Wednesday, January 25, 2012

Typical Malaysian

Heboh satu isu A. Semua blog update pasal isu A. Yang kaki maki dengan makiannya. Yang lagak tahu agama tapi tak pernah amal dengan segala dalil dan hadis yang susah payah dia google. Yang perasan cool pulak mengherdik dengan cara akulah-yang-paling-educated. Dekat facebook, wall penuh dengan share isu A. Belum kira dekat segala laman sosial lain.

Seminggu dua isu A lenyap. Orang kata dah basi. Muncul isu B. Kitaran tadi bermula lagi. Kemudian isu C, D, dan seterusnya.

Bukan hak kita untuk menghukum. Tapi hak kita adalah melihat dan merenung isu itu sebagai pengajaran. Kemudian, yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. Ini adalah salah satu life education. Sebab itu Tuhan cipta manusia pelbagai rupa, perangai, pemikiran dan segala yang menjadikan satu manusia itu beda dengan yang lainnya.

Semua orang tahu "sesuatu yang berlaku ada hikmahnya". Tapi kenapa apply kepada si mangsa sahaja? Bagaimana dengan kita yang melihat? Jangan setakat "kesian" atau yang agak kejam pulak "nasib tak jadi dekat aku". I mean, everything happen for a reason. If you know what I mean.Tuhan anugerahkan minda bukan untuk berlagak pandai tapi untuk jadi bijaksana.


Itu yang sepatutnya.

Tuesday, January 24, 2012

Ubat luka

Bukan luka yang menjemput tangis
Tapi luka yang menjemput duka

Aku pernah diluka pedih
Aku pernah disiat halus
Aku pernah menangis hiba
Aku pernah meratap sayu
Aku pernah jatuh tertiarap


Tapi Tuhan sayang
Lantas Dia hadiahkan ubat luka itu
Pedih
Tapi mujarab.

Monday, January 23, 2012

Otak di kepala lutut

Bak kata orang tua-tua.

Kan before ni cerita pasal pergi MPH untuk setelkan baucer (walhal bukan baucer sendiri, maklum la akak ni bukan duduk universiti lagi). Nak dijadikan kisah (macam langsung tak sesuai frasa ni) MPH tu ramai sangat orang tau. Betul. Ramai macam pasar malam. Hee~~

So, masa nak pilih-pilih buku tu, mesti la kita nak ambik buku tu kan. Kecuali la anda jenis yang usha dari jarak 1 meter dan terus pergi bayar je. Dan masa nak hulur tangan nak ambil buku, tersondollah beg (rasanya la) seorang  yang bernama manusia. Bukan la tersondol, it just tersentuh sebab dah budak tu duduk sebelah. tu je. And I said sorry. Menyesallah cakap sorry. Boleh dia buat bodoh dengan ucapan sorry ikhlas tu. Sakit tak hati? Sakit tak? Tak. Menyampah je. 

Berganda rasa menyampah bila dengar mak dia paggil dia....
















AIN!






Damn! Bak orang putes kata.

Books, as always. I think novel is a correct word.

Sekarang tengah hot sangat bookstore-bookstore yang ada dekat Malaysia ni. Cuba pergi MPH tu je, berderet orang. Tak sangka kan, rakyat Malaysia ni suka membaca. Mana tidaknya, kerajaan kan pemurah. Nah sorang satu baucer RM200. Tapi bukan I la. Tapi bias-bias untuk merasa baucer tu adalah. Hehehe.

Hasil ehsan 2 homosapiens yang masing-masing dah final year, dapat la juga merembat dua buah buku dekat MPH tu. Senyum lebar juga la dapat buku baru. Dan buku-buku yang bertuah tu adalah:

1) Fiksyen 302 by Ramlee Awang Mursyid


2) The Chocolate Run by Dorothy Koomson


RAM (acronym untuk Ramlee Awang Mursyid) ni salah sorang novelis yang I suka. Antara buku beliau yang pernah dikhatamkan adalah banyak (bukan tajuk buku). Malas nak tulis. Ok, ada satu kisah pasal buku yang RAM. It happened during my matriculation (tibatibasahajaspeaking), yang mana one of my classmate cakap yang dia fall in love dengan Laksamana Sunan (main character dalam novel Cinta Sang Ratu). Dan pada masa tu, sebab bengang sangat dia duduk perasan dengan Sunan dia sampai I tengok dah macam kena rasuk je, terus I offered untuk berkenalan dengan Sunan tu. Cinta Sang Ratu dan Bagaikan Puteri adalah antara dua buah novel yang captured my heart and soul dan juga juga ada nilai sentimentalnya sebab I have created memories dengan my close friends dekat matriculation.

