Thursday, October 22, 2015

Hidup, anyway

Assalamualaikum

Cepat sunggu masa terbang tak macam jerebu yang slow sikit hilang ni. Oh ye, jangan lupa pakai mask kalau anda rider dan jangan lupa juga minum air kosong. 

Okay, beberapa bulan yang lepas, saya mula rasa lifeless. Pergi kerja, balik, pukul 9pm dah pancit. Sampaikan semua kerja rumah tinggal kenangan. Rutin tu berulang selama beberapa minggu sehingga saya decide "mungkin aku kena bercuti. Harap-harap lepas balik Kundasang, energetic Ain will be back! Oyeah!"

Guess what?

Lagi teruk. 

Sampai satu tahap, saya duduk atas kerusi dengan pen kat tangan dan kertas di depan. I started to write all my pain yang dah macam kena rasuk jin je. Sebenarnya, menulis adalah salah satu cara untuk release stress. For me. Eh, kertas tu last-last masuk tong sampah, malulah kalau orang baca. Hee.

Kemudian, suami dan saya maklum yang we are pregnant. So kita semua tahulah bukan jin yang rasuk tapi itu simptom orang mengandung.

Kemudian lagi, saya mula perasan macam mana hidup saya berubah bila tengok orang sekeliling. At times saya tengok single ladies jalan- jalan dengan kawan mereka (obviously perut mereka kempis), saya serta merta rindu dan terfikir yang saya pernah berada di tempat mereka. 

Saya pernah sementah mereka. Muda masih lagi ya. Pernah rasa zaman tu. Dan bila tengok parents dengan anak-anak kecil, saya tahu kami bakal sampai ke arah itu.

Dan saya takut. Untuk tua.


Tuesday, September 8, 2015

Me time

Assalamualaikum

Ramai orang yang tahu dia stress/tertekan tetapi tidak tahu nak handle 'perasaan' tu yang membawa kepada rasa tidak bahagia. Wah! Macam pro je kan bercakap. Hehe. Secara logiknya, penulis ni pun selalu stress, tapi dia sedang belajar cara handle stress supaya wajah beliau kekal muda (keburukan stress:wajah cepat masuk fasa nenek-nenek)

Me time atau 'masaku' adalah salah satu punca dan cara handle stress korang yang tak habis-habis tu. 

Me time sebagai punca dan ubat stress

Kenapa pula me time menjadi punca? Sebab korang tak ada me time. Yang korang tahu pergi kerja terkocoh-kocoh dan balik kerja lemah longlai. Main facebook, tidur dan ulang kitaran. Bosannya life kau. Haha. Mungkin ada yang bermonolog kata sibuk kerja dan tak ada masa nak me time. 

Meh nak tanya? Ada hobi tak?

Saya sendiri akan cuba cari masa untuk buat hobi sebab months ago lepas menikah, hidup saya mula pack dan rasa macam terbeban. 




Why?


Sebab saya tanpa sedar mula tinggalkan hobi saya. Life occupied dengan hal duniawi yang tak kekal ni sehinggakan saya lupa diriku begitu berharga. Hehe

Oh ya, salah satu hobi saya adalah membaca, klise tapi membaca jambatan ilmu okay.



Jadi, korang jangan tinggalkan hobi korang. Percayalah, korang akan mula rasa happy bila ditemani hobi. Hee.

Thursday, August 20, 2015

Morning start-up

Assalamualaikum

So, how was your morning?
Stress jalan jam la tu.

Haha.

Monthssss ago, saya mula rasa yang saya tak boleh brain hidup dalam rat race dan jadual hidup saya dikawal atau di"create" oleh orang lain. Come on, tuhan bagi setiap orang hidup sendiri dan macam apa je kan bila kita biar aturan, masa dan tenaga kita dijaga orang. Kita bukan baby, kita adult. Yeah! Hidup melayu.

Err. 

Mungkin ada yang tak faham apa yang saya cuba sampaikan, it is okay. But, pernah tak korang terfikir yang betapa sadisnya hidup kita ni yang terpaksa bangun pagi untuk ikut waktu kerja yang orang lain cipta, repeat berpuluh tahun. Saya sungguh dengki gila (metafora sangat) dengan orang yang ada pengurusan masa sendiri. Orang putih kata time freedom.

Saya mahukan yang itu.
Tapi bagi saya, itu tak dapat saya capai instantly macam masak mee segera. So saya cuba create hari-hari saya agar lebih terasa nyaman.

Itulah penting untuk kita mulakan pagi dengan aura positif. 1 perkara yang saya buat setiap pagi sebelum pergi kerja dalam kereta adalah tarik aura tersebut.

