Monday, December 26, 2016

BRO DIN : Review tempat makan Western sedap nak datang lagi


Assalamualaikum dan helo!

Hujung-hujung tahun ni sempena cuti banyak (habiskan annual leave korang tu) dan duit banyak (habiskan duit yang ada sebab tahun 2017 duit baru. Miahaha) sis nak share tempat makan yang berbaloi untuk korang leburkan laburkan duit dan kenyang.

Tapi ini khusus untuk mereka yang nak cari tempat makan dekat Kelantan tau, kalau korang dari KL pun boleh kalau tiket kapal terbang Abang Tony seringgit pergi balik. Miahaha.

Okay, Restoran (kot?) Bro Din ni terletak dalam daerah Ketereh, yakni kampung sis. Ehem, bila ada tempat makan western ni sis rasa kampung sis dah naik taraf ke kota metropolitan. Erm, yup, sound very cool, eh, terbahasa omputis pula. =)

Bro Din ni baru setahun jagung tapi masakan dia tak mentah macam jagung mentah.


Bagi yang kaki air kuat minum air atau jenis makan lepak berejam. korang boleh order minuman saiz baldi yakni saiz besar. Kalau ikut anggaran normal saiz "baldi" tu boleh minum 3 ke 4 orang. Jimatlah sikit order 1 air je padahal kedekut

Untuk menu air, Bro Din amalkan konsep air biasa-biasa je. So, tak payah feeling nak order sirap merah berdarah hatimu okay.



Semua maklum yang harga makanan dekat negeri sis ni biasanya berpatutan.

Dan rasa makanan pun korang kena maklum, memang sedap, lagi-lagi dekat Bro Din ni.

Kalau bab harga dan rasa, Bro Din ni wajib jadi tempat wishlist korang untuk tahun 2016 sebab tak rugi dan tak sakit hati. Tapi kita kena faham tiada manusia yang sempurna apatah lagi kedai makan. Memandangkan Bro Din ni berkonsepkan open air agar pelanggan dapat makan secara santai dan mereka jimat duit bayar bil aircond ;

Mereka kurang lampu, dan tempat ni agak gelap susah nak cari bawang untuk asing sebab sis anti bawang.

Tapi sis optimis yang lepas dapat sale ribu-ribu, mereka akan terus beli lampu spotlight  untuk menerangi hatimu yang gelap. Cia cia cia. Okay tak kelakar.


Dekorasi (dah macam deco rumah pula) menu nampak bersahaja dan biasa tapi unik selling point Bro Din ni chicken chop harga menangis kalau tak cuba.


Penggemar bebola daging boleh cuba cute meatballs with cute price ni. Memang alahai comel je kau tengok meatballs ni bila pelayan datang hantar ke meja. =)


Menu kat atas ni namanya Chicken Roll. Sedap. Bila makan yang ni feeling tengah diet dan seolah-olah tengah amalkan makan sihat sangat. Entah.


Argh, lapar pula menaip tengok gambar makanan ni.

Jadi, untuk sesiapa yang rasa nak cuba western food sedap lagi murah harganya, boleh cuba Bro Din ni. Walapun ramai pelanggan, servis mereka still pantas dan korang tak akan bertukar menjadi Hulk kalau tengah lapar gila okay.


Mesti korang nak tahu yang paling sedap kan?

Paling sis suggest adalah lamb chop. Serius, sikit pun tak auta walaupun ini review tak berbayar, yang lamb chop mereka sedap.Buktinya, korang dapat lihat airliur korang tengah meleleh tu. Miahaha.

Overall, Bro Din adalah tempat yang wajar untuk korang pergi lepak dan makan kalau korang nak makan ramai-ramai (gathering sekolah ke, gathering group whatsapp ke, meeting MLM ke) sebab kalau kena belanja tak adalah korang menderita makan mee segera tunggu gaji.

Selain itu (macam rumusan karangan, cikgu BM sis mesti kagum ni) ambience (alamak, tertaip bahasa ibunda pulak) tempat ni sangat cool sebab natural aircond, lighting pun ala-ala cahaya lilin sebab guna natural cahaya iaitu cahaya bulan, miahaha.

Dan pelayan yang bersopan-santun.

Apa lagi yang kita perlukan daripada sebuah tempat makan kalau bukan semua kat atas?


Sunday, November 20, 2016

Snap and save!

Assalamualaikum dan helo!

Sekarang ni senang gila nak mampus nak tangkap gambar. Senyum, sengetkan kepala sikit, pastu klik klik. Dah ada sekeping. Tak puas hati? Repeat je dengan angle lain pula agar muka tampil runcing. Miahaha.

Tapi masalahnya makin hari makin banyak gambar selfie dan phone storage pun menipis. #sedihsangat

Since all those pictures ada kisah sendiri haruslah kita simpan baik-baik dan tak delete  kecuali lepas gaduh dengan boyfriend memang habis gambar kau aku delete barulah puas hati.

Meh saya share beberapa idea senang lagi sap-sap soi untuk korang pastikan gambar-gambar kenangan korang tu tahan lama, eh, tahan sampai anak cuculah kan, nanti boleh la tunjuk yang korang pun lawa meruncing masa muda. Miahaha. Honestly, memang gambar ni sebenarnya sangat memorable, tak dapat dinafikan. Bila tengok gambar yang 5 to 10 years back, rasa sayu dan lucu je. Alamak, teremosi pulak. Ni yang malas ni.

Memandangkan hanphone korang storage 512GB je (hahahahaahaha kata kat orang padahal kau pun sama) sesekali tu korang aplikasilah tips clear storage handphone. Transfer gambar korang tu melalui pendrive ke laptop ke, PC ke, harddisk ke, tupperware mak ke atau disket.


At least kalau handphone hilang, nazak atau kena curi (choi!) ada backup kan? Taklah korang menangisi kehilangan gambar selfie bersama Fattah Amin itu. Buat backup 10 salinan pun tak apa la. Miahaha.

Seterusnya, kalau korang suka deko rumah atau feeling balik rumah menatap insan kesayangan di dinding rumah, korang boleh print dan letak dalam frame. Yang ni best! Bukan setakat boleh simpan gambar, siap merawat rindu lagi. Okay tak ada kaitan.


Alang-alang ni (bukan alang adik kau) saya nak share websites untuk korang print gambar dengan murah (if ada sale atau offer, sebab tu kena rajin tengok) supaya korang yang malas itu tak perlu keluar cari kedai ada logo Kodak atau Fujufilm.

PIXAJOY REVIEW

Percaya tak saya pernah print gambar 40 keping dengan harga RM8.80 jewww? Ha, itulah! Lainkali baca blog ni sebab saya selalu share mana nak cari benda murah. Miahaha. Korang boleh google PIXAJOY okay, nanti kat sana pandailah explore. Berat nanang lah nak suap semua. So far, memang Pixajoy ni best dan kualiti gambar pun cantik.

PHOTOBOOK REVIEW

Mesti ramai pernah dengar kan? Actually dekat Groupon selalu bagi baucer. So kalau rasa nak cetak gambar boleh try servis diorang. Saya pernah guna. Macambiasa memang ambil time-time harga meroyan sajo. Servis bagus dan email pun sepantas bersin korang je diorang reply. I like orang kerja laju ni.

Wokey, cukup dua jelah websites ya. Kalau ada lagi korang share kat ruangan komen.

