Friday, February 28, 2014

Pilihan

Assalamualaikum

Dengan lambakan novel-novel cinta yang terlalu banyak di kedai buku sampai tak cukup rak, sebagai pembaca novel tegar, apa kata kita pilih novel yang bukan sekadar menghiburkan tetapi juga mendidik. Sayangnya, zaman sekarang ramai memilih hiburan semata-mata.

Saya akui, saya pernah remaja, pernah menggilai novel cinta. Cuma zaman tu tak ada pulak trend adaptasi novel ke drama berepisod-episod sehingga meraih views berjuta-juta. Seingat saya novel cinta ketika itu masih tak berlambak dengan tajuk "lucu", ayat-ayat yang terlalu lucah dan konsep cerita seperti mengolah yang sepatutnya kita elak menjadi sesuatu yang menarik. Macam rogol itu indah, contohnya la.




Saya bercakap berdasarkan apa yang saya rasa dan saya fikir. Mungkin ada yang salah. Tapi ambillah yang betul sahaja.

Sebagai pembaca dalam usia 25 tahun, saya mencari novel yang menghiburkan, maksudnya bila baca tak mengantuk, jalan cerita menarik, tidak terlalu klise, fiction kan sesuatu benda yang kita cipta, kita reka sesuatu yang tak tercapai dek realiti. Tapi saya juga sukakan cerita kehidupan, jalan cerita memang menggambarkan realiti tetapi bila kita baca kita akan dapat reflek kepada diri dan hidup kita. Itu yang saya sebut memberi didikan.

Saya bukan penulis novel yang ada novel dicetak berunit-unit dan tersenarai dalam bestseller. Hasil tulisan saya hanya ada di blog ini ataupun pada sipi-sipi buku nota atau handphone saya. Tapi saya faham tanggungjawab sebagai seorang penulis. Kepada semua penulis novel, saya respek akan usaha dan kerajinan mereka untuk tulis beratus pages dan idea yang mereka ada. Ada yang funny tu memang buat saya senyum.

Tapi janganlah guna bakat atas nama seni untuk menghalalkan yang tidak benar. Sesetengah penulis menulis, contohnya adegan suami isteri bercumbuan atas nama romantik. Pendapat saya, untuk mendidik suami isteri menjadi romantik bukan pada sentuhan zahir semata-mata. Dan kita perlu ingat bahawa bukan orang laki bini je yang baca, budak baru nak up yang paling banyak meroyan baca hal macam tu.

Siapa kata kita perlu bebas dalam berkarya?

Satu, sebagai muslim tanggungjawab kita adalah sebagai khalifah di bumi Tuhan ni. Khalifah maksudnya kita harus menyampaikan kebaikan dengan apa cara yang kita mampu. Sebagai penulis, tulisan adalah medium kita. Macam mana kalau hasil tulisan kita berjaya mempengaruhi sesetengah orang secara positif? Itu saham akhirat. Tapi malang bukan kalau tulisan kita merosakkan minda orang? Mencetuskan sesuatu yang tidak baik.

Dua, bebas berkarya bukanlah bermaksud kita boleh menelanjangkan apa-apa isu. Mendidik pembaca tidak pernah mudah. Okey, seorang jurugambar ambil gambar perempuan tanpa berpakaian atas nama seni. Awak masih mahu kata seni tidak perlu berbatas? Sama juga dengan penulisan kita.

"Sampaikan dariku walau sepotong ayat"

Ada je novel yang bagus di pasaran. Pada saya menghiburkan, mendidik, dan membangunkan minda dan jiwa. Janganlah hairan kalau zaman sekarang banyak sungguh anak remaja terpesong. Macam tak diajar. Banyak puncanya. Cubalah tengok televisyen dan bahan bacaan. Perogol pun macam dah jadi halal. Mengajar "sweetnya" bercinta dan macam-macam lagi.

Hidupnya banyak pilihan.
Yang tinggal cuma cara memilih.
posted from Bloggeroid

Monday, February 24, 2014

Saudara dan sahabat

Assalamualaikum,

Kalau tak jawab nanti mimpi pocong.
Hahaha.

Okey.

Saya tak berapa ingat kata-kata ni saya cedok dari mana, boleh jadi buku yang saya baca atau filem yang saya tonton. Whatever it is, kata-kata ni memang deep meaning untuk orang yang pernah dan tahu rasa.

"Saudara, akan kekal sebagai saudara walau apa pun terjadi, tapi kawan akan berusaha untuk jadi kawan"

Betul. Katakan Ariana Rose tu kawan anda dan tiba-tiba dia merebut kekasih anda, Tengku Adam, mesti anda berdua bukan lagi kawan kan? Macam mana kalau Ariana tu sepupu anda?

Jangan katakan orang yang kita selisih bahu tepi jalan pun boleh kita dengkikan, ini pula saudara mara yang tahu luar dalam. Saya perhatikan hal dengki dan cemburu membabi buta macam comel ni banyak juga timbul. Paling menyakitkan jiwa bila ada majlis atau keraian.

Secara logiknya, dah nama pun saudara, sepatutnya masing-masing keluarkan idea atau tenaga untuk membantu. Permudahkan hal orang. Come on, kata saudara. Tapi bila dengki datang, semua yang orang lakukan adalah salah, bodoh dan jahanam.

Sampaikan isu nak kahwin pun boleh dihalang-halangnya.

Kalau kita tengok dalam drama Melayu orang yang macam ni pada episod akhir mesti kena serangan strok atau mati kemalangan.

Tapi ini realiti, entah kita atau dia yang mati dulu.

So, bila hal macam ni yang timbul, mangsa kena jadi bijak sikit. Hati sakit tak apa, asal jangan kita jatuh taraf macam mereka. Hati sakit boleh menangis bergelen-gelen tapi kalau kita sama jadi antagonis, habis la.

Dengar dan telan.
Sakit hati?

Makan panadol.
posted from Bloggeroid

Tuesday, February 18, 2014

Hari Bahagia

Assalamualaikum

Lama tak up post baru. Sebulan lepas, saya fokus satu projek (yang tak sempat siap sebelum tarikh akhir pun. Haha) dan masih fokus cuma slowly. Maklumlah, menulis sangat payah.

Oh ye, did i mention bulan Februari ni bulan yang awesome?

Selain ulangtahun diri sendiri dan beberapa selebriti (memang tak ada kaitan kan?), my bestfriend pun share bulan kelahiran yang sama. Sebab tu Februari sangat awesome!

Walaupun 14 Februari dah so yesterday, saya nak up satu, erm, birthday wish?



Tanggal 14 bulan cinta
Terlahir dirimu bersama sirna
Melukis senyum, melakar ketawa
Di riak-riak wajah orang tuamu.

Tanggal 14 bulan cinta
Semakin tahun, bertambah usiamu
Dari comel berubah kacak
Dari kosong menjadi penuh akalnya
Menjemput cinta dari sekelilingmu.

Dewasalah belahan jiwaku
Bersama benih ilmu yang kau kutip
sepanjang melangkah hari-harimu.
Berpaksi sabar dan tongkat ketabahan
Semoga setiap berulang matahari dan bulan,
Harimu indah bagai mimpi.

posted from Bloggeroid