Sunday, July 28, 2013

Baik Buruk

Assalamualaikum

Hari ni saya nak jadi emotional. Hormonal. Hari ini? Bukan hari-hari ke?

Dalam hidup kita ni (ceewah, dah berbaur profesor) kita memang akan ketemu pelbagai manusia. Itupun kalau kita rajin keluar rumah, kenal orang dan seterusnya observe. Perhatilah. (Baru nak feeling Selena Gomez). Melainkan kalau kita lebih suka duduk dalam bilik kunci pintu dan berfacebook sampai mampus malam. Memang secara zahirnya kita dapat kenal orang jugak melalui facebook. Tapi percayalah itu semua dusta je banyak. Sebab orang yang suka atau obses atau melampaui batas berfacebook ni tak ada life. Heh Heh. Kejam sikitlah. Jadi orang yang tak ada life, macam mana kita nak observe dia?

Ada manusia baik. Ada manusia jahat. Ada manusia baik-jahat. Al maklumlah manusia tak ada yang sempurna. Jadi macam mana kita nak mengkamusdewankan "baik" itu sendiri?

Saya ada seorang kawan. Saya memang suka dekat dia. Sebab saya boleh bercakap perkara paling simple seperti macam mana nak pos laju kepada sekompleks-kompleks perkara seperti kenapa lelaki yang mengaku sayang dan faham isteri masih lagi sanggup menyakiti hati isteri? Ya. Perkara itu kompleks sebab ia subjektif.

Dan ada satu ketika saya berdiskusi mengenai baik. Macam mana manusia itu dikatakan orang yang baik?


Saya secara peribadinya ada kenal seorang awek ni. Baik? Eh, mestilah baik sebab kalau kita mintak tolong mesti dia akan tolong. Kalau tanya pendapat atau ada hal-hal yang dia ada pengalaman. for sure dia tak akan kedekut pun nak share atau tolong. Kadang-kadang tu belum kita minta dia dah offer kan dulu ilmu dia. dan kalau bercakap pulak mana ada bahasa lucah atau kasar. Tapi dia suka bergosip. bercerita perihal buruk orang dan sebagainya. Jadi baik ke dia?

Ada juga seorang manusia lain ni, pemakaiannya, subhanallah macam berselimut. Sekali kita dekat, terpaksa undur balik. Nak tutup hidung tak tergamak, jadi buat-buat sembur perfume Simplysiti. Masuk bab bercakap, macam calon ustazah pilihan. Mungkin stok hafal hadis. Baguslah. Tapi bila kategori pinjam barang, terus fail. Namun dia tetap teman yang baik.


Pernah dengar, "mulut je jahat, tapi hati baik woo"

Sejauh mana kita nak terima kebenaran kata-kata tu?

Jadi, kalau kita lihat manusia sekeliling kita, eh, tak payah jauh sangat. Kita tengok diri kita sendiri je. Mungkin kita ni kategori baik sebab kita bukan playgirl atau playboy, kita tak menderhaka dengan parents (sure keee?), kita tak mencuri, kita selalu solat, kita tak memaki hamun dan paling penting kita bukan pembunuh atau perompak. Tapi kita tetap ada sisi jahat selalu kalah dengan nafsu dan syaitun tu kan (bulan puasa ni kalah dengan napsu jek).

Kadang maki orang.
Semalam mengumpat.
Suka marah-marah.
Dengki dengan orang.


Jadi baik ke kita?


Pada akhir diskusi kami, kawan saya tu bagi jawapan dia, dan sampai sekarang dia selalu ingatkan saya, orang yang baik tu sebenarnya orang yang sentiasa ubah diri dia untuk jadi lebih baik. Dan proses itu tak akan pernah berhenti sampailah kita mati. Kita semua sedia maklum memang kita dicipta untuk buat kebaikan. So nanti kita dapat masuk syurga kan?.

Lagipun kita kan serba kurang, memang sampai bila-bila pun tak akan jadi perfect.

Dan buat julung kalinya, saya setuju dengan kata-kata teman saya itu.

Tuesday, July 23, 2013

Foto?

Assalamualaikum

Masa tengah tunggu service siap, baca majalah Anis Jun 2013. Cover majalah, Asyraf Muslim dan isteri. Headline "sama tapi tak serupa". Saya syak tak lama lagi cover, Asyraf Muslim dan Wan Sakinah. Headline "akhirnya bersama". Eh?

Ini bukan cerita Asyraf Muslim.

So dalam majalah tu, beleks punya beleks saya terbaca satu slot dari ustaz. Feeling islamik lah baca slot ustaz. Dan saya totally berjuta kali agree dengan ustaz tu. Yalah, selama ini bila terdedah dengan hal macam tu, saya macam tefikir kenapa kamu suka sangat dengan foto macam tu? Dengan laman sosial yang actively moving tu, cepat giler kot jadi virus. Eh, kalah la kadar replikasi virus H1N1.

