Wednesday, April 10, 2013

Konkrit

Semalam aku bertemu dia
Garis riak rautnya suram
Senyumnya sumbing
Tingkahnya songsang

Kelmarin dia mengunjungi aku
Lagaknya rapuh
Katanya lemah
Berdirinya pesong

Hari ini kami bersua temu
Aku hadiahkan senyum memeluk lukanya
Aku hulurkan kata menongkat seksa
Aku khabarkan kepada dia
Bulan dan matahari silih menunjuk wajah
Suka dan duka bertukar paksi

Tapi sayang jadilah yang kukuh tegaknya
Biar matahari memerah keringatmu
Biar bulan menggelap terangmu
Biar ribut meniup pergi mimpi-mimpimu
Tapi sayang tetaplah teguh

Bukan kita jelas, Allah dekat di hati?


SitiZunnurain
5.59 PM
TGTERS

6 comments:

  1. alahai indahnya bahasa..cair baca..:D

    ReplyDelete
  2. wah. dulu ko ni amek sastera ke ain? hihi. sy pun nak cair ni ha. haha.

    ~tsya~

    ReplyDelete
    Replies
    1. X.biologi..mmg ad ajr bab2 hati..hehehe...awat dh jd anony ni

      Delete
  3. Tatkala ikhlas bertandang,
    Dari hati menyentuh hati,
    Pandangan seorg pejuang,
    Seorg yg bpantang ajal sblm mati

    ReplyDelete
  4. jgn lupa pantang mkn sekali yo,

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!