Thursday, May 28, 2015

Lamaran yang tertangguh

Assalamualaikum

So, dah kena lamar ye?
Good and tahniah. 
Smile luas-luas emoticon.

Jujurnya saya pernah berimaginasi untuk mendapat lamaran yang romantik. Macam, cincin dalam air ke, semasa candle light ke, suprise lamaran ke, tiba-tiba ma call cakap orang datang meminang ke atau lelaki melutut sarung cincin macam dalam movie tu. 

Lepas tu boleh lah saya feeling menangis terharu sambil "yes i do" kan.



Realitinya, lamaran saya adalah di sebuah kedai makan penuh dengan student USIM, teh o ais atas meja dan saya pakai tudung instant selebet tak pin dan tak ada lagu Mark Adam pun.

Tapi saya masih ingat perasaan malu-malu kucing dan sedikit blushing mungkin ketika itu. Tanpa "yes i do" juga.

Things nya, kita, perempuan, sering berimaginasi tak boleh blah. Saya percaya ini semua kesan novel-novel yang dibaca ketika hormon sedang membiak mula dirembeskan supaya sifat-sifat kewanitaan bakal diserlahkan.

Bila difikirkan balik, mendapat lamaran semanis gula bagai babak filem bukan lah penting, sebab perasaan dilamar tetap sama walau berbeza cara lamaran. 

Tapi yang belum dilamar teruskan berangan-angan sebab mana tahu angan menjadi nyata.


Berangan tu free je beb.


3 comments:

  1. Hehe..berangan free..yang indah indah..

    ReplyDelete
  2. Ouch. haha.

    nasib tak berangan sangat. sbb tak layan novel sangat.
    rugi? nope, i dont think so. Lols.

    ReplyDelete
  3. best perasaan bila dilamar ikot cerita novel..

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!