Sunday, September 28, 2014

Tak payah patah-patahkan jejari kerusi lah!

Assalamualaikum!

Ingat entri semalam? Kalau tak ingat atau tak tahu boleh tengok kat bawah. Cikgu tak marah. Cikgu faham set-set makan semut memang pelupa.

Rentetan daripada peristiwa zon selesa semalam, pada awalnya mendengarkan frasa "lebarkan atau besarkan zon selesa anda memang memberi semangat, harapan, cita-cita, impian dan paling-paling busuk pun angan-angan kepada saya.

Sehari, dua hari, sehinggalah musim durian datang balik, zon selesa saya tak lebar-lebar pun. Badan melebar adalah. So, frasa tu berkesan lah. Kemudian saya fikirkan frasa baru yang boleh jual. Laku macam goreng pisang dan action bukan tinggal angan-angan. Nak tahu apa dia, tunggu episod 3. Kata sinetron, memang panjang dan kaya dengan babak slow motion dan bermonolog.



Okey. Okey. Tak sabar sungguh u ols..

CIPTA ZON SENDIRI. MACAM MANA AWAK MAHU, CIPTALAH SENDIRI. PANAS ATAU SEJUK ANDA KONTROL SENDIRI. HIDUP ANDA, CARA ANDA.

Ramai orang fikir bertukar zon adalah miskin kepada kaya, kancil kepada BMW, bini satu kepada bini 4, apartmen ke banglo, roti canai ke spageti, Bata ke Prada, rokok gulung ke Dunhill atau Langkawi ke Maldives.

Besar sangat. Jom kita kecilkan skop dan bergerak perlahan-lahan. Maintain lane kiri dan pelan-pelan signal ke lane kanan okay? Janji? Okey.

Benda kecil seperti kalau;

Sebelum ni kita banyak maki hamun dan sikit-sikit nak "shit" "shit" je padahal pen terjatuh je pun
Atau
Solat selalu hujung-hujung time je
Atau
Punch card keje 8.28pagi tepat je
Atau
Asyik tangguh kerja
Atau
Terlalu banyak baca gosip
Atau
Terlalu banyak intai jiran sebelah ke

Tukar ke zon lain boleh kan? Tak payah nak shit shit sangat.

Mata hitam kau tak kan jadi biru pun!


1 comment:

Time kasih sebab komen!