Assalamualaikum
Burung besi gagah di langit,
mencorak awan
Membawa jiwa pelbagai cerita
Yang dinanti penuh kesabaran
Sehingga fajar menyapa mereka
Bagai bidalan sering berkata
Tidak berbau datanglah malang
Melenyap sang burung entah ke mana
Bersama jiwa pelbagai cerita
Lalu manusia merangka cerita
Menayang pandai di sebalik bodoh
Tanpa memerah akar otaknya
Saling menuding saling berlumba
Di alam maya, tiada gunanya
Pulanglah sang burung bersama jiwa
Lenyapkan dongengan
Senyapkan mereka.
Burung besi gagah di langit,
mencorak awan
Membawa jiwa pelbagai cerita
Yang dinanti penuh kesabaran
Sehingga fajar menyapa mereka
Bagai bidalan sering berkata
Tidak berbau datanglah malang
Melenyap sang burung entah ke mana
Bersama jiwa pelbagai cerita
Lalu manusia merangka cerita
Menayang pandai di sebalik bodoh
Tanpa memerah akar otaknya
Saling menuding saling berlumba
Di alam maya, tiada gunanya
Pulanglah sang burung bersama jiwa
Lenyapkan dongengan
Senyapkan mereka.
posted from Bloggeroid
wahhh. great poem :)
ReplyDeleteThank you izzati!!
ReplyDeletebest!
ReplyDeleteThank you shukri!
ReplyDelete