Seterusnya, dah lepas cetak gambar tu, susun la cecantiks dalam album macam saya ni. Hihihi. Time moody gaduh dengan laki, boleh la membelek album sambil berjuraian airmata. Best tak?



BERITA BAIK WAJIB BACA!

Dah rupa iklan pula. =)

Since korang dah penat baca post saya ni, saya nak bagi PENDRIVE SECARA PERCUMA atau pendrive free! Alamak? Yeke? 

Betul,,, dengan syarat simple mudah nak mati aih,

1. Pastikan follower blog ini tau
2. Share post ni dekat wall facebook korang dengan caption menarik gila sampai orang nak klik link itu.
3. Bagi link facebook yang korang share post ni kat bahagian komen.

30 November saya akan pilih siapa yang bertuah itu.

Erm, nak tak pendrive ni?

Share post ini sekarang!

Tuesday, November 15, 2016

Apa itu PENGHARGAAN?

Assalamualaikum dan helo =)

Petang ini aku mau ngomong pasal penghargaan. Kamu baca aja ya. Kasihan loh sama aku nanti syok sendiri pula =)

Hehehe.

Macam baca blog Bunga Citra Lestari tak? Tapi saya pun bunga juga. Bunga lawang.
Miahaha.

Baiklah, rasa macam dah lama tak tulis pasal motivasi (alah, korang hadap jelah walau tak bermotivasi)

Tercetusnya idea (walaweh! Macam karangan SPM! Menangis cikgu BM aku baca ni) nak tulis pasal ni sebab gambar kat bawah ni. #senyumhappy




Sebelum saya meleret, meh saya intro dulu amoi lawa ni siapa. Kebetulan pula nampak video dia di   jam dinding terus berdetak ahhh  facebook. Wow! juga masa tengok page dia. Rupanya orang glamour. Dan selalu share video best gila. Dan kau bayangkan over react nya saya ni bila dia reply comment saya. Ya Allah korang, icon love je pun. Entah-entah admin.

Bukan itu isunya.

Isunya adalah bagaiman terasa dihargainya saya ini. #cubitpipibagisedarinibukanmimpi

Nampak tak betapa memberi penghargaan kepada manusia itu sangat superb macam kita adalah superhero Marvels?

And benda ni buat saya mencetuskan idea lagi, which is;

Untuk kita lebih terang dan mudah tangkap, saya pecahkan kepada beberapa point. Bolehlah ambil pen atau kapur barus  untuk catat ya anak murid. Takpe, cikgu tak suruh padam papan hitam pun.

1. Hargai makpak kita

Bia dah dewasa dan berlakibini ni, kita sebagai anak tend to sibuk dengan facebook la, sibuk nak share kes viral la, sibuk prank najib la  kerja, komitmen and few more malas nak taip nanti habis ink. Kadang terlupa makpak kat kampung atau berhampiran taman perumahan sebelah. Jom kita hargai mereka gila-gila.

Macam mana? 

Banyak sangat caranya dan setiap anak ada cara sendiri. Saya biarkan korang cari idea sendiri. Kamon, jadilah kreatif sikit. Iphone 7 banyak lagi kat kedai. Eh.

2. Hargai suami / isteri kita

Yang ni mak suka uolss. Rasa nak tag laki sendiri macam yang korang suka buat tu  biar dia rajinlah sikit bagi bunga tahi ayam ke, bunga lawang ke, bunga telur pun sis okay. Kekadang rasa malu dengan diri bila terlepas pandang kebaikan suami kan? Apalah susah sangat nak say I Love You sambil scroll down Lazada tu kan?

Actually (cakap omputes sikit biar bunyi ilmiah) kita boleh baca dan google cara nak tunjukkan / show penghargaan kita kepada pasangan, cuma kita perlu sesuaikan ikut keadaan dan pasangan kita. Kalau suami ni kan, mereka bukan jenis kebendaan sangat macam kita (hihihi. Ngaku je korang suka hadiah kan?), Jadi, pandai-pandailah kita mengadun rencah okay?

Laki korang, bukan laki aku. miahaha

3. Hargai kawan

Belanja mekdi seminggu sekali kot?
Atau offer pelan insuran yang korang jual?
Eh?

4. Hargai client / customer / pembeli

Ha ... ini yang Xandri Ooi buat. Kalau korang kebetulan berbisnes, ini adalah ilmu bisnes wajib dengar. So, baca baik-baik. Free je sis bagi ni. Tak payah bayar ribu-riban atau title doktor, eh. 

Ramai orang nak bisnes, tapi lupa nak belajar macam mana nak bisnes.
Mereka ingat bisnes ni just promote barang. Lepas orang dah beli, okay goodbye. Siap.

SALAH TU NGOK.

Orang yang dah beli dengan kita tu bakal jadi follower kita, raving fan kita, free referral untuk bines kita IF mereka terasa dihargai which is mereka suka dengan kita.

Saya kongsikan beberapa cara mudah untuk korang apply kalau korang guna platform media social untuk berniaga ya.

REPLY KOMEN AND LIKE SHARING MEREKA

Kita nak orang 'like' post kita kan? Rajin-rajinlah like orang juga. Spend beberapa saat untuk respond kepada status / perkongsian mereka. Give and take. 

Kalau buat status pula, rajinkan diri untuk tag nama mereka (kalau berkaitan la, takkan post pasal suami nak tag juga, melainkan korang nak lamar diorang jadi madu. Hahaha) dan ucapkan terima kasih atau apa-apa yang berkaitan. Ingat, jangan main hentam kromo, pastikan ikhlas. =)

SAY 'TERIMA KASIH "

Eh, macam dah cakap pulak kat atas tu. Hehehe.

PUJILAH SIKIT

Tampar bertalu-talu pipi sendiri kalau kata tak suka dipuji. Kakak dan adik sekalian, lumrah dan fitrah manusia ni suka nau dipuji. Kembang setaman hidung tu tau. Ha, sambil sembang tu, pujilah sikit customer. Pujian ni power tak power boleh ubah mood seseorang dan lagi hebat boleh buat orang jadi lebih berkeyakinan seperti burung-burung di angkasa. Okay, tak ada kaitan.

Saya ada satu kisah. Realiti la. Sis tak main la slot Akasia.

Kita pendekkan cerita, semasa masih bekerja 8 to 6 setiap hari, saya sempat bekerja di bawah 3 orang bos. Chinese bos sebab company cina. Bos semua baik, tak pernah lah kena buli. Cuma bos terakhir yang paling saya sayang, erm, sayang sebagai manusia je tau, hehehe.

Saya suka dengan dia sebab dia membuktikan bahawa memberi pujian kepada orang bawah kita tu sangat bagus. Dia puji sekali, terus saya rasa macam best employee for the year. Miahaha.

Thats the power of compliment and appreciation.

Monday, November 14, 2016

Cendol Retro Paroi sodap: A Review

Assalamualaikum dan helo =)

Siapa kat sini gila cendol durian atau cendol basic? Sebenarnya saya bukan penggemar cendol dan cendol yang saya makan biasanya isi kandungannya je yang selamat masuk perut. Air cendol dipandang sepi dan sendu je biasanya dek sebab;

1. Tawar
2. Tak lemak
3. Tawar dan tak lemak



Tapi, Cendol Retro kat Paroi, Seremban ni memang my pecah rekod. Yihaa !!! Memang happy dan puas hati sebab rupanya memang ada cendol sedap wujud di dunia ni. Miahaha.

