Tuesday, January 21, 2014

Istiqamah

Assalamualaikum!

Saya rasa semua orang tahu maksud istiqamah kalau masa kelas Pendidikan Islam tak membuta. Tapi, tak semua orang boleh mengaplikasikan sifat istiqamah tu dalam setiap perkara positif yang kita nak buat. Oh, saya sebut perkara positif sebab perkara negatif memang kita sentiasa istiqamah kan?

Baik mengaku.

Pada saya sendiri, setiap kali nak lakukan sesuatu yang positif mesti istiqamah tu macam belok-belok sikit. Lepas tu kena niat istiqamah baru. Sampaikan hal ini berulang over and over again sehingga umur meningkat pun belum sedar diri.

Masa sekarang bukan berjalan lagi, tapi pecut 120km/h dah.

Sampai satu saat saya tahu yang saya perlukan satu modus operandi yang saya cipta untuk pastikan saya sentiasa berada pada track yang betul untuk terus sampai ke niat saya itu.

Jadi bila saya dah tahu apa yang saya nak, saya akan set target untuk mencapai apa yang saya mahu. Memang terseksa sebab terpaksa menahan banyak hasutan-hasutan yang tak patut. Sekarang, cuma berdoa istiqamah itu akan kekal pada saya.

Praktis membuatkan kita sempurna kan?
Awak fikir macam mana Lee Chong Wei hebat menangkis bulu tangkis?

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Time kasih sebab komen!