Friday, June 29, 2012

Yang berwatak lain

Assalamualaikum

Rambut sama hitam, tapi muka lain-lain. Hebat tak belitan peribahasa tu. Oh ye, pernah tak terpaksa hadapi atau hadap jelah, spesies yang, em, em, emmmmmmmmmmmmm,

argh!

saya tak dapat istilah yang sesuai untuk manusia berwatak itu.

Okey.

Yes. Manusia ni tak ada seorang pun yang seratus peratus baik tanpa cacat cela kan? Walaupun dia buruk di sisi tu, di sisi lain dia ada baiknya.. Tapi, sebagai manusia yang bukan lembu lah kan, kita harus selalu remind dalam diri untuk sentiasa jadi lebih baik. Dan, percayalah, selama mana pun kita sedut oksigen kat bumi Tuhan ni, perjalanan untuk jadi lebih baik tu tak akan jumpa noktah. Sedar-sedar kita sudah dijemput Pencipta.

Pendahuluan sajalah bagi bau harum sikit. Sebab saya kadang-kadang agak sebal dengan perilaku manusia yang cakap nak dia aja tau. Omaigod, mungkin dia profesorkuasaduabelas. Dia serba tahu okeh. Keluarkan ajalah apa topik pun, even kita baru sebut dua perkataan pun, dia punya aku-lagi-banyak-tahu tu cepat je keluar.

Eh, helo? boleh bagi orang habis cakap dulu tak?

Itu kita panggil tak reti beradap. Senang kata, kurang ajar.

Tapi, yang baiknya bila, apa yang dia keluarkan tu memang kita tak tahu. Jadi, kita dah dapat tahu benda baru. But please la you, respek bila orang tengah bercakap. Kemudian baru turn awk okeh?okey?okey?


gugel's


Dan paling annoying bila soalan tu ditujukan kepada saya dan dia tolong jawab. Ye, saya memang upah awak jadi PA saya pun. Yelah, maklumlah, awak kan hebat wahai profesorkuasalimabelas. Adakah dia tak perasan yang penanya tu nak dengar jawapan dari mulut saya? Penanya tu langsung tak kisah pun jawapan dia.

Sebabnya conversation tu antara kami berdua.
Jadi pleasa lahlagi sekali, respek!
Geram ni.

Manusia seumpama ni tak akan tahu yang dia react this way, unless ada yang tolong beritahu.

Malas gua nak melayan profesorkuasatigabelastu. Lebih baik jadi diam-diam ubi berisi daripada bising-bising anjing menyalak. Sedap pulak peribahasa tu.

Monday, June 25, 2012

Lenyap

Assalamualaikum

Pagi tadi tika saya nak solat Subuh, saya didatangi idea untuk update blog. Dan saya percaya 236 peratus yang idea saya itu akan membuatkan entry saya hits dan bisa menduduki carta Hot FM mengalahkan si kosong-kosong.

Kemudian saya meneruskan solat saya dengan gembiranya.

Dan sekarang saya menaip entri ini sebab idea yang bakal hits di tangga billboard tu dan lenyap ditelan masa.

Jadi, saya berazam yang apabila saya mendapat seruan itu, saya akan mencatatkannya di dalam buku nota bawah meja saya. Buku nota tu saya dapat percuma. Oh ye, saya memang peminat barangan percuma.

Selepas balik kerja, saya telah membuka laman sesawang facebook saya. Mana tahhu ada lelaki kacak dan kaya yang pm saya. Boleh la saya feeling-feeling cantik dan digilai ramai. Saya menyemak status-status kawan-kawan saya. Kalau status meluah perasaan, saya pandang 6 per 7 mata je. Kalau status yang berunsur nasihat saya baca lah. Kalau terlebih panjang saya skip kan sahaja. Dan kalau ada yang upload gambar yang hensem sahaja baru saya usha. Kemudian saya berangan-angan yang si hensem tu boyfriend saya. Bila saya tekan next, keluar gambar si hensem dengan awek beliau. Sakitlah hati saya, terus saya tekan pangkah dan mencari si hensem yang lain.