1. For sure korang kena baca doa naik kenderaan dulu ye. 

2. Kalau sempat, boleh baca surah yassin. Ah, joking. Hehe. Just baca selawat as much as you can.

3. Doa pada Allah supaya korang happy, mudah pekerjaan dan berkat rezeki.

4. Senyum dan yakin dengan apa yang korang submit kat atas tu.

5. Tolong jangan maki orang sepanjang jalan sebab korang dah tarik aura negatif.

Simpulnya, mulakan pagi korang sehappy dan setenang mungkin. Jadi sampai ke malam korang akan rasa nyaman sikit.

Lets do this together okay?

Wednesday, August 19, 2015

Jom cuba miniature perfume dari Rexylla

Hai dan Assalamualaikum,

Raya month dah past dah. Kena tunggu tahun depan. Tapi, saya lebih tunggu Ramadhan sebab bila bulan puasa datang, saya dapat rasa suasana yang lain, lebih aman mungkin? Iyelah, setan tak ada cuma ada manusia berperangai syaitan.

Okay. Saya nak kongsi dengan cerita ni dengan orang yang nak beli perfume original je. Kalau yang nak beli yang RM10 sebotol, post ni tak sesuai untuk korang tapi kalau ada sipi-sipi niat nak cuba macam mana feeling pakai perfume original boleh teruskan pembacaan ye. Hehehe.

Saya mula nak cuba-cuba wangi ni sejak hormon keperempuanan yang suka melawakan diri tu start dirembes. Tapi at that time, memang tak ada duit nak beli perfume. Kalau pergi Watson atau Guardian pun cuma mampu beli body spray yang harga below RM10. But still masih wangi dan tak adalah bau kepam sepanjang dalam kelas kan.

Then, bila duit mula masuk akaun sendiri setiap bulan, selalu berangan nak beli yang mahal-mahal macam dekat Sogo tu. Kan ada banyak booth jual perfume jenama mat salleh kan, yang salesgirl dia pakai skirt pendek dan makeup dan tak nak layan kita kan. Hahaha

Bagi saya, yang sangat berkira dengan every penny ni, saya rasa sangat berbaloi untuk beli perfume dari Rexylla sebab diorang ada saiz miniature.




Apa yang best pasal miniature ni?

1. Saiz die mini, nama pun miniature kan. Boleh letak dalam beg bawa pergi mana-mana pun. Tambah-tambah gegirl yang dalam handbang tu ada 7 keturunan kan. Berat!

2. Boleh beli banyak jenis. Kalau korang beli saiz normal tu mesti dapat beli satu dan bertahun asyik bau sama kan. Boring x?

3. Satu handbag satu perfume. Hahaha. I did this. Even lipstik pun. End up dress table tinggal bedak baby sahaja.

Oh ya, Rexylla bukan jual miniature je tau. Ada juga dalam bentuk vial kalau nak try dulu atau boleh juga beli yang besar tapi dengan harga jauh lebih rendah.


Selamat mewangi bersama Rexylla

Tuesday, July 14, 2015

1st Segment by Black Queen



Assalamualaikum

Hari ini nak lepak-lepak sikit. Kesian pulak bagi korang stress baca blog saya dengan entri tahap PHD tu kan. Oh ya, tapi ini sticky post sampai saya menang hadiah dari Cik Fara. Kalau tak, tak nak tanggal. Haha. Korang boleh join juga. Seronok juga bila boleh kenal-kenal sesama bloggers ni =)



Cik Fara ni bagus puji ni sebab dia minta semua yang join cuma perlu bercerita pasal diri sendiri bukan pasal naik turun politik Malaysia atau harga crude oil lima tahun akan datang. Jadi, boleh tahan muntah korang sebab saya bakal memuji diri sendiri sekejap lagi.


INTROVERT

Dalam banyak-banyak perangai baik dalam diri saya, saya lebih suka untuk berkongsi dengan readers semua pasal introvert ni. Bunyi saintifik sangat kan? Wait, biar saya "melayu"kan perkataan ni. Introvert ni sebenarnya sejenis manusia yang dikategorikan pemalu. Aww.. 

Macam mana saya dengan sukarelanya bangga mengklasifikasikan diri sebagai sebagai introvert?

KENAPA INTROVERT?

Sebenarnya, saya sendiri langsung tak pernah come across term tersebut dan tak tahu pun ada psikologi people yang rajin testing benda ni.  

Most of the time saya lebih suka memberi masa untuk bersendirian. Sebab itu hobi saya adalah membaca novel seperti karya Ramlee Awang Murshid, Hasrul Rizwan dan Kristin Hannah. By the time perut dah lapar saya tahu saya dah habiskan beberapa jam hanya untuk bersendiri dengan novel saya tu. Oh ya, saya juga tak akan segan untuk khatam tengok movie di laptop, bersendirian.

Besides, saya akan cepat bosan dan serabut bila di tempat awam yang ramai orang. Itu sebab saya tak suka shopping di Tesco masa hari minggu lepas time gaji atau Festival anjuran mana-mana yang rajin anjur.

