Posts

Showing posts from 2015

Hidup, anyway

Assalamualaikum Cepat sunggu masa terbang tak macam jerebu yang slow sikit hilang ni. Oh ye, jangan lupa pakai mask kalau anda rider dan jangan lupa juga minum air kosong.  Okay, beberapa bulan yang lepas, saya mula rasa lifeless. Pergi kerja, balik, pukul 9pm dah pancit. Sampaikan semua kerja rumah tinggal kenangan. Rutin tu berulang selama beberapa minggu sehingga saya decide "mungkin aku kena bercuti. Harap-harap lepas balik Kundasang, energetic Ain will be back! Oyeah!" Guess what? Lagi teruk.  Sampai satu tahap, saya duduk atas kerusi dengan pen kat tangan dan kertas di depan. I started to write all my pain yang dah macam kena rasuk jin je. Sebenarnya, menulis adalah salah satu cara untuk release stress. For me. Eh, kertas tu last-last masuk tong sampah, malulah kalau orang baca. Hee. Kemudian, suami dan saya maklum yang we are pregnant. So kita semua tahulah bukan jin yang rasuk tapi itu simptom orang mengandung. Kemudian lagi, saya mula per...

Me time

Image
Assalamualaikum Ramai orang yang tahu dia stress/tertekan tetapi tidak tahu nak handle 'perasaan' tu yang membawa kepada rasa tidak bahagia. Wah! Macam pro je kan bercakap. Hehe. Secara logiknya, penulis ni pun selalu stress, tapi dia sedang belajar cara handle stress supaya wajah beliau kekal muda (keburukan stress:wajah cepat masuk fasa nenek-nenek) Me time atau 'masaku' adalah salah satu punca dan cara handle stress korang yang tak habis-habis tu.  Me time sebagai punca dan ubat stress Kenapa pula me time menjadi punca? Sebab korang tak ada me time. Yang korang tahu pergi kerja terkocoh-kocoh dan balik kerja lemah longlai. Main facebook, tidur dan ulang kitaran. Bosannya life kau. Haha. Mungkin ada yang bermonolog kata sibuk kerja dan tak ada masa nak me time.  Meh nak tanya? Ada hobi tak? Saya sendiri akan cuba cari masa untuk buat hobi sebab months ago lepas menikah, hidup saya mula pack dan rasa macam terbeban.  Why? Seba...

Morning start-up

Assalamualaikum So, how was your morning? Stress jalan jam la tu. Haha. Monthssss ago, saya mula rasa yang saya tak boleh brain hidup dalam rat race dan jadual hidup saya dikawal atau di"create" oleh orang lain. Come on, tuhan bagi setiap orang hidup sendiri dan macam apa je kan bila kita biar aturan, masa dan tenaga kita dijaga orang. Kita bukan baby, kita adult. Yeah! Hidup melayu. Err.  Mungkin ada yang tak faham apa yang saya cuba sampaikan, it is okay. But, pernah tak korang terfikir yang betapa sadisnya hidup kita ni yang terpaksa bangun pagi untuk ikut waktu kerja yang orang lain cipta, repeat berpuluh tahun. Saya sungguh dengki gila (metafora sangat) dengan orang yang ada pengurusan masa sendiri. Orang putih kata time freedom. Saya mahukan yang itu. Tapi bagi saya, itu tak dapat saya capai instantly macam masak mee segera. So saya cuba create hari-hari saya agar lebih terasa nyaman. Itulah penting untuk kita mulakan pagi dengan aura pos...

