Wednesday, February 29, 2012

PBS dan HSD

Hiya!

Oh, bukan apa, cuma malas sekali jari-jari ini mau menekan-nekan keyboardnya. Secara tiba-tiba terloghat Indonesia. Since, dah berjaya menonton dua filem Indonesia. Persetankan sinetron yang TV3 dan TV9 tayang. Dahlah tahyul, luar logik akal pulak tu. Kadang-kadang (nampak sangat la pernah tonton) rasa nak tampo je penulis skrip. Scene yang paling menyampah bila,

Lokasi : Di kantor

A : Pembunuh! Kamu telah membunuh bapakku.
B : Ngomong apa sih kamu?
A : Aku akan bicara sama polisi

Tidak lama kemudian, bapak-bapak polisi tiba.

A : Ini pak pembunuhnya. Penjara in dia pak.
B : Bukan saya pak. Bukan (sambil dibawa pergi oleh bapak polisi)

Kemudian A ketawa terbahak-bahak

A : Rasakan kamu! Seluruh kekayaan kini sudah jadi milik aku. Hahaha

Serius, sakit hati.

Itu sinetron. Ini filem.

PBS berdiri untuk perempuan berkalong serban dan HSL pula buat hafalan solat delisa. (Cantik pulak nama Delisa ni). PBS ni actually filem lama cuma I je baru tengok. Eleh, filem P.Ramlee lagi lama ye. Both filem ni adaptasi dari novel. Dua-dua pun sedap (tak boleh makan). I mean, bukan filem yang fail, yang tak ada apa-apa atau sekadar menaikkan nafsu marah penonton. So, cadangan saya adalah anda patut menontonnya.

Revalina comel gila dalam cite ni

Kat sini comel juga..........


Delisa bilang sama umminya "Delisa cinta ummi kerana Allah". Siapa yang tak jatuh cinta dengan watak Delisa tu mungkin kena rendam garam dulu.

Semua (yang pernah ditonton je) filem islamik dan adaptasi dari novel Indonesia bagus-bagus sekali. Contoh paling glamour Ayat-ayat cinta. Jauh panggang dari api kalau dibandingkan dengan adaptasi Ombak Rindu. Memang berombak rasa menyampah bila tengok filem tu. No offense for those kipas-tak-mati-mati filem tu. It just, so fail. Tapi mungkin tak balance kalau buat perbandingan sebab genre berbeza. Tapi,


Ok fine.

Monday, February 20, 2012

Paksa tu tak sama dengan paksa rela ok.

First thing first, bila kita buat sesuatu perkara atas dasar paksaan. Perkara tu tak akan menjadi.
Second thing, bila kita dipaksa buat perkara yang kita tak suka, perkara tu tak akan menjadi.
Third thing, membuat perkara atas dasar paksaan tu langsung tidak mendatangkan "kejadian"

Jadi, paksa rela tiada dalam kamus gua.

Sunday, February 19, 2012

invisible

Hehehe.

Orang kata tak elok panjang angan-angan. Macam Mat Jenin. Tapi kalau berimaginasi tu...., bagus. Supaya neuron-neuron otak kita akan aktive sikit you all.

Pernah tak fikir kalau kita jadi invisible, kita nak buat apa? Oh, oh, oh, macam excited je. Serius? Jadi tidak kelihatan? Have you ever dream of this? Ada tak? Ada tak? Okey. Tak payah over sangat lah.

Basikally, I nak pergi naik kapal terbang Tony Fernandez dan fly ke Korea. Oh ye, my friend cakap tiket ke Korea tahun depan rege die 100+++. Murah la kan?Kan?Kan?. Since, kemungkinan seat penuh, I akan duduk sebelah pilot je. Harap-harap la pilot tu hensem. Harap-harap juga sampai Korea boleh jumpa Gary. Bukan siput Spongebob tulah. Gary. Gary. Pastu duduk sebelah Gary tangkap gambar. Agak-agak keluar tak muka I. Dem.

Yang ni. Yang ni. Comel gila. Cepat cakap comel.

Oh, lepas tu nak pergi jumpa Adi Putra. Cuit-cuit dia. Mesti dia pusing kiri kanan belakang depan nak tengok siapa cuit dia. Bila dia discover tak ada, mesti muka dia berkerut. Lepas tu I nak gelak guling-guling. Semalam masa nak bayar lunch, ternampak Mingguan Wanita. Cover dia Adi Putra dengan a woman. I asked my friend , Adi tu (ceh, macam bff je dok) dah kawen?She said yes. Habis punah hancur berkecai niat nak cuit Adi. Dem.

Bila teringat Adi dalam Tentang Dhia, rasa nak lempang pun ada.

