaikum

Escape Plan's review.

















Thats all for the review. Thank you. Heh heh.

Jom belajar jurusan pembinaan 2

Assalamualaikum

My best best best evahhhh friend told me, "ala, tak kisahlah la awak, tak ada orang baca pun sebab yang penting awak buat". " Allah nanti bukan tanya berapa ramai yang baca, yang Dia tanya buat ke tak. Itu je". I guess being with him yang pandai melontarkan ayat, kadang-kadang syok jugak.

Okey, so saya tahu course ni bosan dan lame, like, tak ada cerita best ke macam gosip mak jemah atau cerita dalam kain tapi berita buruknya memang tak ada sebab malas nak tambah dosa.

3. Terima pujian "gracefully"
Secara realitinya, manusia sememangnya akan berasa 'besar' dengan pujian. Jadi terimalah pujian manusia lain itu selayaknya sahaja sebab pujian itu bukan yang baik semata-mata.

4. Tengok cermin dan senyummmm
Sesetengah seminar motivasi mengajar kita untuk tengok cermin setiap pagi. Selain untuk perasan comel, bila tengok cermin tu boleh la bercakap dengan diri sendiri. Jangan risau kalau orang lain cakap kita gila pun sebab tip nombor 1 kan jangan pedulikan cakap-cakap orang?

5. Positif
Be positive adalah benda yang paling klise sekali kita dengar kan? Tapi yang ni memang klise yang positif. Jadi positif, act posotif, cakap positif, makan positif, HIV positif dan segala-galanya positif, agak-agak positif tak hidup kita?

6. Berterima kasih dengan apa yang kita ada
Pada kebanyakan masa, akar umbi kepada rasa 'ketidakselamatan' terhadap diri kita sendiri dan kurang keyakinan adalah perasaan tidak cukup dengan apa yang kita ada. Menjadi manusia yang khilaf, memang kita tak akan rasa cukup selagi kita tak belajar bersyukur. Mungkin kita drive kereta made in Malaysia, dan dia made in luar negara, tapi tak usahlah kita feeling miskin sangat sebab mungkin kereta tu buat dia makan megi saja sedangkan kita breakfast, lunch, tea, dinner supper dekat TGI Friday kan?


I would like to end this course sampai kat sini je sebab saya fikir, along the way kita membesar, pengalaman hidup tu sendiri lagi banyak mengajar kita untuk jadi orang yang lagi baik. Berkawan dan bercintalah dengan manusia yang elok, biar kita tetap wangi.

Bye.

Tuesday, October 15, 2013

Jom belajar jurusan pembinaan 1

Assalamualaikum

Hai, bertemu lagi di Hari Raya Korban kita ni. Memandangkan saya berkorban jiwa hari ni, saya nak tawarkan satu kursus yang dipanggil Kursus Keyakinan Diri untuk adik-adik atau abang-abang yang macam saya juga, iaitu kadang-kadang mesti rasa "ish.ish" je towards sesuatu. Jangan risau, itu tanda kita normal. Dan jangan risau lagi, kursus ni at least 5 minit pembacaan je. Yok!

"HOW TO BUILD SELF CONFIDENCE"

1. Kenalpasti "insecurities" kita

Dalam bahasa melayu, insecurities ni, jap nak cek google translation, okey, perasaan tidak selamat. Bila kita nak buat sesuatu, kita terus dibelenggu misteri. Rasa dunia "PAAP!" jatuh atas kepala. Lepas tu rasa semua orang kiri kanan atas bawah pandang kita jelek bangat. Ish. tak best langsung feeling gitu dok?

Apa yang buat kita malu pun adalah insecurity, contohnya gemuk sebab salah sendiri sebab makan macam monster, lonely sebab selalu kena sisih ke atau malu sebab orang lain cantik dan bijak bila kita hodoh dan bodoh. Orang putih kata, bullshit itu semua.

Sekarang ambil pen dan kertas, tulis semua insecurities tu, lepas tu koyak dengan penuh perasaan. Koyak sampai memang jadi kerabu. Koyak, koyak, koyak sampai penuh satu bilik pun tak apa. Situasi mengoyak ni sama macam bila kita marah nak !@$%# dengan boyfriend tu, dan terus segala nota cinta jadi mangsa. Its works. Sangat. Puas hati.

2. Bercakap dengan kawan(s) and cinta hati

Selain korang bergosip pasal Wawa Zainal, Che Ta, jiran sebelah rumah, bos korang, kawan korang, cuba isi slot untuk bercakap benda yang mendatangkan aura positif. Memang dengan mencanangkan keburukan orang buat kita rasa kita perfect dari luar, tapi dekat dalam, Tuhan je yang tahu.

Kalau kita ada masalah kemalu-maluan ni, cuba sembang dengan kawan lunch tu, try dari akar masalah tu. Kenapa kita jadi begini dan begitu. Minta nasihat dan pandangan. Kalau ada masalah lampau, instead of maratapi peristiwa tu, jadikan ia dorongan untuk kita teruskan hidup.

Dengan pakwe atau makwe pun, jangan cuma tahu bertukar sms manja dan menggelikan. Kata nak sehidup-semati macam Alang dan Fatin, so, apalagi tunggu, inilah masa untuk kita membuktikan cinta kita pada si dia. Taburkan kata-kata semangat dan bersamalah si dia menyelesaikan masalah masing-masing.

3. Ingat! tak ada yang sempurna

Tengok Si A je, jeles, mentanglah si A tu cantik dan kaya. Tengok Si B je sentap, mentanglah si B digilai ramai. Tengok diri sendiri, ermmm.

Adik-adik, usah dong pikirin gitu. Sebenarnya, walaupun mata kita nampak orang tu perfect dari atas ke bawah, sebenarnya, dia tak perfect atas ke bawah pun. Tapi tak payah la kita godek yang tak perfect tu.

Even manusia paling berkeyakinan pun ada insecuruties. Itu realiti. Kenapa?
Sebab manusia kan tak sempurna

And, life is full of bumps down the road.







Sekian. Kuliah hari ni. Saya ada 9 lagi coming in.
Bye,

Monday, October 7, 2013

Manis macam gula

Assalamualaikum

Kalau ikut kad pengenalan, saya lahir di Kelantan. Kalau ikut rupa, saya mirip orang bermata biru sikit. Tapi jangan risau, loghat mak bapak tak pernah hilang. And i always always proud to be Kelantanese. Bukan sebab Read Warrior menang bola hari sabtu hari tu tapi sebab it is where i belong (macam lagu Taylor kereta Swift)

Selain bola sepak, warna hijau, kuno, Nik Aziz, Neelofa dan budu, gula pun selalu dikaitkan dengan orang Kelantan. Persepsi masyarakat luar biasanya adalah semua rakyat yang berdarah Kelantan akan letak gula semanis-manisnya dalam makanan mereka.

Yo macha, tak semua okey.

Saya dan adik-beradik adalah antara yang menyokong salah seorang menteri bijak yang menyarankan pengurangan gula bila harga gula naik.

Secara peribadi, memang makanan bahkan minuman masyarakat Kelantan secara generalnya manis-manis belako. Dek kerana saya dibesarkan dalam persekitaran tu, saya boleh telan semua kuih-muih negeri saya. Dari cek mek ke netbak, semua saya hadam.

Tapi itu tak bermakna, bila buat air kena letak 5 sudu gula, bila makanan manis semua saya okey. Contohnya, mc sundae mc donald adalah satu ketul benda yang saya tak boleh accept. Too sweet.