Jom cuba miniature perfume dari Rexylla

Image
Hai dan Assalamualaikum, Raya month dah past dah. Kena tunggu tahun depan. Tapi, saya lebih tunggu Ramadhan sebab bila bulan puasa datang, saya dapat rasa suasana yang lain, lebih aman mungkin? Iyelah, setan tak ada cuma ada manusia berperangai syaitan. Okay. Saya nak kongsi dengan cerita ni dengan orang yang nak beli perfume original je. Kalau yang nak beli yang RM10 sebotol, post ni tak sesuai untuk korang tapi kalau ada sipi-sipi niat nak cuba macam mana feeling pakai perfume original boleh teruskan pembacaan ye. Hehehe. Saya mula nak cuba-cuba wangi ni sejak hormon keperempuanan yang suka melawakan diri tu start dirembes. Tapi at that time, memang tak ada duit nak beli perfume. Kalau pergi Watson atau Guardian pun cuma mampu beli body spray yang harga below RM10. But still masih wangi dan tak adalah bau kepam sepanjang dalam kelas kan. Then, bila duit mula masuk akaun sendiri setiap bulan, selalu berangan nak beli yang mahal-mahal macam dekat Sogo tu. Kan ada banya...

1st Segment by Black Queen

Image
Assalamualaikum Hari ini nak lepak-lepak sikit. Kesian pulak bagi korang stress baca blog saya dengan entri tahap PHD tu kan. Oh ya, tapi ini sticky post sampai saya menang hadiah dari Cik Fara. Kalau tak, tak nak tanggal. Haha. Korang boleh join juga. Seronok juga bila boleh kenal-kenal sesama bloggers ni =) Cik Fara ni bagus puji ni sebab dia minta semua yang join cuma perlu bercerita pasal diri sendiri bukan pasal naik turun politik Malaysia atau harga crude oil lima tahun akan datang. Jadi, boleh tahan muntah korang sebab saya bakal memuji diri sendiri sekejap lagi. INTROVERT Dalam banyak-banyak perangai baik dalam diri saya, saya lebih suka untuk berkongsi dengan readers semua pasal introvert ni. Bunyi saintifik sangat kan? Wait, biar saya "melayu"kan perkataan ni. Introvert ni sebenarnya sejenis manusia yang dikategorikan pemalu. Aww..  Macam mana saya dengan sukarelanya bangga mengklasifikasikan diri sebagai sebagai introvert? KEN...

6 Kesilapan besar yang dipandang enteng oleh pengantin

Alhamdulillah, sudah melepasi 3 bulan bergelar isteri dan saya bahagia dalam bergaduh manja dengan suami. Banyak yang saya ingin kongsi dengan pembaca blog ni pasal majlis pernikahan saya yang lepas dengan harapan ada manfaat untuk bakal-bakal pengantin terutamanya perempuan. Majlis yang serba sederhana sekadar  cukup untuk meraikan keluarga dan saudara mara itu, syukur berjalan dengan lancar lagi penuh kebahagian dan settle sekelip mata je. Itu yang rasa tak puas nak jadi pengantin tu. Sebelum berkahwin, saya dan suami sama-sama telah setuju untuk meminimumkan perbelanjaan untuk majlis perkahwinan.  Pertama, tidak mahu saling membebani.  Kedua, tidak mahu membazir.  Tiga, kami bukan golongan pak menteri.  Dengan harapan majlis yang kami buat diberkati, itu yang utama. Suka untuk saya (dah macam pengacara majlis pulak) share dengan pembaca semua beberapa etika, eh, beberapa perkara yang saya aplikasi di majlis perkahwinan saya yang se...

Rahsia bazar Ramadhan

Assalamualaikum Actually, antara benda yang seronok time puasa tiba ni adalah kewujudan bazar-bazar ramadhan setiap 2 kilometer jarak. Tapi dalam seronok tu, bazar ni sebenarnya adalah satu ujian untuk kita. Meh nak explain secara santai ujian tersebut. Hee.. 1. Lambakan makanan. Yang ni memang semua orang tahu. Bermula dari sirap selasih sampailah ayam golek. Semua yang dipandang tu semua nak beli. Beli, kemudian makan sampai habis tu tak apalah, ini beli kemudian masuk peti ais. Malam raya baru teringat ayam golek beli masa awal puasa tak makan lagi.  Tapi, jenis hantu raya semasa buka puasa pun tak elok juga. Siang hari punyalah menahan diri kan, alih malam? Ramadhan tu bukan masa siang je tau. 2. Fitnah. Berdasarkan pemerhatian bekas pengunjung tak tegar pasar ramadhan ni, kadang tu sakit pulak mata melihat sesetengah pengunjung bazar ni pakai tak cukup ela. Dari rupa, sah Melayu. Islam belum pasti. Tapi situasi ni mungkin tak nampak sangat. Eh, tak ...

