Sunday, June 17, 2012

Snow White

Assalamualaikum. Weekssssss lepas-lepas, ada kesempatan menonton Men in Black 3 tu. Cerita dia biasa sahaja sebab wa rasa panggung tu syok untuk tidur. Makanya, hanya part pemulaan dan peleraian cerita je yang I tengok. Haaaa. Best tak?  so, tak dapat review sangat.



Sebenarnya, macam tak ada mood pun nak tengok Snow White sebab Snow white dia white, memang white lah cuma kurang cun je (sedap megutuk, macam kita cun kan) Eh, tapi kan hak kita la. Orang memang nak tengok yang cun cun je. Macam Neelofa tu. Acting Snow White ok (atau mungki bagus), mungkin sebab tu director pilih dia. Atau mungkin tema cerita ini adalah walau kita super cun macam mak tiri Snow White tu tapi busuk hati tak guna juga. Mungkinlah kan.

 Makanya, apa-apa pun yang I cakap, duit soploh ringgit tetap masuk MBO jugak. Filem ni berada kat tengah-tengah. Kalau nak kata best, die gerak ke belah tak best. Kalau kata tak best dia gerak ke sebelah best. Tengok tak rugi. Tak tengok pun tak rugi. Tapi untuk orang banyak duit dan banyak masa bolehlah mencuba. Eh.


This time, I pilih gambar ni instead of poster dia sebab gambar ni lagi cantik. Eh.

 Oh ye, biasanya sebelum tengok wayang, isi perut dulu. Lepas craving for steamboat, pergi jugak la merasa dekat Restoran Q-Thai di Nilai. Steamboat kat sini kita boleh makan macam raksasa lah. Atau macam manusia tak kenal erti kenyang. Satu kepala 22++ dan duduklah kat dalam tu sampai tutup.

 Sebenarnya first impression sangat low since bila masuk je cuma ada 2 orang sedang makan di hujung penjuru dan tak ada seorang pun pelayan yang sambut ketibaan, I mean like saying "selamat datang". I rasa macam masuk sebuah kotak tidak berdiniding. Sedap juga peribahasa tu. After duduk baru datang mamat Thailand yang muka tak macam Dingdong ambil order. Kat situ boleh pilih steamboat biasa or BBQ. Sebab BBQ mahal sikit dan memang tak plan nak choose BBQ, jangan harap dapat BBQ tu la.

 Kenyang itu pasti. Tapi kurang syok dan puas. Macam tak reti bersyukur pulak kan. Tapi, apa yang I cuba terjemahkan dekat sini adalah kita memang kenyang makan kat kata cuma kepuasan dan kepuasan tu kurang. I know u understang lah kan. =p Tapi, yang paling best adalah dapat duduk lama-lama dan ulang alik ambil udang, makan aiskirim dan time tu cuma ada 2 meja yang ada orang. Yela, tak bising dan macam kitorang book pula.

Sebelum ni pernah try Johny Setimboat and I think Johny (Depp) tetap nombor satu to date.


 Next time rasa macam nak cuba BBQ steambot. Siapa nak join boleh booking. Jangan risau, I belanja.

2 comments:

Time kasih sebab komen!