Tuesday, September 8, 2015

Me time

Assalamualaikum

Ramai orang yang tahu dia stress/tertekan tetapi tidak tahu nak handle 'perasaan' tu yang membawa kepada rasa tidak bahagia. Wah! Macam pro je kan bercakap. Hehe. Secara logiknya, penulis ni pun selalu stress, tapi dia sedang belajar cara handle stress supaya wajah beliau kekal muda (keburukan stress:wajah cepat masuk fasa nenek-nenek)

Me time atau 'masaku' adalah salah satu punca dan cara handle stress korang yang tak habis-habis tu. 

Me time sebagai punca dan ubat stress

Kenapa pula me time menjadi punca? Sebab korang tak ada me time. Yang korang tahu pergi kerja terkocoh-kocoh dan balik kerja lemah longlai. Main facebook, tidur dan ulang kitaran. Bosannya life kau. Haha. Mungkin ada yang bermonolog kata sibuk kerja dan tak ada masa nak me time. 

Meh nak tanya? Ada hobi tak?

Saya sendiri akan cuba cari masa untuk buat hobi sebab months ago lepas menikah, hidup saya mula pack dan rasa macam terbeban. 




Why?


Sebab saya tanpa sedar mula tinggalkan hobi saya. Life occupied dengan hal duniawi yang tak kekal ni sehinggakan saya lupa diriku begitu berharga. Hehe

Oh ya, salah satu hobi saya adalah membaca, klise tapi membaca jambatan ilmu okay.



Jadi, korang jangan tinggalkan hobi korang. Percayalah, korang akan mula rasa happy bila ditemani hobi. Hee.

1 comment:

  1. hobi sye blogging. so jgn tinggal blogging la ye

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!