Kemudian saya ternampak status, katanya Presiden Mesir sudah diumumkan.
Ow...yang hari tu heboh-heboh. Saya pun gugel lah. Dr Mursi rupanya. Saya selalu dengar perkataan Ikhwanul Muslimin (kalau saya tak salah) dalam berita.

Kemudian saya tanya kawan istimewa saya siapa akan ke final Euro. Sebab saya nak bajet yang saya ni terer bola walaupun saya cuma tahu perkataan Euro 2012 sahaja. Rupa-rupanya die xdapat bagi agakan. Saya yang bajet terer dengan terenya kata Spain dan Germany.

Ok. bye. Saya mahu memerah otak untukdapatkan kembali idea untuk entry yang bakal hits mengalahahkan si kosong-kosong tu.

Bye.

Saturday, June 23, 2012

Next on the list

Assalamualaikum

Hai! Selamat berhujung minggu. Tadi bangun pagi-pagi goreng nasi letak udang. Sedapnya. Eh, terpuji nasi pulak. Weekend ni lepak-dekat-bilik-naik-turun-pergi-dapur sebab ada masalah jiwa sikit. Fuh!


Oh ye, hari tu masa pergi cinema, terpandang poster, rasanya bukan terpandang since poster tu bersaiz 12 kaki kali 15 kaki depan mata. Poster ni...

Vampire tuh! Mat Saleh, biasa la, mana ada hantu Mak Limah atau suatu malam kubur berasap. Vampire  je ada. 

Dan ini. Sebenarnya untuk tengok cartoon dekat cinema peluang dia rendah sikit sebab saya lagi prefer  yang ganas-ganas. Tapi yang ni macam attracting pulop.


Ok la, kalau ada rejeki lebih boleh la tonton. Asyik tengok wayang, nanti makan daun pisang belakang rumah.  Nak sambung tengok Shaun the shhep. Comel macam comel!

Bye!

Friday, June 22, 2012

Wedding day

Assalamualaikum. Entry ni akan jadi entry yang pertama dengan gambar yang plaing banyak. Sebab entry ni sesuai gambar je kita tepek.

Ini adalah salah satu decoration yang di"bina " khas oleh orang lain. Ni feveret I lah, kalau panas boleh guna. Hehe. Ok. Tak kelakar.

View atas iaitu 50 % dari keseluruhan. Tak sempat pun nak join deco pelamin ni. Kipas-kipas yang kat atas tadi dah berjaya ditepek di kain. 

Hantaran yang digubah sendiri oleh pengantin dengan wedding planner dia. First tengok ingat kan dia hantar kedai. Rupanya memang hantar kedai. Kedai dalam rumah.

Ok, dah siap-siap buat hantaran dengan akad nikah, boleh la sarung cincin. Kemain hepi ye dok? Gambar memang sengaja dikaburkan atas alasan si pengambil gambar belum habis nebes akad nikah. Entah siapa yang salam wali tadi.

Haa.. Hand bouquet yang pengantin pegang tu pun hand made. Salah satu sebab dia ada dua bunga. Mujur bukan duabelas. Cantik. I mean, super comel!

Gadis-gadis (mungkin ada yang tidak gadis) beratur sambil pegang hantaran (ayat seolah orang tak faham je bila tengok gambar ni)

Ignore je pengantin tu. Hehehe. Muncung baby tu mungkin sebab marah dia tak dapat kawin lagi. Eh. Baju dengan veil tu eksklusif dijahit oleh mother kitorang. Manik atas veil tu wedding planner yang jahit. Superb sangat. I mean, cantik =)

Pengantin dengan anak sepupu yang comel dan baik dan dengar kata dan comel lagi sekali.

Ok. No comment.

Gambaran sebenar


Oh ye. apa nama yang kitorang pegang tu, I rasa props (kan?) also hand made. Bukan beli dekat kedai duaringgit. Idea wedding planner jugak. We love the props.... potograper pun sama. 

Me, flower girl and my misai-sister


Third hero. Boboi boy kot. Pago sebelum majlis. Muka tak mandi pakai baju semalam.