Dengan rasa manis yang semanis cintaku padamu, dan lemak selemak lemak di perutmu, kahkahkah memang wajar sangat cendol ni diminati ramai. Dan terus masuk ke carta hati. Bercakap pasal cendol yang manis, korang jangan ingat manis gila pulak. Alah mentanglah sis berdarah kacukan kelantan, terus dicop kaki gula ya.

Manis cendol ni sesuai sangat untuk lidah kita sebab memang justtt nice. Sama macam lemak dia. Isi cendol tu sendiri tak ciput dan kedekut. Okaylah, asyik cerita pasal manis, lemak, manis, lemak je kan? Mesti uols pun berlemak je kan baca post saya. Miahahaha.



Okay sayangness, Cendol Retro ni terletak kat Paroi Seremban. Sebelah SK Paroi. Boleh Waze "cendolku terus ke hatimu". Alah gurau je. Korang semua Waze "CENDOL RETRO" je insyaallah jumpa tau.


Cendol kat sini ada macam-macam varieti okeh. Bukan mekdi je korang boleh pilih-pilih tau. Dan paling best ada juga gerai cekodok si kodok, takoyaki doraemon, char keow tiau jackie chan, lempeng pisang lempang kang, nasi ayam berkokok, mee kari anney sebelah rumah, laksa dan few more. Penatlah akak nak mengingat semua. RAM sikit nih. So, beside korang enjoy the cendols, boleh la grab sepinggan dua menu-menu kat atas tu ya.




Berdasarkan banner depan kodai mereka, katanya Isnin tutup. So korang tak payah gatal mengidam cendol hari Isnin pula. Jenuh nanti tau nak minta diorang pintal semangkuk cendol untuk korang je. Lagi satu, jangan risau kalau rasa nak terkencing dek balun 10 mangkuk cendol sebab ada tandas kat sini. Miahaha.


Dah, tak payah menung sangat, pergilah ajak suami, boyfriend, skandal, pak gad taman perumahan korang tu pekena cendol ni.

Oh ya, harga standard je. Taklah hipsterrrrrr.

Eh.

Saturday, November 5, 2016

Hotel Kobemas, Melaka : Best ke?


Assalamualaikum dan helo!



Zaman canggih #dihujungjari sekarang ni, nak makan senang, nak travel senang, nak shopping senang, nak cari jodoh senang dan nak cari hotel pun senang. Tivago kan ada. Hehe. Memang senanglah bila poket tebal. Tapi kalau not biru yang buat tebal, jomlah kita diam-diam di birai jendela. Miahaha.

Kebetulan pula hujung bulan lepas nak ke Melaka atas urusan kerja, kena cari nearestttttttttttt hotel dengan tempat kerja dan sebab nak hotel untuk tidur dan melepaskanmu bukan mudah bagiku lelah sahaja, kami biasanya mencari hotel yang murah dan selesa. Kalau nak melancong tu boleh cari yang mahal sikit, ada jakuzi ke, kolam ke, papan karom ke, atau padang bola.

Lepas hasil carian di internet, dapatlah jumpa nearestttttttttt hotel dengan tempat kerja tu. Hotel Kobemas, Melaka. Dan namanya hotel tu macam kuih tradisional Melayu buat kita errrr sikit kan? Hotel ni dekat daerah? Ayer Keroh sebelah MITC je, so recommended kalau kakak-kakak dan abang-abang cari hotel kat area berdekatan ya. Kalau kat bandar tu, memang banyak lagi hotel. 




Masa mula-mula sampai (hasil bantuan GPS) ini adalah view pertama korang, kalau korang parking kat depan hotel la. Besar kan? Ye, sebab ini hotel bukan bilik. Miahaha. First impression dah positif, so, lets go and check in.


Meja reception pun besar (penting sangat ke kau nak meja receoption besar? haha) dan receptionist pun muka ada gula. Proses check in smooth dan tak ada drama Melayu. So, lets go masuk bilik.




Tada!

Ini view dari bilik standard yang ada sebiji katil Quenn/King. Prince ke, princess, cinderella, snow white tak ada ya. Bilik bersih tapi tak ada decoration feeling Bali ye. Bilik ada tiles dan tak ada carpet pijak tenggelam kaki. Tapi ada tempat gantung baju, coffee/tea, air minum, heater dan cermin senang untuk korang pakai tudung esoknya.





Bilik agak luas. Ini best sebab kadang-kadang ada sesetengah hotel yang agak murah ni space saiz tikus sangat dan susah untuk cari space untuk solat. Tapi bilik hotel ni luas, boleh jemaah sekali.





Kamar mandi halussss (read:kecil) tapi masih selesa untuk berak dan mandi. Hihihi. Heater pun ada kalau rasa sejuk nau nak mandi pagi tu. Padahal kat rumah mandi air sejuk juga. Miahaha. TV ada tapi saiz comel gilalah kau. Haha. Yang paling geram tu kenapa dia tak gantung tengah-tengah? Ish, ni kalau sis ada OCD mahu roboh dinding tu dek nak betulkan TV. Ada channel Fox Movies okaylah tu buat bunyi bising sikit dalam bilik. =)



Kebetulan booking termasuk makan pagi, so korang dapatlah tengok gambar cafe dia. Actually, kalau duduk hotel, sis suka kalau siap ada makan sebab sis suka tengok makanan bufet tu. Rasa meriah. (Eleh, padahal makan banyak dan si gemuk) Varieti makanan alhamdulillah sebab boleh makan. Ada nasi lemak, bihun, buah, roti dan yang biasa-biasa lagi. Jangan expect ada Italian style la, mamak style la, mak kau style pulak. Miahaha.










Overall, sis nak rate hotel ni 4/5 dari segi presentation hotel dia ikut harga yang dia cas tapi 3/5 untuk harga yang dia cas ikut jenis hotel. Ya, korang pening kan. Miahaha.

Okay macam ni, harga hotel ni kalau bilik macam kat atas tu RM160/night which is agak mahal untuk kualiti yang dia present dekat hotel. Since, ikut pengalaman, kita boleh dapat hotel yang lagi best dengan harga itu.

Tapi, dari segi selesa dan tak ada rasa tak best, hotel ni berbaloi.

Apa-apa pun, trivago kan ada.

Tuesday, November 1, 2016

100comments.com website : A REVIEW


Assalamualaikum dan helo!

Time flies so fast sampaikan dah masuk November dah. Dan kita masih di takuk lama (ha, ambik sebijik, pepatah Melayu sis bagi) dan poket tak tebal-tebal dan mulut tu masih tak habis service (maksudnya masih dok asyik cakap yang negatif la. Ish korang ni, suka tau nak spoon feed. =)

Okay, ni sis nak share satu website yang boleh tolong kita jadi lebih baik menuju 2017 ni. Website ni bukan spam minta korang invite2 bagai yang korang tak suka tu tau.


Cuba google address kat atas tu ya.

Kenapa sis kata website ni boleh buat poket korang sedikit tebal (hehehe) dan korang boleh lepaskan kata-kata nista korang secara bertempat adalah sebab melalui website ni, korang boleh buat review untuk produk yang korang ada dan guna secara positif dan negatif diikuti korang bakal dapat bayaran kalau review tu diterima.

