Monday, December 26, 2016

BRO DIN : Review tempat makan Western sedap nak datang lagi


Assalamualaikum dan helo!

Hujung-hujung tahun ni sempena cuti banyak (habiskan annual leave korang tu) dan duit banyak (habiskan duit yang ada sebab tahun 2017 duit baru. Miahaha) sis nak share tempat makan yang berbaloi untuk korang leburkan laburkan duit dan kenyang.

Tapi ini khusus untuk mereka yang nak cari tempat makan dekat Kelantan tau, kalau korang dari KL pun boleh kalau tiket kapal terbang Abang Tony seringgit pergi balik. Miahaha.

Okay, Restoran (kot?) Bro Din ni terletak dalam daerah Ketereh, yakni kampung sis. Ehem, bila ada tempat makan western ni sis rasa kampung sis dah naik taraf ke kota metropolitan. Erm, yup, sound very cool, eh, terbahasa omputis pula. =)

Bro Din ni baru setahun jagung tapi masakan dia tak mentah macam jagung mentah.


Bagi yang kaki air kuat minum air atau jenis makan lepak berejam. korang boleh order minuman saiz baldi yakni saiz besar. Kalau ikut anggaran normal saiz "baldi" tu boleh minum 3 ke 4 orang. Jimatlah sikit order 1 air je padahal kedekut

Untuk menu air, Bro Din amalkan konsep air biasa-biasa je. So, tak payah feeling nak order sirap merah berdarah hatimu okay.



Semua maklum yang harga makanan dekat negeri sis ni biasanya berpatutan.

Dan rasa makanan pun korang kena maklum, memang sedap, lagi-lagi dekat Bro Din ni.

Kalau bab harga dan rasa, Bro Din ni wajib jadi tempat wishlist korang untuk tahun 2016 sebab tak rugi dan tak sakit hati. Tapi kita kena faham tiada manusia yang sempurna apatah lagi kedai makan. Memandangkan Bro Din ni berkonsepkan open air agar pelanggan dapat makan secara santai dan mereka jimat duit bayar bil aircond ;

Mereka kurang lampu, dan tempat ni agak gelap susah nak cari bawang untuk asing sebab sis anti bawang.

Tapi sis optimis yang lepas dapat sale ribu-ribu, mereka akan terus beli lampu spotlight  untuk menerangi hatimu yang gelap. Cia cia cia. Okay tak kelakar.


Dekorasi (dah macam deco rumah pula) menu nampak bersahaja dan biasa tapi unik selling point Bro Din ni chicken chop harga menangis kalau tak cuba.


Penggemar bebola daging boleh cuba cute meatballs with cute price ni. Memang alahai comel je kau tengok meatballs ni bila pelayan datang hantar ke meja. =)


Menu kat atas ni namanya Chicken Roll. Sedap. Bila makan yang ni feeling tengah diet dan seolah-olah tengah amalkan makan sihat sangat. Entah.


Argh, lapar pula menaip tengok gambar makanan ni.

Jadi, untuk sesiapa yang rasa nak cuba western food sedap lagi murah harganya, boleh cuba Bro Din ni. Walapun ramai pelanggan, servis mereka still pantas dan korang tak akan bertukar menjadi Hulk kalau tengah lapar gila okay.


Mesti korang nak tahu yang paling sedap kan?

Paling sis suggest adalah lamb chop. Serius, sikit pun tak auta walaupun ini review tak berbayar, yang lamb chop mereka sedap.Buktinya, korang dapat lihat airliur korang tengah meleleh tu. Miahaha.

Overall, Bro Din adalah tempat yang wajar untuk korang pergi lepak dan makan kalau korang nak makan ramai-ramai (gathering sekolah ke, gathering group whatsapp ke, meeting MLM ke) sebab kalau kena belanja tak adalah korang menderita makan mee segera tunggu gaji.

Selain itu (macam rumusan karangan, cikgu BM sis mesti kagum ni) ambience (alamak, tertaip bahasa ibunda pulak) tempat ni sangat cool sebab natural aircond, lighting pun ala-ala cahaya lilin sebab guna natural cahaya iaitu cahaya bulan, miahaha.

Dan pelayan yang bersopan-santun.

Apa lagi yang kita perlukan daripada sebuah tempat makan kalau bukan semua kat atas?