"Tolong ambil sambal belacan bang"

With one of our relative yang datang dari Thailand. Cantik akak ni. Jarang jumpa tapi tiap kali jumpa makin lawa. 

Bergambar bersama keluarga. Dari kiri, abang baju jalur, abang baju kotak, abang, eh, pak cik baju hijau, pengantin lelaki, najwa latif, emak pengantin, adik manis baju merah, abang baju kelabu kot.
Duduk di depan: kakak tudung hitam, budak comel, kakak tudung oren


4 dara yang gatal nak kawen tapi..........

3 dara yang tak tahu buat apa. Oh yeeeeee, hari tu kami pakai baju kaler gold. Cantik baju kitorang. HAHA.



Sister

Dua-duanya brothers yang ada. Dua-dua pun hensem bila mengapit gadis manis. 

Orang yang paling hebat dan rajin dan ok, hensem macam retis Korea.

Alah, asik gambar macam ni je...

Tadaaaaa.....ni la pengantin. Owwhh, pengantin ni kak long kite. Dan, second bunga tangan yang hand made juga. Cantik.

Mereka dan keluarga mereka

Wedding planner telah dimarahi oleh adik beliau kerana telah makan untuk kali ke sepuluh.

Me and my most awesome and beautiful woman in the universe.

Our own deco. Inspire by nature. Hahaha.

Salah satu ada cekelat yang jadi mangsa kami. Nasib la dapat adik ipar macam tu.

With her best friend yang banyak menolong hari tu.  Tak lama lagi dia la tu...Hihihi

Bunga. Cantik. Rasa. Nak. Campak. Kat. Dinding.

Jangan tertipu dengan tarikh pada gambar. Majlis di pihak lelaki berlangsung pada 9 Jun ye, di Sungai Siput. Baju ekslusif again. Dan manik (walau tak nampak) pada veil tu special design and sew by me! Yeah!

=)

The whole family


Habis pun. 

Buat yang baru mendirikan masjid,

"Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memebrkati mereka berdua dan kiranya meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikamh serta pemberi rasa aman bagi umat"

Bye!

Sunday, June 17, 2012

Snow White

Assalamualaikum. Weekssssss lepas-lepas, ada kesempatan menonton Men in Black 3 tu. Cerita dia biasa sahaja sebab wa rasa panggung tu syok untuk tidur. Makanya, hanya part pemulaan dan peleraian cerita je yang I tengok. Haaaa. Best tak?  so, tak dapat review sangat.



Sebenarnya, macam tak ada mood pun nak tengok Snow White sebab Snow white dia white, memang white lah cuma kurang cun je (sedap megutuk, macam kita cun kan) Eh, tapi kan hak kita la. Orang memang nak tengok yang cun cun je. Macam Neelofa tu. Acting Snow White ok (atau mungki bagus), mungkin sebab tu director pilih dia. Atau mungkin tema cerita ini adalah walau kita super cun macam mak tiri Snow White tu tapi busuk hati tak guna juga. Mungkinlah kan.

 Makanya, apa-apa pun yang I cakap, duit soploh ringgit tetap masuk MBO jugak. Filem ni berada kat tengah-tengah. Kalau nak kata best, die gerak ke belah tak best. Kalau kata tak best dia gerak ke sebelah best. Tengok tak rugi. Tak tengok pun tak rugi. Tapi untuk orang banyak duit dan banyak masa bolehlah mencuba. Eh.


This time, I pilih gambar ni instead of poster dia sebab gambar ni lagi cantik. Eh.

 Oh ye, biasanya sebelum tengok wayang, isi perut dulu. Lepas craving for steamboat, pergi jugak la merasa dekat Restoran Q-Thai di Nilai. Steamboat kat sini kita boleh makan macam raksasa lah. Atau macam manusia tak kenal erti kenyang. Satu kepala 22++ dan duduklah kat dalam tu sampai tutup.

