Sunday, July 16, 2017

TIPS GUNA PERSONAL FACEBOOK UNTUK BERBISNES

2 3 tahun kebelakangan ini, ramai netizen yang ambil peluang untuk jadikan facebook mereka sebagai "kedai online". Dulunya selalu guna untuk update status bosan di office, menyampah dengan bos, makan di mana, baca gosip di siakap keli dan like post kengkawan.

Satu perubahan yang sangat baik. Tidaklah korang membazir duit topup internet dan hangus di awan lalu je. 

Dan bila korang dah start guna facebook sebagai tempat untuk korang beritahu kawan facebook korang yang korang ni jual itu atau ini, mesti korang tahu apa itu personal branding kan?

Sebenarnya personal branding ni bukan untuk orang yang nak berbisnes online saja tau, kita yang marhaen ni pun wajib ada personal branding. Yang baru nak mula hidup dan nak start kerja tu, belajar-belajar la topup ilmu supaya korang ada brand. Barulah cepat dapat mertua. Cap ayam tak mahulah =)

Tapi,

Korang semua ni dah betul-betul faham ke macam mana nak pastikan korang berjaya guna personal facebook tu atau semata-mata ikut kata orang, pergi kursus sana sini, google atau hentam kromo tengok orang lain?

Sudah, jangan fikir panjang. Mari sis kongsi dengan korang tips wajib berjaya bila korang guna personal facebook tu untuk jual barang atau servis atau jual cerita pun boleh. Miahaha.

Wajib tahu nak jual dekat siapa

Since korang dah guna personal facebook mestilah korang nak jual kat kengkawan tadika, member sekolah rendah menengah, kawan opis, jiran, pakcik, makcik, ex-boyfriend, geng gosip dan kawan u korang kan? Actually tak salah pun nak jual kat diorang ni tapi rugi melainkan korang jual barang universal mencakupi seluruh jantina, umur dan cara hidup. Iaitu minyak masak =)

Okay okay. Seriuslah ni.

Rasanya 1-2 k friendlist korang tu mungkin dah masuk semua di atas kan. Apa kata yang lagi 3k tu pergi add orang yang betul-betul target korang. Kau pergi add seluruh kawan yang jual sama barang dengan korang tu buat apa? Diorang pun dah ada barang tu. Memang tak la deme nak beli dengan korang. Pastikan deme tu masuk yang senarai 1-2k tadi okay. 

Tapikan, lagi bombastik kalau 5k kawan korang tu betul-betul yang potential customer even kawan sendiri, jiran lama atau kawan opis korang pun.

Dah nama personal facebook kan, mestilah ada orang yang kita kenal luar dari pesebuk ni. Ye dok?

Mari sis kongsi real story sis ni. Supaya korang tahu pentingnya korang kenal pelanggan korang.

Sis mula berjinak dengan online bisnes tahun 2014. Sampai sekarang dah masuk 3 tahun belum jadi jutawan kahkahkah sajelah. Sis bermula dengan jual tudung. Tengah in katakan. 

Permulaan bisnes memang syok woo. Semangat habis. Ramai nau beli tudung sis. Terasa bakal mengalahkan parida je tak lama lagi masa itu. Tapi hujan pulak tengah hari tu. =(

Masa tu, sis hentam saje jual pada semua orang. Bila suami tanya nak jual pada siapa, sis jawab perempuan.

"Perempuan macam apa?"

Dia tanya lagi kau. Berderau emosi sis!

Perempuan lah. Kan perempuan pakai tudung.

Korang, perempuan ni memang kuasa membeli dia besar. Tapi kalau ada duit. Tak de duit nak beli juga, tapi mintak duit laki atau beli yang murah-murah jew. 

Pastu mulalah ayat larikan diri macam;

"Nak tanya suami dulu ya"

Atau krik krik lepas minta no akaun korang.

Itu sebab penting korang jual barang dekat spesific target. Bukannya dok paksa dalam lembut member untuk beli barang korang. Pastu ajak depa join korang. Pastu stress. Pastu hempuk kepala kat dinding. Pastu taknak meniaga dah. Cepuk kang!

Bila korang jual barang dekat orang yang memang nak gila barang tu, lama-lama orang sendiri akan cari korang. Wow! Terasa dikejari bak patah amin tak?