Best kan?

Sambil main lego pun boleh buat ni.

Dan sis dah buat review untuk produk-produk terpilih dan dah dapat payment yang dah selamat pun sis guna untuk shopping. Miahaha.

Amacam?

Friday, October 28, 2016

Pemenang Giveaway: Akhirnya...


Assalamualaikum dan hai!

Okay, thank you so much sebab korang #support dan #sayang (miahaha) saya aka sis punya giveaway. Saya target 1 juta yang join tapi tapi, malas nak cerita. Ish kita gurau jelah. So, muka masing-masing dah macam tomyam kelapa dah tu nak baca siapa yang terpilih kan?

So, saya umumkan *drum roll* pemenang giveaway ni macam gambar kat bawah. Aduh, bosan gila kan pengumuman ni. 

Right after saya decide untuk stop giveaway dan pilih pemenang, saya beritahu suami yang saya nak videokan cabutan nama tapi dia gelak. Dia ingat aku tak tahu ke yang aku tak adalah kuno sangat tak reti guna cara yang lagi berteknologi. Sebabnya saya suka cara klasik zaman nenek kita ni. Tulis kat kertas, gulung dan cabut undi. Classy what?!

Here we go, ada 8 orang yang lucky egg. Tapiiiiii macam saya janji, bila korang join je wajib dapat baucer dari saya sebagai tanda apresiasi saya terhadap korang. Nak guna, korang untung. Taknak guna, korang rugi. Miahaha. 




Kat atas tu gambar hadiah tau. Tapi kalau korang rajin kira mesti korang tahu ada 6 je kan? Sedangkan pemenang utama ada 8. Ini mesti ada unsur pencatutan. Dua lagi tak sesuai digambarkan so, saya senaraikan 8 item untuk 8 orang yang bertuah tu rebut. Miahaha,

1. Shawl warna hitam kalau pakai terus jadi nelopah =)
2. Purse warna coklat yang hari-hari ada je duit dalam tu
3. Purse warna pink sepinki pipimu
4. Purse melon red yang ajaib. Asal buka je duit keluar dan masuk. Hahaha
5. Cotton sock bantu hilang bau kaki dan usb kabel untuk belit leher jinjang
6. Usb kabel yang membantu menyambung cinta kau dan dia chia chia chia dan car charger.
7. Topup RM10 ikut jenis telco mak kau. Hihi
8. Cash RM20 untuk makan kepci

Tada!! Best tak hadiah saya bagi? Jangan ingat tu barang preloved ke barang terbuang tau. Saya beli baru bau kedai tau. 

Jadi, 8 orang kat bawah pleaseeeeee email saya cepat untuk rebut hadiah korang nak. Kekdahnya 1st come 1st serve. Dan pleaseeeeeeeee email cepat sebab after 2 weeks hadiah burn tau. Sis nak latih korang berdisiplin ni =)

Nah, email

aienzunnur@yahoo.com

Oh ya, yang tak terpilih pun sila email untuk saya bagi baucer ya.


TADA! TAHNIAH AWAK 8 ORANG TU!

Saya tunggu tau. Thank you mucho. Oh ya, kalau rasa nak menang hadiah lagi, selalu follow saya tau sebab macam nak buat giveaway setiap bulan jewww.

Bye!

Tuesday, October 11, 2016

Small thing, big value


Assalamualaikum dear (amboi, gatal semacam pulak sis rasa)

Pernah tak korang rasa menyesal gila babi (tak elok maki) lepas buat sesuatu dalam hati. Contoh, korang rasa marah, benci dan dah siap maki dalam hati seseorang tu sebab korang annoy (menyampah) dengan satu perbuatan dia. Tipulah kalau tak pernah. Bajet suci je kan korang. Miahaha

Ni saya ada satu kisah macam kat atas. Ada satu masa, saya marahkan adik ipar saya pasal dia buat saya tertunggu. Saya ni gegirl emo dan tak suka menunggu. Time is money uols, kata orang materialistic macam gua. Miahaha. Tapi, being menantu baik (rujuk post bertajuk "Alahai mertua") saya just simpan elok dalam hati amarah itu. Tambah smileemoticon lagi.

Lepas tu, ada satu momen kecil amat yang terus buat saya menyesal "binatang haram dimakan" sebab tak sabar tadi. Oh my God! Berzikir bertalu-talu menyesali perbuatan diri. Ops sorry, terclif hanger pulak. Apa moment tu?

At the time kitorang keluar pintu rumah, adik ipar saya tu (terasa suci pula ayat macam ni) nak sarung selipar dia dan tersepak la kaki, eh tersepak sikit je pun selipar akak iparnya yang emo, tak menyabar dan materialistik tadi tu. Actually kan, biasala kita tersepak selipar-selipar yang ada time nak sarung selipar sendiri? Alah, jangan perasan suci lagi, macam sis tak tahu kat surau mall tu, korang sesepak manja je kasut, selipar, sandal, heel, kasut bot, kasut bola, kasut boling dan selipar jepun sesiapa time nak sarung selipar korang kan?

Actually lagi, saya sikit pun tak kisah dia tersepak, tapi bila time dia ambil dan susun elok-elok selipar tu DENGAN TANGAN bukan tolak pakai kaki je, habis luruh seluruh musim luruh hati sis korang. Saya touched. Bak kata orang putih.

Small thing. Tapi such a big effect for me. Insaf.

Okay, next story pasal giveaway yang sedang berlangsung ni. Jujur ni nak beritahu korang, tak sangka korang ni baik sangat lap air mata dengan hujung tshirt dan spend masa emas korang untuk join. Dan disebabkan itu, saya akan bagi baucer (baucer apa belum decide sebab kena tulis proposal minta sponsor daripada PM) untuk setiap yang masuk GA ni kalau tak terpilih untuk rembat hadiah utama. Wah kau! Hadiah utama sangat. Miahaha.

Yang bestnya kan, GA ni stop bila hatiku mahu (alah, cakap je bila kau rajin nak pilih pemenang. Miahaha) stop dan rasa happy dengan penyertaan. Untung berniaga, orang kata.

Jadi, sudi eh korang follow sis sebab nanti sis umum kat blog dan gitau uols cara nak redeem baucer. Dont worry, baucer best punya.

Sebab apa?

Im touched.

Dengan effort korang untuk copy paste banner dan buat post kat blog korang. Even sekejap pun tapi still masa korang tu emas tau. =)

So, thank you sayang. Miahaha.

Thursday, October 6, 2016

Time for Giveaway


Assalamualaikum

Petang tadi masa lepak sambil kunyah angin datang IDEA nak buat giveaway pulak. So, korang support la saya ye. Hehehe (gelak manja ni)



Meh nak share hadiah yang bakal saya bagi seikhlas hati tanpa paksaan mana-mana pihak pun.

Syarat join untuk layakkan terpilih dapat hadiah kat atas tu adalah...jeng..jeng..jeng

1. Follow blog ni. Iyalah nanti tak adalah korang terlepas update nama pemenang giveaway. Kalau korang terpilih tapi tak redeem sampai setahun menangis di bucu sofa pulak.

2. Like facebook page 



3. Korang buatlah pos pasal giveaway ni kat blog korang dan share link kat komen tau. Nanti senang la saya pilih pemenang.