Ke sebab i ni sweet sangat, terus u ol relatedkan manis-manis tu dengan i?

posted from Bloggeroid

Tuesday, September 24, 2013

Si Hawa

Si Hawa itu,
Menyambut aku dari gelap nan sunyi
Bersuluh mata memancar sinar
Lalu didakap, berselindung cinta

Si Hawa itu,
Pandangannya menebar tenang
Butir katanya menghembus damai
Setia mendengar, memujuk jiwa

Si Hawa itu,
Tegar dan kekar bagai gunung memacak bumi
Menukar duka kepada suka
Membalut dengan gebar cinta

Si Hawa itu,
Tiada gantinya
Tiada duanya
Cuma satu, penawar jiwa
Bersama cinta



Buat bonda, si jantung jiwa.

posted from Bloggeroid

Monday, September 23, 2013

50-50

Assalamualaikum

So, i started my week dengan training. Okey la tu kan. Ramai orang tak suka Isnin kan? Tapi bagi saya, Isnin tak ada masalah cuma saya suka bangat hari minggu. Berpeleseran atas tilam sambil baca novel atau movie maraton tu, aghh! syurga dunia sungguh!

Asasnya, training tu pasal handling chemical tapi tak kan la saya nak bebel pasal "how to appreciate chemical handling kan"?, nanti blog ni berada di trek yang salah pula. Terus tertukar jadi buku kimia tingkatan 3. Lagipun, kita boleh google je.

Dalam pada-pada trainer tu bagi ilmu, dia ada selitkan macam-macam cerita. Satu yang catch perhatian saya pasal perasaan kita towards hutang, lebih kepada bila orang nak hutang.

Bila cakap pasal hutang ni, ada jenis yang suka berhutang tapi tak reti bayar, ada yang suka bagi hutang (ada ke? mungkin bagi dia money is nothing), ada yang normal dan macam-macamlah. Biasalah, manusia, macam sangat perangai.

Jujur bagi saya, sebab dah terkena dengan orang yang suka sangat pinjam duit tapi tak reti bayar, bila datang orang nak pinjam duit ni, saya jadi lebih berhati-hati. Kalau amount tu terlalu banyak, saya akan slowly cakap tak ada. Lagipun saya cuma kuli la. Kalau sikit tapi yang minta tu orang yang selalu pinjam (contoh macam nak fotostat je pinjam, makan kat kafe je pinjam, you know lah kan) mungkin jadi kedekut sikit la kan. Yang ni happen during university time.Ya Allah seksa tahu kena member macam ni. Maklum lah, zaman tu, RM1 tu saya boleh isi perut untuk sehari. RM10 boleh seminggu. Dont expect me untuk jadi so kind hearted, sebab im not. Mungkin awak cakap saya kedekut. Whatever.

Bila sampai ke bab kita tak dapat tolong kawan kita yang nak pinjam duit tu, mesti kita rasa bersalah sangat kan? Bila jumpa dia je mesti dalam hati gelisah penuh rasa bersalah macam baru lepas mengata orang yang sebenarnya orang tu ada kat belakang je. Rasa bersalah tu macam menghantui je kan?

Tapi, kita tak patut rasa macam tu pun sebenarnya.

Itu yang trainer tu cakap.

Okey. Si Peminjam tu datang kepada kita dengan 50% dapat, 50% tak dapat. Kalau dapat pinjam, dia dapat la yang 50% dapat tu, dan sebaliknya. Pendek kata, dia cuma try luck dia. Bila kita fikir, kita tak patut rasa bersalah sampai nak hadap orang tu segan yang amat. Sebab kita tak buat apa-apa pun. Kita tak patut rasa all those thing jela.

Tapi, jangan lah risau, bila pasal duit tak dapat tolong sebab duet den bukan bertingket-tingket, saya selalu welcome siapa-siapa mahukan pertolongan lain.

Bukan sebab kindhearted, sekadar baik hati saja.

Bye!

Friday, September 20, 2013

Noodlesss

Jack, seperti biasanya akan meminta pendapat Si Comel, Alice, sebelum mereka memilih tempat untuk mengisi perut. Sikap toleransi Jack itulah yang menyebabkan Alice selesa bersama dengan Jack. Malam itu, mereka berdua setuju untuk makan malam di Stesen Mi memandangkan Alice belum pernah mencuba variasi mi di restoran tersebut.

Alice sedikit terkilan apabila kedatangan mereka ke restoran itu langsung tidak disambut. Pelik benar layanan pekerja stesen tersebut. Sudahlah salah seorang pelayan sedang asyik bersantai menonton drama televisyen.

"Layan indon la tu" getus Alice.

Jack yang berhati batu itu tidak menghiraukan persekitaran restoran, dia cuma mahu mengisi perutnya. Perutnya lebih penting dari suasana tempat makan.

"Kenapa tak ramai orang di sini?" Soal Alice dengan slang Amerikanya sambil menyelak menu.

"Mahal kot." Jack hanya menjawab sepatah kerana terpesona dengan menu yang menyelerakan.

Mahal?Biasa je aku tengok. Kata Alice di dalam hati.

Sambil menunggu order mereka sampai, Alice dan Jack akan bersembang. Malam itu mereka bersembang mengenai fotosintesis, diaarhea, resepi puding jagung, tali skipping dan zombie. Sikap keterbukaan Jack yang boleh diajak berbual mengenai banyak perkara sangat menyenangkan Alice. Bagi Alice, lelaki yang boleh berbual macam-macam perkara adalah lelaki yang bijak. Namun ada ketika, Alice seolah mahu mem'blend' sahaja Jack apabila dia tidak mengetahui sesetengah perkara yang umum.

Sedang asyik berbual, seorang pelayan datang membawa mangkuk. Alice benar-benar jengkel dengan gelagat pelayan itu yang hanya memegang mangkuk tanpa dulang. Sedikit biadap. Fikir Alice.

Alice terkesima melihat mi pesanan Jack seperti maggi goreng budak darjah 1.

"Eh, kenapa mi ni tak ada sayur?"

Perkara sama turut berlaku pada mi Alice. Alice sekadar merasa 2 sudu mi dan isi-isi ayam yang ada. Alice mula membebel mengenai mi yang keras, udang yang berperasa plastik dam mi yang selayaknya dipanggil 'mi bodoh'.

"Nanti tanya dia kenapa tak ada sayur ye"

Jack hanya mengangguk dan menghabiskan mi didalam mangkuknya. Bebelan Alice tidak menggugatkan seleranya.

Semasa di kaunter bayaran, Jack mula menyoal si cashier yang berbangsa Thailand itu. Seolah tidak bersalah, si cashier sekadar mengatakan sayur di Giant sudah habis. Alice semakin bengang dengan lawak bodoh itu namun dia sekadar berdiam dan membiarkan Jack yang berbicara.

Jack menolak untuk membayar harga sebenar kerana kualiti yang diberikan terlalu jauh dengan nilai.

"Sudah lah tak ada sayur. Udang rasa plastik. Sumpah. Tak sedap."

"Ahh. Main sumpah pulak mamat ni. Yang kau bedal licin mi tu kenapa?" Alice membentak di dalam hati.

Para pelayan dan cashier yang sedar akan kekurangan mereka sekadar mengiyakan dan meminta Jack membayar 2 per 3 dari harga asal yang kalau dikira tetap tidak berbaloi. Malas untuk berlama-lama, Jack menghulurkan duit dan mereka berdua berlalu pergi.