Kerjaya saya sekarang membenarkan saya untuk layan introvert ni. Actually bukan kerjaya tu sangatlah tapi suasana tempat kerja. Dek terpinggir dari main laboratory, saya senang untuk kerja tanpa serabutkan kepala dengan rakan sekerja yang suka bergosip dan boleh lunch tanpa mengumpat. Hehe. 

Dan juga tidak berapa gemar group

BILA NAK BERUBAH?

Heh?

Selalunya orang mesti akan cakap introvert tu negatif dan extrovert tu positif personaliti kan? So masuk bakul angkat sendirilah orang-orang yang extrovert tu. Please, jangan menilai rupa berdasarkan kulitnya. Satu, setiap manusia yang dicipta untuk berjalan di muka bumi ni akan datang dengan pelbagai personaliti yang akan membezakan kita dan itulah wujudnya fun dalam dunia ni.

Dua, nabi pesan untuk bersederhana. Bagi saya, jadilah extrovert mahupun introvert tapi bersederhana dan bersedia untuk perbaiki diri. Janganlah mentang awak tu extrovert ikut kitab psikologi awak bangga dan kulikan orang introvert. Dan yang introvert tu tak payah nak sorok muka bawah katil sangat.

Maksud?

Bila saya sedar saya dikategorikan sebagai introvert ni, saya cuba belajar untuk letak diri saya dalam skala tengah. Bila mana saya perlu bergaul dan kurangkan malu untuk berinteraksi, saya buat. In fact, saya berjaya. Kan, saya dah cakap korang kena tahan muntah. Hahaha.

Nak berubah atau tak?

Jadilah introvert ke, extrovert ke, versatile ke manusia memang perlu berubah. Berubah untuk jadi lebih baik setiap hari, bila kita buka mata tengok notification Whatsapp tu. Mungkin boyfriend baru reply whatsapp.

Kita awesome dalam cara sendiri.

=)


Tuesday, June 23, 2015

6 Kesilapan besar yang dipandang enteng oleh pengantin



Alhamdulillah, sudah melepasi 3 bulan bergelar isteri dan saya bahagia dalam bergaduh manja dengan suami. Banyak yang saya ingin kongsi dengan pembaca blog ni pasal majlis pernikahan saya yang lepas dengan harapan ada manfaat untuk bakal-bakal pengantin terutamanya perempuan.

Majlis yang serba sederhana sekadar  cukup untuk meraikan keluarga dan saudara mara itu, syukur berjalan dengan lancar lagi penuh kebahagian dan settle sekelip mata je. Itu yang rasa tak puas nak jadi pengantin tu.

Sebelum berkahwin, saya dan suami sama-sama telah setuju untuk meminimumkan perbelanjaan untuk majlis perkahwinan. 

Pertama, tidak mahu saling membebani. 
Kedua, tidak mahu membazir. 
Tiga, kami bukan golongan pak menteri. 
Dengan harapan majlis yang kami buat diberkati, itu yang utama.

Suka untuk saya (dah macam pengacara majlis pulak) share dengan pembaca semua beberapa etika, eh, beberapa perkara yang saya aplikasi di majlis perkahwinan saya yang sebelum itu banyak sangat saya tengok orang buat. Yang mana, benda itu sangat mengguris hati saya sebagai saudara seislam. Ouch!

Baju pengantin

Kalau anda memang bernikah masa umur 13 tahun dengan berat badan 30kg saya rasa saiz xxs tu memang layak untuk anda. Malang sekali sekarang ni kita sedang bercakap pasal kewujudan segelintir pengantin yang masih selesa atau redo badan mereka dibaluti busana mengerlip . DIBALUTI. Girls, kita kena sedia maklum, kebanyakan butik pengantin, baju yang mereka sewakan tu, memang dibuat khusus untuk menampakkan bentuk badan kerana mereka percaya pengantin wajib seksi. Sudahlah mahal, ketat lagi.

Saya sangat bertuah kerana kedua-dua persalinan, cewah, dijahit khusus oleh mother sendri. Jadinya, saiz ukuran dapatlah dilonggar-longgarkan untuk menutupi bentuk badan dan Alhamdulillah direstui suami pada kali pertama melihat. Ahaks.

 Bulu mata palsu

Yang ni paling saya bersyukur walau kadang-kadang mengada dengan suami cakap tak cantik masa kawen. Pakai bulu mata palsu tu haram. Bukan cukur kening je haram, girls. Juru make-up pertama saya sangat memahami bila saya menolak bila dihulur bulu mata untuk makan. Sudahlah, memang dia make up tipis je ikut kehendak saya. Barulah tak rasa macam Lady Gaga.Gambar ada sebelah atas kanan tu.

