Monday, October 28, 2013

Book-book

Assalamualaikum

Esok dah start cuti, seminggu, dalam happy nak bercuti pun still dalam otak dok fikir kerja yang patut kena buat. Arghhh. Ini sindrom terlebih rajin kerja atau sindrom tak reti pakai otak. Arghhhh lagi sekali.

So, itu perenggan 1.

Dulu, sebelum mula ada kerjaya (macam cool kan sebut kerjaya instead of kerja) selalu la berangan untuk beli satu buku satu bulan right after dapat gaji. Kahkah. Tapi end up setahun satu buku. Dan yang dah beli pun masih banyak belum baca.

Tapi bookstore memang selalu pergi.

Saya nak mula membaca semula. I mean real book, yang boleh lipat kat hujung sebab tanda, lepas tu letak bawah bantal. Sekarang susah nak cari masa untuk membaca. Sedih dan i really miss the time when i can read a book for the whole day.

Saya rindu buku. Bau buku. Oh.

Tau tak bau buku macam mana?

posted from Bloggeroid

Thursday, October 24, 2013

Berapa kali nak cakap?

Assalamualaikum.

Sebelum apa-apa, jom kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah yang meninggal dekat bank tu.

Sebelum baca yang bawah, saya nak beritahu yang saya amat marah gila @#$% dengan orang yang menyebabkan wall facebook saya penuh dengan gambar dan video yang anda share. Tak, saya tak marah kalau video kucing gemuk tergolek-golek tapi sekarang anda penuhkan dengan gambar dan video berdarah-darah, accident, tumbuk pecah-berderai, tembak pecah kepala dan yang segala-gala yang kejam. Ye memang betul saya boleh hide, tapi fikir logik, sebelum hide, accidently saya akan tertengok dulu.

Hey, korang tak baca entry (http://aienzunnur.blogspot.com/2013/07/foto.html) ni ke?
Saya share every blog post bukan untuk cari glamour tapi untuk share perkara yang pada sisi pendapat saya, itu betul untuk dikongsi.

So please abang hensem dan adik comel, tak ada faedah hatta sebesar zarah pun kita tekan upload atau share di akaun facebook kita berita yang tak ada faedah. Kita semua dah besar, tahu maksud faedah. Kalau tak tahu boleh buka Kamus Dewan Bahasa.

Dan
hei, share video lucu-lucu je boleh?
biar stress kerja lesap.


Rehat

Bila,
Tangan tidak lagi dibadan
Kepala tidak dileher
Kaki bukan di peha

Cuma,
Tepuk bantal
Buka selimut
Pejam mata

Letih itu letih.

posted from Bloggeroid

Sunday, October 20, 2013

Escape Plan

Assalamualaikum

Escape Plan's review.

















Thats all for the review. Thank you. Heh heh.

Jom belajar jurusan pembinaan 2

Assalamualaikum

My best best best evahhhh friend told me, "ala, tak kisahlah la awak, tak ada orang baca pun sebab yang penting awak buat". " Allah nanti bukan tanya berapa ramai yang baca, yang Dia tanya buat ke tak. Itu je". I guess being with him yang pandai melontarkan ayat, kadang-kadang syok jugak.

Okey, so saya tahu course ni bosan dan lame, like, tak ada cerita best ke macam gosip mak jemah atau cerita dalam kain tapi berita buruknya memang tak ada sebab malas nak tambah dosa.

3. Terima pujian "gracefully"
Secara realitinya, manusia sememangnya akan berasa 'besar' dengan pujian. Jadi terimalah pujian manusia lain itu selayaknya sahaja sebab pujian itu bukan yang baik semata-mata.

4. Tengok cermin dan senyummmm
Sesetengah seminar motivasi mengajar kita untuk tengok cermin setiap pagi. Selain untuk perasan comel, bila tengok cermin tu boleh la bercakap dengan diri sendiri. Jangan risau kalau orang lain cakap kita gila pun sebab tip nombor 1 kan jangan pedulikan cakap-cakap orang?

5. Positif
Be positive adalah benda yang paling klise sekali kita dengar kan? Tapi yang ni memang klise yang positif. Jadi positif, act posotif, cakap positif, makan positif, HIV positif dan segala-galanya positif, agak-agak positif tak hidup kita?

6. Berterima kasih dengan apa yang kita ada
Pada kebanyakan masa, akar umbi kepada rasa 'ketidakselamatan' terhadap diri kita sendiri dan kurang keyakinan adalah perasaan tidak cukup dengan apa yang kita ada. Menjadi manusia yang khilaf, memang kita tak akan rasa cukup selagi kita tak belajar bersyukur. Mungkin kita drive kereta made in Malaysia, dan dia made in luar negara, tapi tak usahlah kita feeling miskin sangat sebab mungkin kereta tu buat dia makan megi saja sedangkan kita breakfast, lunch, tea, dinner supper dekat TGI Friday kan?


I would like to end this course sampai kat sini je sebab saya fikir, along the way kita membesar, pengalaman hidup tu sendiri lagi banyak mengajar kita untuk jadi orang yang lagi baik. Berkawan dan bercintalah dengan manusia yang elok, biar kita tetap wangi.

Bye.

