Tuesday, May 22, 2018

Trip bercuti dan borong di Guangzhou 3

DAY 4

Selain menyoping di Onelink Plaza, pagi tu kitorang meredah metro untuk ke Canton Fair. Korang tahu tak Canton Fair ni merupakan fair import export terbesar tau. So kalau uols bisnes juta-juta dan nak cari supplier sesuai sangat pergi. Why bisnes juta juta?

Canton Fair ni participants mereka biasanya kilang, so MOQ bukan kecil-kecil. Product range besar. Boleh chek out website http://www.cantonfair.org.cn/en/index.aspx untuk info. Saya cerita sini pun bosan juga nanti. Hihi

Untuk ke Canton Fair, naik metro ke stesen Pazhou atau Xingan Dong. Dua stesen ni akan keluar di section yang berbeza. So, nak mudah kena tahu  nak pergi tu untuk tengok apa. Jadi boleh decide bila nak pergi dan mana nak masuk. Tempat ni besar gila oit.

Selain itu, cewah penanda wacana gitu, untuk masuk kena bayar. Hihi. Kitorang mula-mula waswas bayar ke tak. Tapi sampai sana memang as a buyer, kena register. Kami register kat sana je. Yang diperlukan adalah passport dan gambar passport. Bayaran 60 yuan seorang. Once dah register, sahlaku kad tu tak silap sepanjang hayat.


Feeling korporat nak cari supplier bisnes juta-juta. Kahkah. Bangunan dia selain besar, panjanggggggg juga. Tapi dont worry, ada signboard yang mudahkan kita cari lokasi kita nak jalan tau. Halal food pun ada juga. Surau pun ada. 


Ini cuma sebahagian rupa showroom, eh. Ini baru 1 section tau. Lebih kurang macam nilah tempat exhibitor menayang produk mereka. Kat sini kita boleh jumpa direct kilang dan terus discuss bisnes. Haha.

Ingat tau, kalau nak ke sini, semak tarikh sebab Canton Fair ni rasanya 2 kali setahun. Setiap sesi ada fasa dia. Next bulan Oct 2018, check website yang saya bagi tadi. =)

DAY 5

Pagi hari ke 5, kami pusing di Gao Di Jie lagi. Hihi. Lepas tu kami ke plaza yang jual toys, dengar kata boleh juling mata tengok barang kat Guangzhou ni. Plaza jual toys ni di area Yide Lu. So nakke sana naik metro ke Yide Lu. 


Yelah abang, seronok ke jumpa tempat jual toys ni. Dah tua pun minat toys ya? Haha


Geram tengok pen, pensel. Comel sangat. Nak beli tapi malas nak bawa sebab masa ni husband dah penuh tangan dia angkut barang borong, sebijik rupa bangla kat Malaysia. sisguraujejangancakapsisracist Saya pulak kendong anak. Kalau tengok kami memang rupa pelarian pun ada. Kahkah

Takpelah dapat jimat duit. Hihi. Kalau cikgu-cikgu nak bagi hadiah kat budak-budak ni sesuai sangat sebab comel-comel tauuu.


Ni pulak toys. Macam-macam ada. Harga pun macam-macam. Suami datang cari drone. Dah beli. main 3 4 kali je. Jauh beli tapi last buat pekasam. Cis. Yang pusing-pusing tu, spinner tu pun berlamabak-lambak. Macam-macam pesen ada.


Handsomenya yang tarik barang tu. yang pandang camera pun hensem.






Memang rambang mata, at last tak beli apa pun! Haha

DAY 6

Hari last. Huwaaaa tak puas jalan pun. Plaza pakaian, beg, kain, jam tak sempat pergi macam mana ni, duit yuan banyak lagi, argh tak shopping boleh gila dan memang tak ada dalam itinerary kami pun. Memandangkan flight kami malam, lepas check out kami singgah di plaza pakaian budak untuk beli baju anak. Dah datang jauh kan, beli la sikit. 