Itu je. Senang amat aih.

Thank you support!

[UPDATE]

Sebab ada yang nanyain bila giveaway ni tamat, so giveaway ni tamat 26 OKTOBER 2016 okay?
Cecepat join sebab kalau yang join  30 ke , 1 November tu sis malas layan. Miahahaha

Thank you mucho again!

Wednesday, October 5, 2016

Alahai mak mertua



Assalamualaikum dan kabare?

Setiap hari, saya mesti akan terbaca cerita-cerita negatif atau gosip. Dulu suka jugak (sekarang sikittttt je). Dulu lah. Sekarang dah reti hide, block, unfriend dan unfollow (miahaha dalam kurungan ni maksudnya gelak jahat tau) kureng la sikit berita haramjadah masuk newsfeed. Sucikan akak? Miahaha lagi. Teringat ada terbaca pasal kisah mertua. Oh ya, kalau kisah mertua ni saya refer mertua kepada perempuan saja since lelaki kan "taat" pada mertua sebab tu jarang dengar depa gaduh. Haha.

Okay macam ni. Mula-mula korang kena ucap Bismillah sebab ada mertua. Eh, ada orang tu meroyan nak mertua sebab tu gatal nak kahwin #kahwinmuda konon. Ala gurau je. Touchinglah gegirl ni. Gini korang, isu menantu VS mertua sampai boleh buat drama ni isu basi yang tak akan habis. Jadi, isu yang sebenarnya adalah macam mana kita nak jadi menantu yang baik lepas kau rembat anak jantan dia. Ha, best kan tajuk sis tu? Ada sentap tak? *smileemoticon*



Kenapa nak jadi menantu baik sis? Mak mertua saya tu dah rupa Nyonya Mansoor.

Kalau dah terjadi menantu mereka ni, korang redha sahaja dan janganlah asyik stress. Siapa suruh tak kenal dengan mereka sebelum kahwin. Padan muka. Miahaha. Sebenarnya, dari perangai anak aka boyfriend korang tu, korang dah dapat agak maknya macam mana. Iyalah, dah kalau anaknya tawadduk semacam, mestilah sebab maknya didik dengan baik kan.

Tapi ada beberapa kisah korang baca (sis tak baca tau gosip. hehe) ada menantu yang baik amat jalan kepit tapi mak mertua jahat sangat tau. Alah macam drama kat tv tu jahatnya. Nak pesan, kalau korang terbaca (sis tak baca tau gosip hihihi) apa yang korang patut buat adalah ambil hikmah. Bukan jadi Mak Jemah tumpang maki.

Untuk menjawab frasa bergaris tu, kenapa kena jadi menantu baik, adalah sebab ada Allah suruh kau jadi jahat ke?

Senangkan jawapan saya. Sebab tu mak mertua sayang. Eh, tak ada kaitan.


Macam mana nak jadi menantu baik 



Actually kan, ada seorang rakan kerja lelaki pernah tanya pada saya, macam mana nak ambil hati mak mertua sebab dia nak mengorat anaknya. Aduhai, macam berjurus je kan budak ni. #calonsuami.


Actually kan, teknik yang saya ajar (wahahahahaha dah rupa pakar memikat mak mertua) kat dia tu bolehlah korang sebagai menantu apply juga.

Mula-mula kita kena faham yang sebagai manusia normal bernama perempuan kita ni memang tak nak dan mudah dengki bila lelaki ada perempuan lain. Kita akan jadi tak normal kalau yang kita dengki tu adalah mak mertua kita sendiri. Normal juga kalau kita ada macam rasa "ish sakit pulak hati ni" dekat mak mertua kita. Kita akan jadi tak normal kalau kita mula tak suka dan benci dengan mak mertua.

Ramai sangat perempuan bergelar menantu yang disayangi dan diterima baik oleh mertua termasuk saya miahahahaha gelak lebih sikit. Harap mak mertua aku tak baca. Apa kata korang perati je (kalau korang ada masalah dengan mak mertua la) apa yang dia buat dan macam mana dia layan mak mak mertua dia.

Jangan lawan cakap. Seberapa besar betul pun cakap korang dan sahih salah sangat mak mertua kita, diam je tau. Alah macam tak biasa buat muka kena marah masa sekolah. Biar dia bercerita. Biar dia beritahu pandangan dia. Biar dia mengajar. Alah bukan dia nak check pun korang buat tak macam dia suruh. Erm kalau dia check, mertua korang tu mungkin bekas supervisor kot.

Raikan mereka. Sayang, siapa yang tak suka dirai dalam dunia ni? Sebab tu wujud manusia attention seeker. Attention seeker ni kategori yang tak pernah dapat keraian dari orang tau. Pandai-pandai la raikan kewujudan mertua tu dalam hidup. Amboi, anak dia kau nak kan, jangan makan sorang ye. Secara jujurnya, saya adalah jenis pendiam #kot dan tak reti sangat bercakap dengan orang tua, jadi macam mana nak cuba bersembang dengan mereka? Saya layan cerita diorang sajo dan add on soalan. Lagi syiok mereka bercerita adalah.

Sesekali tu korang beli la hadiah untuk diorang. Lesung batu ke. Set pinggan mangkuk ke. Ataupun beli je shawl. Ha, mesti bergaya kan. Alang-alang tu boleh la pilih shawl kot sidebar sebelah ye. Ada link dah tu. Nanti kita pos je kat mak mertua korang. Miahaha.

Okaylah. Sis nak promo je sebenarnya.

Bye.

Friday, September 30, 2016

Memori Kereta



Assalamualaikum

Beberapa hari lepas, saya berbual dengan anak lelaki saya yang berusia 4 bulan (walaupun dia buat muka toya. Miahaha) masa suami sibuk memandu dan main Pokemon Go kat sebelah. Bonding sessionlah konon tu. Saya beritahu dia yang;

“Sunan, you are in your mummy and daddy’s car. Myvi. Soon, we’ll riding BMdabaliyu okay?”

Dan macam biasa, saya seperti bercakap dengan tiang elektrik je. Takpe, bonding session memang selalu tough. Miahaha.

Here comes my story,

Bercakap pasal kereta, tak pasal-pasal memori 64GB 3RAM saya pasal kereta TURN ON. Liplapliplap. Kalau dari jauh boleh nampak lampu siren atas kepala saya kelip-kelip. Okay tak kelakar. Few times jugak saya buat siaran ulangan kepada suami episod ‘childhood story’  dan salah satunya pasal kereta dan kadang-kadang dia gelak kesian. Hampeh. Patutnya dia sedih okeh!

Dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang tidak kaya, (read: kurang material lebih kasih-sayang) salah satu “aset” lambang kekayaan pada masa itu, yakni kereta, memang tidak pernah saya rasa. “Best” naik kereta tu macam mana ya? (korang baca macam iklan dnars tau) melainkan tumpang kereta orang. Kami cuma bergerak dengan motosikal atau basikal. Kalau ada Bersamamu time tu mesti hit story ni. Miahaha. Unless ada keperluan (yang akan saya ceritakan kat bawah ni) untuk pakai kereta, abah dan ma akan usahakan untuk pinjam kereta dan driver sekali since abah tak ada lesen kereta.

