Assalamualaikum
Nampaknya isu MH370 dah mula suam-suam kuku dan hampir dilupakan. Panggilan hangit pun dah kembali disiarkan. Campur dengan Melodi yang kembali menerjah. Besar kemungkinan Anugerah Bintang Bulan Matahari Popular pun akan ditayangkan juga.
Dekat Malaysia, setiap hari akan ada isu yang macam pisang goreng panas. Masa panas memang menjadi kegilaan, lama-lama akan surut dan basi macam tu je. Saya terpaksa cakap Malaysia sebab saya tak tahu negara lain jual apa, eh, maksud saya macam mana culture mereka. Dengan ada facebook, contohnya, makin banyak la isu-isu dipanaskan dan makin ramailah muncul cendekiawan perasan cendawan.
Isu terbaru adalah pasal seorang profesor tersohor yang dilaporkan telah meraba pelajar beliau.
Di Malaysia, apabila ada satu isu, para cendekiawan ni akan terbahagi kepada tiga kelompok nyata. Mungkin sebab berlainan ijazah kot.
1) Cendekiawan bertanduk.
Seperti title di atas, tugas orang-orang sebegini biasanya adalah memaki sepuas hati pada pihak yang dikatakan bersalah. Kalau kes raba ni, yang jadi pesalah si profesor la sebab dia yang dikatakan meraba. Kalau kes Hanez Suraya dulu tu, si makcik nilah yang dimaki sebab dia pesalah. Dan kalau kita tengok lebih dalam lagi, akan ada orang yang akan memaki lari daripada subjek. Kalau kes raba, bukan aktiviti rabaan tu yang di maki, tapi mungkin title Profesor milik si peraba.
Dan mereka memaki seperti diri tak ada dosa.
2) Cendekiawan serban
Dalam banyak-banyak komen atau makian, biasanya akan adalah orang-orang yang konon menaip ayat-ayat berunsur islamik dan nasihat. Sebenarnya tak salah pun mereka nak nasihat cendekiawan nombor satu tadi tu cuma cara tu salah.
Dulu taknak masuk tahfiz, bila dah besar mula sibuk jual agama.
3) Cendekiawan bisnes
Kalau perasan dan rajin skrol down komen pada apa-apa isu, akan ada orang yang macam tak ada feeling akan komen untuk promot bisnes. Biasanya MLM. Eh helo! orang tengah sibuk berdiskusi pasal isu yang besar, boleh pulak dia selamba bodoh tepek iklan. Nak berniaga tu cubalah kreatif sikit. Jangan jadi kurang akal.
Boleh?
Pada saya, tak ada buruknya pun kita guna internet. Internet sendiri bukanlah sesuatu yang tak baik. Yang tak baik tu kita sendiri. Kadang-kadang saya jadi pelik dengan sikap sesetengah orang yang menghabiskan masa untuk komen atau share berita yang tak ada faedah. Belum kira lagi dengan orang yang suka publickan apa yang private.
Korang memang tak ada private life ke?
Oh ye, boleh beritahu saya kenapa profile nama budak yang kena raba tu "SHUHADA RABA?"
Macam bangga kena raba je.
Sebab tulah, yang private, keep private.
Mira pun pelik jugak apesal nama profile ada 'raba' .. Last2 malas ah dok pikir hal org .
ReplyDeleteJom kt lebihkn pk dr sndri..hehe
ReplyDeletedok tau pun nama budok tu ada raba belakang...jadi, napok sgt aku tak amek peduli pun..yess...ahahahh
ReplyDeleteAhhh..memang..hahaha
DeleteApril punya entry aku baru bc arini. and knp aku xtau pun isu ni. hahaha. adei. ni lg parah, x amek tahu hal semasa.
ReplyDelete