Oh ye, apa yang sedang saya tazkirahkan ni adalah berkenaan perangai sesetengah homosapiens yang suka "mengedar" foto yang tidak menarik. Contohnya macam gambar mayat mangsa rogol yang awak-tahu-macam-mana, mangsa eksiden yang terputus dua digilis lori atau gambar mangsa perang yangbpenuh berdarah. Siap caption ayat Quran.

Secara fizikalnya gambar(s) terbabit diharapkan dapat menimbulkan keinsafan dan sebagainya. Tapi biar saya beritahu awak, secara berhemahnya, IT IS NOT!

Secara jujurnya, saya rasa foto sedemikian sekadar menimbulkan fear dan ia langsung tidak bagus untuk emosi dan otak. Maksud saya kenapa kita nak biarkan mata dan otak kita menyimpan imej negatif. Kata nak hidup positif kan?

Nak sebar keinsafan dan tunjuk kita caring?

Banyak lagi cara untuk mendidik jiwa. Saya selalu tidak setuju dengan pendidikan ganas ni. Heh. Heh.




Ustaz Hasrizal

Ini belum pasal perangai orang yang suka share video hantu.

Dasar hantu betullah. Ye. Awaklah.

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 10, 2013

Jom handle jurujual

Assalamualaikum

Rupa-rupanya ramai yang buat early preparation untuk hari lebaran. Ini terbukti bila saya melihat sendiri betapa berpusu-pusunya manusia membeli pakaian raya. Tak kan lah beli biskut raya pulok. Kang jadi juadah iftar pulak.

Jadi Ahad baru ni saya pun buat early jugak. Almaklumlah gua kalau shopping time puasa, datang pula hari panas, darab dengan rakyat jelata lagi, memang setan dalam diri ni terlepas. Ada yang balik makan hati.

Tapi perempuan dengan shopping dia macam besi berani gitu. Asyik melekat. Eh, saya spesies lain sikit. Shopping ada masa. Window shopping terlebih masa. Yang paling best bila masuk supermarket suka Lahi menikmati kepelbagaian tupperware dan pinggan. Atau jenama sabun basuh. Style makcik.

Jadi, sebab besi berani tu, kita harus ada taktik membeli dan blah dengan happy. Maksudnya, kita dapat barang, dan jurujual kalah. Heh. Heh.

1.Set awal-awal nak beli apa dan bawak duit cukup-cukup.
Hari tu saya dah plan nak beli baju sepasang, jubah secara tepatnya. Jubah di hari raya, memang muslimah habis. Tunggu nak pakai tudung labuh sikit jeeee lagi. Kain pasang sepasang. Upah jahit no hal. Kitakan ada tailor sendiri. Lepas tu 2 3 helai tudung buat matching. Kenapa entah kena perlu beli tudung tiap kali. Padahal kat dinding macam-macam kaler ada. Tambah tolak duit dalam akaun, bawak la jumlah yang berpadanan.

2. Pergi tempat tak ada atm
Percayalah walaupun ke utara kita bershopping, selagi kad atm ada di sisi (dengan syarat banyak 000000 okey) bawak 10 sen pun tiada masalah. Tinggal cucuk je. Hari tu, saya sengaja pergi Nilai 3 (senang parking dan mesra dompet). Tempat ni bagus sebab ada mesin atm tapi entah di mana(memang tak akan ambil tahu sampai bila-bila. Haha). Tambah pulak saya jenis ikut peraturan. Kad Atm maybank mesti kena draw dari mesin atm maybank. Sanggup cari. Eh, bukan berkira yang seringgit tu.

3. Pesan kat partner shopping supaya ikut no 1 tadi.

So, bila dah duit tak ada melebih, mesti kita tak akan shopping lebih dari yang kita perlu. Bulan2 ramadan ni elok bersederhana. Heh heh.


Satu hal yang paling memerlukan seni bila shopping adalah session menawar. Orang putih kata bargain. Kot? Bila demand tinggi, lebih lebih lagi musim raya tak lama lagi, seller mesti letak harga tinggi sebab dia dah tahu dah kita suka menawar. Membeli tanpa menawar tak ada feel okey. Tak berseni langsung.

Satu hal saya suka sangat di Nilai 3 adalah sebab kita boleh tawar menawar sampai lubang cacing. Dengan syarat ada skill. Bukan nak lupakan tema "hidup Melayu" atau "satu Malaysia" tapi ada ke dua dua tu kisahkan akaun kita? Jadi, ayuh bijak berbelanja. Go to the lowest price you can. Yeh.

Bila membeli kat sini, saya lagi prefer cari kedai yang penjual dia rakyat asing. Sebab senang sikit handle. Lagipun memang mostly penjual dia sek-sek mereka pun. Bukan apa, kadang kadang yang serumpun ni, kita belum cecah kaki lagi dah buat muka menghalau.