Sejak kali pertama saya masuk hostel sampai daftar universiti, semua proses “hantar anak mengaji” ni dengan kereta orang. Walaupun dengan kereta orang dan kadang-kadang abah dan ma terpaksa redho “dikikis” manusia yang bertopengkan “tolong”, saya tahu usaha dan doa mereka berdua didengar Allah. Bila dah besar dan matang baru sedar dan faham pengorbanan makbapak.

Dek kerana tidak biasa naik kereta, kebanyakan adik-beradik saya memang mabuk kenderaan. Asal naik kereta, bus, lori, trellar atau kren, wajib muntah. Ehem, sekarang tidak lagi selepas menggunakan ubat anti muntah. PM tepi untuk set promosi. Dan sebab inilah, saya benci sangat, amboi hiperbola sangat kau ni, dengan bau bas dan sampai sekarang terpaksa makan something minty (read:ber”mint”) kalau nak naik bas untuk bebaskan hidung dari bau bas.

Satu peristiwa malu dan lucu (malu lagi banyak) pasal kereta adalah pasal seatbelt. Masa di MRSM Gerik, bila sampai time outing, kami student mesti fefeeling nak outing padahal duit ada soploh hengget jeww. Kalau rasa nak cepat kami naik teksi share 4 orang (kepit lutut hulur duit teksi kau!). Yang seronoknya, mesti berebut tak nak duduk depan sebelah pakcik driver, kenapa entah, malu macam tak ada hidung.

Beberapa kali saya terselamat sebab ada kawan yang tak kisah dok depan sebab dia ada hidung sehinggalah one day, saya terpaksa rela duduk depan. Dan hanya Tuhan yang tahu perasaan saya masa itu yang dah maki hamun dalam hati sampai habis airliur dan hati berdegup kencang bukan malu duduk sebelah pakcik driver, alah kalau muda dan hensem macam pelakon korea descendent of the sun tu, berbaloi la jugak degupan hati tu.

Reason UTAMA saya elak sangat untuk duduk di depan adalah seatbelt. Saya langsung tak tahu nak pakai seatbelt macam mana okeh. And I was soooooooooooooooooooo super duper hyper shy to ask how bila pakcik tu suruh pakai. Dan berlagak pandai tarik je tali yang tercapai dan cuba teka macam mana saya pakai seatbelt?

Yes, betul. Saya belit leher sendiri.

And yes, kawan-kawan belakang gelak.

And yes again, saya memang malu macam tengah telanjang.

Tapi, sebab nak control comel, saya buat muka tak ada perasaan dan biarkan je bila pakcik tu tolong pakaikan. Feeling princess ON. Miahaha.

I guess, Allah takdirkan saya untuk duduk di depan bukan untuk buat cerita kelakar, tapi itu cara dia ajar saya pakai seatbelt kot. Taktahu kawan-kawan yang duduk belakang tu ingat atau tak kisah ni, hope taklah. Hehehe.

Erm jangan risau Sunan, nanti mummy ajar pakai seatbelt.

Thursday, September 22, 2016

Banding sana -sini



Assalamualaikum dan hai =)

Macam mana life korang since kita dah nak approach end of 2016 ni? Harapan dan doa saya untuk korang yang selalu baca blog saya ni semoga tahun 2016 adalah permulaan indahnya tahun-tahun yang akan datang. Kalaupun berat idaman masih bau-bau bacang, korang redha jelah.Hehe.

Okay, berbalik kat tajuk kat atas tu (macam biasa, malas nak taip nanti habis ink), kalau korang manusia normal macam sis, banding sana-sini tu sah ada. Bukan apa, kita kan manusia serba kekurangan (klise sangat!) Isunya macam mana untuk kita kawal tabiat suka membanding kita tu dan macam mana kita terima dan hadam sampai lunyai perbandingan manusia lain terhadap kita. Sis faham, gaviscon pun tak dapat legakan sakit hati korang.

ISU-ISU KLISE BAB PERBANDINGAN

1. Paling WIN adalah bab kerja. Sama ada kau kerja dengan Pak Najib atau dengan selain dia (read:sektor swasta) Alhamdulillah kalau kita tak ada masalah dengan orang sekeliling. Tapi awas kalau makpak sendiri, makpak sedara, jiran sebelah atau kawan satu Uni korang pertikaikan kenapa korang tak minta-minta kerja dengan goverment lagi. Ada certain makhluk bernama manusia terlalu "agungkan" kerja di bawah kerajaan dan kalau kerja swasta je dipandang enteng. Aduh, luka hati sis yang belum pernah rasa kerja dengan pimpinan Najib Razak ni. 

Jangan risau kalau korang dibanding sebegini, jawabkan pada mereka tempat bergantung itu Allah, bukan kerajaan =)



2. Masih single lepas 60kali jumpa masa raya. Sis nak cerita lebih-lebih tak ada pengalaman pulak. Tapi berdasarkan luahan kawan-kawan media sosial sis, mereka sebenarnya menyampah kalau korang sibuk banding mereka dengan yang dah kahwin padahal umur sama. Sebab itu mulut kita kalau rasa payah tutup, boleh cuba guna gam cap gajah. Insyaallah bisu sampai kesudah.

3. Terbaru setiap masa isu anak. Setiap masa ada je cerita. Takkan habis selagi tak kiamat. Nak tutup sangat payah mulut mereka tu, sis cadang kalau terkena dekat batang hidung kemek korang tu, korang jelir bertalu-talu je kat mereka. Miahaha.



4. Special untuk gegirl sama spesies dengan sis. Ini dari wanita untuk wanita ya. Gunalah dnars. Memandangkan 80peratus atau tak masa korang tu dengan facebook, twitter atau setegram, mesti hari-hari pelbagai gambar atau sharing yang korang baca, macam sis juga (hehe). Perempuan ni, hobi dia tag pasangan masing-masing atas sebab apa pun tak tahu. Nak tag boleh cuma waspada. Kang dia tag korang ke gambar bakal madu baru reti erti penyesalan menurut kamus dewan.

Tag tu jangan sampai buat suami terasa dibanding. Bukan setakat tag, cerita pasal itu ini pun kena tapis-tapis agar suami terasa nombor satu sentiasa. Barulah bulan depan korang dapat handbag baru. Kita sama-sama beringat ya!

Bukan apa, kang dia tak lepas kunci pulak!

Nak ikutkan banyak, memang bersepah isu perbandingan yang manusia tak habis-habis dok banding. Ambil as a positive way untuk kita thingking (sedapkan bahasa Inggeris terabur sis). Kalau nak bercakap, biar semua perkataaan tu lalu otak dulu baru keluar. Lidah ni tajam. Tak baik lukakan hati mereka. Dan kalau jadi mangsa banding tu, hadap jelah! Miahaha

Akhir kata dari sis, dari sibuk kita banding kau-aku, apakata kita buat perbandingan harga time pergi shopping agar poket kita sentiasa tebal tak terbanding! Gitu!

Thursday, September 8, 2016

Hospital Pakar An-nur Bangi : Bersalin


Assalamualaikum

Lega rasanya dapat buat posting pasal pengalaman (macam soploh tahun dok spital tu jek gayanya) check up dan bersalin dekat hospital seperti di atas (malas nak taip, bazir ink, nanti kena beli baru, ada GST pula). Sebenarnya sis bukan tak ada idea nak buat post (macam selalu tu) tapi sis memang berniat untuk bantu ibu-ibu yang memang tengah google review untuk bersalin di hospital ni.