Cuma perlu kuatkan iman dengan jurumekap kedua. Berkali-kali dia pujuk untuk pakai. Katanya cantik la, ringan la, itula, ini la dannnnn akhirnya gua menang. Muehehe
Ingat girls, masa hari awak kahwin, pakai baju kurung raya tahun lepas pun awak paling cantik. Tanpa bulu mata palsu.

Inai

Yang ni menyimpang sikit sebab untuk lelaki. Tapi cik tunang, apa salahnya menyampaikan ketidakbolehan para lelaki berinai untuk kahwin. Inai itu perhiasan wanita. Geli eh orang laki merah jari macam kena cili sos. Alhamdulillah suami saya tu walau bukan pak ustaz, celik juga agamanya. Ada juga saya test dia suruh pakai inai. Mahu cancel nikah kalau gatal dia nak pakai =)

Tudung, shawl, selendang atau tudung saji

Kalau bukan pasal nikah kahwin pun, masih ramai kawan-kawan kita yang belum (insyaallah tak lama lagi dan kita sama-sama belajar) yang membiarkan tudung dipakai diangkat sehingga nampak leher dan dada atas tujuan nak tayang rantai dan perincian manik di baju. Mungkin kita terlepas pandang sebab syok sangat disiapkan oleh mak andam kan, tapi cuba untuk kawal pemakaian kita okay, girls?

Terlepas pandang jantina jurumekap dan jurugambar

Jap. Bagi saya terang dulu. Saya telah ditazkirah awal-awal oleh suami untuk tempah jurumekap perempuan. Ui, tidaklah mahu lelaki. Malu i. Kalaupun masa mekap tu kita pakai tudung dan menutup aurat (semata-mata nak jurumekap lelaki dek dia tu popular) macam 0.00001% je yang jurumekap tu takkan pegang muka kita kan?

 Lagipun, dalam Malaysia ni berlambak makeup artis perempuan yang professional dan bagus.Lagi, tak perlu nak biar jurugambar lelaki anda snap gambar anda tengah makeup. Bukan boleh buat tutorial pun.

Membazir

Part ni terlalu objektif dan subjektif. Saya akan kongsikan apa yang saya buat untuk elak pembaziran masa majlis kahwin pada entri akan datang. Insyaallah.

Ini cuma perkongsian daripada saya. Yang baik boleh jadikan teladan, Yang salah tu kita perbaiki =)

Nak dapatkan rumahtangga till jannah macam korang tulis dekat caption gambar ig masing-masing tu, kena mula dari masa majlis lagi tau. Oh bukan, kena mula seawal perkenalan lagi.

Kata nak till jannah.

Friday, June 19, 2015

Rahsia bazar Ramadhan




Assalamualaikum



Actually, antara benda yang seronok time puasa tiba ni adalah kewujudan bazar-bazar ramadhan setiap 2 kilometer jarak. Tapi dalam seronok tu, bazar ni sebenarnya adalah satu ujian untuk kita. Meh nak explain secara santai ujian tersebut. Hee..

1. Lambakan makanan. Yang ni memang semua orang tahu. Bermula dari sirap selasih sampailah ayam golek. Semua yang dipandang tu semua nak beli. Beli, kemudian makan sampai habis tu tak apalah, ini beli kemudian masuk peti ais. Malam raya baru teringat ayam golek beli masa awal puasa tak makan lagi. 

Tapi, jenis hantu raya semasa buka puasa pun tak elok juga. Siang hari punyalah menahan diri kan, alih malam? Ramadhan tu bukan masa siang je tau.

2. Fitnah. Berdasarkan pemerhatian bekas pengunjung tak tegar pasar ramadhan ni, kadang tu sakit pulak mata melihat sesetengah pengunjung bazar ni pakai tak cukup ela. Dari rupa, sah Melayu. Islam belum pasti. Tapi situasi ni mungkin tak nampak sangat.

Eh, tak puasa pun sama je lah!

3. Peniaga duit raya. Some bazarnes (peniaga bazar. Hehe) adalah dari kelompok bermusim. Meaning that, mereka berniaga setiap ramadhan je. Mungkin cari duit lebih atau mereka memang genetik macam tu. Asalnya perbuatan mereka langsung tak ada salah lagi digalakkan ada la. Masalah yang tenggelam akan mula timbul bila ada di kalangan mereka tak faham konsep meniaga makanan.. Meniaga makanan ni senang je. Pastikan makanan tu sedap dan ada rasa. Sebab yang beli tu manusia, bukan ayam. Tak adil bukan bila jual beli macam tu. Ada lopong kat situ.

4. Yang last ni subjektif sikit. Bazar ni tempat ramai rakyat marhaen. Macam-macam ragam. Takut termengumpat pulak bila tengok orang yang tak baik pada mata kita. Saya ulang, pada mata kita. 

