Thursday, March 28, 2013

My childhood weirdo

Assalamualaikum

How are you doin' macha? Saya selalu mendoakan warga bumi dapat hidup dengan aman berpaksikan iman yang kena selalu update. Jangan asyik update status facebook je. Jangan leka sangat. Itu dunia semata-mata. Gitu ye.

Taip-taip facebook ni buat saya zappppp terus teringat beberapa kawan yang berumah tanggakan melalui facebook. Hey, tak cool langsung altitud begitu. Eh, attitude. Orang putis kata, annoying bro. Double annoying. Nak taip pun annoying. Annoying nye. Gila annoying. Kenapa dah tak annoying ni? Sepatutnya annoying. Try to pronounce perkataan sama dan mesti rasa weird. Macam tak pernah dengar. Ada saintis yang boleh perjelaskan fenomena pelik yang berlaku pada saya ni ke.

Pelik tu sesuatu yang luar dari kebiasaan. Kadangs pelik tu perlu sebab bosan kan hadap benda sama. Pelik tapi benar selalu wujud. Bukan pelik sebenarnya. Manusia dekat dalam dunia ni bermillion aire dan every single of us berlainan. Jadi ini mewujudkan variasi, dengan background yang pelbagai dan pemikiran yang pelbagai akan mencetuskan kepelikan macam kita cakap tu. Saya terlalu sains pulak hari ni. Mungkin sebab tengok Frankenweenie. Have u? Best giler giler cerita tu. Tak gila la. Tapi it is a good movie even hitam white.



Sebenarnya masa kecil dahulu kala. Tahun 90 an gitu, saya selalu ada benda yang pelik dan kalau fikir balik, ewwww, geli. Macam mana aku boleh makan tu. Klasik dan eksotik?

Klasik dan memang mengumpul lemak kan bila nasi putih tu siap berkuahkan minyak yang bekas goreng ikan tu. Entah kenapa la pada time tu makan macam tu rasa nikmat macam makan Kepci zaman sekarang. Mungkin time tu kicap habis. Okey. Patut la minyak masak cepat habis.

Ada juga masa nak makan bubur. We dont have bubur mcd masa tu. Nasi putih curah air masak tambah gula dah jadi bubur. Yang ni arwah mak kepada abah punya resepi. Apa klasik beno resepi tu. Masak jela nasik dengan air lebih. Nanti nasi dah jadi bubur. Orang zaman klasik memang gitu.

Yang nak muka kekuningan tu boleh pergi ambik kunyit dekat belakang rumah. Basuh. Slice nipis. Cicah budu. Buat ulam. Rasanya sedap sekali. Semenjak dewasa ni, saya anak kelantan jarang cicah cicah budu. Mungkin dah jadi lidah Korea kali. Mungkin sebab alergi dah makin ketara. Siapa tahan mata gatal dan hidung ada bulu. Eh, hidung do ada bulu. Alergi jenis itu yang menyebabkan lidah jarang merasa. Bukan menjauh.

Dalam adik beradik saya ada seorang yang pernah pergi minum racun. Gamaknya puas hidup. Haha. Hidup lagi. Belum ngadap Tuhan. kesimpulannya sila simpan racun di tempat selamat. Budak nampak racun warna merah macam air sirap je. Plus lambat sangat belajar mengeja. We always laughing to this. Siapa eh?

Memori.


posted from Bloggeroid

Monday, March 25, 2013

Formula 1 Grand Prix

Assalamualaikum..

Selamat hari Isnin. Kesiannnn. Kena kerja ye? Itula dulu mak suruh pergi mengaji kau pergi gunting pagar. Kalau tak mesti sekarang jadi bos. Ahaks.

Minggu lepas sebelah station saya ada racing. Cuba teka saya kerja dekat mana? Yeay! Betul. Sebelah litar Sepang. Bukan dalam litar ye. Kalahkan ada orang jawab je kan. Orang tak kisah pon mana kau keje. Mula hari Jumaat hari tu dah berdesing telinga saya dengar desup enjin kereta abang Lewis. Sejak kerja sebelah litar ni, segala event kat litar tu saya up to date. Sila la percaya.

