Semalam adik saya telah menghubungi saya mengatakan dia tertinggal bas untuk balik ke kampung (padan muka. Hahahahhha). Kemudian dengan sedih dan terlukanya beliau meminta duit Bk1m (bantuan kakak 1 malaysia) secara on the spot tanpa perlu mengisi borang secara dalam talian.
Oleh kerana malam yang dingin dengan Candy crush saga yang ada satu level tak lepas- lepas (saya syak game ni menipu ni) saya memberitahu beliau duit bantuan akan diberi keesokan harinya.
Pada pagi tadi, saya telah ke mesin ATM Bank Islam untuk melangsaikan bantuan (nanti beliau sangkut pulak kat station bus tu). Selepas mendeposit sejumlah wang (tak payah banyak-banyak) mesin tersebut menolak duit saya (memilih mesin ni, nak duit banyak-banyak). Saya kemudian mengambil kembali duit tersebut. Malang, andainya berbau, mesti saya akan guna duit seringgit je untuk deposit, mesin tersebut telah mengepit sehelai not. Dengan muka tanpa efek saya cuba menarik duit sehinggalah seorang lelaki yang hensem dan berwibawa menyedari kebengongan mesin tersebut. Beliau kemudian turut menarik keluar. Tapi, mungkin tenaga lelaki beliau belum cukup mengalahkan kekuatan kepitan mesin (mungkin mesin tu minum 100 plus dikacau oleh tongkat lelaki bernama Ali).
Akhirnya kami berdua hanya melihat not itu ditelan dengan rakusnya. Lelaki yang budiman itu kemudian menghulurkan seratus ringgit sebagai ganti kekuatan dia (silalah percaya) kepada saya.
Selepas kejadian mesin durjana itu, saya terus memandu untuk ke station saya bekerja. Sebelum tiba di sana, saya singgah di sebuah gerai yang menjual nasi lemak. Kemudian kakak yang menjual nasi lemak itu melihat saya dengan kehairanan. Dia bertanya adakah saya seorang yang bekerja atau lepasan sekolah yang bekerja kerana wajah saya yang cukup mengalahkan kemudaan pelajar darjah 6 ini. Saya cuma tersenyum (perasan).
Sebagai kesimpulannya, apalah sangat not 10 ringgit yang ditelan oleh mesin atm yang dahaga berbanding dengan kata-kata kakak penjual nasi lemak.
Sekian. Assalamualaikum.

posted from Bloggeroid