Friday, July 20, 2012

Selamat berpuasa semua!

Untuk yang berpuasa je.

Assalamualaikum!

Sebenarnya broadband ni dah exceed usage limit. Hahaha. Sebabnya hari minggu hari tu, saya dah buat gila tengok drama Korea online. Online ok. Dekat Mysoju. Bukan satu tapi dua. Hahaha. Tak apa, sebab movie tu best sangat. Memang puas hati. Walaupun terpaksa pendam niat nak online sebab memang sangat perlahan internet. Mungkin dia naik bus, atau lebih tepat, KTM. Err.

Satu Papa The Movie. Cerita dia best sebab yang tak dapat dielak adalah kerana kecomelan dan kelawaan pelakonnya. The kids dalam tu pun comel yang amat. Ekceli la kan, kalau muka lawa tapi cerita tak best pun jadi tak best. So, jalan cerita sangat interesting.

Dua, Penny Pinchers. Sebab pertama pilih adalah sebab sebab lead actor dia Joong Ki.Siapa tengok Running Man sure tahu flower boy ni. Cerita dia pun bukan tahap fail-menyesal-buat-habis-limit-broadban.

Lepas ni mungkin bertaubat. Sedih tau tak dapat blogging dengan hepinya. Tapi tak menyesal pun sebab dua-dua movie best!

Oh ye, saya nak letak poster those two movie, tapi itu cumalah impian di habis limit broadband.

Ok, tak usah la kita cerita pasal korea-korea ni. Bulan Ramadan ni saya ingat nak jadi baik sikit. Buat entry pun yang islamik-islamik je. Barulah dapat pahala sikit dok? Bulan puasa macam ni la nak grab as many as can. Rugi kalau sebulan berlalu macam tu je. Bila dah sampai hujung-hujung barulah rasa menyesal Quran tak baca banyak-banyak. Terawih banyak lompong. Sahur banyak tinggal. Buat pahala kadang-kadang. Tak ada orang lain. Saya la tu.

So, tahun ni, saya dah azam nak baca Quran banyak-banyak. Terawih tu kalau boleh nak jadi rajin sikit. Solat pun nak jaga betul-betul. Sahur kalau boleh tak nak tinggal. Saya pelik bila ada orang yang remehkan sahur. Yes, sahur tu bukan wajib. Tapi sahur tu yang membezakan puasa orang Islam dengan tak. Lagipun dalam sahur tu ada barokahnya.

So, sama-samalah kita bangun sahur ye. Lepas sahur boleh terus Subuh.

Selamat berpuasa. Jangan fikir nak raya je tau.


Saturday, July 14, 2012

Hari Sabtu

Assalamualaikum

Hari ni Sabtu. Haappy Weekend! Fuh. Sekali hari ni, saya jadi surirumah. I love this Saturday!

 (cover sebenarnya jadi loser-again~~~~)

so, hari ini sebab saya free sepanjang hari, saya dapatlah kerjakan rumah ni. Maklumlah, asala weekend je, memang sayalah yang kena tinggal jadi bibik dekat rumah yang indah ni. Hari ni je dapat bersihkan bilikku syurgaku dengan ruang tamu plus dapur. Er, dapur yang tak berapa dapur. Seringhiusly, saya tak faham kenapa rumah ni design dia with no dapur. Dapur tu penting okay. Lagi-lagi untuk pemilik rumah yang berlagak chef kadang-kadang.

Alang-alang nak cuci bilik, biar cuci betul-betul. Tak tinggal sekelumit pun habuk. Berkilat. Dengan tingkap pun gua lap. Oh, tingkap tu sebab saya baru perasan yang kotor sangat lepas jadi jamban kepada burung-burung. Al maklumlah ye, tingkap aku ni rumah kau kan burung?kan burung?kan?kan???

No wonderlah, rumah belakang tak pernah buka tingkap. Masa mula-mula tu, saya macam curiouslah kenapa mak-makcik tak buka tingkap. Tak tahu ke makcik oi, kita kena ada air flow dalam bilik yang ,acam closed area tu.