Kenapa sis ni baik hati sangat?

Sebab sis tahu erti kesedihan tiada review latest pasal hospital ni oleh blogger lain. Miahaha.

Okay, pertama sekali, kalau korang serius nak beranak dekat sini, saya cadangkan untuk korang rajin sikit ke hospital tersebut untuk dapat lebih info, jangan malas sangat mentanglah mengandung. Hey, orang mengandung kena banyak sikit jalan supaya cepat kurus. Dekat sana ada seorang staff yang baik budi pekerti akan tolong dan explain apa yang patut.

Macam hospital swasta yang lain, biasanya kalau nak check in bersalin (macam check in hotel mak kau!) perlu ada rekod check up paling kedekut 3 kali. Jangan main terjah datang nak bersalin pulak. Kalau tak kena halau, mungkin dipandang sebelah mata. Miahaha. Jadi, pandailah gegirl semua agak nak pergi check up start bila. Kalau korang kaya gila boleh full check up, kalau bijak berbelanja boleh buat appointment untuk check up bila dah 7 bulan.

Prosedur

Dah macam tulis report makmal weh. Hehehe. Okay, lepas dah confirm nak ke sana, mungkin boleh ambil masa sikit untuk pilih doktor pakar yang akan handle korang dari cek mengandung sampai nak check out hospital. Kalau tengok pengalaman orang lain, ramai yang cakap Doktor Khamsiah best. Mungkin doktor tu selalu belanja cekelat kot masa diorang datang cek.

Alah, gurau manja je. Macam ni, dekat bahagian mak-mak nak beranak tu ada 3 orang pakar. Jadi, selain doktor Khamsiah, saya tak tahu 2 orang lagi doktor tu macam mana. Mengikut pengalaman saya, Doktor Khamsiah memang baik dan selesa sungguh dengan dia. Siap lepak makan roti canai lagi. Kalau korang tak tahu nak pilih, boleh pilih doktor ni ya! Alah, dah bayar service baik punya, kenalah pilih doktor. Muehehe.

Lepas dah settle, jangan lupa datang temujanji pulak. Ni nak cerita, kalau gegirl boleh datang weekdays, eloklah, rasanya orang tak seramai weekend. Kalau dengan doktor Khamsiah, check up hari minggu memang 2 ke 3 jam menunggu. Mihmihmih.

Lagi, mandangkan korang bayar consultation fee tu, siap-siap soalan nak tanya doktor tau kalau tak, sap sap soi dah setel check up.

Harga 

Ini yang paling korang tunggu kan. Alah, duit berkepuk tu takkan berkira. Hehe. Harga latest 2016 untuk bersalin normal, starting price RM2500. Faham tak starting tu camne kak? Meh saya tolong explain ya. Ambil la pen dan kertas buat catat. The day korang admit je, siap-siap terusRM2500. Balance kira masa nak bersalin. Bukan kau yang kena kira, staff tu ada ha. Saya tahu korang masih excited menatap newborn korang. =)

If korang bersalin bukan secara normal, ambil induction atau penahan sakit dan pilih bilik, harga bukan RM2500. Tapi up lagi bergantung kepada harga 3 item kat bawah. So, rajin-rajinlah berdoa supaya gegirl bersalin normal. Lebih mudah dan jimat sikit bil. Miahaha

Oh ya, untuk monthly dan weekly cek up, harga tak lari RM100 ke RM300 bergantung pada apa yang di cek. Kalau masa tu ad cek darah ke, cek emosi ke, ambil ubat ke, harga akan ikutlah sekali. Dekat resit details ada kalau nak tahu caj yang korang kena. Nanti claim dengan laki gegirl tau.

Hari beranak

Biasanya sebelum bersalin, around 7 bulan tu kita dah siap pack barang kan? Kalau belum pergi buatlah sekarang kalau terberanak kejap lagi, kesian suami korang tu. Kalau nak bersalin kat sini, jangan pening dan memberatkan diri je tau. Bawa baju korang untuk pakai masa check out dan baju baby. Beg untuk bawa ke labour room tak payah sebab nanti baby tu, nurse-nurse lawa siapkan. Oh ya, ubat gigi, berus gigi, sabun pun tak payah sebab semua siap prepared by hospital. Senang kan keje korang. 

Nak tahu pengalaman bersalin kan?

Puas hati dan happy. Layanan nurse dan doktor tak ada yang menyakitkan hati. Staff semua memang perempuan lah ye. So korang boleh layan contraction dan beranak dengan bahagia. 

Rasanya dah cukup ni. Kalau rasa ada apa-apa nak tanya boleh tinggalkan soalan kat bawah ye (lagak macam cikgu kan? hehe)

Bye.

Monday, September 5, 2016

Dilema drama Korea dan Melayu



Assalamualaikum

Helo! Sedar tak sedar (padahal sedar je memanjang) dah masuk September 2016. Dah, tak payah sedih sangat umur korang tu makin bertambah. Umur makin bertambah tapi pe'el ke laut tak ada guna juga rengekan korang tu. Daripada kekal loser menatap graf pertabahan umur baik korang sibuk tambah amal takpun pergilah google ubat awet muda. Miahaha

Okay dah cukup satu perenggan sebagai pembuka. Lulus dah karangan SPM ni. Hehehe. Sebenarnya sejak demam drama Korea kembali hangat sebab ada beberapa series Korea yang walaweh sangat (ni bahasa pasar tau, adik-adik yang nak SPM jaga-jaga tau) dan saya ada banyak masa (alhamdulillah rezeki) untuk menonton segala macam siri drama Korea, rasa terpanggil (cewah!) untuk buat posting pasal drama Korea. 

Apa bosan sangat posting kau ni?

Alah, dont judge a book by its cover dan yang ni dont judge the posting by its title. *smileemoticon*

Pertama, saya sebenarnya gemarkan kedua-dua drama. Korea dan Melayu. Dua-dua bahasa drama akak layan dik, macam dah kaki tangan perut usus drama dah ni. Sebut je nama-nama drama, sahih boleh jawab, kot? Disebabkan saya peminat kedua jenis, maka posting ni tak bias dan pastinya bakal membantu produser drama Melayu (kalau dia baca blog ini)

Kenapa orang suka drama Korea

Bermula dari siri Winter Sonata dan seterusnya sekitar tahun 2000an (tak pasti istilah ni ada tak) rata-rata gegadis yang menggilai drama Korea dek kerana indahnya rupa paras hero drama Korea. Dan ini memudahkan mereka berangan muka bakal imam masing-masing. Dan, berangan muka persis heroin walhal muka kau macam lesung. Selain itu, kalau kita throwback sikit, kebanyakan drama Korea pada masa itu berkisar love story yang penuh dengan aksi sweet bak gula dan airmata. Benda macam ni memang "in" dengan jiwa perempuan, mana tak gegirl tangkap leleh dengan drama Korea.

Tapi kalau kita sedar, seiring dengan peredaran masa dan tahun, drama Korea yang kita tengok sekarang semakin matang dan tidak memperbodohkan penonton. Watak, plot, tema (tema cinta tetap ada) jalan cerita dan nilai dan pengajaran tu ada. Maksud ada di sini adalah: korang patut bangga jadi peminat drama Korea sebab drama Korea sekarang bukan tangkap leleh semata, bro!





