Friday, February 28, 2014

Pilihan

Assalamualaikum

Dengan lambakan novel-novel cinta yang terlalu banyak di kedai buku sampai tak cukup rak, sebagai pembaca novel tegar, apa kata kita pilih novel yang bukan sekadar menghiburkan tetapi juga mendidik. Sayangnya, zaman sekarang ramai memilih hiburan semata-mata.

Saya akui, saya pernah remaja, pernah menggilai novel cinta. Cuma zaman tu tak ada pulak trend adaptasi novel ke drama berepisod-episod sehingga meraih views berjuta-juta. Seingat saya novel cinta ketika itu masih tak berlambak dengan tajuk "lucu", ayat-ayat yang terlalu lucah dan konsep cerita seperti mengolah yang sepatutnya kita elak menjadi sesuatu yang menarik. Macam rogol itu indah, contohnya la.




Saya bercakap berdasarkan apa yang saya rasa dan saya fikir. Mungkin ada yang salah. Tapi ambillah yang betul sahaja.

Sebagai pembaca dalam usia 25 tahun, saya mencari novel yang menghiburkan, maksudnya bila baca tak mengantuk, jalan cerita menarik, tidak terlalu klise, fiction kan sesuatu benda yang kita cipta, kita reka sesuatu yang tak tercapai dek realiti. Tapi saya juga sukakan cerita kehidupan, jalan cerita memang menggambarkan realiti tetapi bila kita baca kita akan dapat reflek kepada diri dan hidup kita. Itu yang saya sebut memberi didikan.

Saya bukan penulis novel yang ada novel dicetak berunit-unit dan tersenarai dalam bestseller. Hasil tulisan saya hanya ada di blog ini ataupun pada sipi-sipi buku nota atau handphone saya. Tapi saya faham tanggungjawab sebagai seorang penulis. Kepada semua penulis novel, saya respek akan usaha dan kerajinan mereka untuk tulis beratus pages dan idea yang mereka ada. Ada yang funny tu memang buat saya senyum.

Tapi janganlah guna bakat atas nama seni untuk menghalalkan yang tidak benar. Sesetengah penulis menulis, contohnya adegan suami isteri bercumbuan atas nama romantik. Pendapat saya, untuk mendidik suami isteri menjadi romantik bukan pada sentuhan zahir semata-mata. Dan kita perlu ingat bahawa bukan orang laki bini je yang baca, budak baru nak up yang paling banyak meroyan baca hal macam tu.

Siapa kata kita perlu bebas dalam berkarya?

Satu, sebagai muslim tanggungjawab kita adalah sebagai khalifah di bumi Tuhan ni. Khalifah maksudnya kita harus menyampaikan kebaikan dengan apa cara yang kita mampu. Sebagai penulis, tulisan adalah medium kita. Macam mana kalau hasil tulisan kita berjaya mempengaruhi sesetengah orang secara positif? Itu saham akhirat. Tapi malang bukan kalau tulisan kita merosakkan minda orang? Mencetuskan sesuatu yang tidak baik.

Dua, bebas berkarya bukanlah bermaksud kita boleh menelanjangkan apa-apa isu. Mendidik pembaca tidak pernah mudah. Okey, seorang jurugambar ambil gambar perempuan tanpa berpakaian atas nama seni. Awak masih mahu kata seni tidak perlu berbatas? Sama juga dengan penulisan kita.

"Sampaikan dariku walau sepotong ayat"

Ada je novel yang bagus di pasaran. Pada saya menghiburkan, mendidik, dan membangunkan minda dan jiwa. Janganlah hairan kalau zaman sekarang banyak sungguh anak remaja terpesong. Macam tak diajar. Banyak puncanya. Cubalah tengok televisyen dan bahan bacaan. Perogol pun macam dah jadi halal. Mengajar "sweetnya" bercinta dan macam-macam lagi.

Hidupnya banyak pilihan.
Yang tinggal cuma cara memilih.
posted from Bloggeroid

8 comments:

  1. tahu lah, kito baca buku Now You Are A Mother loni sbb tak sabar nok ada anak. Haha

    ReplyDelete
  2. ini... ini... ini saya sokong...

    ReplyDelete
  3. yup. you got ur point here. macam boleh cam je part mane u really point out and which novel it is..ingatkan saya aje terpikir mcm tu. :)

    ReplyDelete
  4. Dah umur 21 ni...mcm hilang terus mood nak baca novel. Rasa cliche je.. Jalan cerita mcm sama. Ditambah lagi dengan drama adaptasi.. Huh bosan.. Hahaha

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!