Jack dan Alice kemudian berjanji tidak akan mengunjungi lagi restoran itu.






Lokasi:Noodles Station Dekat Giant
Props : 2 Mee Yang entah apaapa
Cerita berdasarkan kisah benar. Bukan nama sebenar.

Such a lovely place tu praktik,

"CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT"

posted from Bloggeroid

Thursday, September 19, 2013

Zombie

Assalamualaikum yang bukan zombi semua!

Kalau kita google filem yang bertemakan zombie ni, nanti pakcik tu akan keluarkan senarai dia. Dan ianya bukan 3 atau 5 buah filem. Kenapa mereka obses sungguh dengan zombi ni?Eleh, Malaysia apa kurangnya. Sikit-sikit pontianak. Pontianak harum, paku pontianak, awek pontianak, anak pontian, anak-beranak dan terberanak.

Semua orang mesti tahu zombie ni sejenis makhluk yang macam mana. Kalau mengikut gambaran filem, zombie ni seekor yang lembap bila bergerak dan mesti muka scary dan berdarah. Creepy lah konon. Zombie ni kita letak dalam kingdom animalia jelah.




Dekat Malaysia yang tercinta ni pun, memang ada filem bertemakan zombi. Zombi kampung pisang dan Kl Zombi. Kalau ada yang lain tu saya tak tahu.

So dengar kata Zizan yang lead Kl Zombi. Dengar kata lagi ada orang tolong bayar harga tiket. Jadi, Zizan dan masuk cinema tak payah bayar tu dah jadi sebab kukuh untuk tengok movie Melayu di dalam pawagam ok. Okey.

Emm.

Emm.

Jom baca "review"

Kl Zombie kalau dilihat sebagai filem seram komedi memang tiada unsur seram yang buat kita ketawa pun. Dengan pelakon yang stock-stock retis (meaning punya rupa) pemandangan filem memang tak fail. Kalau lihat kepada make up zombi pun tak fail. Apatah lagi cara zombi bergerak dalam filem tu. Slow and steady.

Idea filem tak ada yang salah.

Cuma Kl Zombi adalah sebuah filem yang ditayang untuk cepat habis. Faham? Bila filem tu buat macam tu, kita yang tengok pun jadi cepat nak berambus.

Macam kita tengok lepas tu kita pun tahu kita tengok apa. Biasanya lepas tengok filem, kita akan ada feeling marah ke, happy ke, geram ke atau tak puas ke. Tapi kita tak akan dapat pun those feeling.

Zizan, kenapa awak sama je dalam setiap filem?Bukan ke pelakon ni sepatutnya menjadi watak tu? Mungkin Zizan ni sesuai jadi pengacara je. Tolong tag post ni kat Zizan ye. Haha.

Scene dimana Izara dan Zain yang bergerak ke arah kissing tu sangat fail. Double fail. Super fail. Berjuta-juta ganda fail. Banyak lagi idea untuk buat bermulanya wabak zombie tu selain 2 orang manusia buat French Kiss kot?

Nak ajar rakyat kissing ke?

posted from Bloggeroid

Saturday, September 14, 2013

Malacca and its contents!

Assalamualaikum and hye!

Dengar khabar ramai anak-anak dara dan teruna diijabkabulkan bulan ni. Patutlah bunyi kompang berdesir-desir macam angin kat pantai. Kalau ikut kalendar Cina, bulan September bulan ong. Bisnes baik punya. Apalagi kalau nikah.

Eh, awak percaya ke?
Ish.ish.ish.

Memandangkan 16 September ni Hari 1Malaysia, rakyat didahulukan, hari ini saya nak buat entri melawat Melaka. Walaupun macam tak ada kaitan, saya memang tak kisah.

Gerakan Melaka ni sebenarnya bertarikh kemerdekaan tahun ni. See? Patriotik tak kami? Merdeka pun kami sambut di bandar penuh Buku Sejarah Tingkatan 1 hingga 3 tu. Siapa kata kami tak bersyukur hidup di Malaysia di bawah lindungan Tuhan?

Okey. Cool down dan baca catatan bersejarah ni ye.

Kalau kita pergi jalan-jalan kan, mesti kena ada accomodation kan? Hari tu, kami cukup bertuah kerana penginapan kami ditaja oleh entah siapa pun saya tak tahu. Hihihi. Yang penting, homestay hari tu, sudahlah redup mata memandang, cantik dan bersih pulak tu. Tak cukup lagi, indah bagai di desa.


Yang penting, homestay ni cukup bersih. Dalam dan luar. Decoration pun kalah rumah i taw. sob. sob. Lepas tu sebab rumah ni ada aircond, sejuk sangat, jadi semua orang jadi hati sejuk.

Dek kerana itinerary kami kena follow big bos (seperti gambar di atas) maka tempat yang dilawati mestilah bercirikan Sejarah sekolah rendah. Rupanya ramai orang pergi Bandar Hilir hari tu, patriotik sangat. Tapi keramaian tu still boleh ditolak-ansurkan. Jadi, mula-mula kita kena naik Menara Taming Sari.


Harga untuk naik RM15 dewasa. Budak-budak belum baligh murah sikit. Saya syak, hari tu, even pihak menara bagi seorang sekaki bendera, diorang tetap untung besar. Cis.


 Sepanjang atas menara selama 7 minit (what? 15 hengget for 7 minit?) menara akan pusing tapi halaju dia bukan 120km/h ye, so bolehla kita buat-buat menikmati pemandangan bandar Melaka dalam 10 kilometer perimeter tu (agaknya).


Itu Selat Melaka. Selat Melaka ni mempunyai kepentingan dari segi ekonomi. Mengikut Dasar Pertahanan Negara, Selat Melaka ni kawasan serantau yang perlu dilindungi oleh kejahatan mana-mana penjahat.

Lepas tu, berhadapan dengan menara, ke arah kanan sikit, ada muzium kapal. Nama dia memang berbelit sikit lidah Melayu kita. FLOR DE LA MAR. Lamar siapa pun tak tahu la.







Dalam kapal tu memang banyak poster and penerangan pasal Melaka, Hang Tuah, duit syiling, Portugis dan benda-benda sejarah lah pendek kata. Buat yang malas nak baca boleh sewa audio guide macam budak kat atas tu. RM3. Entah apa-apa. Boleh didapati dalam bahasa Melayu, English, Chinese, Tibet, Hangul, Japan dan sebagainya. Okey. Tipu. Ada 3 bahasa je rasanya.



                                 

Pose macam mana lagi yang kita boleh expect dari kereta api ni?


 Lepas tu kami berjalan jauh sikit sebab tak tahu short cut untuk ke St Paul's Hill yang sekarang cuma tinggal bekas tapak Kota A Famosa je. Kawasan ni memang strategik sebab tu dulu kat sini tapak mereka memerintah. Lebih kurang macam tu la. Dari atas tu, Selat Melaka memang akan strategik di mata mereka.


Dalam bangunan ni ada artist. Mungkin bila dia melukis dalam tempat bersejarah macam ni, idea lagi banyak kot. Tapi sangat admire orang yang tangan sejuk ni.



1 hal yang saya adore tempat ni adalah angin sepoi-sepoi dia. Ya Allah, rasa romantik sangat. Hehe. Last time saya pergi, tahun lepas, bulan Ramadan, memang ada sikit orang, angin sepoi masih sama cuma masa tu ada seorang yang petik gitar nyanyi kat kami. Dingin dan hangat pada masa yang sama. Kewllll gitu. Kalau sekarang pun suasana dia cozy macam ni, macam mana agaknya bertahun-tahun dulu/






Dah petang, kami ke zoo Melaka. Dengar kata zoo Melaka ni antara yang terbesar la. Kerana ini kali pertama datang zoo, memang excited sikit. Come on. Bagi chance la sikit,



 Sebenarnya ada 3 binatang yang saya nak tengok real. Yang lain gua tak heran. Hehe. Salah sekornya zirafah ni. How tall. Cantik pulak tu.