Dan memandangkan Lewis Hamiltong telah baik hati memberi tiket tempat duduk berpenghawa dingin, jarak penglihatan super, senyap sepi dan serving orange juice setiap 1 jam, bagi tidak menghampakan permintaan seorang pelumba saya pun pergi la sokong dia sambil bawak bendera.



Sebahagian wording terpaksa dikora kora sebagai permintaan abang Lewis demi menjaga privasi saya. Katanya.

Oh ye. Dan lepas sampai dekat litar maka kita duduk duduk lah. Sedang elok je time tu kereta baru start enjin. Lepas tu dengar la abang dj mengomel omel sekejap melayu sekejap mat saleh. First time tengok kereta lalu, ok la. Lepas sejam, aku sedang tengok apakah ini?




Perempuan ni pakai shade dengan berteduh dengan payung bukan sebab dia pemalu dan gedik tetapi sebab litar sepang tu panas gila. Like gila. You know gila? Lagi pun saya kan pakai lense, kena la jaga mata. Bahaya woo kalau panas-panas. Nanti menting.

Lepas sejam lebih saya dah mula bosan. Iyelah. Tengok sekali no hal ni dah berkali-kali dia lalu, apa yang best nya mak? Nampak ada orang jual chips 5 hengget. Okey. Boleh la. Spageti 2 hengget. Eh? Murah je. Air mineral 5 hengget. Boleh blah. Baik minum air paip. Nasib baik time tu saya tak dahaga tahap geletar gitu. No outside fool allowed tapi pandai la sorok air mineral tu ye.




Macam ni litar nye.

Hari tu ramai oram putes. Peminat gamaknya.

Lepas ni tak kosser nak pergi tengok racing. Setakat masuk boleh. Lagipun bukan senang dapat masuk circuit tu. Sekadar nak tengok macam mana rupanya, nanti boleh ler gua berlagak sikit. Hikhik.

Dan sebagai tanda sokongan buat Lewis tu, walaupun dapat nombor tiga.

Bye.

posted from Bloggeroid

Friday, March 22, 2013

Hari SPM 2012.

Assalamualaikum kepada awek-awek yang masih tengah tengok slip SPM tu. Still kira A's ke?

2013 tolak 2005. 8 tahun. Ya Allah, lamanya. Atau tuanya. Haha. Tapi still rasa macam semalam je ambil result spm tu.

Masa Tingkatan 5 nak pergi ambil result SPM pergi dengan kawan-kawan sewa satu teksi. Seingat saya dengan 3 orang lagi. Seorang tu nama dia Ain. Oh ye, masa zaman sekolah dulu dalam satu batch tu ada ramai yang nama ain. So sebab nama saya boleh dipelbagaikan panggilan, masa tingkatan 5 semua orang panggil zunnur. Kan dah tak sama dengan Ain lain tu. Tapi ada seorang ni nama dia Atieya Munni, masa tu die unik sikit. So dia panggil saya Zorro. Cis. Kalau panggil Cinderella boleh la berfeeling princess rambut mengurai urai.

Masa nak pergi ambil result tu juga, ma dengan abah siap belikan kain pasang dan jahitkan baju kurung baru tu. Warna hijau. Ada lagi dalam almari tergantung comel bau ubat gegat.

Bila sampai MRSM Kuala Berang pergi dewan dan slip SPM kena ambil dengan cikgu homeroom. Masa tu Cikgu Sapijah tapi kami satu homeroom gedik nak feeling-feeling manja, kitorang panggil Mama Sep. Tapi memang kitorang dapat rasa kemanjaan tu sebab selalu dapat makan rumah cikgu tu. Kadang ada time boleh tidur. Itulah ubat budak-budak yang jarang jumpa mak bapak. Sesekali dapat bau rumah.

