Friday, April 17, 2015

Mentaliti

Assalamualaikum

Biasanya bila bercakap pasal mentaliti, apa yang kita fikir? Saya? Tak fikir apa-apa. Haha. Ok tak kelakar.

Biar saya jadi kamus dewan korang jap. Mentaliti ni dipendekkan cerita adalah cara kita berfikir. Omaigod? Berfikir pun ada cara ke? Harus ada. Sebab tu kita belajar kemahiran berfikir kritis dan, dan, kreatif? Oh, mind that. Malangnya, belajar cara berfikir langsung tidak membantu kita untuk ubah cara berfikir class D ke class A. Or, saya seorang je yang tidak terbantu tu?

Oh ya. Why am I writing about this?

Sebab kita perlu tukar mentaliti kita sekarang. Sekarang. Sekarang.

Pernah korang study sikit pasal orang-orang berjaya yang paling dekat dengan korang? I mean mungkin bos ke, ceo ko, kawan ke? Or cuba kenal yang glamour seperti Tony Fernandes ke atau Siti Nurhaliza maybe?

Point is, kalau kita betul-betul nak tahu kita akan dapat tahu yang mentaliti orang berjaya sangat berlainan. Malangnya, again, asyik malang je kan, kita tak akan dapat sama frekuensi dan tak akan dapat digest mentaliti mereka sebab kita belum ubah mentaliti kita supaya gelombang tu sama.

Akhirnya, akan keluar lah,
"alah, dia bolehlah"
"rezeki dia"
 dan banyak lagi kata-kata yang dari sekeji-keji bahasa sampai ke sesopan-sopan kata-kata.

Mentaliti boleh diubah.
Cuma mahu atau tidak.

And im still learning to train my brain to think like manusia ciptaan Allah.


Sebab setiap manusia yang Allah cipta adalah sempurna pakej dengan anugerah terindah. Cuma kita yang nak simpan anugerah tu dalam diri atau langsung tak sedar kewujudan.

Saya percaya setiap susuk tubuh manusia dicipta untuk buat sesuatu.

Manusia, makhluk ciptaan paling sempurna, kan?

1 comment:

  1. mentaliti sendiri pun kadang2 ssh nak ubah. apatah lg nak ubah mentaliti org.

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!