Yang ni pulak, Sameon. Sebenarnya kami pelik kenapa gajah ni warna kuning. Semenjak dari bayi sampai ke universiti, dalam otak saya ni, gajah itu kelabu. Masa darjah 3 lukis gajah mesti colourkan kelabu. Dan why hari tu, gajah ni seolah-olah cuba memberitahu saya ditipu sepanjang hidup?

Rupa-rupanya lepas observation dekat gajah tu, Sameon dan keluarga suka ambil tanah berdebu kat bawah tu dan renjis kat badan depa. Buang tabiat ke apa?



tiger!
Memang macam dalam buku. Hahaha.


Melaka is such a nice place to go. Banyak lagi tak pergi tapi untuk 1 hari tu cukuplah.

Semoga Sejarah dapat A!






Thursday, September 5, 2013

Selalu wonder-wonder dalam jiwa.

Assalamualaikum..

So, i heard u ols masih sibuk share troll harga minyak?

..............................................................................................

Kadang-kadang, bila lepas draw duit dari atm machine berdekatan atau tak berapa dekat mana, mesti akan ada adik-adik yang pegang tabung atas nama derma anak yatim. Kalau tidak, abang-abang yang atas nama derma sekian-sekian. Tapi yang memang buat pintu bank sebagai office diorang untuk bisnes derma pun ada.

Lagi, bila tengah makan dekat kedai mesti ada budak, kadang-kadang dah remaja, orang kurang upaya datang approach kita dengan hal yang sama.

Lately, saya jumpa satu tabung derma untuk adik sekian sekian untuk pembedahan jantung.

Apa yang saya observe, semua ni perlukan duit. Benar atau salah tu bukan hak saya untuk pertikai. Dan bila berkenaan duit, mestilah sebab orang tu tak ada duit kan?Obviously la Ain hoi.

Bila berdepan dengan kes-kes begini (berlagak inspektor) saya pelik. Kenapa kita mesti akan dengar ada orang yang nak 10k atau 20k atau 30k untuk pembedahan terpaksa buat rayuan dan derma. Saya jadi wonder, tak boleh ke kerajaan buat fund untuk siapa-siapa yang sangat perlu bila perkara macam ni terjadi. Yang kaya macam Qarun tu tak apalah. 30k is 30sen saja. Habis kita?

Bila bab adik-adik tu pulak, kalau betul mereka anak yatim, tak boleh ke kerajaan wujudkan badan yang akan kutip mereka, bagi tempat tinggal selesa, bagi makan dan paling penting bagi pelajaran biar anak-anak tu besar jadi permata negara macam Rosmah nak?

Kawan saya kata, itu semua tak ada nilai politik. Jadi mereka pejam mata. Lebih malang, mereka turut pejamkan hati mereka.

posted from Bloggeroid

Tuesday, September 3, 2013

20 sen

Assalamualaikum.

Dengar kata ramai mengamuk dan memaki hamun sebab Ron 95 naik duploh sen dari RM1.90 ke RM2.10.

Habis tu yang sewa rumah gua naik RM200, mengamuk dan memaki hamun belum tentu cukup.

Mungkin petanda saya patut amalkan doa murah rezeki saban malam.

posted from Bloggeroid

Thursday, August 1, 2013

Pistol

Assalamualaikum

Tengah mood raya ke? Saya, mesti. Tapi lebih kepada mood nak balik asal-usul sebab dah lama tak tengok orangs kat rumah tu.

Sejak akhir-akhir ni, bila on radio dengar berita orang kena tembak. Hey, orang-yang-patut-bertanggungjawab-terhadap-keamanan-Malaysia tolonglah develop sistem supaya pistol tak boleh sewenang-wenang dapat. I know bukan senang. Tapi tu kerja awak. Hey hey hey, ini realiti, bukan Die Hard 2 atau Killing Me Softly. Jangan reti kutip saman jalan raya je.c













Atau nak kami tadah tangan dan

"Syukur Malaysia masih aman"

posted from Bloggeroid

Sunday, July 28, 2013

Baik Buruk

Assalamualaikum

Hari ni saya nak jadi emotional. Hormonal. Hari ini? Bukan hari-hari ke?

Dalam hidup kita ni (ceewah, dah berbaur profesor) kita memang akan ketemu pelbagai manusia. Itupun kalau kita rajin keluar rumah, kenal orang dan seterusnya observe. Perhatilah. (Baru nak feeling Selena Gomez). Melainkan kalau kita lebih suka duduk dalam bilik kunci pintu dan berfacebook sampai mampus malam. Memang secara zahirnya kita dapat kenal orang jugak melalui facebook. Tapi percayalah itu semua dusta je banyak. Sebab orang yang suka atau obses atau melampaui batas berfacebook ni tak ada life. Heh Heh. Kejam sikitlah. Jadi orang yang tak ada life, macam mana kita nak observe dia?

Ada manusia baik. Ada manusia jahat. Ada manusia baik-jahat. Al maklumlah manusia tak ada yang sempurna. Jadi macam mana kita nak mengkamusdewankan "baik" itu sendiri?

Saya ada seorang kawan. Saya memang suka dekat dia. Sebab saya boleh bercakap perkara paling simple seperti macam mana nak pos laju kepada sekompleks-kompleks perkara seperti kenapa lelaki yang mengaku sayang dan faham isteri masih lagi sanggup menyakiti hati isteri? Ya. Perkara itu kompleks sebab ia subjektif.

Dan ada satu ketika saya berdiskusi mengenai baik. Macam mana manusia itu dikatakan orang yang baik?


Saya secara peribadinya ada kenal seorang awek ni. Baik? Eh, mestilah baik sebab kalau kita mintak tolong mesti dia akan tolong. Kalau tanya pendapat atau ada hal-hal yang dia ada pengalaman. for sure dia tak akan kedekut pun nak share atau tolong. Kadang-kadang tu belum kita minta dia dah offer kan dulu ilmu dia. dan kalau bercakap pulak mana ada bahasa lucah atau kasar. Tapi dia suka bergosip. bercerita perihal buruk orang dan sebagainya. Jadi baik ke dia?

Ada juga seorang manusia lain ni, pemakaiannya, subhanallah macam berselimut. Sekali kita dekat, terpaksa undur balik. Nak tutup hidung tak tergamak, jadi buat-buat sembur perfume Simplysiti. Masuk bab bercakap, macam calon ustazah pilihan. Mungkin stok hafal hadis. Baguslah. Tapi bila kategori pinjam barang, terus fail. Namun dia tetap teman yang baik.


Pernah dengar, "mulut je jahat, tapi hati baik woo"

Sejauh mana kita nak terima kebenaran kata-kata tu?

Jadi, kalau kita lihat manusia sekeliling kita, eh, tak payah jauh sangat. Kita tengok diri kita sendiri je. Mungkin kita ni kategori baik sebab kita bukan playgirl atau playboy, kita tak menderhaka dengan parents (sure keee?), kita tak mencuri, kita selalu solat, kita tak memaki hamun dan paling penting kita bukan pembunuh atau perompak. Tapi kita tetap ada sisi jahat selalu kalah dengan nafsu dan syaitun tu kan (bulan puasa ni kalah dengan napsu jek).