Lepas tu kami terus ke Guangzhou Railway Station dan pusing-pusing sana melepas rindu.


Korang translatelah sendiri. Saya pun tak pasti nama dia tapi kat sini ada jual baju, bag dan barang-barang berkaitan. Saya ambil peluang untuk beli wallet untuk abah. 2 pieces 100 yuan = RM60 lebih kurang. Katanya kulit dan dia siap cucuh lighter lagi nak tunjuk tak terbakar. Sis percaya, sis tertarik sis pun beli. Abah suka wallet tu sebab duit ngam je masuk dalam tu. Sis happy, sis live happily ever after.

                  

Sebelum ke airport, isi perut dulu. Memang sebijik je menu kedai-kedai chinese muslim ni. Kalau nak cuba kedai arab pun ada. Tapi kami tak berkesempatan nak ke sana. Nanti uols google je la eh. 

Okay kesimpulannya, nak pergi Guangzhou untuk borong barang walaupun tanpa agent adalah tak mustahil. Kami dah buat pun. But kena ada ilmu tau. Sebab Guangzhou besar bukan macam GM Klang.

Okay, ni saya bagi semua link berkaitan trip ke Guangzhou. Harap dapat membantu walaupun secebis kobis;

Trip bercuti dan borong di Guangzhou 2

Hi Assalamualaikum,

Since kami pergi Guangzhou ni atas sebab untuk explore market spesifik dengan barang kami nak dan jalan-jalan juga, kami decide untuk pergi sendiri. Redah je. Lagi fun dan seronok. Macam sama je maksud dia. Tap sebelum ke Guangzhou, suami ada attend seminar borong (tapi tak membantu sangat sebab all content dia dah dapat dari google. Haha) dan kami pun memang dah study kat mana nak pergi dan macam mana nak pergi. Redah berotak gituu. =)

DAY 2 


Memang tiring sangat jalan di Guangzhou ni dengan dukung budak ni. Masing-masing sakit habis pinggang dengan kaki. Oh ya, jangan lupa pakai kasut yang comfy tau. Tak payah nak feeling nak lawa sangat kaki tu. Haha.



Stesen metro kat sana besar amat lagi Guangzhou Railway Station sebab yang ni macam center la. Nak keluar dari stesen lapar dulu. But dont worry, sebab ada 7E tau dalam stesen dan boleh beli biskut Nabati. Biskut ni halal sebab dari Indonesia. Seronok gila masa jumpa. Tidaklah kebulur nanti. Haha.


Dari stesen ni, ada beberapa plaza yang boleh pergi tau. Cuma nak jalan ke arah mana tu korang kena pandai-pandai lah. Nak cerita dalam ni bukan korang faham. Nak lukis ke?

Kalau nak borong pakaian dan kasut, ada beberapa plaza di area Zhang Xi Lu. Lepastu yang nak beli bag tangan atau barang-barang kulit boleh ke Baiyun World Leather. Nak putihkan kulit yang hitam pun boleh. Oh ya, sorry sis tak pergi sebab masa kami sangat pack tau. Nak bersosial pun tak sempat. =(



Ni salah satu plaza saya pergi untuk bergambar. 1 bangunan ni penuh dengan underwear. Siapa tah beli underwear 1 almari. Untuk ke Jinxiang Underwear City ni korang exit jalan Zhan Qian Road. Sepanjang jalan tu banyak lagi plaza yang ada. Keep your eyes open k? Di Guangzhou best sikit nak jalan, walaupun panas, sis kekal senyum.



First menu di Guangzhou. Excited gila okehh jumpa kedai halal. Okay, muslim restaurant dekat sini kecil je tau. Pastu celah-celah je. Tapi biasanya warna hijau, so senang detected. Menu diorang pun sama je kat semua kedai. Aishh. Takpelah janji makan. Balik Malaysia kita bedal mekdi ya!