Mama Sep tanya agak-agak dapat berapa A. Sah sah time tu nebes kan, mesti senyum nebes je. Kawan saya masa dapat 10 atau 9 A tapi gua dapat 6. Banyak la lagi dari najwa latip. Hakhak.

Time tu feeling kecewa sikit sebab ingat kan dapat semua A. Eleh, time prep class tidur ada hati kan nak dapat 9A. Lepas tu terus call ma guna henfon kawan. Al maklumlah time tu henfon belum ada. Kalau ada facebook time tu gak tangkap gambat slip dan buat caption "Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah" macam budak-budak tak cerdik. Allah tu tak ada facebook. Kalau nak cakap terima kasih tak payah semua tu. Huh. Tiba-tiba emo.

Sebelum balik, lepak wakaf berfeeling feeling dulu dengan member. Lepas tu nampak crush. Adoi. Terus rasa nak lari pergi peluk. GATAL!! Tapi masa tu lelaki idaman gua bercinta dengan orang lain, terpaksalah memendam rasa. Biarlah kusimpan cinta ku ini jauh di dasar lautan hati. Memandangkan hari tu hari terakhir tengok dia, maka setiap langkah dia mata tak lepas. Menangis dalam hati. Kenapa? Kenapa? Kenapa aku tak boleh memiliki lelaki itu? Sekali lagi emo tiba-tiba.

Sekarang tengok kat facebook perempuan tu bercinta dengan orang lain. Cis. Rugi tak confess. Eh?

posted from Bloggeroid

Tuesday, March 19, 2013

Hari yang bahagia bermula dengam tummy yang sihat?

Assalamualaikum aweks comel sekalian.

Sorry. Itu tajuk paling pendek saya boleh sediakan. Heh. Heh. Kelmarin diisytiharkan Breakfast Day. Tak tahu pun sehinggalah semalam. Manusia ni macam-macam hari yang mereka cipta. Purpose b.d tu mungkin untuk menggalakkan manusia ni bersarapan. Bukan brunch ye. Konon nnk style lah tu berbrunch2. Tiba-tiba emosi.

Secara umumnya, breakfast ni penting dan kepentingannya boleh la anda taip di enjin-enjin carian yang ada dalam komputer tu sebab saya kang kalau buat pasal kepentingan berjela pulak entry. In fact kan, saya pernah buat kot sikit zaman dulu kala.

Okey. Selain untuk memastikan kita happy dan bertenaga dengan memasukkan makanan ke dalam perut semasa breakfast, kita juga akan happy bila mengeluarkan makanan daripada perut. Dan secara umumnya sekali lagi, proses pengeluaran makanan daripada badan kita adalah penyahtinjaan. Wah. Tak sangka sains saya masih menebal dalam diri ini.

Ada segelintir rakyat jelata yang mengalami kesusahan untuk membuang air besar yakni buang air lah. Saya yang masuk dalam segelintir tu. Huhu. Kesian. Oleh yanh demikian kita perlu berusaha untuk buang air besar sebab proses penyahtinjaan ni sebenarnya dia buang toksin daripada badan kita. Selain sibuk bagi muka je cantik, kakak-kakak sekalin jangan abaikan perut. Perut buncit tu cerita lain.

Setelah mengalami depress (melampau pula kan), saya mula mengadu kepada orang yang mengandungkan saya, maklumlah, saya kan daripada dia, mesti dia tahu selok belok diri saya atau sejarahnya. Ada kene mengena ke? Cara yang paling efektif kepada saya adalah menggunakan losyen yang Nora Danish pegang tu. Ingatkan dapat jadi selim melim macam nora. Rupanya dapat bernyahtinja sahaja. Tak apala. Janji sihat.

Sebenarnya banyak produk dekat toko toko jamu atau kedai kedai lain. Concern saya di sini bukan produk tapi penyahtinjaan. Mesti entry ni penuh sifat biologinya kan. Maklumlah berulang kali perkataan sains diutarakan gitu.