Burung tu patut tinggal dalam ni. Bukan bertenggek dekat tingkap saya!


Atau duduk dalam ni je. Jadi burung didalam sangkar
Atau sebenarnya rumah diorang ada AIRCOND? Yang mana, I dont have. Ah!

Mawar Sekuntum

Buat teman yang bernama cinta.

Acapkali kelatnya mimik, pahitnya senyum
songsang bicara,
Kadang aku terleka, terbuai lembut bicaramu
Lantas yang rapuh itu terguris

Aku mahu kau ertikan. Itu bukan benci.Itu kasih yang sering aku simpangkan
Sungguh tanpa niat.
Bukan kejam menitip duka.
Itu aku lemas dalam lebatnya emosi.

Tersungkurnya aku, tangan kau hulurkan. Itu harapku
Bila awan melindung sinar, nyalakan pelita marak. Itu impiku
Aku bukan matahari, menyuluh langkah halamu
Aku bukan pelangi, senyumkan duniamu

Aku cumacintapadacintakamupadaaku.

Monday, July 9, 2012

The Amazing Spiderman-SUPER AMAZING!


Assalamualaikum.

Weekend baru ni sangat hectic. Saturday awal-awal pagi (tengah-hari jugak sebenarnya), saya dah gerak ke Rawang untuk uruskan sesuatu. The Beginning of Responsibility, i guess. Semoga urusan tu dipermudahkan. Amin. Tapi sebelum tu, dah alang-alang sampai dekat Kajang, makan sate Kajang. Sate Kajang ni boleh jadi salah satu fav food juga. Ekceli kan, semua makanan pun fav saya. Heee.

Dulu satu ni 60 sen secucuk, gemuk-gemuk pulak tu. Order 5 cucuk dah full perut. Tapi sekarang dah naik seposen, pastu makin kurus. Order 30 pun belum cukup. Maksudnya untuk makan 5 orang la.Saya makan secucuk je.

Lepas setel di Rawang, kitorang rush (tak rush pun) ke Times Square sebab nak tengok SPIDERMAN. Kali ni, ada orang kalah bet la kononnya, terpaksa la belanja tengok. Dah tu kitorang memang nak pilih yang 3D. Excited you tengok 3D pes taim.

Cinema untuk 3D tu dekat level 10, katanya cinema terbesat di Malaysia. GSC Maxx. Memang besar. Skrin pun besar. Tiket pun mahal. Hahaha.

Hari tu, 3rd day Spederman tayang, weekend pulak tu, memang meriah la panggung. Manusia penuh. Ramai yang amat. Nasib baik sempat beli tiket. Fuhhhh. Kalau tak kempunan.

Spiderman ni memang awesome. Lagi-lagi 3D. Rupa-rupanya tengok 3D ni memang best. Lagi-lagi movie ni banyak part Spiderman berayun-ayun, so kita macam berayun dengan dia. Dan bila ada something jatuh memang rasa macam jatuh atas kita.

Tambah pulak, Spiderman cukup hensem. Rasa depan mata je. Mujurlah, tak buat gila peluk dia dalam cinema tu.

Sunday lagi knackered bak kata orang puteh. Setengah hari meneman si fluter ke, flutis ke, saya pun tahu lah, untuk recording rancangan Qari Junior TV3. Memang super boring. Penat. Mujur ada brader devotees yang hensem boleh jadi pengubat mata. Lagi, ada makanan pulak. So, asal boring, kitorang keluar dari studio pergi melantak. Bahagia la perut. Kemudian menyesal. Terus buat visi baru.

Dah petang baru dapat rush (kali ni meman betul-betul rush) ke Putrajaya sebab macam-macam mana pun kena juga pergi tengok Floria tu. Pusing dalam lebih kurang sejam, tangkap gambar, beli bunga, dapat bunga, then terus balik sebab hari ni kerja. Even sekejap pun rasa puas hati dapat tengok bunga-bunga. Cantik yang amat. Rasa nak tinggal sana je.

