Assalamualaikum
Pagi tadi tika saya nak solat Subuh, saya didatangi idea untuk update blog. Dan saya percaya 236 peratus yang idea saya itu akan membuatkan entry saya hits dan bisa menduduki carta Hot FM mengalahkan si kosong-kosong.
Kemudian saya meneruskan solat saya dengan gembiranya.
Dan sekarang saya menaip entri ini sebab idea yang bakal hits di tangga billboard tu dan lenyap ditelan masa.
Jadi, saya berazam yang apabila saya mendapat seruan itu, saya akan mencatatkannya di dalam buku nota bawah meja saya. Buku nota tu saya dapat percuma. Oh ye, saya memang peminat barangan percuma.
Selepas balik kerja, saya telah membuka laman sesawang facebook saya. Mana tahhu ada lelaki kacak dan kaya yang pm saya. Boleh la saya feeling-feeling cantik dan digilai ramai. Saya menyemak status-status kawan-kawan saya. Kalau status meluah perasaan, saya pandang 6 per 7 mata je. Kalau status yang berunsur nasihat saya baca lah. Kalau terlebih panjang saya skip kan sahaja. Dan kalau ada yang upload gambar yang hensem sahaja baru saya usha. Kemudian saya berangan-angan yang si hensem tu boyfriend saya. Bila saya tekan next, keluar gambar si hensem dengan awek beliau. Sakitlah hati saya, terus saya tekan pangkah dan mencari si hensem yang lain.
Kemudian saya ternampak status, katanya Presiden Mesir sudah diumumkan.
Ow...yang hari tu heboh-heboh. Saya pun gugel lah. Dr Mursi rupanya. Saya selalu dengar perkataan Ikhwanul Muslimin (kalau saya tak salah) dalam berita.
Kemudian saya tanya kawan istimewa saya siapa akan ke final Euro. Sebab saya nak bajet yang saya ni terer bola walaupun saya cuma tahu perkataan Euro 2012 sahaja. Rupa-rupanya die xdapat bagi agakan. Saya yang bajet terer dengan terenya kata Spain dan Germany.
Ok. bye. Saya mahu memerah otak untukdapatkan kembali idea untuk entry yang bakal hits mengalahahkan si kosong-kosong tu.
Bye.
No comments:
Post a Comment
Time kasih sebab komen!