I rasa RAM ada buat next sequel (betul ke eja?) untuk both novel tapiiiiiiii, dem ah, lupa tajuk.

Second novel pulak (kalau nak beli sendiri ni memang sejuta kali fikir) pasal coklat yang lari-lari. Ok. Tipu. Novel first yang Dorothy syorkan I baca (kami memang close friend) was The women he loved before. Next, My bestfriend's girl. and the third will be coklat lari tu la.




Ni jela satu-satu novel yang best dekat MPH tu. Percaya tak? yang sebesar-besar MPH tu, ada satu rak je yang letak novel BI. Dah tu sikit pulak. Dan novel yang I beli tu dah agak kedut tapi sebab that the only one yang rugi-kalau-tak-ambik. Novel Melayu gila berlambak.

Kalau anda rasa anda sejiwa dengan saya, this writer tak akan mengecewakan anda. Oh, no, I tak akan cerita how the story goes, tak best la kan. Nanti punah mood nak baca. Dan kalau setakat nak baca sinopsis google ajalah.

Tak sabar nak baca.



Excited!

Saturday, January 21, 2012

New Chapter

Dah tiga minggu kita per balik kerja. Kita letih bila penat, kita bosan bila tak ada buat apa, kita lapar bila dah pukul 12 tengah hari, kita seronok bila jumpa kawan baru. Yeay!

Okey, lepas training dua bulan dekat Genting, Korea hari tu, I started my neext assignment. I thought I was the only and the one yang akan lenggang ke sana but tak. Ces. Penat berangan.

Dan agak berdekad tak pegang all laboratory apparatus, but still remember their names lol, I ingat akan nervous untuk start again. Thanks Allah, tak pun. Biasa je. I love working with them and I know it. Dan, satu makmal besar dan baru tu milik gua seorang. Haha.

Its been three weeks dah pun dan I happy berada di sana. Pray for the best.

Oh, pasal kawan baru tu, ok, normal la kan bila kita pergi tempat baru dan jumpa orang baru. Dan bila kita dah kenal-kenal, kita akan address mereka tu sebagai kawan. Salah satu perkara yang kita patut buat selama kita bernafas lagi adalah sentiasa mencari kawan. Pernah dengar kan kawan biar beribu, berkasih biar satu. Orang selalu kisahkan ayat dekat belakang, sebenarnya dekat depan tu pun maknanya dalam. Percayalah, kita tak akan bahagia kalau hidup sendirian.

And find a good one. Ya, bukan senang, tak juga payah. Be nice to people (bukan bermaksuf let them pijak-pijak kepala), people will do the same thing to us. Orang kata karma. Simple. I berani cakap sebab I tahu perkara ni betul. Dah macam pakar pulak ye. Tapi betul la. Hehe..

So, jangan sombong sangat (sombong tu perlu juga ada dalam diri) dan perasan bagus. Orang menyampah dan meluat okey.
*Tiba-tiba emo*

Friday, January 20, 2012

Pastikan yang betul saja.

Assalamualaikum!

Ally Iskandar dah jadi suami orang-semoga bahagia sokmo
Yang pergi tak kembali, Izwan Pilus.

Ok. I am not going to explain or typing a post about that. Obviously la. Susah payah I dapat mengupdate belog, please lah nak cerita pasal perkara yang google-je-dapat.

A longing towards my kejap-update-kejap-tak's blog dah mencapai tahap 100 darjah celcius. Sebenarnya, bukan tak nak cuma (cuma) sibuk. Tipu.





Ok. Menatap skrin laptop sungguh menyakitkan
Macam vakum je idea diserap.


Kecewa.