Tuesday, July 14, 2015

1st Segment by Black Queen



Assalamualaikum

Hari ini nak lepak-lepak sikit. Kesian pulak bagi korang stress baca blog saya dengan entri tahap PHD tu kan. Oh ya, tapi ini sticky post sampai saya menang hadiah dari Cik Fara. Kalau tak, tak nak tanggal. Haha. Korang boleh join juga. Seronok juga bila boleh kenal-kenal sesama bloggers ni =)



Cik Fara ni bagus puji ni sebab dia minta semua yang join cuma perlu bercerita pasal diri sendiri bukan pasal naik turun politik Malaysia atau harga crude oil lima tahun akan datang. Jadi, boleh tahan muntah korang sebab saya bakal memuji diri sendiri sekejap lagi.


INTROVERT

Dalam banyak-banyak perangai baik dalam diri saya, saya lebih suka untuk berkongsi dengan readers semua pasal introvert ni. Bunyi saintifik sangat kan? Wait, biar saya "melayu"kan perkataan ni. Introvert ni sebenarnya sejenis manusia yang dikategorikan pemalu. Aww.. 

Macam mana saya dengan sukarelanya bangga mengklasifikasikan diri sebagai sebagai introvert?

KENAPA INTROVERT?

Sebenarnya, saya sendiri langsung tak pernah come across term tersebut dan tak tahu pun ada psikologi people yang rajin testing benda ni.  

Most of the time saya lebih suka memberi masa untuk bersendirian. Sebab itu hobi saya adalah membaca novel seperti karya Ramlee Awang Murshid, Hasrul Rizwan dan Kristin Hannah. By the time perut dah lapar saya tahu saya dah habiskan beberapa jam hanya untuk bersendiri dengan novel saya tu. Oh ya, saya juga tak akan segan untuk khatam tengok movie di laptop, bersendirian.

Besides, saya akan cepat bosan dan serabut bila di tempat awam yang ramai orang. Itu sebab saya tak suka shopping di Tesco masa hari minggu lepas time gaji atau Festival anjuran mana-mana yang rajin anjur.

Kerjaya saya sekarang membenarkan saya untuk layan introvert ni. Actually bukan kerjaya tu sangatlah tapi suasana tempat kerja. Dek terpinggir dari main laboratory, saya senang untuk kerja tanpa serabutkan kepala dengan rakan sekerja yang suka bergosip dan boleh lunch tanpa mengumpat. Hehe. 

Dan juga tidak berapa gemar group

BILA NAK BERUBAH?

Heh?

Selalunya orang mesti akan cakap introvert tu negatif dan extrovert tu positif personaliti kan? So masuk bakul angkat sendirilah orang-orang yang extrovert tu. Please, jangan menilai rupa berdasarkan kulitnya. Satu, setiap manusia yang dicipta untuk berjalan di muka bumi ni akan datang dengan pelbagai personaliti yang akan membezakan kita dan itulah wujudnya fun dalam dunia ni.

Dua, nabi pesan untuk bersederhana. Bagi saya, jadilah extrovert mahupun introvert tapi bersederhana dan bersedia untuk perbaiki diri. Janganlah mentang awak tu extrovert ikut kitab psikologi awak bangga dan kulikan orang introvert. Dan yang introvert tu tak payah nak sorok muka bawah katil sangat.

Maksud?

Bila saya sedar saya dikategorikan sebagai introvert ni, saya cuba belajar untuk letak diri saya dalam skala tengah. Bila mana saya perlu bergaul dan kurangkan malu untuk berinteraksi, saya buat. In fact, saya berjaya. Kan, saya dah cakap korang kena tahan muntah. Hahaha.

Nak berubah atau tak?

Jadilah introvert ke, extrovert ke, versatile ke manusia memang perlu berubah. Berubah untuk jadi lebih baik setiap hari, bila kita buka mata tengok notification Whatsapp tu. Mungkin boyfriend baru reply whatsapp.

Kita awesome dalam cara sendiri.

=)


5 comments:

  1. Hi Aien, thanks join segmen, sama lah kita introvert jugak .hhihi

    ReplyDelete
  2. Hai. Maisarah blogwalking kat sini.
    Exchange Feed Group ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00 Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  3. introvert ade kelebihan dia bila dia mula menjadi extrovert.

    ReplyDelete
  4. Salah satu kelebihan introvert adalah dia senang nak ke mana-mana tanpa perlu cari teman .

    ReplyDelete
  5. tahniah menang segmen ni.

    jemput singgah 'rumah' saya http://www.aeinnamusa.com/

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!