Kadang maki orang.
Semalam mengumpat.
Suka marah-marah.
Dengki dengan orang.


Jadi baik ke kita?


Pada akhir diskusi kami, kawan saya tu bagi jawapan dia, dan sampai sekarang dia selalu ingatkan saya, orang yang baik tu sebenarnya orang yang sentiasa ubah diri dia untuk jadi lebih baik. Dan proses itu tak akan pernah berhenti sampailah kita mati. Kita semua sedia maklum memang kita dicipta untuk buat kebaikan. So nanti kita dapat masuk syurga kan?.

Lagipun kita kan serba kurang, memang sampai bila-bila pun tak akan jadi perfect.

Dan buat julung kalinya, saya setuju dengan kata-kata teman saya itu.

Tuesday, July 23, 2013

Foto?

Assalamualaikum

Masa tengah tunggu service siap, baca majalah Anis Jun 2013. Cover majalah, Asyraf Muslim dan isteri. Headline "sama tapi tak serupa". Saya syak tak lama lagi cover, Asyraf Muslim dan Wan Sakinah. Headline "akhirnya bersama". Eh?

Ini bukan cerita Asyraf Muslim.

So dalam majalah tu, beleks punya beleks saya terbaca satu slot dari ustaz. Feeling islamik lah baca slot ustaz. Dan saya totally berjuta kali agree dengan ustaz tu. Yalah, selama ini bila terdedah dengan hal macam tu, saya macam tefikir kenapa kamu suka sangat dengan foto macam tu? Dengan laman sosial yang actively moving tu, cepat giler kot jadi virus. Eh, kalah la kadar replikasi virus H1N1.

Oh ye, apa yang sedang saya tazkirahkan ni adalah berkenaan perangai sesetengah homosapiens yang suka "mengedar" foto yang tidak menarik. Contohnya macam gambar mayat mangsa rogol yang awak-tahu-macam-mana, mangsa eksiden yang terputus dua digilis lori atau gambar mangsa perang yangbpenuh berdarah. Siap caption ayat Quran.

Secara fizikalnya gambar(s) terbabit diharapkan dapat menimbulkan keinsafan dan sebagainya. Tapi biar saya beritahu awak, secara berhemahnya, IT IS NOT!

Secara jujurnya, saya rasa foto sedemikian sekadar menimbulkan fear dan ia langsung tidak bagus untuk emosi dan otak. Maksud saya kenapa kita nak biarkan mata dan otak kita menyimpan imej negatif. Kata nak hidup positif kan?

Nak sebar keinsafan dan tunjuk kita caring?

Banyak lagi cara untuk mendidik jiwa. Saya selalu tidak setuju dengan pendidikan ganas ni. Heh. Heh.




Ustaz Hasrizal

Ini belum pasal perangai orang yang suka share video hantu.

Dasar hantu betullah. Ye. Awaklah.

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 10, 2013

Jom handle jurujual

Assalamualaikum

Rupa-rupanya ramai yang buat early preparation untuk hari lebaran. Ini terbukti bila saya melihat sendiri betapa berpusu-pusunya manusia membeli pakaian raya. Tak kan lah beli biskut raya pulok. Kang jadi juadah iftar pulak.

Jadi Ahad baru ni saya pun buat early jugak. Almaklumlah gua kalau shopping time puasa, datang pula hari panas, darab dengan rakyat jelata lagi, memang setan dalam diri ni terlepas. Ada yang balik makan hati.

Tapi perempuan dengan shopping dia macam besi berani gitu. Asyik melekat. Eh, saya spesies lain sikit. Shopping ada masa. Window shopping terlebih masa. Yang paling best bila masuk supermarket suka Lahi menikmati kepelbagaian tupperware dan pinggan. Atau jenama sabun basuh. Style makcik.

Jadi, sebab besi berani tu, kita harus ada taktik membeli dan blah dengan happy. Maksudnya, kita dapat barang, dan jurujual kalah. Heh. Heh.

1.Set awal-awal nak beli apa dan bawak duit cukup-cukup.
Hari tu saya dah plan nak beli baju sepasang, jubah secara tepatnya. Jubah di hari raya, memang muslimah habis. Tunggu nak pakai tudung labuh sikit jeeee lagi. Kain pasang sepasang. Upah jahit no hal. Kitakan ada tailor sendiri. Lepas tu 2 3 helai tudung buat matching. Kenapa entah kena perlu beli tudung tiap kali. Padahal kat dinding macam-macam kaler ada. Tambah tolak duit dalam akaun, bawak la jumlah yang berpadanan.

2. Pergi tempat tak ada atm
Percayalah walaupun ke utara kita bershopping, selagi kad atm ada di sisi (dengan syarat banyak 000000 okey) bawak 10 sen pun tiada masalah. Tinggal cucuk je. Hari tu, saya sengaja pergi Nilai 3 (senang parking dan mesra dompet). Tempat ni bagus sebab ada mesin atm tapi entah di mana(memang tak akan ambil tahu sampai bila-bila. Haha). Tambah pulak saya jenis ikut peraturan. Kad Atm maybank mesti kena draw dari mesin atm maybank. Sanggup cari. Eh, bukan berkira yang seringgit tu.

3. Pesan kat partner shopping supaya ikut no 1 tadi.

So, bila dah duit tak ada melebih, mesti kita tak akan shopping lebih dari yang kita perlu. Bulan2 ramadan ni elok bersederhana. Heh heh.


Satu hal yang paling memerlukan seni bila shopping adalah session menawar. Orang putih kata bargain. Kot? Bila demand tinggi, lebih lebih lagi musim raya tak lama lagi, seller mesti letak harga tinggi sebab dia dah tahu dah kita suka menawar. Membeli tanpa menawar tak ada feel okey. Tak berseni langsung.

Satu hal saya suka sangat di Nilai 3 adalah sebab kita boleh tawar menawar sampai lubang cacing. Dengan syarat ada skill. Bukan nak lupakan tema "hidup Melayu" atau "satu Malaysia" tapi ada ke dua dua tu kisahkan akaun kita? Jadi, ayuh bijak berbelanja. Go to the lowest price you can. Yeh.

Bila membeli kat sini, saya lagi prefer cari kedai yang penjual dia rakyat asing. Sebab senang sikit handle. Lagipun memang mostly penjual dia sek-sek mereka pun. Bukan apa, kadang kadang yang serumpun ni, kita belum cecah kaki lagi dah buat muka menghalau.

Lepas tu yang kurang berkenan sikit bila kena layan macam "kesian,tak ada duit la 2 nak beli". Bila tanya harga, kalau mahal, kita buat muka "kenapa mahal sangattt, wahai baju cantik menawan" cepat je dia offer yang lagi murah. Dah sah sah kita tanya harga sebab tertarik dengan yang itu. Biasanya kedai yang bagi this type of treatment memang saya tinggal. You hurt my feeling okeh. Sob. Sob.

Macam mana nak tawar menawar?

Go to the lowest.
Kalau die letak 100.mintak la 70. Saya jenis jahanamkan perniagaan orang, mintak 50 terus. Jangan putus asa. Go go. Sampai esok pun tak apa bargain tu sebab last last mesti dapat penampar. Heh heh.

Tanya baik-baik. Tambah muka baik-baik
Yang penjual tu lelaki. Well, lelaki, tengok pula awek comel, cakap baik-baik, mesti luruh harga punya. Jangan menggedik pulak. Kita nak beli barang ye, bukan jual body. Jangan lupa adik-adik dengan misi kita.