 Sebenarnya first impression sangat low since bila masuk je cuma ada 2 orang sedang makan di hujung penjuru dan tak ada seorang pun pelayan yang sambut ketibaan, I mean like saying "selamat datang". I rasa macam masuk sebuah kotak tidak berdiniding. Sedap juga peribahasa tu. After duduk baru datang mamat Thailand yang muka tak macam Dingdong ambil order. Kat situ boleh pilih steamboat biasa or BBQ. Sebab BBQ mahal sikit dan memang tak plan nak choose BBQ, jangan harap dapat BBQ tu la.

 Kenyang itu pasti. Tapi kurang syok dan puas. Macam tak reti bersyukur pulak kan. Tapi, apa yang I cuba terjemahkan dekat sini adalah kita memang kenyang makan kat kata cuma kepuasan dan kepuasan tu kurang. I know u understang lah kan. =p Tapi, yang paling best adalah dapat duduk lama-lama dan ulang alik ambil udang, makan aiskirim dan time tu cuma ada 2 meja yang ada orang. Yela, tak bising dan macam kitorang book pula.

Sebelum ni pernah try Johny Setimboat and I think Johny (Depp) tetap nombor satu to date.


 Next time rasa macam nak cuba BBQ steambot. Siapa nak join boleh booking. Jangan risau, I belanja.

Friday, June 8, 2012

Terbang tinggi

Terbang-terbang sayangku terbang
Tinggi ke langit menjamah awan
Sapu airmata, jangan parah dibiar hatimu
Usah ditangis kisah yang lalu
Kerana takdir bukan milik kita

Maaf aku melakar luka di lubuk hati
Pelangi cinta diconteng rakus, hilang warnanya, pupus serinya
Bukan niat meninggal kamu
Tapi takdir bukan milik kita


Selalu berangan terbang di langit Tapi takut terlanggar kapal terbang lah pulak!...=)

Thursday, June 7, 2012

Manusia yang macam-macam

Assalamualaikum.






Baru perasan last update 27 May. Dan, that was month ago. Argh. Gagal. Weekend lepas sibuk melayan kenduri kahwin. Kakak sendiri. Selamat pengantin baru la ye. Anda comel masa hari tu even inseden yang koyakkan jiwa banyak sangat.

Biasalah manusia. Kalau dulu peribahasa kata rambut sam hitam, hati lain lain. Sekarang, rambut pun dah tak sama colour, hati apatah lagi. Ada putih, kelabu, hitam legam usah cerita la. Kadang manusia tu nampak baik, tapi sebenarnya manusia bertopengkan syaitan. Ada juga nampak jahat tapi sebenarnya baik hati.

Tapi macam mana pulak dengan manusia yang ada masa dia buat baik dengan kita, tapi baik dia baik yang tak betul-betul baik, kadang-kadang pulak dia bukanlah berbuat jahat cuma apa yang dia buattu tak sepatutnya dia buat atas nama manusia baik. I know, I bukan Tuhan untuk judge perilaku dan hak manusia untuk buat apa dia suka tapi kita manusia yang ada hati. Boleh rasa pedih dan sakit tu.

Masa susah dia tolong.
Masa senang dia condemn.

Kami bukan orang ada-ada untuk didengki. Setiap orang tu kan ada bahagian masing-masing. Agaknya orang lagi suka tengok kami dihimpit payah, jadi senang mereka menabur kononnya dipanggil bakti. Lalu mereka digelar si baik hati.

Macam tu ke?

Biar hati kami yang dia koyak. Yang dia rabak. Asal jangan wanita itu. Ye memang kami manusia sombong tidak tahu adab sebab kami tidak pernah diajar beradab dengan manusia bertopengkan "baik hati".

Susah bila berdepan dengan manusia yang serba betul. Even pembaris pun tak kan selama memberi garis lurus. Ini pula manusia yang punya hati. Bila-bila masa hati boleh menjadi kelabu, terus hitam. Gelap gelita. Ye,  I am not good. Not even half way to be good pun. Tapi kami punya hak untuk memilih cara kami. Kami ada jiwa yang ada semangatnya sendiri. Usah beri kami pelajaran kalau setakat sebab dengki.

Jangan risau. Kami mana pernah lebih. Kami biasa-biasa saja. Kami cuma mahu bahagia.