Lepas tu nak pergi rumah orang yang paling I nyampah. Nak lempang-lempang dia. Huh. Itulah suka sangat sakitkan hati  I yang lembut bak softlan ni. Lepas tu nak sepah-sepahkan rumah dia. Lepas tu jerit kuat-kuat dekat telinga dia. Lepas tu blah dengan perasaan puas sambil sms dia tanya "are you ok?". Ah, I am a good. Tak ada enemy. Dem.



.Gambar musuh.




Lepas tu lagi nak pergi bank negara. Tapi, I invisible bukannya boleh merentasi pintu yang sah-sah la kebal kot dekat sana. Ah!


The truth is, if i'm an invisible person, i would like to see my mother and whisper

 "ain sayang ma, sokmo"

Saturday, February 18, 2012

Lelaki di Malaysia semakin ramai

Hehehe.
Sila percaya.

Semalam, after work, menyinggah bookstore. Dan masa tengah membeli-belah tingkap, owner bookstore tu pasang compact disk, yang orang panggil CD tu la. CD tu pula CD ceramah. Owner tu islamik. Tapi CD tu best, penceramah dia best. Tiba-tiba pegi bookstore untuk dengar ceramah pulak. Tak pe. Telinga dengan mata boleh berfungsi pada masa yang sama.

Penceramah dalam CD tu cakap, perempuan zaman sekarang tak perlu risau nak nak cari calon lelaki. Sebab lelaki dalam Malaysia ni ramai.

Terdengar je statement tu, I rasa terpegun, eh, terkesima kot. Iyelah, bukan ke lelaki ni spesies terancam. Or ada kajian baru dan I missed the kajian? Tak boleh. Tak boleh.


Dia sambung lagi. Ye, memang ramai. Bangla ada. Negro ada. Indon ada. Semua ada. Its true. Hahaha. I was alone, dan ketawa. Funny lol.


Pakwe ni tak ada pulak kat Malaysia. Ces.

Yang ni ramai. Setiap inci tanah Malaysia ada. Kalau nak berkenalan boleh pergi kilang. Paling senang naik KTM. Insyaallah ada yang tersnagkut.


I know yang kita tak selesa dengan kehadiran mereka. Yelah, some of them ni kureng sikit. Tapi dah rezeki mereka kat sini. Bumi Allah kan luas. Er, agak berkaitan juga frasa tu.

Okey. Layan lagu indon dulu.

What I called "an experience"

It happen a year ago.

Kalau tak salah la on January. Takpun, February. 2011. A few months after my graduation. Lepas tunggu untuk attend interview kerja yang specified dengan degree, I dah rasa macam frust, and decide, apa kerja pun jadi la. Tapi, still memilih juga. I should la kan?

Iklan vacancy tu dalam The Star. Simple je. Cuma nama orang untuk dihubungi, nombor telefon, 2 position iaitu Admin Assistant and Admin Executive. Salary kalau tak salah untuk yang executive tu 2k and plus. I dah macam "oh, executive tu, dah la dia letak fresh graduate is encourage, dekat dengan public transport, ada macam-macam intensif pulak tu. Then, I called.

Titan Benchmark. Amcorp Mall.

Lepas tu, I saw exactly the same advertisement. Then I called. Again.

Gorgeous Chain Sdn Bhd. Plaza Sentral, Kl Sentral.

Rasanya sampai bila-bila pun I akan ingat nama company tu. Terutamanya yang second tu sebab I been there about seminggu. From Shah Alam to Kl Sentral. Dan, dalam hp, still ada number phone one of the trainer yang position dia kat situ adalah manager. Tak ada niat pun nak delete. Tapi, tak tahulah sekarang cik kak tu guna lagi or tak the number.

And here bagaimana kisahnya.

I went for both interview. Second interview, ramai sangat yang datang. Interviewer at that time adalah amoi. Muka macam Dynaz. Comel gila. Setiap orang masuk bilik kecik and orang-orang yang lain akan interview. Amoi tu tanya parents kerja apa, saudara mara kerja apa dan soalan yang buat I rasa macam "hancurlah harapan aku nak dapat kerja" adalah bila dia tanya apa yang I tahu pasal company dia. Oh my, nama company pun tak mention betul-betul masa called, ada hati nak I tahu pasal company dia.