Bila sampai time membayar, gunakan teknik "ini sajalah yang ada nak". Yang ni tak boleh reveal lebih. Case sensitif sikit. Ini perlu acting skill.

Yang paling penting pergi dengan partner yang gila tak reti malu. Hari tu saya pergi dengan adik saya, memang jenis muka banyak gula dan tak malu. Senang je dia adjust mamat penjual tu. Semua barang kami beli harga paling murah. Harapnya. Mungkin ada orang yang skill menawar dia tahap phd.

Dah dapat barang, beredar dengan elok. Praktik akad jual beli. Senyum. Bila dah jauh sikit dari kedai tu, angkat tangan tepuk bahu.

"Bagus, kita menang hari ni"

posted from Bloggeroid

Thursday, July 4, 2013

Dengar-dengar ada movie baru?

Assalamualaikum

Masa kecik dulu, tengok tv tu salah satu aktiviti kegemaran saya. Mungkin sebab zaman tu kat rumah ada tv je untuk hiburan. Selain tikar dan penyapu. Dan tabiat tu saya bawa sampai ke unibersiti. Orang sibuk kuliah, gua rileks je layan cerita cina kat tb lapan. Kadangs indon.

Tapi bila dah keje, tak layan dah tv. Letak la astro ada lapan puluh channel pun. Sekarang layan skrin besar je. Siap bayar lagi 10 ringgit. Cerita hot sikit 13 ringgit. Bila ada rejeki, masuk free je.

1. World War Z
Saya lidah melayu Z tu saya sebut Zack bukan Zi. Movie ni dah lama jgak. Pelakon yang jadi hero macam biasa, ex boyfriend gua. Rasanya nombor 13. Abang Brad. Macam cerita(s) lain, bila action movie campur hero handsome, memang tak boleh resist lah. Zombie dalam cerita ni handsome jugak. Cuma bila tengok tu kita mesti aaaaaa dulu. Sebab dah lama tengok, saya pun lupa cite pasal apa. Oh ye, brain dah capai limit space. Oh ye lagi, movie ni breathtaking rasanya. Haha.

2. Whitehouse Down
How to spell whitehouse/white house?
Jadi seperti formula di atas iaitu action plus hero handsome, memang tak risis lah. Yang ni memang best sebab action dan hero handsome (lagi sekali) dan ada funny side. Location satu tu je. Mesti jimat cost. Jamie Foxx. Mana tak meleleh air liur even bunyi bedil je banyak.

Berbaloi.

3. Kil
Tolong lah percaya. I do watch filem Melayu. Dengar dengar best filem ni. Zara (heroin) nampak comel. Kil (hero) ok la. Asalkan bukan Eron Ajis. Ending dia menarik. Bukan meninggalkan tema negatif. Mahupun sumpahan laknat. Yang paling saya suka cinematografi. Hah, berseni sangat perkataan. Oh ye, ada satu scene dekat parking lot masa Kil reveal sesuatu dan time tu hero dan heroin gaduh-gaduh la kan, saya rasa something wrong dengan skrip. Macam, tiba-tiba. Messy kot. Oh, Kil ni saya tengok online bukan pawagam. Ahaks.

So, babai?

posted from Bloggeroid

Tuesday, July 2, 2013

Penggetar Jiwa

Terkadang bila tengok belakang.

1. Aku ini letaknya di bumi, kerdil bak pasir
Mahanya dunia buat kadang terlopong
Semakin kelam, kelabu makin hitam,
Buat jiwa gelisah.

Benarkah aku gelisah?
Sebesar mana?
Kisahkah?

Lalu biar dari mula.

2. Aku ini kerdil
Dunia terlalu jauh untuk aku putihkan
Tapi aku punya dunia kecilku
Dekat di hati, saling perlu
Diriku, duniaku, hatiku, dunia ku
Bukan kamu jua sama?

Jadi mengapa aku leka dengan duniaku
Kadang lupa punya Penggetar Jiwa
Pemilik hati, diri, dunia
Tariklah aku. Ingatkan aku
Aku punya Penggetar Jiwa.

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 25, 2013

Bunga Putrajaya Edisi Floria 2013

Assalamualaikum

Hari Ahad masa jerebu tu, saya pergi putrajaya. Tengok floria. Eh ke tengok haze? Round-round almost semua tapak pameran. Enjoy the design dan kekretipan. Dan juga ubat jiwa.








posted from Bloggeroid

Sunday, June 23, 2013

Cantik

Assalamualaikum

Cantik itu positif. Sebab itu semua orang suka cantik. Tapi bila cantik bukan perkara subjektif, dunia memang celaka.



Saya ada seorang kawan. Lelaki. Pada hemat saya, lelaki pada tangga umur demikian adalah umur matang untuk ada seorang isteri. Tapi dia masih single. Sudah la single, available pulak tu.

Tapi itu bukan masalahnya.

Dengan umur dan rupa yang boleh dikatakan tengok tu tak adalah rasa sakit biji mata,saya tertanya-tanya la juga kenapa dia masih mencari.

Tapi itu juga bukan masalahnya.

Dia pernah kata, pilihan dia yang cantik. Tapi bila setiap hari dia kata, saya rasa itu dah jadi masalahnya.

Ye. Memang itu masalahnya.

Pernah sekali saya tazkirahkan dia. Saya kata, "kan agama dah ajar macam mana nak cari bini?"


Tapi bila cantik bukan lagi subjektif pada dia, saya rasa elok dikhatankan lagi sekali. Semoga cepat sikit matang otaknya.

Thursday, June 20, 2013

Alih

Kata-kata manusia, sebelum dibawa ke hati, hantar ke otak dulu. Moga bila kata-kata itu terlebih pedas, boleh ditambah gula dahulu.

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 18, 2013

Bila bosan kerja

Assalamualaikum.

Saya mula bekerja setahun yang dulu. Dan posisi saya sekarang membolehlan saya menggelapkan duit syarikat. Hahaha. Maaf, saya bukan akauntan. Lagipun, saya bebal sikit dengan buku lejar. Tambah-tambah masa kelas Kemahiran Hidup. Saya ni tak pandai buat lejar tak apa, janji pandai perabiskan duit. Senang sikit buat akaun.

Jadi secara konklusinya, tugas utama saya untuk menolong bos. Kuli senang cerita. Orang yang bekerja dalam bahagian laboratory dan R n D, mesti tahu rutin labwork yang sama je setiap hari selagi projek belum settle. Saya masih ingat first day repor duty, seorang staff dah tanya,

"Tak bosan ke buat kerja sama?"

So, i was smiling jelah. Hey, first day kot. Mana tahu rutin lagi kan.

Until few weeks ago seorang staff yang dari bahagian lain datang untuk pinjam lab stuff dan bertanyakan soalan yang sama.

Happily. Smiling lagi saya cakap,

"TAK."

So saya memang buat benda yang sama la kot setahun. Bukan lah hari ni buat labwork esok buat biskut. Lusa buat akaun. Tulat buat admin. Lepas tu buat event. Lepas tu acting. Dan sebagainya.

So lagi, saya tanya balik my other mate.

Dia senyap pada saat pertama sebelum menjawab yang sebab tu lah masa kerja kita dengan santaikan diri, get along with staff. Senang cerita happy kan diri dengan tempat keberadaan kita. Yes, saya bersetuju for the first time dengan mamat tu.