Dan biasanya ada sejadah kat situ. Minta je untuk solat kat situ. Diorang okay je. Jangan malu ya. Sebab kat sana manalah ada surau al-hidayah la, surau an-nur la.

Portion untuk seorang makan banyak tau so share pun boleh kecuali kau gajah. Harga kalau tak silap dalam belas-belas duit kita. Tapi tak mahal sangatlah macam PAPAROTTI (nanti cerita pasal ni ya) Dannnnnn diorang tak serve air tau. Tercekik aku! 

Tapi dont worry, korang boleh beli air soya dengan soft drink yang diorang letak dalam chiller. Milo tak de ke? Milo ais ke......

DAY 3

WUFU MARKET


Untuk hari ke3 pengembaraan kami, gituuu.. kami teruskan meneroka plaza yang ada underwear lagi. Haha. Berdasarkan research kami, Wufu International Garment Market adalah salah satu plaza terbesar untuk underwear TAPI nokharam sungguh bila kami sampai je plaza tu krik krik benar!

Fuh nangis wei. Nangis! Dahlah jalan jauh dari stesen Sanyuanli. Haha. Tapi the best thingnya kat sana ada kedai yang jual kasut. Nampak mahal dan luxury betul kasut. Dan garment macam underwear lain, swim wear dan stokin pun ada. But, this plaza is a big no untuk borong ya.

TIP!

Berdekatan atau sebelah plaza ni ada 1 kedai makan muslim juga =)


Dek jam pun dah nak masuk zohor, kami terus amik metro untuk ke masjid.

MASJID  SAAD ABI WAQAS

Kalau nak tahu, masjid ni itinerary wajib kalau join mana-mana trip termasuk trip kami. Hahaha. Untuk ke masjid ni, turun ni di stesen Yuexiu Park dan exit B2.

Best gila masjid ni kalau hari Jumaat sebab ada macam jualan bazar ramadhan hahaha gitu. Syurganya Ya Allah jumpa makanan halal berlambak-lambak. Rasa nak borong untuk balance 3 hari kami je. Haha. Oh ya, kat sini korang wajib cuba sate kambing dia. Masyaallah sedap sangat tau. Sampai sekarang kitorang berangan nak ke Guangzhou just for the satay!



Serius memang sedapppppp. Kalau tak salah harga 1 cucuk ni dalam 10 yuan atau lebih. Kitorang beli 3 cucuk. Tak renak orang kelantan cakap. Kalau bahasa kl, tak cukup dan tak puas makan. 

TIP!

Beli makanan sebelum orang solat jumaat. Kalau lelaki kena beli lagi cepat sebab kalau dah masuk zuhur, harammmm urusniaga. Sebab kena beli sebelum solat adalah kerana lepas solat macam sardin okay. Berhimpit dan berebut-rebut. Allah. Semua lapar gamaknya.




Dekat masjid ni macam-macam kaler kulit ada tau. Hitam, putih, kelabu. Ha orang Malaysia pun ada. Sempat la borak dengan 1 couple yang datang dengan trip. Pastu ada pakcik yang datang dengan family. Jenjalan kot. 

GAO DI JIE

Next destination is Gao Di Jie.  Tempat ni bukan macam plaza lain yang ada bangunan tau. Dia cuma street sahaja. Kat sini ada kedai-kedai yang jual pakaian dalam, baju tidur, stokin dan tali pinggang! Dan jalan dia panjang gila nak tercabut kaki. Of course kitorang jalan sikit je sebab dah petang dan penat jugak =) 

Untuk ke sini, turun stesen Haizhu Square dan exit E. Jalan terus ke Haizhu Bridge dan Jiangnan Ave.


Ini macam pintu gerbang dia lah. Sorry ini the best shot dah. Haha.



