Tuesday, May 22, 2018

Trip bercuti dan borong di Guangzhou 3

DAY 4

Selain menyoping di Onelink Plaza, pagi tu kitorang meredah metro untuk ke Canton Fair. Korang tahu tak Canton Fair ni merupakan fair import export terbesar tau. So kalau uols bisnes juta-juta dan nak cari supplier sesuai sangat pergi. Why bisnes juta juta?

Canton Fair ni participants mereka biasanya kilang, so MOQ bukan kecil-kecil. Product range besar. Boleh chek out website http://www.cantonfair.org.cn/en/index.aspx untuk info. Saya cerita sini pun bosan juga nanti. Hihi

Untuk ke Canton Fair, naik metro ke stesen Pazhou atau Xingan Dong. Dua stesen ni akan keluar di section yang berbeza. So, nak mudah kena tahu  nak pergi tu untuk tengok apa. Jadi boleh decide bila nak pergi dan mana nak masuk. Tempat ni besar gila oit.

Selain itu, cewah penanda wacana gitu, untuk masuk kena bayar. Hihi. Kitorang mula-mula waswas bayar ke tak. Tapi sampai sana memang as a buyer, kena register. Kami register kat sana je. Yang diperlukan adalah passport dan gambar passport. Bayaran 60 yuan seorang. Once dah register, sahlaku kad tu tak silap sepanjang hayat.


Feeling korporat nak cari supplier bisnes juta-juta. Kahkah. Bangunan dia selain besar, panjanggggggg juga. Tapi dont worry, ada signboard yang mudahkan kita cari lokasi kita nak jalan tau. Halal food pun ada juga. Surau pun ada. 


Ini cuma sebahagian rupa showroom, eh. Ini baru 1 section tau. Lebih kurang macam nilah tempat exhibitor menayang produk mereka. Kat sini kita boleh jumpa direct kilang dan terus discuss bisnes. Haha.

Ingat tau, kalau nak ke sini, semak tarikh sebab Canton Fair ni rasanya 2 kali setahun. Setiap sesi ada fasa dia. Next bulan Oct 2018, check website yang saya bagi tadi. =)

DAY 5

Pagi hari ke 5, kami pusing di Gao Di Jie lagi. Hihi. Lepas tu kami ke plaza yang jual toys, dengar kata boleh juling mata tengok barang kat Guangzhou ni. Plaza jual toys ni di area Yide Lu. So nakke sana naik metro ke Yide Lu. 


Yelah abang, seronok ke jumpa tempat jual toys ni. Dah tua pun minat toys ya? Haha


Geram tengok pen, pensel. Comel sangat. Nak beli tapi malas nak bawa sebab masa ni husband dah penuh tangan dia angkut barang borong, sebijik rupa bangla kat Malaysia. sisguraujejangancakapsisracist Saya pulak kendong anak. Kalau tengok kami memang rupa pelarian pun ada. Kahkah

Takpelah dapat jimat duit. Hihi. Kalau cikgu-cikgu nak bagi hadiah kat budak-budak ni sesuai sangat sebab comel-comel tauuu.


Ni pulak toys. Macam-macam ada. Harga pun macam-macam. Suami datang cari drone. Dah beli. main 3 4 kali je. Jauh beli tapi last buat pekasam. Cis. Yang pusing-pusing tu, spinner tu pun berlamabak-lambak. Macam-macam pesen ada.


Handsomenya yang tarik barang tu. yang pandang camera pun hensem.






Memang rambang mata, at last tak beli apa pun! Haha

DAY 6

Hari last. Huwaaaa tak puas jalan pun. Plaza pakaian, beg, kain, jam tak sempat pergi macam mana ni, duit yuan banyak lagi, argh tak shopping boleh gila dan memang tak ada dalam itinerary kami pun. Memandangkan flight kami malam, lepas check out kami singgah di plaza pakaian budak untuk beli baju anak. Dah datang jauh kan, beli la sikit. 

Lepas tu kami terus ke Guangzhou Railway Station dan pusing-pusing sana melepas rindu.


