Tuesday, April 2, 2013

Job Fair Midvalley : Cerita saya.

Assalamualaikum April!

Hari ni genap setahun. Happy anniversary untuk Ain dan Kerjanya. Semoga tahun yang akan mendatang dapat jadi pekerja yang superb dan solehah. Ahaks.

So, macam biasa setiap hari minggu mesti ada je tempat yang nak pergi. Mostly sebab orang punya pasal. Kalau ikutkan hati saya suka berhibernasi dekat rumah. Gadis solehah lah katakan. Duduk rumah mengadap laptop. Solehah dua kali.

Kalau yang tengah berusaha gigih cari kerja tu mesti tahu yang weekend lepas ada Job Fair dekat Midvalley.   Dulu den pun suko job fair ni, peluang untuk mengdrop resume dan cari company yang berkenan untuk apply kerja. But then, berada dalam industri Bioteknologi sangat mencabar dekat Malaysia ni, dengan scope yang masih kecil perimeternya, nak cari  kerja sangat susah. Jangan katakan kerja, peluang tu pun agak mencabar. Tapi, walau apapun kita tetap tak boleh fikir menyesal sebab jump into that course atau yang senegatif dengannya. Sebabnya semua yang berlaku kan ada sebab. Cuma fikir yang "Allah yang takdirkan". then, kita tak akan ada masalah dengan minda selirat.

Okey. cukup kuliah Selasa.

Jadi, hari tu ramai gila-gila (betul gila) orang dekat Job Fair tu. Buat saya benar-benar bersyukur sekarang ada juga kerja buat isi perut ni. Mungkin ada yang memang tengah menganggur dan mungkin ada yang cari peluang untuk bertukar kerjaya. Jadi pelakon ke. Kaya sikit. Glamour sekejap. Eh.

Company yang join pada hari tu pun boleh kira best jugak dan dan company saya pun ada. Cuba juga intai kot ada muka pernah nampak, tapi mimpi jolah Ain hoi. Kau kerja mana, yang datang tu based mana.

Biasanya  kalau nak pergi Job Fair ni jangan lupa sediakan copy resume anda yang superb tu dalam 20 copy. Nanti senang boleh drop drop je. Memang mostly company ada email yang kita boleh emailkan resume. Tapi lepas balik rumah tu mesti dah malas kan nak on laptop, connect broadband, buka email, browse file, buat ayat sikit-sikit dekat email, attach file, send, send, send, send, send, send, dan seterusnya. Lagipun lagi, CONFIRM lepas balik lupa kan? Kan? So lebih baik drop resume dekat situ.

Kalau kita pergi booth tu kan, mesti nanti akan dapat goodie bag kan?

Itu part yang paling best. Goodie bag yang dalam dia ada pen, biasanya. Tapi yang ada makanan lagi best. Rasa nak ulang booth tu 10 kali untuk cukupkan Maggi 10 biji. Yalah. Saya bukan pergi untuk drop resume.  Budak-budak memang macam ni.

Apa yang saya perasan masa bergerak dari satu company ke satu company adalah cara orang tu entertain kita. Saya bukan nak jadi racist atau tak sedar diri atau apa-apa. Tapi, sebagai manusia yang ada akal dan boleh berfikir kita akan nampak perbezaan ini. Perbezaan orang dekat booth berbangsa Cina dan Melayu melayan setiap orang yang datang ke ruang pameran kita. Apa yang saya perhatikan orang Melayu biasanya akan lebih buat "malas" dan "bodoh" mereka. Cuba bayangkan kita yang berada depan mata diorang tu, macam anak patung. Langsung mati mood kan nak drop resume. Kang bukan resume yang drop, penampar yang drop nanti. Beda sangat dengan employer Cina, baru je kita jeling booth dia, dah "Yes, may I help you?". Rasa nak drop resume ke drop penampar bila orang welcome kita macam tu?

Well. I am Malay. Huh.

So, untuk yang seterusnya job fair, saya ada petua untuk anda:

1. Sediakan 21 copy resume yang lengkap ye
2. Pastikan anda singgah company yang keluarkan produk makanan
3. Tolong drop kan penampar untuk employer yang ada masalah dengan cara melayan tetamu.


till then, bye, bye.

8 comments:

  1. hahahaha tips no 2 tu lawak tau ngeee ^^

    akk pun dgn ofcemate tgh usya nk bertukar angin,tp bila dgr pglmn sorg lg ofcemate yg pnh gi thn lps,owh x maulah,lg pun ramaiiii x sggplah.

    ye pelik dgn sikap employer melayu bila berdepan dgn kaum sendiri,hlg senyuman pelik...pelik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Smga akak sentiasa snyum.comel gitu

      Delete
  2. betol tuh....
    melayu memang camtuh
    diowang macm blgak je ngan org2 yg baru nk mula cari rezeki nih..
    sy pun pnh kena cam tuh...pacak macm patung diowang buat xtau ja....sombong betol...
    moga ain cepat dapt keja n dimurahkan rezeki aminnn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish3..truk tu..nti kite sm2 drop pang pang dkt diorg..huahua

      Delete
  3. yg mls nak layan tu sbb dia kena paksa jaga booth kat job fair tuh. hahaha...

    ReplyDelete
  4. Haish.. susah orang melayu kita.. nak senyum pun susah.. puii dekat muka dia.. ekekeke.. ok x lawak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heh heh..jom la kt jd org mlyu yg mrh dgn senyuman

      Delete

Time kasih sebab komen!