Assalamualaikum.
Baru perasan last update 27 May. Dan, that was month ago. Argh. Gagal.
Weekend lepas sibuk melayan kenduri kahwin. Kakak sendiri. Selamat pengantin baru la ye. Anda comel masa hari tu even inseden yang koyakkan jiwa banyak sangat.
Biasalah manusia. Kalau dulu peribahasa kata rambut sam hitam, hati lain lain. Sekarang, rambut pun dah tak sama colour, hati apatah lagi. Ada putih, kelabu, hitam legam usah cerita la. Kadang manusia tu nampak baik, tapi sebenarnya manusia bertopengkan syaitan. Ada juga nampak jahat tapi sebenarnya baik hati.
Tapi macam mana pulak dengan manusia yang ada masa dia buat baik dengan kita, tapi baik dia baik yang tak betul-betul baik, kadang-kadang pulak dia bukanlah berbuat jahat cuma apa yang dia buattu tak sepatutnya dia buat atas nama manusia baik. I know, I bukan Tuhan untuk judge perilaku dan hak manusia untuk buat apa dia suka tapi kita manusia yang ada hati. Boleh rasa pedih dan sakit tu.
Masa susah dia tolong.
Masa senang dia condemn.
Kami bukan orang ada-ada untuk didengki. Setiap orang tu kan ada bahagian masing-masing. Agaknya orang lagi suka tengok kami dihimpit payah, jadi senang mereka menabur kononnya dipanggil bakti. Lalu mereka digelar si baik hati.
Macam tu ke?
Biar hati kami yang dia koyak. Yang dia rabak. Asal jangan wanita itu. Ye memang kami manusia sombong tidak tahu adab sebab kami tidak pernah diajar beradab dengan manusia bertopengkan "baik hati".
Susah bila berdepan dengan manusia yang serba betul. Even pembaris pun tak kan selama memberi garis lurus. Ini pula manusia yang punya hati. Bila-bila masa hati boleh menjadi kelabu, terus hitam. Gelap gelita. Ye, I am not good. Not even half way to be good pun. Tapi kami punya hak untuk memilih cara kami. Kami ada jiwa yang ada semangatnya sendiri. Usah beri kami pelajaran kalau setakat sebab dengki.
Jangan risau. Kami mana pernah lebih. Kami biasa-biasa saja. Kami cuma mahu bahagia.
No comments:
Post a Comment
Time kasih sebab komen!