Korang translatelah sendiri. Saya pun tak pasti nama dia tapi kat sini ada jual baju, bag dan barang-barang berkaitan. Saya ambil peluang untuk beli wallet untuk abah. 2 pieces 100 yuan = RM60 lebih kurang. Katanya kulit dan dia siap cucuh lighter lagi nak tunjuk tak terbakar. Sis percaya, sis tertarik sis pun beli. Abah suka wallet tu sebab duit ngam je masuk dalam tu. Sis happy, sis live happily ever after.

                  

Sebelum ke airport, isi perut dulu. Memang sebijik je menu kedai-kedai chinese muslim ni. Kalau nak cuba kedai arab pun ada. Tapi kami tak berkesempatan nak ke sana. Nanti uols google je la eh. 

Okay kesimpulannya, nak pergi Guangzhou untuk borong barang walaupun tanpa agent adalah tak mustahil. Kami dah buat pun. But kena ada ilmu tau. Sebab Guangzhou besar bukan macam GM Klang.

Okay, ni saya bagi semua link berkaitan trip ke Guangzhou. Harap dapat membantu walaupun secebis kobis;

Trip bercuti dan borong di Guangzhou 2

Hi Assalamualaikum,

Since kami pergi Guangzhou ni atas sebab untuk explore market spesifik dengan barang kami nak dan jalan-jalan juga, kami decide untuk pergi sendiri. Redah je. Lagi fun dan seronok. Macam sama je maksud dia. Tap sebelum ke Guangzhou, suami ada attend seminar borong (tapi tak membantu sangat sebab all content dia dah dapat dari google. Haha) dan kami pun memang dah study kat mana nak pergi dan macam mana nak pergi. Redah berotak gituu. =)

DAY 2 


Memang tiring sangat jalan di Guangzhou ni dengan dukung budak ni. Masing-masing sakit habis pinggang dengan kaki. Oh ya, jangan lupa pakai kasut yang comfy tau. Tak payah nak feeling nak lawa sangat kaki tu. Haha.



Stesen metro kat sana besar amat lagi Guangzhou Railway Station sebab yang ni macam center la. Nak keluar dari stesen lapar dulu. But dont worry, sebab ada 7E tau dalam stesen dan boleh beli biskut Nabati. Biskut ni halal sebab dari Indonesia. Seronok gila masa jumpa. Tidaklah kebulur nanti. Haha.


Dari stesen ni, ada beberapa plaza yang boleh pergi tau. Cuma nak jalan ke arah mana tu korang kena pandai-pandai lah. Nak cerita dalam ni bukan korang faham. Nak lukis ke?

Kalau nak borong pakaian dan kasut, ada beberapa plaza di area Zhang Xi Lu. Lepastu yang nak beli bag tangan atau barang-barang kulit boleh ke Baiyun World Leather. Nak putihkan kulit yang hitam pun boleh. Oh ya, sorry sis tak pergi sebab masa kami sangat pack tau. Nak bersosial pun tak sempat. =(



Ni salah satu plaza saya pergi untuk bergambar. 1 bangunan ni penuh dengan underwear. Siapa tah beli underwear 1 almari. Untuk ke Jinxiang Underwear City ni korang exit jalan Zhan Qian Road. Sepanjang jalan tu banyak lagi plaza yang ada. Keep your eyes open k? Di Guangzhou best sikit nak jalan, walaupun panas, sis kekal senyum.



First menu di Guangzhou. Excited gila okehh jumpa kedai halal. Okay, muslim restaurant dekat sini kecil je tau. Pastu celah-celah je. Tapi biasanya warna hijau, so senang detected. Menu diorang pun sama je kat semua kedai. Aishh. Takpelah janji makan. Balik Malaysia kita bedal mekdi ya!

Dan biasanya ada sejadah kat situ. Minta je untuk solat kat situ. Diorang okay je. Jangan malu ya. Sebab kat sana manalah ada surau al-hidayah la, surau an-nur la.

Portion untuk seorang makan banyak tau so share pun boleh kecuali kau gajah. Harga kalau tak silap dalam belas-belas duit kita. Tapi tak mahal sangatlah macam PAPAROTTI (nanti cerita pasal ni ya) Dannnnnn diorang tak serve air tau. Tercekik aku! 

Tapi dont worry, korang boleh beli air soya dengan soft drink yang diorang letak dalam chiller. Milo tak de ke? Milo ais ke......

