Friday, June 19, 2015

Rahsia bazar Ramadhan




Assalamualaikum



Actually, antara benda yang seronok time puasa tiba ni adalah kewujudan bazar-bazar ramadhan setiap 2 kilometer jarak. Tapi dalam seronok tu, bazar ni sebenarnya adalah satu ujian untuk kita. Meh nak explain secara santai ujian tersebut. Hee..

1. Lambakan makanan. Yang ni memang semua orang tahu. Bermula dari sirap selasih sampailah ayam golek. Semua yang dipandang tu semua nak beli. Beli, kemudian makan sampai habis tu tak apalah, ini beli kemudian masuk peti ais. Malam raya baru teringat ayam golek beli masa awal puasa tak makan lagi. 

Tapi, jenis hantu raya semasa buka puasa pun tak elok juga. Siang hari punyalah menahan diri kan, alih malam? Ramadhan tu bukan masa siang je tau.

2. Fitnah. Berdasarkan pemerhatian bekas pengunjung tak tegar pasar ramadhan ni, kadang tu sakit pulak mata melihat sesetengah pengunjung bazar ni pakai tak cukup ela. Dari rupa, sah Melayu. Islam belum pasti. Tapi situasi ni mungkin tak nampak sangat.

Eh, tak puasa pun sama je lah!

3. Peniaga duit raya. Some bazarnes (peniaga bazar. Hehe) adalah dari kelompok bermusim. Meaning that, mereka berniaga setiap ramadhan je. Mungkin cari duit lebih atau mereka memang genetik macam tu. Asalnya perbuatan mereka langsung tak ada salah lagi digalakkan ada la. Masalah yang tenggelam akan mula timbul bila ada di kalangan mereka tak faham konsep meniaga makanan.. Meniaga makanan ni senang je. Pastikan makanan tu sedap dan ada rasa. Sebab yang beli tu manusia, bukan ayam. Tak adil bukan bila jual beli macam tu. Ada lopong kat situ.

4. Yang last ni subjektif sikit. Bazar ni tempat ramai rakyat marhaen. Macam-macam ragam. Takut termengumpat pulak bila tengok orang yang tak baik pada mata kita. Saya ulang, pada mata kita. 

Dah nama pun ujian kan, kona lagu mana pun, berbalik kepada kekuatan emosi kita untuk tempuh. Saya bukan kata tok sah pi la bazaq tuuu. Saya cuma update blog je. Lol!

Selamat berpuasa awak!

1 comment:

  1. tu la. masa beli, bukan main rambang mata lagi. last2 tak abes makan. tapi masa awal2 puasa je la. hujung2 puasa, tak tau nak beli apa dah.

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!