Saya terfikir ada ke kerja yang tak buat benda sama? Posmen, hari-hari hantar surat. Even auditor yang selalu audit different tempat pun still kerja sama kan? (cakap jela ye ye?). Tukang jahit? Hey, hari-hari potong kain tahu. Cikgu? Pak cik jaga Gurney Height Condo yang reti ambik my lesen tak reti pulang pun buat benda sama. (ini kes blame orang lain.hehe)

Disebabkan kita buat kerja yang samalah kita mahir. Kan? Hey, Chong Wei pun hari-hari libas shuttlecock taw.

Jadi janganlah kita bosan dengan kerja kita ye. Kalau bosan pun, salahkan diri sebab mungkin kita yang terlalu tekan diri. Mengeluh dan suka complaint. Manusia ni memang suka complaint kan?

Bila kita bahagia, hari-hari tebar roti pun okey je.

Bye.

posted from Bloggeroid

Monday, June 10, 2013

Insuran

Assalamualaikum

Awal bulan Mei tahun ni, saya sedang syok menyembang dengan kakak admin dalam office saya (office saya?). Basically pasal pinggan mangkuk, kari ayam, puding triffle, pasal anak dia, pasal harta benda atas desk saya yang macam Cadbury bar yang buat orang suka makan (say, hilang) sehinggalah pasal e-filing. Dan spesies file apa e-filing ni?

Skip pasal e-filing sebab bukan nak tarbiah pasal e-filing.

Sehinggalah masuk satu part kakak tu explain what type of benda-benda yang boleh tambahkan limit untuk bayar cukai. Sampailah soalan cepu emas dia keluar,

"Ain, you have insuran or not?"

Adat orang bertanya, haruslah jawab.

"No. Im not." Sambil tersenyum comel sebab tak ada insuran. Terus tak comel bila,

"Nevermind. I have a very good plan for you. When your birthday heh? Let me calculate for you"

Er..er..er...

Dan pada saat itu, saya cukup tahu yang, ok, Ain, pandai-pandailah kau nak tolak nanti.

The next day, kakak tu datang with a print out kertas yang saya malas nak ambik peduli tapi dia ada cakap la total amount dan premium is 275 kot. Lepas dia cakap-cakap, dengan sopan santunnya, saya menolak,

"This is not takaful rite? I prefer takaful. Itu islamic based"

"Why?"

Ohhhh. Bab-bab menerang segala hukumhakam memang gua lulus sangat lah. Kalah Ustaz Don nanti.

Baik-baik saya cakap, if takaful saya boleh consider (which is not lah sebab premium too much. haha) dan bla bla with term-term arabiah gua.

Saya ingat itu episod pertama dan terakhir. But still, dia datang with episod dua. Kali ni dengan bukti-bukti ke manakah pelaburan kita akan pergi. Trying to memujuk lagi. Come on man, orang meniaga kan. Kali ini saya cakap yang i bought something and i wish to settle down with that first. Maybe next year? Maybe?

Please. Please. Dont look at me.

Dengan itu, saya berharap by hujung tahun ni saya akan berlaki sebab next year alasan paling kukuh dan solehah sekali bila episod tiga bermula adalah,

"Kak, I need to discuss with my husband"

solid kan? Dan saya tak perlu creating banyak gila alasan.


Sebenarnya bukan sebab saya tak nak insuran tu. Sebab saya lagi suka bila saya nak sesuatu, i go for it. Saya sendiri ada plan untuk beli satu ke, sepuluh ke bila duit terlebih-lebih. Dan saya faham yang mereka cuma mau cari pitis dong. Belanja sehari-hari. Hehe.

Bye/

Friday, May 31, 2013

Kalkulator

Kadang-kadang untuk memberi, fungsi kalkulator perlu di tolak ke tepi.



posted from Bloggeroid

Wednesday, May 29, 2013

Fast and Furious. 6 la!

Assalamualaikum!




Lama pulak tak cerita pasal pergi tengok wayang. Macamkan dalam dunia ni, okey kecilkan skop sikit, macamkan dalam Malaysia kita seorang tengok wayang. Sebagai pengunjung dan pemberi untung tegar dekat cinema-cinema yang berlambak dekat Malaysia ni, saya haruslah tak tertinggal untuk tengok latest movie yang digilai anda semua.

It was Fast and Furiouso numver 6. Dan saya memang tak ingat filem ni pasal apa. Since tajuk dia fast, mestilah berkaitan dengan kereta. Eh, lori pun kadang lebih laju dari kereta. Siap masuk lane paling kanan. Okey.

Memandangkan filem dah categorized untuk orang tua yang reti-tengok-wayang-bazirkan-duit, bila yang muka selalu class class sekolah rendah lipat dalam tudung letak plastik agar tudung maintain mesti kena show off ic dulu. Untunglah wajah awet muda. Dan rugi. AHaks.

Secara 90 peratusnya, dengan aksi memang untuk orang tua ada otak dan Gisele yang comel bangat, filem ni menarik ditonton ketika lapang. 10 terpaksa ditola kerana wujudnya aksi filem Hindustan. Kita semua gelak macam tengok Maharaja Lawak bila scene yang tu keluar.

Sumpah! hindustan sangat.




Tuesday, May 28, 2013

Candor

Tika masih mentah, ingin punya teman
Lalu terima dia dengan senyum yang diukir
Atas lenyapnya logik akal

Lalu kita bercinta berlapikkan impian
Itu cuma kosong bila tiada ilmu di jiwa
Juga kosong jiwa dan akal

Bila kalendar bertambah bilangnya
Kita makin kenal dunia
Dia yang diterima bukan pasangnya hati
Mula terasa tiada akal

Namun kita tahu lampau adalah guru
Sebaik guru semanis kenangan
.......


Bila kita mangga hati dengan masa lampau, jangan meraung alam meminta kunci. Kunci itu kan memang milik kita. Saya selalu pesan pada hati,

"Jaga diri kalian baik-baik. Aku bergantung pada kalian"

posted from Bloggeroid

Thursday, May 16, 2013

Si Terang dan Si Gelap

Kadangkala, Si Terang buntu dengan suasana dingin dan sikap selamba cicak yang Si Gelap ada-adakan. Barangkali Si Gelap sudah imun dengan Si Terang yang acapkali terbabas mengikut jalan amarah dan bodohnya.

Si Terang dan Si Gelap bukanlah serupa. Perangai, latar belakang, cara berfikir, cara mengolah situasi, citarasa dan cara dibesarkan amatlah berbeda. Si Terang keras lagaknya. Si Gelap lembut gayanya. Adakalanya Si Terang merasakan kelembutan yang dipamerkan menyebabakan Si Gelap terbuli. Walhal Si Terang cumalah keras pada permukaannya.

Si Gelap bagaikan mengerti rentak Si Terang. Mana mungkin dinding sabar kukuh terpacak bila yang satu dicantas, melainkan asasnya benar konkrit.

"You listen to me"
"You, shut up"
"Ya, you are wrong. Always"

Si Terang dan Si Gelap sering bertingkah rasa. Tapi habisnya ketawa juga. Si Terang dan Si Gelap hanyalah kuman tak terpandang. Tapi Si Terang dan Si Gelap tahu di mana masing-masing terletak.