Dah nama pun ujian kan, kona lagu mana pun, berbalik kepada kekuatan emosi kita untuk tempuh. Saya bukan kata tok sah pi la bazaq tuuu. Saya cuma update blog je. Lol!

Selamat berpuasa awak!

Thursday, June 18, 2015

Tips sahur dengan mudah dan cepat



Assalamualaikum

Yeay! Hari ni adalah 1st day saya berpuasa sebagai isteri. Kekekeke. Dan saya pasti awak dan ramai lagi yang status macam saya kan. Seronok la tu. Mesti dah ada 30 jenis menu masakan berbuka dari ayam masak kicap sampai ke beriani ayam lah tu. Ish, puasa lah!

Biasanya approaching 1 ramadan mother kitorang akan bebizi beli ayam la, daging la, sotong la, kerbau la, kambing la, tipu je, untuk masak best-best khas sempena sahur  puasa hari pertama. Bukan apa, nak bagi family selera sikit makan nasi. Iyalah, 5 pagi, merangkak kot nak suap nasi.

Dannn saya rasa benda ni berjangkit pada saya.

So, few days before puasa saya dah berzikir sebelah suami nak masak apa untuk sahur dan come out nak masak tomyam lah. Ha! Tomyam okay. Gigih sangat tu.

So last night, barang untuk masak 3 4 hari termasuk tomyam takn sabarnyaaa nak masak tu dah ready dalam fridge. Dan of course, jam haruslah kita kunci start pukul 3 pagi. Boleh la tahajud sambil tunggu tomyam masak. 

Oh well, 
Hidup tak selalu indah bukan.
Pagi tadi kami sahur dengan tomyam air saja.
Sedap dan menyelerakan.

Thats the sahur story.

Now, back to tajuk.

Kalau sebelum ni bujang, sahur sama ada bangun ke tak tu dah biasa. Tapi tahun ni kalau boleh jangan buka puasa je nak penuh, sahur pun penuhkan lah. Dapat pahala tau.

1. So geng, sebelum tidur, niat sungguh-sungguh nak bangun sahur dan pilih lagu alarm yang ganas atau lagu yang paling annoying bagi awak macam Lagu Aku tanya apa khabar tu. Atau boleh rekod teriakan mana-mana pontianak. Kalau boleh, tukar lagu alarm setiap beberapa kali dan set volume paling tinggi. Lagi, boleh sambung ke speaker. Boleh kejut jiran sekali.

2. Jangan tidur atas katil. Sangat digalakkan untuk tidur di sebelah dapur. Bukan apa, boleh terus ambil makanan. Tambah-tambah yang bilik tingkat atas tu.

3. Jangan buang masa untuk masak. Ye, ye, saya tahu awak memang passion sangat memasak tapi ni tips untuk sahur mudah dan cepat. Kalau jenis prefer sahur light light je, boleh kunyah kurma. Kurma ni letak sebelah bantal ye. Boleh semut join sekali. Dan kalau semut tu islam dia akan azankan dalam telinga jugak. Kalau nak beriani pun boleh siap2 letak dalam pinggan. Pasang salur ke perut. Sambil baring pun boleh makan.

4. Atau awak boleh azam untuk sahur dengan tomyam air macam saya.

Selamat berpuasa 
Jangan marah ye
Haha!





Monday, June 8, 2015

Wide shawl by Charmant: Untuk yang pentingkan keselesaan dan mahu cantik!



Assalamualaikum

Alhamdulillah. After severals month saya dan team buat material hunting, akhirnya kami dapat jumpa material terbaik untuk keluarkan produk kami iaitu Shawl. 

Kami memang sangat concern pasal material sebab kami memang tak akan jual shawl yang tangkap lepas je. Kami hargai anda dan dan akan mahu anda dapat manfaat bila guna produk kami bukab setakat habiskan duit untuk shopping atau puaskan nafsu. Tehhee... 

Material super flowy yang bagi efek elegen bila pakai, masih mengekalkan saiz yang labuh dan lebar serta tidak jarang. Harga affordable untuk semua peringkat umur. Eh, asyik cakap je kan. 

Jom tengok gambar kasi segar bijik mata hangpa semua tetiba cakap utara. Hee




Kalau suka, saya sangat galakkan anda whatsapp ke 0139475834 iaitu saya sendiri. Heee. Stok limited dan selling fast. So saya sangat galakkan anda whatsapp sekarang. I mean, now.

With kasih sayang, 
Ain

Friday, June 5, 2015

Review: Boat noodle

Assalamualaikum

Satu perkara yang best dekat Malaysia ni, selain harga minyak yang macam main-main dengan kita tu, adalah makan. So much of food, you just need money. Hahaha. Sampaikan, 1 of colleague kata, susah nak diet kat Malaysia yang masih aman ni.