Tips sahur dengan mudah dan cepat

Assalamualaikum Yeay! Hari ni adalah 1st day saya berpuasa sebagai isteri. Kekekeke. Dan saya pasti awak dan ramai lagi yang status macam saya kan. Seronok la tu. Mesti dah ada 30 jenis menu masakan berbuka dari ayam masak kicap sampai ke beriani ayam lah tu. Ish, puasa lah! Biasanya approaching 1 ramadan mother kitorang akan bebizi beli ayam la, daging la, sotong la, kerbau la, kambing la, tipu je, untuk masak best-best khas sempena sahur  puasa hari pertama. Bukan apa, nak bagi family selera sikit makan nasi. Iyalah, 5 pagi, merangkak kot nak suap nasi. Dannn saya rasa benda ni berjangkit pada saya. So, few days before puasa saya dah berzikir sebelah suami nak masak apa untuk sahur dan come out nak masak tomyam lah. Ha! Tomyam okay. Gigih sangat tu. So last night, barang untuk masak 3 4 hari termasuk tomyam takn sabarnyaaa nak masak tu dah ready dalam fridge. Dan of course, jam haruslah kita kunci start pukul 3 pagi. Boleh la tahajud sambil tunggu tomyam m...

Wide shawl by Charmant: Untuk yang pentingkan keselesaan dan mahu cantik!

Image
Assalamualaikum Alhamdulillah. After severals month saya dan team buat material hunting, akhirnya kami dapat jumpa material terbaik untuk keluarkan produk kami iaitu Shawl.  Kami memang sangat concern pasal material sebab kami memang tak akan jual shawl yang tangkap lepas je. Kami hargai anda dan dan akan mahu anda dapat manfaat bila guna produk kami bukab setakat habiskan duit untuk shopping atau puaskan nafsu. Tehhee...  Material super flowy yang bagi efek elegen bila pakai, masih mengekalkan saiz yang labuh dan lebar serta tidak jarang. Harga affordable untuk semua peringkat umur. Eh, asyik cakap je kan.  Jom tengok gambar kasi segar bijik mata hangpa semua tetiba cakap utara. Hee Kalau suka, saya sangat galakkan anda whatsapp ke 0139475834 iaitu saya sendiri. Heee. Stok limited dan selling fast. So saya sangat galakkan anda whatsapp sekarang. I mean, now. With kasih sayang,  Ain

Review: Boat noodle

Image
Assalamualaikum Satu perkara yang best dekat Malaysia ni, selain harga minyak yang macam main-main dengan kita tu, adalah makan. So much of food, you just need money. Hahaha. Sampaikan, 1 of colleague kata, susah nak diet kat Malaysia yang masih aman ni. Tempat urban terbaru yang menjadi kegilaan masyarakat marhaen yang saya pergi buat case study adalah Boat Noodle. Ya, i know. Bosan. Klasik. Not so new, ain. Okay. Kita cerita pasal mee. Tarikan sulung restoran ni adalah harga semangkuk mee yang gila melampau nak murah. Kat mana nak cari mee semangkuk RM1.90 je kau, untuk satu kali suap. Ehem, memandangkan dia ada 4 choices of variation, kita akan order 4. Jom latih otak. 4 kali singgit sembilan, tolak tambah lapan ringgit, tolak lagi RM7.60!  Jadi, tak murah. Tapi, pasal rasa, diorang menang. Iyalah, thailand style jarang tak sedap. Dan, tak rugi untuk kita cuba. Memakmurkan varieti makanan negara sendiri apa salahnya. Dan dapat bawak balik botol a...