Si Terang dan Si Gelap adalah dua entiti yang lain. Berbeza. Tidak pernah sama. Umpama siang dan malam. Tapi Si Terang dan Si Gelap saling lengkap dan perlu. Mereka umpama dua benda yang terpisah padahal mereka satu. Si Terang dan Si Gelap tahu andai mereka tidak cuba mengerti duduknya, dunia mereka kacau. Umpama malam yang mengerti siang, laluereka tidak pernah mahu muncul pada sama masanya. Begitulah Si Terang dan Si Gelap bak malam dan siang, berbeza tapi satu. Tapi belajar kenal saban hari.

posted from Bloggeroid

Hangat-hangat tahi ayam

Assalamualaikum

Pertama sekali, why tahi ayam? Adakah tahi binatang lain tak hangat? Atau binatang lain tahi dia hangat lama gila? Dan kenapa rasa jijik pulak perenggan ni?

Kadang-kadang saya tengok Malaysians ni memang mengaplikasikan perumpamaan ini. Which ia good tapi yang tak berapa goodnya sebab perumpamaan yang salah. Perumpaan seperti diam diam ubi berisi ke, bagai aur dengan tebing ke tak pula kita applied kan.

Untuk pe'el kita yang begini, marilah kita gelarkan diri kita "tidak istiqamah punya orang"

.

Friday, May 10, 2013

Ulang tahun, sayang.

Assalamualaikum.

Masa mula-mula menjejakkan kaki ke taski dulu, saya ada satu perangai yang saya kira masih ada sampai sekarang (huahuahua) iaitu tersangat malas bangun pagi untuk pergi belajar. Saya kira banyak kelas pagi yang lompong. Oleh itu saya masih ingat dipukul dengan hanger besi yang lembik dek malas ke taski.

Masa di sekolah rendah kami mendapat sepersalinan uniform sekolah lengkap setiap awal tahun. Dan ada waktu ketika kasut sekolah saya agak lusuh (atau cuma menggedik nak yang baru) saya mula merajuk mahukan kasut baru. Kerana tidak diendahkan, protes saya menyebabkan sekeping kaca tingkap kedai sewa selesai saya kerjakan. Itu bukan niat. Tapi dia cuma berdiam.

Semasa mendapat tawaran ke mana mana saya sering dihadiahkan satu persalinan baru.

Ada satu ketika saya masih termasuk dalam angka penganggur, dia membelikan telur peyuh. Alasannya, kerana saya suka. Itu memang tiada apa tapi bagi saya, itu tanda saya istimewa di ingatan dia.

Dia sering memberi kata nasihat walau kadang kami sambut dengan gurauan.

Juga tempat kami bersenda

Pasti sekali bertukar cerita

Selamat ulang tahun sayangku.

9 Mei. Seperti setiap hari, ma sentiasa di hati.

Selamat hari lahir.

Monday, May 6, 2013

Kepada PRU13

Pagi bernafas lagi
Mentari menyapa lagi
Seperti biasanya mereka.

Tapi bumi tempat aku berteduh masih menyebar angin busuk mereka


Benar lagi telus,
Malaysian

Friday, April 26, 2013

Mesin atm yang dahaga

Semalam adik saya telah menghubungi saya mengatakan dia tertinggal bas untuk balik ke kampung (padan muka. Hahahahhha). Kemudian dengan sedih dan terlukanya beliau meminta duit Bk1m (bantuan kakak 1 malaysia) secara on the spot tanpa perlu mengisi borang secara dalam talian.

Oleh kerana malam yang dingin dengan Candy crush saga yang ada satu level tak lepas- lepas (saya syak game ni menipu ni) saya memberitahu beliau duit bantuan akan diberi keesokan harinya.

Pada pagi tadi, saya telah ke mesin ATM Bank Islam untuk melangsaikan bantuan (nanti beliau sangkut pulak kat station bus tu). Selepas mendeposit sejumlah wang (tak payah banyak-banyak) mesin tersebut menolak duit saya (memilih mesin ni, nak duit banyak-banyak). Saya kemudian mengambil kembali duit tersebut. Malang, andainya berbau, mesti saya akan guna duit seringgit je untuk deposit, mesin tersebut telah mengepit sehelai not. Dengan muka tanpa efek saya cuba menarik duit sehinggalah seorang lelaki yang hensem dan berwibawa menyedari kebengongan mesin tersebut. Beliau kemudian turut menarik keluar. Tapi, mungkin tenaga lelaki beliau belum cukup mengalahkan kekuatan kepitan mesin (mungkin mesin tu minum 100 plus dikacau oleh tongkat lelaki bernama Ali).

Akhirnya kami berdua hanya melihat not itu ditelan dengan rakusnya. Lelaki yang budiman itu kemudian menghulurkan seratus ringgit sebagai ganti kekuatan dia (silalah percaya) kepada saya.

Selepas kejadian mesin durjana itu, saya terus memandu untuk ke station saya bekerja. Sebelum tiba di sana, saya singgah di sebuah gerai yang menjual nasi lemak. Kemudian kakak yang menjual nasi lemak itu melihat saya dengan kehairanan. Dia bertanya adakah saya seorang yang bekerja atau lepasan sekolah yang bekerja kerana wajah saya yang cukup mengalahkan kemudaan pelajar darjah 6 ini. Saya cuma tersenyum (perasan).

Sebagai kesimpulannya, apalah sangat not 10 ringgit yang ditelan oleh mesin atm yang dahaga berbanding dengan kata-kata kakak penjual nasi lemak.

Sekian. Assalamualaikum.

posted from Bloggeroid

Wednesday, April 24, 2013

Ini fenomenalah, abang.

Assalamualaikum.

Kadang-kadang bila terlalu melihat dunia tanpa batasan, maksud, internet, kita jadi lupa nak observe dunia sekeliling. Walhal dunia di sebelah kiri dan kanan kita lebih real. Maksud, internet lebih banyak menipu. Penipuan ni pun bermula dari manusia. Why human getting worse. Sedih.

Perkara ni berlegar dalam otak weeks ago (sebab tu la my previous post was week ago) bila tengok bersusun novel yang belum baca. Sebab so much time "cari ilmu' via internet, berhabuk novel tu. So sebab tu saya kurangkan internet time. In fact waktu siang pun go online. Why not malam bergolek dengan novel. Thats life.

Oh ye, bercakap pasal internet ni, saya didedahkan dengan perkataan kiyomi/gwiyomi. Dan saya, binatang apakah yang melanda dunia tak ada tanah ni? So, apa lagi, googlinglah.




Owh. Okey. Kpop. Viral. Internet meme. Cute. Perasan cute.

Dan saya tengok video yang manusia cute upload dalam youtube. Dan terserempak dengan a few yang comel (memang comel) tapi bila ada perasaan perasan comel, mereka buat video dan upload. Okey. Itu biasa untuk mereka yang cute. Tapi bila mereka berdandan dengan tudung belit latest dan put some make up, do kiyomi, upload dan refresh every minute(kot) untuk tengok views adakah mengalahakan psy, itu pathetic. Sebagai perempuan, comel juga (ahaks) saya kasihankan anda.





Okey. Gwiyomi song memang comel dan menghiburkan. Saya sendiri download. Lagu je ye.

Tapi biarlah semua tu untuk para penghibur yang buat. Kita yang comel ni (heh heh) tak perlu lah menambahkan bilangan penghibur, say, artis yang semakin berlambak. Hiburan is okey. Tapi bila too much, it is not okey. At all.

Cukuplah Nora Danish yang buat.

Yang comel tu simpanlah comel tu. Kalau tak tetap akan comel. Cuma comel seperti,





Yang tak berapa comel tapi buat DAN UPLOAD tu, saya tak ada perkataan untuk taip.

Bye!

posted from Bloggeroid