Thursday, February 3, 2011

Karangan budak darjah satu.

(I strongly suggested do not read this post. It is full with emotions and anger. I put "Karangan budak darjah satu" as a title because this is my first post after my 22nd birthday (Penghantaran hadiah boleh dibuat mulai sekarang) and i got wake up call. I want to start learning as budak darjah satu. Thanks.)



Jujur, idea yang datang mencurah seperti air paip yang bocor semalam, hilang. Inilah perkara yang paling tidak saya gemari ketika menghadap laptop nak tulis new post. Satu lagi, selalu sangat terjadi bila mana masa nak tutup mata tu, zup zup datang idea, the next day, again, hilang. Tapi satu perkara yang best pasal ni adalah bila yang nak tulis tu pasal nak kutuk orang je. Syukur la idea tu hilang, kalau tak, dosa yang 1 kilo jadi 2 kilo, lepas tu 3 kilo.. Sampai bila nak tambah dosa?

Akhir tahun lepas, saya mengalami satu tamparan, lebih tepat lagi saya panggil kegagalan. Dan itu adalah satu kegagalan yang saya kesali. Terus saya tersedar, siapa diri saya sebenar, apa yang saya sedang buat dengan hidup saya dan menyesal adalah satu perkara yang tidak boleh saya ucapkan. Jadi, saya transformkan penyesalan itu kepada pelajaran. Dan benar, itu memang satu pelajaran yang kita tak akan pernah dapat di universiti atau universitu.

Transformasi yang saya cuba buat (saya gunakan perkataan cuba kerana sehingga post ini ditulis, saya masih mencuba) tidak akan mampu saya jana tanpa orang-orang yang ada dalam jarak 100 meter dari saya. Ya, jarak 100 meter tu sangat dekat bukan, tapi meter itu tidak saya rujuk sebagai jarak lokasi kami tetapi bonding antara hati-hati kami. Orang-orang itu adalah plaster yang saya gunakan untuk tampal semua luka-luka yang ada.

Saya akui, tatkala saya masih mencuba, acapkali saya terseliuh, sakitnya amat sangat.

Usah persoal air mata yang gugur

Apa lagi, plaster tadi masih ada kan? Tak perlu pergi Watson pun. Beruntunglah kita yang lahir dalam keluarga yang sempurna, ditambah dengan sahabat-sahabat yang bukan depan-baik-belakang-tikam. Itulah plaster yang paling mahal dan mujarab. Belum cukup. Bukankah semua yang berlaku kepada kita perlu dipulangkan kepada Pencipta? Andai semua plaster ni tak berkesan, mungkin patut la kot beli dekat Watson.

Ada ketika saya merasakan dunia ini seolah-olah tidak menyedari kehadiran saya. Patut la orang bercinta selalu merasakan dunia ini mereka yang punya.

Apa yang berlaku pada saya dan juga nasib saya telah ditentukan. Siapa kata mudah untuk bangun bila terjatuh? Siapa juga yang kata susah untuk bangun kembali bila rebah? Untuk bangun semula semua kembali atas mahu atau tidak. Sampai bila mahu terbaring yang akhirnya menjadi mayat hidup? Pernah bukan kita lihat, anak-anak kecil yang baru bertatih. Jalannya pesong, kejap-kejap jatuh. Tapi cepat je bangun. Terus lagi berjalan. Kadang ada ibu mahu ayah yang bangunkan, kadang bangun je sendiri. Nah, anak-anak kecil pun tahu bangun sendiri kenapa saya malas?

Sakitnya tidak sama

Kegagalan yang berlaku itu satu subjek baru dalam learning process hidup saya. Dan tempoh untuk belajar tu saya rasakan amat perit sampai kalah peritnya nak kena cucuk BCG. Saya tahu, bukan "akulah satu-satu manusia yang gagal dalam dunia ni" tapi saya tidak mahu meletak situasi saya sama seperti yang lain kerana sakit yang ada tu subjektif ok. Ia bergantung kepada macam mana saya dan orang lain tu berdepan dengan sakit tu.

Adakah saya sudah fully healed? Macam yang saya katakan tadi, saya masih dalam proses screening hasil transformasi yang saya buat. Untuk semua tu, saya sangat bergantung dengan plaster mahal tu. Saya dah tua, takkan minda nak macam umur 2 tahun lagi.

Leaning process in real world sangat susah. You make it easier for me, terima kasih budak kacak for staying with me.

1 comment:

  1. bersabar lah. kegembiraan dan kejayaan masih bole dicari. masih ada kegembiraan dan kejayaan di luar sana yg masih menanti kamu. tggu masa je utk kamu menjumpai nyer.


    -pakar motivasi ahmad aswad-

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!