Bak kata kami berdua, rasa bahagia duduk kat sana.


Sunday, July 8, 2012

MOJO-Kenapa video clip ni macam ni?

Assalamualaikum

This video clip membuatkan saya burst into tears.




 

 Well, lagu ni lagu kesukaan saya. Currently la. Sebab saya kan suka tukar minat. Lagipun tiap hari ada lagu baru yang boleh kita dengar. Macam menipu je bila kata tiap hari.

Apa-apa pun, video tu ohsem la.

Friday, July 6, 2012

Walkman dan saya

Assalamualaikum.

Lama rasa tak menulis (ayat seolah-olah hebat benar ye). Saya sibuk. Sibuk ke lain.

Hari ni, lab sunyi sepi dari bunyi radio sebab budak tu (dia lagi tua dari saya ekceli (cute tak eja actually macam ni?)) lupa bawa handsfree dia. So, terpaksa nyanyi lagu kosong sendiri-sendiri je. Bunyi memang kosong habis.

Agak-agak, kalau request radio siap dengan speaker berkuasa 2.0 cc, bos setuju atau dia bagi je penampar terus? Mungkin jawapan dia macam ni, since dia seorang bos yang berjiwa rakyat,

"saya lasa aaa, itu management tak akan approve la, itu ladio aaa, tak ada kaitan sama kita punya projek maa"

Lepas tu dia akan angguk-angguk.

Comel kan bos saya?

ni bukan bos saya, ni walkman
Dulu, masa saya bersekolah (skema tak ayat saya ni) di sekolah berasrama penuh (ye, memang skema), benda yang paling diingini selain biskut kering, dan stok-stok makanan yang tahan kulat adalah walkman. Time tu, saya dengki gilalah dengan orang yang ada walkman. Rasa macam dia kaya je. Dan bergaya. Iyelah,walkman pada masa tu adalah satu-satu alat hiburan yang ada untuk student-student yang tinggal kat asrama yang dalam pedalaman. Tapi, biasanya memang boarding school ni diorang build dkt kawasan jin bertendang dan bersepak raga.

Pada masa tu, tahun 2001 saya berada di tingkatan 1, walkman bukannya murah pun. Sekarang harga 50 60 ringgit memang celah gigi, tapi pada masa tu, 50 ringgit tu dah boleh jadi duit poket untuk 2 bulan. Untunglah, boarding school bagi makan, kalau tak, makan hati je. Tapi kalau tak salah, walkman yang branded time tu boleh reach hundred. Nak-nak ada yang jenis bateri bukan pakai EVEREADY kena beli tipa bulan tapi yang jenis charge. Lagi saya dengki. Memang pendengki sungguh kan?

Dah tu, bila satu masa rasa nak ada walkman tu gila menebal, beli la satu walkman cap ayam. Murah. Tapi dah tak ingat harga. Tapi walkman yang murah tu bukan tahan lama sangat. Janji ada, so pergi prep class, boleh eksyen ada walkman, tidur malam pun konon pasang walkman. Walhal time tu dekat Kuala Berang dapat radio THR. Memang tiap malam layan hindustan. Jiwang ok.

Kalau lagi sengkek, dekat kedai dua ringgit ada jual walkman yang boleh dengar radio je. Tapi lepas dua hari biasanya hampeh. Kalau ada rezeki, berminggu jugak la.

Tapi walkman ni haram la bawa pergi prep class. Being a girl tak ada masalah, boleh sorok dalam tudung.  

Tapi, saya prep class malam selalu muka atas meja *tidur*. Sebab tu yang dapat 4 flat tu orang lain.

Selalunya orang yang ada walkman ni, time prep class, mesti ada orang sebelah dia, rapat pulak tu duduk, macam kamceng. Tapi tu sebenarnya tanda mereka berkongsi earphone. Satu lagi kalau ada yang nampak macam khusyuk pandang buku latihan Matematik Tambahan tak berkelip-kelip, panggil pun tak dengar, sah la, tengah dengar walkman.