Bila toksin berjaya disingkirkan, insyaallah kita mesti sihat. Bila kita sihat kita akan bahagia. Tetapi awas kalau sihat tapi tak bahagia. Saya rasa anda bukan perlukan penyahtinjaan daripada usus tapi mungkin perlu tonik hati.

Kesimpulannya marilah kita menjaga perut masing-masing. Perut sihat hati pun senang. Ye dok?

Bye.

posted from Bloggeroid

Monday, March 18, 2013

Bunga kertas A4 ( ^-^ ) (kesian)

Assalamualaikum

Heh. Heh.

Hari minggu yang baru semalam tu, saya pergi Bangi. Semata-mata nak tolong mak cik tu buat flowers untuk decoration stage drama dia. Esok-esok degree TESL tu gua pun lepas. Yalah markah drama kan separuh dari syarat graduasi (lah sangat kan).

Sebenarnya buat kerja-kerja penuh seni ni memang kepakaran  saya lah. Di masa tertentu. Sebabnya selebihnya gua malas. Maklumlah banyak bisnes-bisnes belakang rumah nak kena settlekan sebelum hujung bulan.

Tak adalah banyak mana bunganya adalah berpot-pot.

Lagi senang sebab tak payah susah payah pergi beli barang sebab budak-budak tu dah ada barang. Cuma kepakaran saya saja diperlukan (terima jela kenyataan ini). Lagipun, drama tu bukan saya yang perform, melampau pula kalau barang(s) pun saya kena pergi beli kan (rasanya tak ada orang suruh pun)

So bila dah ada kertas, gam, dan kekreatifan budak tadika jadilah bunga dalam pot kotak. Tanahnya pula kertas surat akhbar yang dikeromokkan dengan kasih sayang.




Semua ada empat pot. Salah satu pot 100 peratus nukilan jerit perih saya. Melampau kan?


Agak-agak kalau buat bunga side untuk pelamin layak tak?

Tuesday, March 12, 2013

Lirik yang buat saya pening

Assalamualaikum

Saya tak tahu anda bagaimana tapi bagi saya dengar lagu bermakna dengar melodi plus lirik. Sebab tu bila ada lagu baru didengar saya lebih senang googling lirik sebab pes time dengar kan tak dapat tangkap liriknya gitu.

And ada satu masa bila tengah dalam kereta, radio putarkan lagu asalkan aku ok by awi rafael tu, saya mula membebel. Maksudnya saya pening dengan lirik dia yang sekejap kata hidup sederhana, sekejap kata hidup mewah macam datuk K. Oh Awi, apa yang anda mahu sampaikan sebenarnya?

Sudahlah single pertama tu dah apa-apa liriknya. Even ma saya pun cakap. Tapi ini cuma pasal lirik sebab saya tak ada masalah dengan melodi dan awi rafael sendiri. Sedap melodinya untuk halwa telinga. Cuma sebagai manusia yang sangat concern dengan apa yang saya dengar, so, ginilah.

Ini belum masuk dengan few lagu yang cakap taknak tapi panggil baby, dewi, dan so on. Oh. Stress pulak dengar lirik lagu putar alam ni.

Dan bila saya babbling pasal lagu tu dan ni,

Dia kata, memang buat lirik susah kalau bamding dengan melodi. Well, saya tak tahu. Dia komposer, lebih tahu. Dan having bery bery peka pendengar macam saya ni, hasilkan lah lirik sedap didengar yo.

Sebab tu saya suka lagu zaman pakai seluar trek dan baju kurung pergi mengaji. Walaupun lirik dia tak adalah berbunga cakna ni, maksudnya tetap sampai di jiwa. Awww..

Bye.

posted from Bloggeroid

Monday, March 11, 2013

I.am.so.dead

Satu benda yang saya always always mahu adalah mesin masa. AND i need it right now. Badly.