Lepas tu yang kurang berkenan sikit bila kena layan macam "kesian,tak ada duit la 2 nak beli". Bila tanya harga, kalau mahal, kita buat muka "kenapa mahal sangattt, wahai baju cantik menawan" cepat je dia offer yang lagi murah. Dah sah sah kita tanya harga sebab tertarik dengan yang itu. Biasanya kedai yang bagi this type of treatment memang saya tinggal. You hurt my feeling okeh. Sob. Sob.

Macam mana nak tawar menawar?

Go to the lowest.
Kalau die letak 100.mintak la 70. Saya jenis jahanamkan perniagaan orang, mintak 50 terus. Jangan putus asa. Go go. Sampai esok pun tak apa bargain tu sebab last last mesti dapat penampar. Heh heh.

Tanya baik-baik. Tambah muka baik-baik
Yang penjual tu lelaki. Well, lelaki, tengok pula awek comel, cakap baik-baik, mesti luruh harga punya. Jangan menggedik pulak. Kita nak beli barang ye, bukan jual body. Jangan lupa adik-adik dengan misi kita.

Bila sampai time membayar, gunakan teknik "ini sajalah yang ada nak". Yang ni tak boleh reveal lebih. Case sensitif sikit. Ini perlu acting skill.

Yang paling penting pergi dengan partner yang gila tak reti malu. Hari tu saya pergi dengan adik saya, memang jenis muka banyak gula dan tak malu. Senang je dia adjust mamat penjual tu. Semua barang kami beli harga paling murah. Harapnya. Mungkin ada orang yang skill menawar dia tahap phd.

Dah dapat barang, beredar dengan elok. Praktik akad jual beli. Senyum. Bila dah jauh sikit dari kedai tu, angkat tangan tepuk bahu.

"Bagus, kita menang hari ni"

posted from Bloggeroid

Thursday, July 4, 2013

Dengar-dengar ada movie baru?

Assalamualaikum

Masa kecik dulu, tengok tv tu salah satu aktiviti kegemaran saya. Mungkin sebab zaman tu kat rumah ada tv je untuk hiburan. Selain tikar dan penyapu. Dan tabiat tu saya bawa sampai ke unibersiti. Orang sibuk kuliah, gua rileks je layan cerita cina kat tb lapan. Kadangs indon.

Tapi bila dah keje, tak layan dah tv. Letak la astro ada lapan puluh channel pun. Sekarang layan skrin besar je. Siap bayar lagi 10 ringgit. Cerita hot sikit 13 ringgit. Bila ada rejeki, masuk free je.

1. World War Z
Saya lidah melayu Z tu saya sebut Zack bukan Zi. Movie ni dah lama jgak. Pelakon yang jadi hero macam biasa, ex boyfriend gua. Rasanya nombor 13. Abang Brad. Macam cerita(s) lain, bila action movie campur hero handsome, memang tak boleh resist lah. Zombie dalam cerita ni handsome jugak. Cuma bila tengok tu kita mesti aaaaaa dulu. Sebab dah lama tengok, saya pun lupa cite pasal apa. Oh ye, brain dah capai limit space. Oh ye lagi, movie ni breathtaking rasanya. Haha.

2. Whitehouse Down
How to spell whitehouse/white house?
Jadi seperti formula di atas iaitu action plus hero handsome, memang tak risis lah. Yang ni memang best sebab action dan hero handsome (lagi sekali) dan ada funny side. Location satu tu je. Mesti jimat cost. Jamie Foxx. Mana tak meleleh air liur even bunyi bedil je banyak.

Berbaloi.

3. Kil
Tolong lah percaya. I do watch filem Melayu. Dengar dengar best filem ni. Zara (heroin) nampak comel. Kil (hero) ok la. Asalkan bukan Eron Ajis. Ending dia menarik. Bukan meninggalkan tema negatif. Mahupun sumpahan laknat. Yang paling saya suka cinematografi. Hah, berseni sangat perkataan. Oh ye, ada satu scene dekat parking lot masa Kil reveal sesuatu dan time tu hero dan heroin gaduh-gaduh la kan, saya rasa something wrong dengan skrip. Macam, tiba-tiba. Messy kot. Oh, Kil ni saya tengok online bukan pawagam. Ahaks.

So, babai?

posted from Bloggeroid

Tuesday, July 2, 2013

Penggetar Jiwa

Terkadang bila tengok belakang.

1. Aku ini letaknya di bumi, kerdil bak pasir
Mahanya dunia buat kadang terlopong
Semakin kelam, kelabu makin hitam,
Buat jiwa gelisah.

Benarkah aku gelisah?
Sebesar mana?
Kisahkah?

Lalu biar dari mula.

2. Aku ini kerdil
Dunia terlalu jauh untuk aku putihkan
Tapi aku punya dunia kecilku
Dekat di hati, saling perlu
Diriku, duniaku, hatiku, dunia ku
Bukan kamu jua sama?

Jadi mengapa aku leka dengan duniaku
Kadang lupa punya Penggetar Jiwa
Pemilik hati, diri, dunia
Tariklah aku. Ingatkan aku
Aku punya Penggetar Jiwa.

posted from Bloggeroid