Monday, June 30, 2014

Wajah-wajah

Assalamualaikum dan Happy Ramadan!

So, Ramadan datang lagi. Cepatnya masa terbang. Umur semakin bertambah dan mati semakin dekat.

Bulan puasa ni nak cerita apa ye dekat blog? Malas pula nak ulas berita-berita sensasi yang tak berpekdah. Kuasa sangat nak download dosa. Semoga kita sama-sama istiqamah dalam mengurangkan dan seterusnya meminimumkan atau lagi afdal delete terus tabiat mulut jahat kita ni. Fuh!

Okey, Jumaat yang lepas saya pergi Bukit Bintang atas urusan nak aktivate akaun bank sebab juta-juta sen sangat duit dalam tu.  Takut bank kebas. Haha. Okey. Tak lucu. So perjalanan pergi dan balik saya guna perkhidmatan ktm dan monorel. Tak kuasa okey nak drive sesat-mesat cari bank nanti.

Sesat- mesat: Awak tak rasa Kamus Dewan Serbaguna patut masukkan perkataan ni dalam Kamus dia berbanding masukkan selfie dan hasgtag tu tak? Sesat-mesat maksudnya sesat yang melampau sampai rasa nak cabut keempat-empat tayar kereta dan hon bertubi-tubi.

Masa dalam ktm dan monorel tu, ada satu fikiran yang datang. Saya ni jenis yang observer. In a good way mostly. Ceh. Saya suka perhatikan orang lama-lama. Scary kan? Haha. So dalam pada dok perati je depa tu, satu-persatu, saya tengok macam-macam muka dan personaliti yang ada.

Sebenarnya, benda tu buat saya betul-betul, maksudnya betul-betul, betul-betul yang betul-betul, sedar yang rupa paras dan fizikal manusia tu tak penting pun. Tak penting sebab Allah cipta berbagai bukan untuk kita letakkan skala yang cantik dan kacak itu baik hati dan vice versa. Atau asal hodoh je buruk perangai. Atau perempuan lawa bukannya baik pun. Atau 'dahla muka macam pecah rumah, perangai ke longkang".

Tak penting sangat. Penting tapi tak sangat.

Yang benar-benar kita patut concern adalah hati manusia.


Sama ada hitam atau putih.

Wednesday, June 25, 2014

Bila tuan hakim ketuk tukul

Hai dan Assalamualaikum awak semua,

Macam lama gila ah tak update belog(blog). Selalu idea datang masa tengah buat kerja, memang tak dapat nak update. Lagipun makin tua makin diserang penyakit insecurity pulak. Walhal menulislah satu-satunya passion yang saya suka ignore. Macam banyak pula masalah.


Bila tengok gambar adik ni mesti dah dapat agak kan saya nak cerita pasal apa. Tapi kali ini saya bukan nak update cacian dan makian dekat mak adik ni. Saya pilih untuk tengok ke arah sisi yang lainnya. Kalau rasa nak baca ayat cacian rasanya setiap berita pasal adik ni akan penuh dengan kata-kata hinaan pembaca, so, apa kata awak tak payah baca yang tu TAPI baca yang ni. Kurang sikit aura negatif tu. Eh, macam promot blog sendiri pulak.

Jadi, dah rasa hebat sangat bila kutuk sepuas hati mak adik ni?

Logiknya bila kita tengok adik ni dengan dah tak rupa manusia memang kita sakit hati dan sedih. Terus menyumpah mak dia. Logiknya. Logiknya. Logik.

Kebiasaan saya membaca berita akan disambung dengan komen-komen orang dan kali ni (sebenarnya dah banyak kali) "suprise" sangat dengan komen(s) terbabit. Lebih teruk daripada perangai mak cik pakai tudung liplap tu. Kadang-kadang saya tak faham apa yang pengomen itu semua mahukan.

Keyboard warrior tak akan pernah sesuai untuk mereka. Maksud saya, warrior tu kan, well, warrior, bukan loser kan?

Yeah. Memang logik akal mak cik selfie tu tak patut buat anak tu macam tu. Lebih logik lagi kalau awak tak komen secara membabi buta untuk gambarkan kebencian dengan sikap mak cik ada facebook tu. Adakah kita akan rasa kita lebih baik dan sempurna daripada mak cik tu dengan buat macam tu?

Baik ke kita kalau memaki hamun jadi makanan?