Saya baru je lepas hantar sms kepada bos saya mengatakan saya stress dengan dia siap dengan haha.

How do i feel?

HOW DO I FEEL??

HOW DO I FEEL??

HOW DO I FEEL???

Rasa macam telanjang dekat tengah shopping complex.






p/s : jujurnya, saya selalu kira dia seorang yang lucu. langsung tidak pernah buat saya stress. itu satu kesalahan teknologi. saya benci telefon!

Sunday, March 10, 2013

Lawak Ke Der 2 dalam skrin besar gila!

Assalamualaikum

Dekat wayang ada few movie yang macam best je kalau pergi tengok. Tapi sebab dia nak sangat tengok Lawak Ke Der 2 sampaikan ponteng training untuk show, ala, macam kita ponteng preparation class atau riadah masa dekat MRSM dulu sebab nak tengok Ariel Peter Pan dalam Juara Lagu. Err.. Ya. Itu dulu.

Lagipun saya memang suka dekat Zizan Razak (saya tahu dia pun sama) dan Zizan with Johan always always a perfect duo. Ceh. Kalau suka memang puji melambung kan?

The truth is saya tak tahu pun sebelum ni dia ada teater dan dalam bayangan macam Lawak ke der? ohh..macam realiti show dekat astro ke. apa ke. The point is i dont know what kind of show is LKD. Lagikan maharaja lawak pun gua tak layan.  Tapi itu dulu. Hah hah.

No. Saya tak akan cerita one by one apa yang mereka sketsa kan. Awak pun tak nak baca kan? Lagipun me writing tak akan jadi lawak macam mereka. They were ohsem gitu. Kelakar dan sila lah bergelak sambil ingat dunia. Dan mereka comel juga.


Lawak ke der 2. Ya. Memang lawak pong pong!

Bye.

Thursday, March 7, 2013

Menyumpah dengan style yob!

Assalamualaikum

Apa khabar orang yang tengah baca entry yang bakal penuh dengan cacian ni? Ok. Jangan excited sangat. Tak elok baca benda tak bermanfaat. Jap! Adakah saya menghalau orang?

So hari ni dah berapa kali sumpah seranah orang lain atau benda lain atau perkara lain?

Dan what are you doing after swearing like that or to be 100 percent precise and accurate HOW DO YOU FEEL?

Saya?
Saya selalu rasa bersalah dengan Allah. Huhu. Macam "apa aku cakap ni?"

Tapi kadang-kadang (kadang-kadang ke?) kita ni sebagai manusia yang kurang ilmu, lemah imannya, gagal mengawal nafsu amarah, kalah dengan emosi dan berjaya disyaitan nirojimkan dengan iblis laknatullah tu tak banyak sedikit perkataan buruk umpama nasi basi tu akan terkeluar dari mulut kita. Hah. Nak je jahit mulut sendiri kan.

"Kalau tak dapat bercakap perkara baik, lebih baik diam membisu"

Saya terfikir apa yang mempengaruhi manusia lemah iman ni suka sangat menyumpah. Saya rasa persekitaran adalah salah satu punca berdasarkan research dan development yang saya jalankan selama 5 tahun setengah dengan geran daripada kementerian mulut manis-manis. Macam budak-budak yang sesuci kain putin baju sekolah hari Isnin tu mesti ada kita terdengar mereka menyumpah kan bila bergaduh dengan kawan atau agak durjana lagi bila marah dekay mak bapak sebab tak beli kereta control versi transformer.

Ini disebabkan kerana mereka terpengaruh dengan kawan yang lain. Kawan yang lain terpengaruh dengan kawan yang lain. Kawan tu pun terpengaruh dengan yang lain. Jadi mereka terpengaruh dengan siapa pada permulaannya? I say parents, tv, dan orang yang dah ada otak tapi tak reti jaga mulut.

Ini kes budak-budak.

Yang dewasa lagi kaki tangan mulut menyumpah.