Jangan biar facebook memakan akal anda

Eceh, tajuk nak headline saja kan? Seperti kita semua maklum, tahun-tahun kebelakangan ini dan yang akan datang, mungkin, adalah tahun alam maya di mana separuh daripada masa kita disujudkan kepada smart phone. Memang patut nama dia smart phone sebab orang yang guna adalah stupid human. Rilex. Jangan nak naik angin lagi. Bukan semua adalah stupid. Marah lagi? Kekurangan skill menggunakan akal bagi sesetengah manusia tu yang menjadikan mereka stupid. Kata ganti “mereka” sebab tak mahu cakap diri sendiri stupid. Hehehe. Saya sendiri penggemar internet. Ehem. Melayari internet. Sedang dalam tempoh mengawal nafsu dan melatih diri untuk online buat duit bukan makan duit. Tapi, kita masih tak dapat nafikan sisi positif internet dan medium-medium social seperti facebook, instagram dan tweet tweet. Saya sendiri banyak cedok ilmu, buat observation, cuci mata melalui sharing yang ada di facebook, terutamanya. Malang seribu kali malang, bila kita tak dapat kawal minda...

Lamaran yang tertangguh

Image
Assalamualaikum So, dah kena lamar ye? Good and tahniah.  Smile luas-luas emoticon. Jujurnya saya pernah berimaginasi untuk mendapat lamaran yang romantik. Macam, cincin dalam air ke, semasa candle light ke, suprise lamaran ke, tiba-tiba ma call cakap orang datang meminang ke atau lelaki melutut sarung cincin macam dalam movie tu.  Lepas tu boleh lah saya feeling menangis terharu sambil "yes i do" kan. Realitinya, lamaran saya adalah di sebuah kedai makan penuh dengan student USIM, teh o ais atas meja dan saya pakai tudung instant selebet tak pin dan tak ada lagu Mark Adam pun. Tapi saya masih ingat perasaan malu-malu kucing dan sedikit blushing mungkin ketika itu. Tanpa "yes i do" juga. Things nya, kita, perempuan, sering berimaginasi tak boleh blah. Saya percaya ini semua kesan novel-novel yang dibaca ketika hormon sedang membiak mula dirembeskan supaya sifat-sifat kewanitaan bakal diserlahkan. Bila difikirkan balik, mendapa...

A good customer service

Image
Assalamualaikum Be nice to others. Then others will treat you as you treat them. Itu filosofi yang benar ya mak bapak sekalian.  Memandangkan hidup kita ni menyebabkan kita terpaksa berinteraksi dengan makhluk lain, melainkan awak hidup dalam gua, kita akan bertemu bermacam fe'el. Erm, macam besar skop tu.  Jom kita breakdown, apa kata kita cakap pasal servis pelanggan atau untuk lebih cepat awak semua tangkap, customer service. Untuk kecilkan lagi skop, kita bercakap pasal customer service bila kita beli barang okay.  Sejak saya dan team mulakan projek menjual dan membantu awek-awek memiliki tudung dan shawl yang best serta patuh ajaran Quran dan Hadis, gituuu, saya mula terdedah dengan memberi customer service yang baik  terbaik untuk memastikan awek-awek semua happy dan sayang kitorang. Iklan. Lawati Facebook dan IG: Charmant Hijab dan mention pasal blog ni untuk dapat diskaun. Bahahaha. Eh. Tak tipulah.  Okay sambung ...

Hatred

Yakni extremely dislike. Dislike tu biasa sangat, macam kau beli nasi lemak dan makcik tu letak sambal bawang banyak. Kau dislike makcik tu tapi sampai point kau tak boleh bernafas ke? Saya rasa tak. Kan? Jadi sekarang saya stuck ketat-ketat dalam hatred ni. Up to the point saya nak berdiri depan "hatred" tu tunjal dahi, dan jerit sampai tersembur ayaq lioq bak kata kawan-kawan utara, jerit sangat kuat, GO TO HELL. See? This is why hatred is not good for human, because they come with combo, CURSING.

