Alhamdulillah, sudah melepasi 3 bulan bergelar isteri dan
saya bahagia dalam bergaduh manja dengan suami. Banyak yang saya ingin kongsi
dengan pembaca blog ni pasal majlis pernikahan saya yang lepas dengan harapan
ada manfaat untuk bakal-bakal pengantin terutamanya perempuan.
Majlis yang serba sederhana sekadar cukup untuk meraikan keluarga dan saudara
mara itu, syukur berjalan dengan lancar lagi penuh kebahagian dan settle
sekelip mata je. Itu yang rasa tak puas nak jadi pengantin tu.
Sebelum berkahwin, saya dan suami sama-sama telah setuju
untuk meminimumkan perbelanjaan untuk majlis perkahwinan.
Pertama, tidak mahu
saling membebani.
Kedua, tidak mahu membazir.
Tiga, kami bukan golongan pak
menteri.
Dengan harapan majlis yang kami buat diberkati, itu yang utama.
Suka untuk saya (dah macam pengacara majlis pulak) share
dengan pembaca semua beberapa etika, eh, beberapa perkara yang saya aplikasi di
majlis perkahwinan saya yang sebelum itu banyak sangat saya tengok orang buat. Yang
mana, benda itu sangat mengguris hati saya sebagai saudara seislam. Ouch!
Baju
pengantin
Kalau anda memang bernikah masa umur 13 tahun dengan berat
badan 30kg saya rasa saiz xxs tu memang layak untuk anda. Malang sekali
sekarang ni kita sedang bercakap pasal kewujudan segelintir pengantin yang
masih selesa atau redo badan mereka dibaluti busana mengerlip . DIBALUTI.
Girls, kita kena sedia maklum, kebanyakan butik pengantin, baju yang mereka
sewakan tu, memang dibuat khusus untuk menampakkan bentuk badan kerana mereka
percaya pengantin wajib seksi. Sudahlah mahal, ketat lagi.
Saya sangat bertuah kerana kedua-dua persalinan, cewah,
dijahit khusus oleh mother sendri. Jadinya, saiz ukuran dapatlah
dilonggar-longgarkan untuk menutupi bentuk badan dan Alhamdulillah direstui
suami pada kali pertama melihat. Ahaks.
Bulu
mata palsu
Yang ni paling saya bersyukur walau kadang-kadang mengada
dengan suami cakap tak cantik masa kawen. Pakai bulu mata palsu tu haram. Bukan
cukur kening je haram, girls. Juru make-up pertama saya sangat memahami bila
saya menolak bila dihulur bulu mata untuk makan. Sudahlah, memang dia make up
tipis je ikut kehendak saya. Barulah tak rasa macam Lady Gaga.Gambar ada sebelah atas kanan tu.
Cuma perlu kuatkan iman dengan jurumekap kedua. Berkali-kali
dia pujuk untuk pakai. Katanya cantik la, ringan la, itula, ini la dannnnn
akhirnya gua menang. Muehehe
Ingat girls, masa hari awak kahwin, pakai baju kurung raya
tahun lepas pun awak paling cantik. Tanpa bulu mata palsu.
Inai
Yang ni menyimpang sikit sebab
untuk lelaki. Tapi cik tunang, apa salahnya menyampaikan ketidakbolehan para
lelaki berinai untuk kahwin. Inai itu perhiasan wanita. Geli eh orang laki
merah jari macam kena cili sos. Alhamdulillah suami saya tu walau bukan pak
ustaz, celik juga agamanya. Ada juga saya test dia suruh pakai inai. Mahu
cancel nikah kalau gatal dia nak pakai =)
Tudung, shawl, selendang
atau tudung saji
Kalau bukan pasal nikah kahwin pun, masih
ramai kawan-kawan kita yang belum (insyaallah tak lama lagi dan kita sama-sama
belajar) yang membiarkan tudung dipakai diangkat sehingga nampak leher dan dada
atas tujuan nak tayang rantai dan perincian manik di baju. Mungkin kita terlepas
pandang sebab syok sangat disiapkan oleh mak andam kan, tapi cuba untuk kawal
pemakaian kita okay, girls?
Terlepas pandang jantina
jurumekap dan jurugambar
Jap. Bagi saya terang dulu. Saya
telah ditazkirah awal-awal oleh suami untuk tempah jurumekap perempuan. Ui,
tidaklah mahu lelaki. Malu i. Kalaupun masa mekap tu kita pakai tudung dan
menutup aurat (semata-mata nak jurumekap lelaki dek dia tu popular) macam 0.00001%
je yang jurumekap tu takkan pegang muka kita kan?
Lagipun, dalam Malaysia ni
berlambak makeup artis perempuan yang professional dan bagus.Lagi, tak perlu nak biar jurugambar
lelaki anda snap gambar anda tengah makeup. Bukan boleh buat tutorial pun.
Membazir
Part ni terlalu objektif dan
subjektif. Saya akan kongsikan apa yang saya buat untuk elak pembaziran masa
majlis kahwin pada entri akan datang. Insyaallah.
Ini cuma perkongsian daripada saya. Yang baik boleh jadikan teladan, Yang salah tu kita perbaiki =)
Nak dapatkan rumahtangga till jannah macam korang tulis dekat caption gambar ig masing-masing tu, kena mula dari masa majlis lagi tau. Oh bukan, kena mula seawal perkenalan lagi.
Kata nak till jannah.
Ini cuma perkongsian daripada saya. Yang baik boleh jadikan teladan, Yang salah tu kita perbaiki =)
Nak dapatkan rumahtangga till jannah macam korang tulis dekat caption gambar ig masing-masing tu, kena mula dari masa majlis lagi tau. Oh bukan, kena mula seawal perkenalan lagi.
Kata nak till jannah.
No comments:
Post a Comment
Time kasih sebab komen!