Inilah suasana dia. Memang street macam jalan TAR. Guni-guni hijau tu kat Guangzhou ni pemandangan biasa je. Orang naik basikal pun biasa. Dan diorang siap ada sewa basikal tau. Bayar guna wechat. Kau apa tau? Wechat cari pasal je tau. Oh ya. memandangkan kami  pergi sendiri tanpa orang bawa, kami dah siap-siap contact orang yang buat shipping ke Malaysia.

Kau gila nak bawa naik flight semua tu? Kayap tau bayar fee. Lainlah jual dengan harga hantaran zaman sekarang. #janganlahterasa

Ada banyak shipping/forwarder atau apa2 panggilanlah yang ada di Malaysia ni. Harga almost the same tapi cari yang door to door tau. Kang meroyan kena amik dekat pelabuhan sana. Macam kami, kami berurusan dengan BGST. Servis bagus dan pantas. 

Lagi satu, kalau beli barang dari kedai tu dan macam berat je nak bawa balik sendiri, boleh je discuss dengan BGST untuk diorang tolong collect kat kedai tu ke warehouse diorang, but of course ada charge. Atau seller yang hantar ke warehouse. Cas atau tak kena bincang okay. 

So tak perlu gelabah dan risau sangat pasal macam mana nak borong banyak-banyak dan bawa balik. Ni sis dah share sikit tip. 

Dekat sebelah street ni, on the way ke metro ada 1 kedai muslim juga. Alhamdulillah tak kelaparan kami. Haha



Solat asar dulu. haha. Macam yang saya cerita kat atas tadi, korang boleh solat je dekat kedai muslim ni. Kalau nampak sejadah tersidai tu kira bolehlah tu. Kedai diorang kecil je. Pelanggan pun tak ramai sangat. Terfikir juga macam mana diorang ni survive bisnes macam ni? Kalau kat Malaysia kedai suam-suam kuku gitu memang tak lama mana.




Menu mereka sejenis je ha. Ada mee lepas tu topping ikutlah ada daging, sayur. Mee diorang handmade, eh homemade. Entah la tapi yang penting memang mee diorang buat sendiri. So bentuk mee tu tak pembaris sangat tapi sedap. 



Eiii comelnya budak makan mee tu!

Yang ni kami tapau je sebab dah penat sangat tak sabar nak balik landing atas katil. Pinggan tu kami bawak sendiri. Sebab kan kami bawak maggi, nasi berahim, biskut dan so on. So haruslah ada pinggan. Pinggan plastik sajo janganlah Corelle. =)


Inilah satu-satunya makanan yang kami suka. Eh, satay tadi no 1. Yang ni no 2. Sedappppp sangat walaupun mee bodoh. Makan dengan kentang tu rasa manis-manis. Lagi sedap dari spageti hahaha. Yang ni nama mee with beef and potato. Lepasni pergi tahu dah nak makan apa yang boleh diterima tekak. Yeay!!!

DAY 4

ONELINK INTERNATIONAL

Onelink plaza ni kira a must lah kalau kau pergi Guangzhou. Tapi ini bukan best place untuk borong ya. Ini untuk beli cenderamata cenderahati hati terluka pasal orang kirim duit tak reti hulur tu. Untuk ke sini, turun di stesen Haizhu Square tau. Lepas tu exit B2 dan jalan sikit dalam beberapa ratus meter and keep your eyes open.

Okay. TIP!!!

Actually, jangan takut untuk bertanya pada local di sana. Walaupun diorang tak tahu English, just tunjuk gambar je nanti diorang akan tunjuk arah mana kita patut jalan. Or boleh guna google translate dan taip. Diorang tahu juga guna ni. Ramai yang takut untuk pergi sendri salah satu sebab utamanya halangan bahasa.

Aish! Tu momokan lama la. Sekarang boleh converse guna handphone and ada yang boleh cakap bi sikit-sikit. 

Kalau nak beli gift untuk kawan-kawan ofis ke, kat sini sesuai sangat. Macam-macam ada woo. Sampai tak tahu nak beli apa. Tingkat-tingkat atas pulak more kepada barangan dalam rumah. English style gitu. Hihi.