DAY 3

WUFU MARKET


Untuk hari ke3 pengembaraan kami, gituuu.. kami teruskan meneroka plaza yang ada underwear lagi. Haha. Berdasarkan research kami, Wufu International Garment Market adalah salah satu plaza terbesar untuk underwear TAPI nokharam sungguh bila kami sampai je plaza tu krik krik benar!

Fuh nangis wei. Nangis! Dahlah jalan jauh dari stesen Sanyuanli. Haha. Tapi the best thingnya kat sana ada kedai yang jual kasut. Nampak mahal dan luxury betul kasut. Dan garment macam underwear lain, swim wear dan stokin pun ada. But, this plaza is a big no untuk borong ya.

TIP!

Berdekatan atau sebelah plaza ni ada 1 kedai makan muslim juga =)


Dek jam pun dah nak masuk zohor, kami terus amik metro untuk ke masjid.

MASJID  SAAD ABI WAQAS

Kalau nak tahu, masjid ni itinerary wajib kalau join mana-mana trip termasuk trip kami. Hahaha. Untuk ke masjid ni, turun ni di stesen Yuexiu Park dan exit B2.

Best gila masjid ni kalau hari Jumaat sebab ada macam jualan bazar ramadhan hahaha gitu. Syurganya Ya Allah jumpa makanan halal berlambak-lambak. Rasa nak borong untuk balance 3 hari kami je. Haha. Oh ya, kat sini korang wajib cuba sate kambing dia. Masyaallah sedap sangat tau. Sampai sekarang kitorang berangan nak ke Guangzhou just for the satay!



Serius memang sedapppppp. Kalau tak salah harga 1 cucuk ni dalam 10 yuan atau lebih. Kitorang beli 3 cucuk. Tak renak orang kelantan cakap. Kalau bahasa kl, tak cukup dan tak puas makan. 

TIP!

Beli makanan sebelum orang solat jumaat. Kalau lelaki kena beli lagi cepat sebab kalau dah masuk zuhur, harammmm urusniaga. Sebab kena beli sebelum solat adalah kerana lepas solat macam sardin okay. Berhimpit dan berebut-rebut. Allah. Semua lapar gamaknya.




Dekat masjid ni macam-macam kaler kulit ada tau. Hitam, putih, kelabu. Ha orang Malaysia pun ada. Sempat la borak dengan 1 couple yang datang dengan trip. Pastu ada pakcik yang datang dengan family. Jenjalan kot. 

GAO DI JIE

Next destination is Gao Di Jie.  Tempat ni bukan macam plaza lain yang ada bangunan tau. Dia cuma street sahaja. Kat sini ada kedai-kedai yang jual pakaian dalam, baju tidur, stokin dan tali pinggang! Dan jalan dia panjang gila nak tercabut kaki. Of course kitorang jalan sikit je sebab dah petang dan penat jugak =) 

Untuk ke sini, turun stesen Haizhu Square dan exit E. Jalan terus ke Haizhu Bridge dan Jiangnan Ave.


Ini macam pintu gerbang dia lah. Sorry ini the best shot dah. Haha.



Inilah suasana dia. Memang street macam jalan TAR. Guni-guni hijau tu kat Guangzhou ni pemandangan biasa je. Orang naik basikal pun biasa. Dan diorang siap ada sewa basikal tau. Bayar guna wechat. Kau apa tau? Wechat cari pasal je tau. Oh ya. memandangkan kami  pergi sendiri tanpa orang bawa, kami dah siap-siap contact orang yang buat shipping ke Malaysia.

Kau gila nak bawa naik flight semua tu? Kayap tau bayar fee. Lainlah jual dengan harga hantaran zaman sekarang. #janganlahterasa

Ada banyak shipping/forwarder atau apa2 panggilanlah yang ada di Malaysia ni. Harga almost the same tapi cari yang door to door tau. Kang meroyan kena amik dekat pelabuhan sana. Macam kami, kami berurusan dengan BGST. Servis bagus dan pantas. 

Lagi satu, kalau beli barang dari kedai tu dan macam berat je nak bawa balik sendiri, boleh je discuss dengan BGST untuk diorang tolong collect kat kedai tu ke warehouse diorang, but of course ada charge. Atau seller yang hantar ke warehouse. Cas atau tak kena bincang okay. 