Sekarang ni orang tak pakai walkman dah. Semua pakai pod pod je. Lagi besar lagi cool.


Monday, July 2, 2012

Bila nak kaya kalau macam ni?


Assalamualaikum

Pernah tak marah dengan hal yang tak sepatutnya marah?
Tak pernah? Ala, ego tak mahu mengaku la tu kan.

Marah macam tu biasanya jadi bila kita kita tak pakai otak. I selalu marah macamni la. Then bila kena sembur balik terus terdiam-baru-sedar-diri. Sebab tu marah itu api. Bff syaitan lah katakan.

Pernah tak merungut dengan hal yamg tak sepatutnya kita rungut?
Tak pernah? Amboi berjurusnya. Siapa yang soleh sangat tu.

Contoh situasi paling afdal sekali tak patut marah dan merungut adalah bila dapat gaji, gaji kena tolak sebab annual leave tak approve tapi approve untuk unpaid leave sebab memang kau tak layak pun dapat annual leave sebab annual leave tu dah tak boleh apply dan kau memang tahu dan sedar dan maklum. Tapi bila dapat gaji kau marah cakap company itu dan ini dan merungut dan kau kata nak berhenti kerja tak payah minta cuti-cuti dan kau dan dan dan....

Patut ke  marah dan merungut dengan situasi yang you-know-how-it-works- dan apa-pun-kau cakap tak dapt merubah slip gaji kau.

Hahaha..

Kesian.

Bye!

Sunday, July 1, 2012

Nasi belum hangit

Assalamualaikum

Hari ni hari Ahad, esok kerja, hari ni sama seperti semalam yakni gua bangun tidur, online dan tidur balik. Nampak tak keloseran hidup seorang gadis kat sini? Dan dan dan . ah, tak payah reveal lebih-lebih nanti  rosak dunia. Ok, mengarut.

Oh ye, selalunya memang saya prefer untuk mengutuk, mengumpat, mendengkin dan segala imbuhan men tu dekat blog murahan ni instead of cerita pasal personal life yang hebat tapi kadang loser, pasal bff, er, bff?, pasal boyfriend, err lagi sekali. Siapalah yang beruntung tu ada girlfriend hot macam Neelofa ni.

Eh. tak. Saya tak cakap Neelofa tu macam saya pun.

Ok. Pagi tadi, bila saya cakap pagi, memang betul-betul pagi hujung minggu. Faham tak pagi hujung minggu tu skala dia macam mana? Okey terima kasih sebab catch cepat. Senang cikgu mengajar. Pada masa tu, saya dapat call dari ma. Dan dengan selambanya saya biar je call tu daripada jawab dengan kata-kata di hati,

"i will call back once i wake up"<<-------spesies ni memang cakap omputih dalam hati

Derhaka kan perangai saya tu. Oh. Ampun.

Seperti dijanjikan dalam hati, saya pun membuat panggilan ke Kelantan. Hari ni hari Ahad, sah la boboi boy tu pergi sekolah. So 3 jiwa je ada kat rumah. Saya syak yang ma rindu dekat saya lah tu yang dia kol. Tahu jelah, selalu saya yang kena kol. Eh, helo. memang sepatutnya anak yang cari mak kan. Jauhkanlah aku dari sifat-sifat derhaka tu.

Conversation tu dekat setengah jam jugak la.
Pasal saya
Pasal adik
Pasal merapu-merapu
a lot of stuff.
Mengumpat sikit.
Mengumpat banyak.
Eh tak.
Saya tengah tanak nasi at that time and tiba-tiba terkantoi beritahu.

"eh, sejak bilo panda masok ni.dok rumah dok rajin2 masok pon"

Ok fine, habis jatuh saham bila mak sendiri bagi statement kejam berbau benar ni.



Bye.



Oh ye, tajuk macam tajuk cerpen kan?kan?kan? Cepat cakap ya!