Inilah Pappa Roti di Guangzhou. Satu-satunya kedai halal. Tak salah saya di level 4. Kedai-kedai dalam onelink ni kecil-kecil, rapat dan padat tau. Memang tak habis jalan pun. So kat sini kami beli keychain dan fridge magnet untuk kenangan manis kau dan aku.


Harga agak mahal juga tapi itulah.. nak makan juga. Tapi untuk coffee time sesuai la. Penat pusing onelink ni, rehat jap sambil minum kopi. Bukan senang nak lepak kedai kopi kat Guangzhou. Halal pulak tu!!

Okay, next entry saya akan tulis pasal Canton Fair. Alhamdulillah kami dapat peluang ke Canton Fair. Walaupun tak beli apa, tapi experience tu mahal.


Bacaan lain:
http://aienzunnur.blogspot.my/2018/05/trip-bercuti-dan-borong-di-guangzhou-3.html
http://aienzunnur.blogspot.my/2018/04/trip-bercuti-dan-borong-di-guangzhou-1.html
http://aienzunnur.blogspot.my/2017/11/trip-ke-guangzhou-part-1-persediaan.html

Sunday, April 1, 2018

Trip bercuti dan borong di Guangzhou 1

Hi!

Dalam post kalini, saya akan share sikit(nak banyak kena bayarlah pasal orang dok buat kelas tu pun bayar. Hahaha) pasal itinerary, mana kami pergi, jumpa siapa, beli apa, makan apa dan mengayat siapa kat Guangzhou tu sepanjang 6 hari 5 malam.

*rindu nak pergi lagi*

DAY 1

Kami sampai di airport Baiyun jam 9 pagi. Penerbangan ambil masa 4 jam je. So jangan berangan jetlag lah pasal time zone pun tak berubah. Sebaik sampai terus cari kedai yang jual macam kad touch &go tu sebab kami akan bergerak guna Metro aka LRT kalau kat negara Najib ni. Nak senang beli di 7E je. Tak payah google ayat nak beli, tunjuk je gambar kat cashier tu nanti dia bagi la kad tu. Harga kad dan total topup untuk 1 kad 70 yuan(kalau tak salah). Sis pergi tahun 2017 uolss. Urat banyak putus.

So dalam tu topup ada 50 yuan. Kami guna cukup untuk 6 hari tu. Metro sana murah.



Lepas tu nak feeling2 beli simkad lah nak update story lah, live lah konon. Sekali simkad harga 120 yuan kau! Convert duit Malaysia jadi dalam RM60 lebih gitu. Mahal nokk.. Menangis tengok. Cancel beli. Huhu.

Terus cari Metro station untuk ke hotel. Hotel yang kami duduk nama dia Liwan Garden Inn dekat area Zhong Shan Pa. Kami pilih hotel ni sebab katanya dekat dengan mum and kids punya plaza borong. Memang dekat je tapi kena jalan jugak dalam 15-30 minit dari hotel ke plaza.

Hotel Liwan Garden Inn

1 month before, saya dah siap buat research sikit untuk pilih hotel di Guangzhou. Reason utama pilih hotel ni adalah sebab hotel ni dekat dekat plaza borong baju budak dan maternity. Dan harga untuk 5 malam dalam RM500 sahaja. 


Ni bilik dia. Comfortable lah untuk kami 3 orang. Bilik tak besar sangat tapi masih ada ruang untuk solat dan makan. Hihi


Ruang tidur dengan toilet dipisahkan dengan tirai je. Senang la nak mengintai dan bau pun mudah merebak. Kahkah. Oh ya, di China dekat toilet tak ada paip tau untuk cuci lepas buang air. Kalau public pun sama. Stress mak oi. Dekat hotel tak apa tapi kalau keluar memang bercinta betul kalau nak kencing tu.