Tempat urban terbaru yang menjadi kegilaan masyarakat marhaen yang saya pergi buat case study adalah Boat Noodle. Ya, i know. Bosan. Klasik. Not so new, ain.

Okay. Kita cerita pasal mee.

Tarikan sulung restoran ni adalah harga semangkuk mee yang gila melampau nak murah. Kat mana nak cari mee semangkuk RM1.90 je kau, untuk satu kali suap. Ehem, memandangkan dia ada 4 choices of variation, kita akan order 4. Jom latih otak. 4 kali singgit sembilan, tolak tambah lapan ringgit, tolak lagi RM7.60! 

Jadi, tak murah.


Tapi, pasal rasa, diorang menang. Iyalah, thailand style jarang tak sedap. Dan, tak rugi untuk kita cuba. Memakmurkan varieti makanan negara sendiri apa salahnya.

Dan dapat bawak balik botol air lagi sebagai kenangan. 


P/s: The RM1.90 mee is a brilliant idea. I have no bad feelings towards Boat Noodle. In fact, i love to go again. As i said, i went to do case study, plus enjoying our country goodness.

P/s: Mee dia memng sodap!

Friday, May 29, 2015

Jangan biar facebook memakan akal anda

Eceh, tajuk nak headline saja kan?

Seperti kita semua maklum, tahun-tahun kebelakangan ini dan yang akan datang, mungkin, adalah tahun alam maya di mana separuh daripada masa kita disujudkan kepada smart phone. Memang patut nama dia smart phone sebab orang yang guna adalah stupid human.

Rilex. Jangan nak naik angin lagi.

Bukan semua adalah stupid.

Marah lagi?

Kekurangan skill menggunakan akal bagi sesetengah manusia tu yang menjadikan mereka stupid. Kata ganti “mereka” sebab tak mahu cakap diri sendiri stupid. Hehehe.

Saya sendiri penggemar internet. Ehem. Melayari internet. Sedang dalam tempoh mengawal nafsu dan melatih diri untuk online buat duit bukan makan duit. Tapi, kita masih tak dapat nafikan sisi positif internet dan medium-medium social seperti facebook, instagram dan tweet tweet. Saya sendiri banyak cedok ilmu, buat observation, cuci mata melalui sharing yang ada di facebook, terutamanya.

Malang seribu kali malang, bila kita tak dapat kawal minda untuk bezakan baik buruk sesuatu sharing di facebook, terutamanya.

Banyak kali saya terlalu di shared post, status ataupun update yang penuh dengan aktiviti tagging suami di bahagian komen.

Isu yang dibicarakan biasanya perihal rumahtangga sama ada yang sedikit mengkritik suami, tips atau cara melayan isteri atau seangkatan dengannya. Tidak salah pun isu tu. Penulis cuba educate je.
Secara peribadi, saya sendiri kadang-kadang (kadang-kadang ok) akan baca.

Sedar atau tidak, sesetengah posting sangat biadap apabila mereka (yang suka tag nama suami tu, bukan awak) tag nama suami. Akaun facebook suami. Mana tak biadap kalau kita seolah-olah nak mengajar suami atau menegur suami yang mereka tu tak buat pun benda-benda macam dalam posting atau status share tu SECARA TERBUKA.

Adakah mereka sedang menayangkan kepada seluruh rakyat (macam menteri dah ni) isi pekung rumahtangga. Saya masih terlalu muda bak usia jagung bergelar isteri, tetapi kadang-kadang hal seperti ini pop dalam kepala dan saya fikir, ini memang biadap.

So, pernah buat?


Sekarang boleh lah marah.

Thursday, May 28, 2015

Lamaran yang tertangguh

Assalamualaikum

So, dah kena lamar ye?
Good and tahniah. 
Smile luas-luas emoticon.

Jujurnya saya pernah berimaginasi untuk mendapat lamaran yang romantik. Macam, cincin dalam air ke, semasa candle light ke, suprise lamaran ke, tiba-tiba ma call cakap orang datang meminang ke atau lelaki melutut sarung cincin macam dalam movie tu. 

Lepas tu boleh lah saya feeling menangis terharu sambil "yes i do" kan.



Realitinya, lamaran saya adalah di sebuah kedai makan penuh dengan student USIM, teh o ais atas meja dan saya pakai tudung instant selebet tak pin dan tak ada lagu Mark Adam pun.

Tapi saya masih ingat perasaan malu-malu kucing dan sedikit blushing mungkin ketika itu. Tanpa "yes i do" juga.

Things nya, kita, perempuan, sering berimaginasi tak boleh blah. Saya percaya ini semua kesan novel-novel yang dibaca ketika hormon sedang membiak mula dirembeskan supaya sifat-sifat kewanitaan bakal diserlahkan.

Bila difikirkan balik, mendapat lamaran semanis gula bagai babak filem bukan lah penting, sebab perasaan dilamar tetap sama walau berbeza cara lamaran. 