Aku makin tua, duh!

Assalamualaikum. Tak tua sangat. Anyway, umur kan nombor je. Bahahaha So, baru lepas scroll down post 2009 dan serius, saya nak gantung diri dekat pokok jagung. Tak pernah terfikir, saya pernah berbunyi sungguh keanak-anakkan. Jap! Bukan ke kita pernah lalu jalan yang sama? Pernah menjadi anak-anak? Apa ada hal lah post macam haram pun dulu. Hahaha

Circle

Assalamualaikum there! Cuba korang tengok sekeliling korang dengan jarak diameter 1 meter? Awak suka tak circle awak? Gurau je. Lately, saya ada bermuhasabah dan sarawak pasal circle hidup saya. Siapa yang kerja sekeliling saya, orang-orang yang saya jumpa, siapa kawan dan lawan. Just for analysis. Dan untuk belajar ubah circle, jadi hanya orang-orang yang positif boleh masuk rapat ke gawang gol. Asasnya, saya bukanlah seorang yang peramah gila lagi lawa tambah kaya sehinggakan teman keliling pinggang. Saya introvert. Dulu. Sekarang tinggal sikit. Simpan sebab perlu. Awak tahu kan, hidup biasalah penuh dengan manusia yang agungkan perangai syaitan padahal masing-masing ada sifat baik.  Dan lagi satu, introvert pun ada baiknya. Circle saya kecil je. Senang handle.  Pada saya, its good maintainkan die kecil sehingga sekarang. Tapi tak tahulah masa depan, tapi yang pasti, walaupun circle tu ditakdirkan bertambah diameternya, saya cuma manusia manusia po...

Mentaliti

Assalamualaikum Biasanya bila bercakap pasal mentaliti, apa yang kita fikir? Saya? Tak fikir apa-apa. Haha. Ok tak kelakar. Biar saya jadi kamus dewan korang jap. Mentaliti ni dipendekkan cerita adalah cara kita berfikir. Omaigod? Berfikir pun ada cara ke? Harus ada. Sebab tu kita belajar kemahiran berfikir kritis dan, dan, kreatif? Oh, mind that. Malangnya, belajar cara berfikir langsung tidak membantu kita untuk ubah cara berfikir class D ke class A. Or, saya seorang je yang tidak terbantu tu? Oh ya. Why am I writing about this? Sebab kita perlu tukar mentaliti kita sekarang. Sekarang. Sekarang. Pernah korang study sikit pasal orang-orang berjaya yang paling dekat dengan korang? I mean mungkin bos ke, ceo ko, kawan ke? Or cuba kenal yang glamour seperti Tony Fernandes ke atau Siti Nurhaliza maybe? Point is, kalau kita betul-betul nak tahu kita akan dapat tahu yang mentaliti orang berjaya sangat berlainan. Malangnya, again, asyik malang je kan, kita tak akan dapat sama fre...

Married. Marriage

Dah 33 hari sejak kami nikah. Dan setiap hari juga, he said he love me. Oh ya. I think semua orang baru kahwin pun ada perasaan sama kan. Those teruja, excited, senyum sampai telinga dan you know, semualah. Ada tak orang baru kahwin nangis? Mind the kahwin-paksa macam dalam novel tu. I did. Sebab tiba-tiba saya rasa lemas, suffocated. Sebagai isteri kena buat tu, buat ni. Trying to be superb wife. Perfect. Sehingga syaitan datang jahanamkan minda dan perasaan. Tapi tu dulu. Masa awal-awal kena cope dengan perubahan fasa, tempat, jadual dan semualah. Satu hal saya belajar dari situ, do things slowly, sometimes kita kena masuk pelan-pelan, let the things datang kepada kita dengan lemah lembut bak angin pantai memukul pipi gitu. And alhamdulillah, 33 hari dan saya masih belajar.