Ada TV untuk menghilangkan bosan lah sangat. Jangan lupa sekali ubat-ubat basic macam panadol, minyak angin, minyak lintah. eh. Bilik ni ada water heater untuk masak air dan cawan dia jenis pakai buang. Everyday mereka tukar.


One more thing, ecehh skiping pulak, dekat China plug mereka lain tau. So, bawa universal adaptor ya macam dekat bawah ni. Boleh beli universal adaptor di kedai RM2 atau MR DIY pun ada.Tapi dekat hotel ni dah ada 1 mereka instal yang universal punya so, yang kami beli haritu tak guna pun. Hihi.



Oh ya, untuk mudahkan pergerakan dengan metro, terus download apps metro guangzhou. Takpun lukis kat kertas mahjong. Korang kan semua benda nak lukis! Sorry teremo pulak. Actually, tak susah pun nak naik metro ni. Kalau dah biasa naik lrt tu, pejam mata jelah naik metro kat Guangzhou ni. Dekat Guangzhou ni, metro diorang pun padat sendat jugak time peak hour macam pagi dan petang tu. Masyaallah macam sardin ayam brand tau. So adjust time ya bila nak naik metro ni.

Kids plaza @ plaza borong pakaian budak

Okay kalau sister dan brother semua nak borong pakaian baby dan kanak-kanak sinilah tempatnya. Syurga sis syurga. Siap duit je. Tapi kena ingat yang untuk borong pakaian jangan pergi masa winter sebab yang kau tengok nanti baju sejuk je. Malaysia ni panas oi. So lebih baik pergi sebelum bulan 11. Sebab kami pergi awal November pun mereka dah start jual baju untuk winter.

Plaza borong pakaian kanak-kanak di Zhongshan Ba. Turun di stesen zhongshan ba dan amik je mana-mana exit sebab semua kan keluar dekat plaza borong kids ni. Keluar je dari stesen memang terus nampak.



Sinilah syurga dunia mak-mak itu. Ini entrance je. Belakang dia banyak gila kedai. Dan kalau jalan ke depan lagi ada beberapa buah lagi plaza. Macam-macam. Tak larat nak masuk semua. Scan jelah. Dan untuk first day kita ambil mood je. Haha.


Korang redha jelah tengok gambar ni ye. Kami nak tunjuk suasana dalam plaza borong ni je. Haha.
Seterusnya ada 1 plaza yang paling glamor iaitu...jeng jeng jeng..



Di China, setiap plaza borong akan jual barang yang sama. Contoh di Zhongshan ba ni fokus kepada barang baby dan pakain kanak-kanak. So semua plaza ada benda ni je jangan berangan nak cari keropok lekor la, handbag la, tupperware lah.

Kids City Ini salah satu tempat yang korang boleh pergi. Dari stesen Zhongshan ba tadi korang jalan jalan jalan sampai rasa nak tercabut kaki jumpalah plaza ni. Kami masuk dalam ni pusing-pusing cuci mata je sebab memang plan untuk shopping hari last before balik.



Deretan kedai-kedai yang ada sepanjang zhongshan ba. Memandangkan kami pergi sendiri tak ada tour guide so memang kena banyak berjalan kaki. Rasa macam hilang 10kg dah. Pinggang kaki sakit. Dengan bawak anak umur 1 tahun. Bawak barang yang kami borong dari plaza ke hotel naik metro. Fuh! Bangga pulak rasa.

Plaza borong biasanya akan tutup pukul 6 7 macam tu. So malam kita boleh lepak kat hotel sambil update facebook ke, ig ke. Tapi dekat China, whatsapp, facebook. ig, google semua diorang block sebab nak mengurangkan makcik bawang. Okay tipu je. Jadi download wechat untuk communicate dengan family di Malaysia sebab China ni memang suka sangat dengan wechat. Tapi diorang bukan perangai macam budak wicet kita.