So tak perlu gelabah dan risau sangat pasal macam mana nak borong banyak-banyak dan bawa balik. Ni sis dah share sikit tip. 

Dekat sebelah street ni, on the way ke metro ada 1 kedai muslim juga. Alhamdulillah tak kelaparan kami. Haha



Solat asar dulu. haha. Macam yang saya cerita kat atas tadi, korang boleh solat je dekat kedai muslim ni. Kalau nampak sejadah tersidai tu kira bolehlah tu. Kedai diorang kecil je. Pelanggan pun tak ramai sangat. Terfikir juga macam mana diorang ni survive bisnes macam ni? Kalau kat Malaysia kedai suam-suam kuku gitu memang tak lama mana.




Menu mereka sejenis je ha. Ada mee lepas tu topping ikutlah ada daging, sayur. Mee diorang handmade, eh homemade. Entah la tapi yang penting memang mee diorang buat sendiri. So bentuk mee tu tak pembaris sangat tapi sedap. 



Eiii comelnya budak makan mee tu!

Yang ni kami tapau je sebab dah penat sangat tak sabar nak balik landing atas katil. Pinggan tu kami bawak sendiri. Sebab kan kami bawak maggi, nasi berahim, biskut dan so on. So haruslah ada pinggan. Pinggan plastik sajo janganlah Corelle. =)


Inilah satu-satunya makanan yang kami suka. Eh, satay tadi no 1. Yang ni no 2. Sedappppp sangat walaupun mee bodoh. Makan dengan kentang tu rasa manis-manis. Lagi sedap dari spageti hahaha. Yang ni nama mee with beef and potato. Lepasni pergi tahu dah nak makan apa yang boleh diterima tekak. Yeay!!!

DAY 4

ONELINK INTERNATIONAL

Onelink plaza ni kira a must lah kalau kau pergi Guangzhou. Tapi ini bukan best place untuk borong ya. Ini untuk beli cenderamata cenderahati hati terluka pasal orang kirim duit tak reti hulur tu. Untuk ke sini, turun di stesen Haizhu Square tau. Lepas tu exit B2 dan jalan sikit dalam beberapa ratus meter and keep your eyes open.

Okay. TIP!!!

Actually, jangan takut untuk bertanya pada local di sana. Walaupun diorang tak tahu English, just tunjuk gambar je nanti diorang akan tunjuk arah mana kita patut jalan. Or boleh guna google translate dan taip. Diorang tahu juga guna ni. Ramai yang takut untuk pergi sendri salah satu sebab utamanya halangan bahasa.

Aish! Tu momokan lama la. Sekarang boleh converse guna handphone and ada yang boleh cakap bi sikit-sikit. 

Kalau nak beli gift untuk kawan-kawan ofis ke, kat sini sesuai sangat. Macam-macam ada woo. Sampai tak tahu nak beli apa. Tingkat-tingkat atas pulak more kepada barangan dalam rumah. English style gitu. Hihi.



Inilah Pappa Roti di Guangzhou. Satu-satunya kedai halal. Tak salah saya di level 4. Kedai-kedai dalam onelink ni kecil-kecil, rapat dan padat tau. Memang tak habis jalan pun. So kat sini kami beli keychain dan fridge magnet untuk kenangan manis kau dan aku.


Harga agak mahal juga tapi itulah.. nak makan juga. Tapi untuk coffee time sesuai la. Penat pusing onelink ni, rehat jap sambil minum kopi. Bukan senang nak lepak kedai kopi kat Guangzhou. Halal pulak tu!!

Okay, next entry saya akan tulis pasal Canton Fair. Alhamdulillah kami dapat peluang ke Canton Fair. Walaupun tak beli apa, tapi experience tu mahal.


Bacaan lain:
http://aienzunnur.blogspot.my/2018/05/trip-bercuti-dan-borong-di-guangzhou-3.html
http://aienzunnur.blogspot.my/2018/04/trip-bercuti-dan-borong-di-guangzhou-1.html
http://aienzunnur.blogspot.my/2017/11/trip-ke-guangzhou-part-1-persediaan.html