Tuesday, October 15, 2013

Jom belajar jurusan pembinaan 1

Assalamualaikum

Hai, bertemu lagi di Hari Raya Korban kita ni. Memandangkan saya berkorban jiwa hari ni, saya nak tawarkan satu kursus yang dipanggil Kursus Keyakinan Diri untuk adik-adik atau abang-abang yang macam saya juga, iaitu kadang-kadang mesti rasa "ish.ish" je towards sesuatu. Jangan risau, itu tanda kita normal. Dan jangan risau lagi, kursus ni at least 5 minit pembacaan je. Yok!

"HOW TO BUILD SELF CONFIDENCE"

1. Kenalpasti "insecurities" kita

Dalam bahasa melayu, insecurities ni, jap nak cek google translation, okey, perasaan tidak selamat. Bila kita nak buat sesuatu, kita terus dibelenggu misteri. Rasa dunia "PAAP!" jatuh atas kepala. Lepas tu rasa semua orang kiri kanan atas bawah pandang kita jelek bangat. Ish. tak best langsung feeling gitu dok?

Apa yang buat kita malu pun adalah insecurity, contohnya gemuk sebab salah sendiri sebab makan macam monster, lonely sebab selalu kena sisih ke atau malu sebab orang lain cantik dan bijak bila kita hodoh dan bodoh. Orang putih kata, bullshit itu semua.

Sekarang ambil pen dan kertas, tulis semua insecurities tu, lepas tu koyak dengan penuh perasaan. Koyak sampai memang jadi kerabu. Koyak, koyak, koyak sampai penuh satu bilik pun tak apa. Situasi mengoyak ni sama macam bila kita marah nak !@$%# dengan boyfriend tu, dan terus segala nota cinta jadi mangsa. Its works. Sangat. Puas hati.

2. Bercakap dengan kawan(s) and cinta hati

Selain korang bergosip pasal Wawa Zainal, Che Ta, jiran sebelah rumah, bos korang, kawan korang, cuba isi slot untuk bercakap benda yang mendatangkan aura positif. Memang dengan mencanangkan keburukan orang buat kita rasa kita perfect dari luar, tapi dekat dalam, Tuhan je yang tahu.

Kalau kita ada masalah kemalu-maluan ni, cuba sembang dengan kawan lunch tu, try dari akar masalah tu. Kenapa kita jadi begini dan begitu. Minta nasihat dan pandangan. Kalau ada masalah lampau, instead of maratapi peristiwa tu, jadikan ia dorongan untuk kita teruskan hidup.

Dengan pakwe atau makwe pun, jangan cuma tahu bertukar sms manja dan menggelikan. Kata nak sehidup-semati macam Alang dan Fatin, so, apalagi tunggu, inilah masa untuk kita membuktikan cinta kita pada si dia. Taburkan kata-kata semangat dan bersamalah si dia menyelesaikan masalah masing-masing.

3. Ingat! tak ada yang sempurna

Tengok Si A je, jeles, mentanglah si A tu cantik dan kaya. Tengok Si B je sentap, mentanglah si B digilai ramai. Tengok diri sendiri, ermmm.

Adik-adik, usah dong pikirin gitu. Sebenarnya, walaupun mata kita nampak orang tu perfect dari atas ke bawah, sebenarnya, dia tak perfect atas ke bawah pun. Tapi tak payah la kita godek yang tak perfect tu.

Even manusia paling berkeyakinan pun ada insecuruties. Itu realiti. Kenapa?
Sebab manusia kan tak sempurna

And, life is full of bumps down the road.







Sekian. Kuliah hari ni. Saya ada 9 lagi coming in.
Bye,

Monday, October 7, 2013

Manis macam gula

Assalamualaikum

Kalau ikut kad pengenalan, saya lahir di Kelantan. Kalau ikut rupa, saya mirip orang bermata biru sikit. Tapi jangan risau, loghat mak bapak tak pernah hilang. And i always always proud to be Kelantanese. Bukan sebab Read Warrior menang bola hari sabtu hari tu tapi sebab it is where i belong (macam lagu Taylor kereta Swift)

Selain bola sepak, warna hijau, kuno, Nik Aziz, Neelofa dan budu, gula pun selalu dikaitkan dengan orang Kelantan. Persepsi masyarakat luar biasanya adalah semua rakyat yang berdarah Kelantan akan letak gula semanis-manisnya dalam makanan mereka.

Yo macha, tak semua okey.

Saya dan adik-beradik adalah antara yang menyokong salah seorang menteri bijak yang menyarankan pengurangan gula bila harga gula naik.

Secara peribadi, memang makanan bahkan minuman masyarakat Kelantan secara generalnya manis-manis belako. Dek kerana saya dibesarkan dalam persekitaran tu, saya boleh telan semua kuih-muih negeri saya. Dari cek mek ke netbak, semua saya hadam.

Tapi itu tak bermakna, bila buat air kena letak 5 sudu gula, bila makanan manis semua saya okey. Contohnya, mc sundae mc donald adalah satu ketul benda yang saya tak boleh accept. Too sweet.

Ke sebab i ni sweet sangat, terus u ol relatedkan manis-manis tu dengan i?

posted from Bloggeroid