Dan kalau nak akses facebook boleh download apps Turbo VPN. Downloadnya di Malaysia ye bukan tunggu sampai sana. Actually ada macam macam lagi apps so google sikit ya. Nak suap je tau. 

Okay, untuk hari pertama ni kami makan di hotel je sebab kami dah siap-siap bawak stok makanan macam roti, biskut, instant mee jenama mee sedap, 3 in 1 tamar cocoa feeling ustajah bila minum di China dan beberapa pek nasi instant jenama Berahim's.

Bacaan lain berkaitan trip ke Guangzhou:

Tuesday, January 30, 2018

Customized gift yang best!


Hi assalamualaikum!

Alhamdulillah minggu lepas present untuk suami dah sampai tapi macam biasa isteri yang excited lebih,  pasal orang perempuan je yang hobinya tunggu posmen. Kahkah. Kali ni bagi hadiah sempena cintaku padamu bukan di atas kertas. Dan paling seronok hadiah tu adalah customized gift dari printcious. Best sangat website ni sebab boleh deko-deko hadiah.


Chang!!!

Macam awek korea tak sebutan tu. Hehe.
Siap kotak lagi. Yelah dah nama pun hadiah kan. Bagus sangat ni sebab tak payah bazir duit lagi beli kotak mahal-mahal tu. #savemoney

Hulur je kat husband, senyum ha dia dapat hadiah. #isteridambaansuami

Kalau korang nak surprisekan suami ke, mak ke, bff ke, bos ke, jiran ke, jangan risau pasal delivery time dari printcious ni. Lepas je korang check out order, tak sempat bangun dari kerusi dah dapat barang. Pintu suka hati doraemon pun kalah tau. Inilah analogi betapa cepatnya servis gift shop dari printcious ni.

Yang hadiah saya customkan ni t-shirt tau, dalam seminggu lebih macam tu dah dapat. Cepat sangat so puas hati dengan delivery time dia. Kiranya perasaan excited tunggu parcel tu tak sempat hilang dek menunggu lama. So kalau nak order sepandai-pandai tupai melompatlah korang bajet masa tau!


Ha inilah tshirt nya. Kualiti memang bersesuai dengan apa yang kita bayar. Husband suka sangat dengan kain dia. Cotton dan serap peluh. So selesa la pakai kat Malaysia ni. Kalau laki korang dok Korea ke, dia gantung jelah nanti. Haha.

Dan yang paling best, kualiti printing pada shirt tu serius memang thumbs up up. Tak risau melekat-lekat bila basuh. Sebab ada sesetengah printing, pantang kena air terus hancuss sehancur hatimu. Tapi tidak dengan printcious. 

Dari segi saiz pun puas hati sebab saiz dia betul. Masa nak pilih saiz risau juga takut indah pada huruf je tapi berjudi jelah ambil saiz yang memang suami pakai. Turn out fit him nicely! Terasa jatuh cinta pulak melihat si dia. Kahkahkah.


Smart kan? Baju tu bukan laki i.

Yang tulisan tengah warna kuning tu lah yang saya buat sendiri. Ha, kalau nak letak nama suami boleh, ayat pick up line boleh, doa qunut pun boleh. Haha.

Nanti boleh edit colour, font size, dan macam-macamlah sampai korang rasa macam Picasso baru check out ya! Personalised gift macam ni memang ada sentimental value yang sangat tinggi tau. Mau dia pakai baju ni sampai rabak. Dan paling penting tiap kalai pakai baju ni dia rasa bersalah nak ngorat awek lain. Kahkah

So kalau rasa nak kasik suprise juga korang terus usha website Printcious sebab website ni memang gift shop yang best sangat. Nak edit pun senang dan mudah je faham =) Korang kan tak suka pening-pening. Dan i tell you yang ini adalah salah satu idea suprise gift untuk yang tersayang jugak tau
https://www.printcious.com/my/gifts/occasions

Happy shopping!