Updatelah facebook tu!

Dah korang buka kedai dalam facebook tu kenalah rajin online. Takkan post status seminggu sekali. Sedih nau kedai kau.

Tapi tapi tapi sayang sayang sayang (nyanyi bak dsv ya),

Mesti korang dah dimomokkan untuk update 60 kali, eh, 8 kali sehari kan? Siap donlod apps untuk auto post lagi. Wow! Komited.

Okay, actually kan memang betullah korang boleh update banyak kali 1 hari, tapi cuba korang be real, jangan nak ikut sangat buku teks korang tu boleh tak?

Argh! Apasal sis naik angin ni.

Korang rasa kawan facebook korang tu suka ke tengok korang update pasal produk all the time? Suka? 

Pastu kengkonon nak remove kawan tak aktif. Korang ingat dia kisah ke korang remove. Dia tak rugi apa pun korang remove dia.

Opss actually korang tak remove pun kan?

Macam sis tak tahu taktik tu. Miahaha.

Meh kita terus ke tip nombor 3 sebab tip nombor 3 serangkai dengan nombor 2.

Be real. Be kreatif dalam memuat naik status

Since korang istiqamah nak update status 8 kali sehari, korang cubalah ulangkaji sikit. Pukul berapa nak post dan apa nak post.

Pukul 7 up status produk. Pukul 12 update pasal produk. Pukul 5 share produk. Pukul 8 pun share produk lagi. Muntah uols. Muntah kengkawan facebook korang tu.

Kalau kawan bisnes korang memanglah diorang tak kisah, diorang like dan komen lagi. Tanda sokongan katanya. Tapi kisah benarnya, untuk orang yang tak berniaga online diorang tak faham dan tak nak faham yang tu. Mula-mula diorang tengok je korang duduk up status produk tapi seminggu kemudian depa unfollow. 

Kak cik, ini pengakuan sebenar dari seorang pembeli tegar online. Orang macam ni kita kena jaga kak cik, depa ni senang membeli. Kau sibuk nak remove depa dah kenapa kak cik oi?

Okay.

Meh sis bagi contoh dan situasi. 

Dek kerana korang ni berniaga kat facebook kan, korang nak la cerita produk korang tu kan, cuba elakkan hard selling. Sekali seminggu cukuplah buat hard selling tu. 

Kan sekarang ramai jual skincare or produk untuk lawa kan?

First, korang lawa tak? Kahkahkah.

Alah gurau je. Sentap jangan nak bisnes lah.

Contoh update untuk yang jual lekcu ke, pondesyen ke (lipstik, foundation) untuk waktu pagi punya update adalah selfie paling kebabom dalam kereta nak pergi kerja.

Ya Allah sis, kalau korang share selfie korang yang cantik dengan muka halussssa je, lipstik pink pink jambu batu tu, percayalah lama-lama kawan pesebuk korang akan terliur untuk beli barang sis tu.

Cuba beritahu sis, perempuan mana nak hodoh?

Oh ya, selfie tu tolonglah berjenis, jangan apps sangat. Nak sis share tips selfie pulak ke? Haha.

Contoh lagi kalau korang jual minyak masak kan. Instead of hari-hari 24jam tunjuk gambar minyak pastu suruh pm pm pm (najib sorang cukuplah kat Malaysia ni) apakata pagi tunjuk gambar cekodok, petang kongsi resepi cekodok, malam post gambar candle light dinner dengan cekodok.

Pokoknya, jadi kreatif dalam memuat-naik status sebab kalau tak korang akan di unfollow oleh potetial target. Taknak percaya takpe, buat je dulu.

Gambar dan ayat menghiburkan

Orang ni dia log in facebook sebab nak tengok life orang, baca viral story, gosip, komen kat siakap tiga rasa, tengok video atau update status mereka.

Pendek kata, mereka mahu sesuatu yang menyeronokkan. Eye candy gitu.

Dah tu korang share la gambar yang cantik. Bukan blur senget benget. Gambar yang cantik pasti mengundang "like". Eh tak kan tak mahu like kottt. Camera phone kan semakin canggih. Plus apps untuk edit.