Kenapa drama Melayu masih relevan dan tak bersalah

Walaupun ramai menghentam, caci dan maki drama Melayu, korang jangan terlibat sama tau. Tak baik berkata-kata yang buruk-buruk nanti muka korang bertambah buruk. Takut tak? Tahu pun! Tak payah nak sibuk komen perkara tak pekdah lepas ni. Actually, masih ada drama Melayu yang boleh kita layan walaupun banyak yang terlalu klise dan menyedihkan (husband akak bengang pasal drama Melayu selalu nak yang negatip jeww) ceritanya. Contoh, baru-baru ni masa free berpantang, saya sempat ikut drama Bibik-bibikku lakonan Fasha (artis feveret kita ni awak!), Ramadan Terakhir, Mok Cun dan ada beberapa drama lagi yang tak ingat tajuk. Miahaha

Tinggal korang kena bijak pilih je.

Lately ada viral perbandingan drama Korea dan Melayu kan. Actually tak salah pun nak banding ke nak samakan ke, pasal tak ada merugikan saya pun. Miahaha lagi. Cuma isu itu menjatuhkan kredibiliti drama Melayu padahal masih ada filem dan drama orang sebangsa kau buat yang enak ditonton. Drama Korea tu pun bukannya kau tonton semua pun, ada juga yang macam harem pant. 

Itu penting kita kena jadi bijak. Bijak lagi kan.

Ini semua salah drama pukul 7.

Eh.

Jangan lupa share drama feberet korang tau kat bahagian komen!
















Tuesday, August 30, 2016

Kundasang still awesome!

Assalamualaikum

I know lah korang mengamuk sakan pasal posting berjalan ke Kundasang kat bawah tu macam sejenis posting mintak lempang kan? Muehehe. Ada sebabnya saya buat macam tu. Itu kita panggil unsur suspen dan unsur menanti episod seterusnya padahal kau malas taip dah kan.

Okay, bagi meneruskan posting saya before, dah keling sangat bahasa inggeris saya, fokus posting ni tempat-tempat menarik sekitar Ranau dan Kundasang. Eh minah ni, dah kau ke Kundasang je kan, tak kan ajet-ajet London Bridge pulak.

Sebenarnya, selain menjejakkan kaki dan feeling bercinta dekat Desa Dairy Farm tu ada beberapa tempat lagi korang boleh teroka. Cewah! Posting berbaur blog traveloka sangat. Tapi setiap tempat tu jauh, kau jangan berangan nak merentas desa sambil layan pemandangan Gunung Kinabalu. Jangan lupa, kereta sewa kita masih ada kan. He he he. Minyak jangan kedekut sangat isi sepuluh ringgit je. Tiket kapal terbang tadah je bayar, isi minyak kedekut ye. 


Gunung Kinabalu



Menurut gambar kat atas tu, korang boleh nampak kan bentuk Gunung Kinabalu. Masa mula-mula sampai, memang saya mata tak lepas ke atas sebab cari gunung punya pasal, kalau korang drive, jangan buat sewel cari gunung juga mata tu. Seram tak ayat akak? At the veryyyyy first moment nampak Gunung Kinabalu walau jauh gila, masih mampu kagum. Cantik amat weh. Rasa nak peluk-peluk dan diiringi airmata je. Serius, cantik. Subhanallah jangan lupa pulak, asyik selfie jelah korang ni.

So, selama dekat Kundasang tu, nasihat saya kurangkan mata tatap handphone tapi tataplah indah dan hebat ciptaan Ilahi, Gunung Kinabalu. Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu...tinggi...eh terbernyanyi.

Taman 



Feeling pencinta alam jangan lepaskan melawat pokok-pokok di taman ni. Sebab setahun dah lepas, saya lupa taman ni nama apa tapi dalam ni ada starting point untuk daki Gunung Kinabalu. Bukit Broga pun nyawa ikan, ada hati nak tawan Mount Kinabalu ye korang. Macam gambar atas tu, dah nama taman kan, so yang ada pokok dan nama mereka. Wahaha. Kalau korang rajin, boleh explore lebih kat sini ye, actually tempat ni nice, kot? Hahaha. Kot la kau jumpa pokok penawar sikap malas ituuuu.

Air Panas Poring

Ni kalau uols google tempat wajib lawat dekat Kundasang, memang wajiblah keluar nama tempat ni. Kenapa saya bilang macam ni? Sebab itinerary kami pun ikut google. Ha ha ha. Bawak baju spare lah datang sini. Nanti kang balik bercawat je. Masa pergi, saya dan husband dah lemau gila, moody dan rasa nak buat perang rumahtangga kat situ. Tapi disebabkan iman kami menebal, drama perang tak jadi, kami ambil masa rilex dengan rendam kaki dalam air panas tu. Kebetulan ramai orang so every kolam penuh. Tak kuasa akak nak mencemar duli sesama mereka. Kot ada spesis kencing dalam air, macam mana?

#sistakjumpagambar

Sabah Tea

Jujurnya, Cameron juta kali lagi best. Jangan buat-buat rajin datang sini. Miahaha.




Sungai Tagal

Glamour dengan nama panggilan Fish Spa, Korang jangan tertipu dengan perkataan spa tu. Weh, mana ada spa menyediakan pelayan seekor, eh, berekor-ekor ikan yang dah rupa setahun tak makan tu. Sampai ke sudah, kaki saya selamat dari dikekoh mereka. 

Tips untuk masuk dalam sungai cetek gila dengan ikan entah berapa ekor tu senang je. BERANI. Miahaha. Jangan risau, ikan tu nanti gigit-gigit manja makan daki-daki kat kaki korang je. Balik Semenanjung nanti, pasti kaki korang bersinar bak mutiara Sabah. choi!



Memorial Park Kundasang

Dah sampai Kundasang tu bawak-bawaklah belajar Sejarah sikit. Jangan reti main Facebook je, bila ada viral story kau pun komen macam itik pulang petang. Lembap dan buang masa! Memorial park ni cantik sebab ia kan tempat penarik pelancong, so decoration mestilah stok-stok untuk korang selfie atau wefie atau wifi. Sambil berjalan pegang kamera lagak sejarawan, bacalah info-info yang ada diorang sedia supaya nanti IQ korang bawah sikit Albert Einstein. Baru awek cair bro!




Dua keping gambar dari Memorial Park. dah penat dan lapar, wajib makan kan. Maaf, posting ni tak dapat suggest tempat makan menarik Kundasang sebab saya puasa. Miahaha. Okay, kalau korang stay dekat resort yang ada makan sekali, syukur, kalau tak sila makan KFC tiga hari tiga malam. Pekan Ranau tu ada kepci okeh.

Kalau rasa herbivor boleh beli sayur-mayur dan buah-buahan yang berlambak di jual di pesisir jalan raya tu. 

So,

Kesimpulannya, Kundasang ni memang best. Rasa tenang bercuti kat sini. Disarankan untuk yang baru lepas putus cinta, baru kahwin, baru dapat bonus dan baru dapat duit hutang member sebelah. Personally, Kundasang akan mengingatkan saya pada Gunung Kinabalu. Dah kenapa ayat kau macam jawab survey ni?

Kundasang berbaloi untuk dilawati. Dah, gi google website Airasia sekarang.