Tapi yang belum dilamar teruskan berangan-angan sebab mana tahu angan menjadi nyata.


Berangan tu free je beb.


Wednesday, May 13, 2015

A good customer service

Assalamualaikum

Be nice to others. Then others will treat you as you treat them.

Itu filosofi yang benar ya mak bapak sekalian. 

Memandangkan hidup kita ni menyebabkan kita terpaksa berinteraksi dengan makhluk lain, melainkan awak hidup dalam gua, kita akan bertemu bermacam fe'el.

Erm, macam besar skop tu. 
Jom kita breakdown, apa kata kita cakap pasal servis pelanggan atau untuk lebih cepat awak semua tangkap, customer service.

Untuk kecilkan lagi skop, kita bercakap pasal customer service bila kita beli barang okay. 



Sejak saya dan team mulakan projek menjual dan membantu awek-awek memiliki tudung dan shawl yang best serta patuh ajaran Quran dan Hadis, gituuu, saya mula terdedah dengan memberi customer service yang baik terbaik untuk memastikan awek-awek semua happy dan sayang kitorang.

Iklan. Lawati Facebook dan IG: Charmant Hijab dan mention pasal blog ni untuk dapat diskaun. Bahahaha. Eh. Tak tipulah. 

Okay sambung semula.

So, banyak kali sebenarnya saya berdepan customer service yang teruk, samaada seller atau salesgirl/boy tak layan, tak appreciate dan even worst, dia layan saya macam tak ada duit. Fuh..

First senario, ada sekali saya shopping dress untuk event, maknanya saya hunting untuk certain warna la. So, ini ceritanya. Cari punya cari jumpalah satu kedai yang ada dress dengan warna pilihan. Biasala kita mesti tanya harga. Ternampak pula satu lagi dress dengan warna yang sama tapi bila saya tanya harga terus disememeh-memehkan aku. Maksudnya dia gelak dalam hati sambil monolog "tu mahal la bangang, kau tak mampu beli" . Jangan lupa ya apa yang ada di hati kita akan diekspresikan dengan mimik dan gerak badan kita.

Cuba teka harga dress yang tu berapa?
Mahal. 
Mahal dan memang saya tak mampu. Lah sangat.

Second, even worst. Tunang(pada masa itu) dan saya searching for songkok untuk akad nikah until kami masuk ke satu kedai dan ada sepasang baju sanding(sebab cantik sangat) dan untuk baju lelaki tu konsep dia moden plus tradisional. We were so excited dan suka la. Tapi bukan nak beli. Kami dah settled pun untuk wedding uniform attire kami. Jadi, kami tanya harga out of curiosity lah. 

Then again, the boy with the "kau serius ke nak tahu? Mahal ok. Rm3k. Sure kau tak mampu. Dengar pun kau tercirit nanti" look plus senyum senget beritahu harga.

Point nya, itulah customer service yang teruk. Yes. Saya tahu diorang tu pekerja. Tapi pekerja represent majikan. Tengok pekerja pun saya tahu majikan macam apa.

Satu tips saya belajar dari Faisal Abdullah adalah jangan fikir pelanggan tak ada duit. Siapa kita nak tahu duit orang tu berapa juta kan.
Macam senario pertama, saya akan beli dress yang dia kata tak mampu saya beli tu kalau scene tu tak jadi.

Tak rugi malah bakal kita untung kalau tak fikit customer tak ada duit dan offer customer barang lebih mahal atau premium atau mungkin cuba suruh dia beli lebih. 

Bagi saya, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, untuk belajar customer service, saya akan lihat cara orang cina berniaga dan cara mereka layan customer. Mungkin bukan semua yang beri layanan baik tapi semua cina yang memberi servis kepada saya setakat ini better than mereka yang sebangsa dengan saya. 

Be smart, apa yang baik pada mereka kita contohi. Bukan saya suruh pergi join benda yang opposite dengan Islam pun. 


Jangan racist sangat. Nak kutuk cina je tahu.



Tuesday, May 12, 2015

Hatred

Yakni extremely dislike. Dislike tu biasa sangat, macam kau beli nasi lemak dan makcik tu letak sambal bawang banyak. Kau dislike makcik tu tapi sampai point kau tak boleh bernafas ke?

Saya rasa tak. Kan?

Jadi sekarang saya stuck ketat-ketat dalam hatred ni. Up to the point saya nak berdiri depan "hatred" tu tunjal dahi, dan jerit sampai tersembur ayaq lioq bak kata kawan-kawan utara, jerit sangat kuat,

GO TO HELL.






See? This is why hatred is not good for human, because they come with combo, CURSING.

Thursday, May 7, 2015

Aku makin tua, duh!

Assalamualaikum.