Bila nak share gambar produk tu, tak perlu pun terang-terang gambar produk tu sebab actually kan, orang dah selalu tengok gambar tu( kes kalau jual barang orang) dan mereka just scroll scroll sampai jumpa cerita menarik baru mereka berhenti jap.

Macam lipstik tadi kan, instead gambar pegang lipstik mulut muncung tu, apa kata share selfie/gambar matang yang memang korangpakai lipstik tu,

Atau 

Gambar cawan teh strawberry beli kat Cameron tahun lepas dengan caption "lipstik antilekat kat cawan jimat sabun nak basuh cawan lepas ni" atau "jangan risau skandal dengan laki orang sebab tiada lagi kesan lipstik di kolar baju"

Contah je. Janganlah kecam sis. Haha.

Dan kalau korang share status berunsur ayat, elakkan lah ayat berniaga atau ayat berunsur niaga atau ayat bau berniaga tu sebab orang tak akan baca. TAK AKAN!

Cubalah tanya diri sendiri tu. Buku teks pun tak nak baca, berangan nak baca ayat jualan. Bosan. Itu je sebabnya. Thats why la korang kena jadi story teller. Bercerita dalam status. Attract reader dengan first ayat tu.

First impression bak kata orang kampung sis. 

Korang kenal vivy yusof? Cuba tengok ig dia. Caption pada gambar die tu adalah salah satu sebab kenapa orang suka tengok ig dia. Funny, kretip, merecik hawau bak kata orang kampung kau.

Tak apalah korang bukan raja lawak, but belajar update status yang menarik. At least orang nak baca.

Bagi apa yang kawan facebook korang nak

Dah ada kawan facebook yang potential membeli, dah pandai pancing kawan-kawan dengan post korang?

Next step, buat kawan-kawan facebook korang ingat korang dan ternanti-nanti update korang. Kata nak jadi retis kan. Nak buat yang ni korang kena study sikit. Siapa yang dalam facebook korang tu. Ke ex boyfriend je ramai? Atau geng bisnes?

Macam contoh sis tadi, kalau korang jual bedak sejuk kan, dan friendlist korang tu ramai giler nak jadi lawa lepastu glam di ig kan, korang selalulah bagi diorang apa yang diorang nak tu. 

First bagi diorang tahu yang korang tahu macam mana nak jadi lawa. Selalulah kongsi di facebook benda-benda yang boleh buat kawan facebook korang nak tengok update korang.

Contoh macam cara pakai bedak tutup jerawat ke, cara pilih lipstik memikat lelaki ke (macam berdosa pulak rasanya), resepi mask mudah gila nak mampus 1 bahan ke atau apa-apa saja yang orang nak baca.

Sebab diorang nak lawa!

Tips ni mahal sebab ni memang akan buat orang suka facebook korang. Dan nak buat tips ni bukan setakat google, tulis bodo gitu atau post gambar ntah apa-apa. Tips nombor 1-4 wajib korang gaul sekali. 

Bagi hadiah/giveaway

Amboi kau, duit orang kau nak. Tapi duit kau, kemas je kau kepit bawah ketiak kan?

Salah satu teknik nak buat korang menyerlah, tambah engagement, tarik followers adalah dengan bagi benda-benda free. 

Topup RM5. Contohnya.

Up sikit. Bagi free je produk korang tu. Amacam? Goyang la tu takut rugi.

Well, the more you give, the more you get. 

Tips ni sis tak nak hurai panjang lebar sebab korang sendiri faham kan? Antar ayer dan jakarta, eh, antara nak buat atau tak sajo =)

Kesimpulannya, personal branding untuk jual barang di personal facebook boleh berjaya kalau korang apply tips 1 sampai 7 dan Allah izinkan. Eksperimen dan cuba tengok kat mana korang boleh betulkan.

Just dont be a robot sangat.

Personal branding itu patutnya serlahkan the best of us bukan buat orang unfollow, unfriend atau block facebook korang.

Personal branding di facebook buat orang love you.

Sayang sayang sayang bak kata dsv. Muahh

4 comments:

  1. Sukanyaaa baca tips personal branding ni. Bukan berguna untuk bisnes je, untuk blogger pun kena power personal branding gini kan.

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!