Friday, June 29, 2012

Yang berwatak lain

Assalamualaikum

Rambut sama hitam, tapi muka lain-lain. Hebat tak belitan peribahasa tu. Oh ye, pernah tak terpaksa hadapi atau hadap jelah, spesies yang, em, em, emmmmmmmmmmmmm,

argh!

saya tak dapat istilah yang sesuai untuk manusia berwatak itu.

Okey.

Yes. Manusia ni tak ada seorang pun yang seratus peratus baik tanpa cacat cela kan? Walaupun dia buruk di sisi tu, di sisi lain dia ada baiknya.. Tapi, sebagai manusia yang bukan lembu lah kan, kita harus selalu remind dalam diri untuk sentiasa jadi lebih baik. Dan, percayalah, selama mana pun kita sedut oksigen kat bumi Tuhan ni, perjalanan untuk jadi lebih baik tu tak akan jumpa noktah. Sedar-sedar kita sudah dijemput Pencipta.

Pendahuluan sajalah bagi bau harum sikit. Sebab saya kadang-kadang agak sebal dengan perilaku manusia yang cakap nak dia aja tau. Omaigod, mungkin dia profesorkuasaduabelas. Dia serba tahu okeh. Keluarkan ajalah apa topik pun, even kita baru sebut dua perkataan pun, dia punya aku-lagi-banyak-tahu tu cepat je keluar.

Eh, helo? boleh bagi orang habis cakap dulu tak?

Itu kita panggil tak reti beradap. Senang kata, kurang ajar.

Tapi, yang baiknya bila, apa yang dia keluarkan tu memang kita tak tahu. Jadi, kita dah dapat tahu benda baru. But please la you, respek bila orang tengah bercakap. Kemudian baru turn awk okeh?okey?okey?


gugel's


Dan paling annoying bila soalan tu ditujukan kepada saya dan dia tolong jawab. Ye, saya memang upah awak jadi PA saya pun. Yelah, maklumlah, awak kan hebat wahai profesorkuasalimabelas. Adakah dia tak perasan yang penanya tu nak dengar jawapan dari mulut saya? Penanya tu langsung tak kisah pun jawapan dia.

Sebabnya conversation tu antara kami berdua.
Jadi pleasa lahlagi sekali, respek!
Geram ni.

Manusia seumpama ni tak akan tahu yang dia react this way, unless ada yang tolong beritahu.

Malas gua nak melayan profesorkuasatigabelastu. Lebih baik jadi diam-diam ubi berisi daripada bising-bising anjing menyalak. Sedap pulak peribahasa tu.

4 comments:

  1. perlu ada sikap saling hormat menghormati kan :)

    p/s tak dapat nak shout sebab fibox wat hal..hukk

    ReplyDelete
  2. ye..btl..bijak pandai princess ni

    =p

    ReplyDelete
  3. tu la..semua org kna hormat2..~

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!