Berbalik kepada tajuk kita hari ni, memang menyumpah orang tu mainan mulut yang lemah imannya. Tapi bila dah melampau tu apa nak panggil ye? Nak kata binatang, binatang tak reti menyumpah. Yang saya dengar meow meow je. Itu binatang. Ini manusia yang macam mulut tak insuran takaful tu kita panggil @%/&+@ je. Eh. Itu sebab tak ada perkataan untuk mengpicturekan manusia begitu.

Selalunya kita dengar orang menyumpah bila dia marah dengan orang lain. Itu sebab dia marah dengan orang tu.

Saya boleh bersabar dengan itu.

Tapi kat mana nak cari kesabaran dengan manusia menyalahgunakan penyumpahan itu pada bukan tempatnya. Zalim itu sayang. Zalim. Penyumpahan pun rasa disumpah bila mereka ditempatkan pada tempat salah.

Ok. Berbalik lagi kepada tajuk kita.

Adalah wujud di dunia ini manusia yang menyumpah apabila terlupa sesuatu. Itu salah siapa? Salah sendiri kan. Jadi mereka menyumpah diri sendiri. Manusia yang menyumpah bila bad things happen macan buka laci terkena kaca atau pegang barang dan drop. Belum sempat barang tu cecah permukaan dia punya sumpah seranah tu yang sampai dulu kau. Yang stylo nya konon nak berlagak cool dan up to date dan kurangkan kebodohan sendiri serta macam yang saya cakap salah satu faktor iaitu terkeaan dengan persekitaran dan media manusia ini menyumpah dengan sumpahan mat salleh yob.

Sekali sebut telinga ni boleh zip. 10 kali saya rasa yang (maaf terpaksa taip agar penyampaian lebih dramatik) shit fuck bla bla bla tu adalah anda sendiri.

Jadi marilah kita sama-sama basahkan lidah ni dengan sumpahan yang menenangkan hati. Jangan la jadikan sumpahan dalam filem omputis tu makanan kita. Bila marah cubalah beristighfar. Bila barang jatuh kan lebih manis menyebut nama Tuhan kita. Mesti Allah lagi sayang dekat kita. Bila Dia sayang kita mesti Dia bagi apa kita minta.

Lepas tu mesti kita bahagia.

Betul tak saya cakap kawan-kawan?

posted from Bloggeroid

Tuesday, March 5, 2013

Rindu

Assalamualaikum

Rinduuuuuu
Rindu serindu rindunyaaaa...

Nampak tak betapa rindunya dia. Hiperbola sungguh rindu dia. Agaknya dia rindu sampai dada die retak sikit. Tak boleh banyak sebab tu tandanya dia dah arwah.

Sebenarnya sejak dua menjak ini (sikit part dari Teman Pengganti) saya rasa nak belajar. Maksudnya jadi student. Bukan saya tidak bersyukur dengan jadi seorang pekerja hari-hari mengadap bos comel (awwwww) bahkan saya sungguh mencintai pokok-pokok saya dalam makmal sebelah tu. Tapi rindu tak salah weh. Rindu itu adalah anugerah dari Allah (boleh dibaca dengan melankolik lagu Raihan)

Sedang saya mengscroll down dalam facebook dan terbaca atau sengaja membaca status kawans yang memberi maksud mereka sibuk atau ada juga buat2 sibuk dengan paperwork la.presentation la.exam la.tesis la.projek la. Secara tanpa saya sedar perasaan rindu tu menggamit dalam jiwa. I missed my time.

Tapi mungkin mereka juga rindu untuk jadi orang bekerja. Atau tak sabar nak kerja. Tapi itu perasaan mereka. Sekarang saya sedang menaip pasal rindu saya. Heh. Heh.

Rindu mengadap nota.
Rindu paksa diri ulangkaji sampai habis.
Rindu duduk atas kerusi dengar lecture.

Betul ni. Rindu.

Semoga dapat belajar lagi dalam erti kata "belajar'.

Bye.

posted from Bloggeroid