Tak tua sangat. Anyway, umur kan nombor je. Bahahaha

So, baru lepas scroll down post 2009 dan serius, saya nak gantung diri dekat pokok jagung. Tak pernah terfikir, saya pernah berbunyi sungguh keanak-anakkan.

Jap!

Bukan ke kita pernah lalu jalan yang sama? Pernah menjadi anak-anak?

Apa ada hal lah post macam haram pun dulu. Hahaha

Tuesday, April 28, 2015

Circle

Assalamualaikum there!

Cuba korang tengok sekeliling korang dengan jarak diameter 1 meter? Awak suka tak circle awak?
Gurau je.

Lately, saya ada bermuhasabah dan sarawak pasal circle hidup saya. Siapa yang kerja sekeliling saya, orang-orang yang saya jumpa, siapa kawan dan lawan. Just for analysis. Dan untuk belajar ubah circle, jadi hanya orang-orang yang positif boleh masuk rapat ke gawang gol.

Asasnya, saya bukanlah seorang yang peramah gila lagi lawa tambah kaya sehinggakan teman keliling pinggang. Saya introvert. Dulu. Sekarang tinggal sikit. Simpan sebab perlu. Awak tahu kan, hidup biasalah penuh dengan manusia yang agungkan perangai syaitan padahal masing-masing ada sifat baik. 

Dan lagi satu, introvert pun ada baiknya.

Circle saya kecil je. Senang handle. 

Pada saya, its good maintainkan die kecil sehingga sekarang. Tapi tak tahulah masa depan, tapi yang pasti, walaupun circle tu ditakdirkan bertambah diameternya, saya cuma manusia manusia positif. Jadi circle saya kekal teguh.

Jangan lupa check circle anda ya!

Friday, April 17, 2015

Mentaliti

Assalamualaikum

Biasanya bila bercakap pasal mentaliti, apa yang kita fikir? Saya? Tak fikir apa-apa. Haha. Ok tak kelakar.

Biar saya jadi kamus dewan korang jap. Mentaliti ni dipendekkan cerita adalah cara kita berfikir. Omaigod? Berfikir pun ada cara ke? Harus ada. Sebab tu kita belajar kemahiran berfikir kritis dan, dan, kreatif? Oh, mind that. Malangnya, belajar cara berfikir langsung tidak membantu kita untuk ubah cara berfikir class D ke class A. Or, saya seorang je yang tidak terbantu tu?

Oh ya. Why am I writing about this?

Sebab kita perlu tukar mentaliti kita sekarang. Sekarang. Sekarang.

Pernah korang study sikit pasal orang-orang berjaya yang paling dekat dengan korang? I mean mungkin bos ke, ceo ko, kawan ke? Or cuba kenal yang glamour seperti Tony Fernandes ke atau Siti Nurhaliza maybe?

Point is, kalau kita betul-betul nak tahu kita akan dapat tahu yang mentaliti orang berjaya sangat berlainan. Malangnya, again, asyik malang je kan, kita tak akan dapat sama frekuensi dan tak akan dapat digest mentaliti mereka sebab kita belum ubah mentaliti kita supaya gelombang tu sama.

Akhirnya, akan keluar lah,
"alah, dia bolehlah"
"rezeki dia"
 dan banyak lagi kata-kata yang dari sekeji-keji bahasa sampai ke sesopan-sopan kata-kata.

Mentaliti boleh diubah.
Cuma mahu atau tidak.

And im still learning to train my brain to think like manusia ciptaan Allah.


Sebab setiap manusia yang Allah cipta adalah sempurna pakej dengan anugerah terindah. Cuma kita yang nak simpan anugerah tu dalam diri atau langsung tak sedar kewujudan.

Saya percaya setiap susuk tubuh manusia dicipta untuk buat sesuatu.

Manusia, makhluk ciptaan paling sempurna, kan?

Wednesday, April 15, 2015

Married. Marriage

Dah 33 hari sejak kami nikah. Dan setiap hari juga, he said he love me.

Oh ya. I think semua orang baru kahwin pun ada perasaan sama kan. Those teruja, excited, senyum sampai telinga dan you know, semualah.

Ada tak orang baru kahwin nangis? Mind the kahwin-paksa macam dalam novel tu.

I did.

Sebab tiba-tiba saya rasa lemas, suffocated. Sebagai isteri kena buat tu, buat ni. Trying to be superb wife. Perfect. Sehingga syaitan datang jahanamkan minda dan perasaan.

Tapi tu dulu. Masa awal-awal kena cope dengan perubahan fasa, tempat, jadual dan semualah.

Satu hal saya belajar dari situ, do things slowly, sometimes kita kena masuk pelan-pelan, let the things datang kepada kita dengan lemah lembut bak angin pantai memukul pipi gitu.

And alhamdulillah, 33 hari dan saya masih belajar.