Lepas raya cina last year, she called me. Katanya, I got the job. Happy lah kan. Padahal I lah manusia kurang bijak at that time. And, next Monday pergi la tempat tu, Plaza Sentral , Block 2A, tingkat 8? 18?10?. I tak ingat la. Bila sampai dekat company tu, pelik, kalau I dah dapat position tu,kenapa berderet lagi manusia tunggu turn untuk interview. (owh, rupa-rupanya, bukan I sorang je yang kurang bijak.hehehe)

Lepas tu, I dengan sorang lelaki dan sorang perempuan dibawa masuk ke bilik meeting oleh amoi tu. Lepas tu masuk lagi sorang perempuan Melayu. Comel gila. Senyum meleret. Comel. Cantik sangat. First soalan dia tanya apa yang kami expect company akan bagi? Apa? Inilah satu-satu company paling pemurah dekat dunia. Bukan ke soalan tu sepatutnya "what can your offer to our company?". Then, akak cantik tu terangkan sikit pasal Forex. Katanya sebagai pekerja di sini, kita kena lah juga tahu pasal jenis-jenis pelaburan. Er, bukan ke company ni pasal kewangan? Or, both are same? Or, I telah diperbodoh-bodohkan.?

After hari pertama, I still pergi what so called training. Amoi dengan akak tu dah la cantik, ajar pula kami berdua (yang lelaki tu tak datang dah lepas first day sebab dia bijak cepat, I bijak lambat sikit) pasal buy close, sell close, apa menatang tu kak?. Cuba bayangkan, amoi dengan akak tu tanya kami berdua pasal boy friend, suka shopping ke tak, and sanggup tadah telinga dengar budak perempuan yang sama bodoh dengan I (pada masa tu la) cerita pasal boyfriend dia, pasal uncle, auntie, segala keturunan dia yang kaya. Tolonglah! I pun rasa nak tampar laju-laju budak tu.

Lagi, we went lunch sama-sama. Baik kan "manager" tu. Macam bff gitu.

Ok. How was the office looks like? Suci bersih. Sebijik macam perpustakaan. Bayangkanlah lagi, office ada satu bijik je computer yang diguna untuk print chart turun naik matawang tu. Guna pulak kertas salinan sijil-sijil budak-budak pergi interview. Tiap-tiap 5 minit je dengar "Lina, line 5" and so on. I perasan yang "group" sebelah I tengah so called training macam kami. Dan, menjadi seorang yang curious, I asked amoi tu "diorang tu sama macam kami ke" dan dia cakap "tak". Oh, I was stupid atau she told me a lie ?

Everyday, akak tu tanya "ain cerita dekat siapa pasal investment ni?". And I said, tak ada siapa. Dia senyap je. Siapa yang nak invest almost half million? Dia asyik tanya je. Stress tau. Pernah sekali I tanya "yang tu sapa" and dia kata tak kenal. Err, collegue pun tak kenal ye kak?

Last day dekat sana, I told amoi tu yang I tak percaya apa yang diorang cakap. Sebab I tak nampak. At that time, kami dalam bilik GM. Wah, sesenang je kan masuk bilik GM. Bilik GM tu pulak cuma ada kerusi, meja dan aircond.

Malam tu, I discovered who they are yang kukuhkan lagi segala syak wasangkan di hati ini. Ceh, nak menipu pun tengok orang la. Kesian la dekat amoi dengan akak tu. Serta perempuan-perempuan dekat situ.

Banyak lagi, tapi malas lah nak cerita panjang. I wonder what happen to them now.

Tuesday, February 14, 2012

Interruption of THE GREY

(Background-Lewat Semesta by Randy Pangalila)

Lewat weekend hari tu, Mira called and ajak pergi tengok wayang. It was 11 am dan nak pergi KL Sentral kot. Terpaksa la memendekkan tempoh make up. Maksudnya, tempoh bersiap. Sebab tak nak orang tunggu lama sangat. Formulanya senang, kalau taknak tunggu orang lama-lama, jangan biar orang tunggu kita. Tapi, 2 jam agak lama la untuk Mira tunggu. Hee.

We both decide ke Mid. Ok, nak tengok wayang je kan. Bukan shopping handbag. Dah sampai depan panggung tak tahu nak tengok cerita apa. Inilah akibat bila buat dating mengejut. Tak sempat nak review filem-filem best. Sebenarnya, ada a few choices jugak la tapi I dah macam err, nak tengok cerita apa. Dalam hati rasa macam nak tengok Haywire tapi still berbelah bahagi. Lastly,pilih The Grey sebab tengok poster dia dah keluarkan aura yang best-nye-cite ni.



Poster kat atas tu bukan poster yang I tengok masa pilih movie ni. Poster yang I tengok tu gambar lelaki tu tapi half dari muka tu gambar wolf. Automatik la, I was thinking about cerita manusia jadian, or serigala jadian. Lepas tu ada aksi-aksi yang syung syung syung (aksi). Tambahan, 18sx. But then, end up dengan cerita sebenar bukan cerita mengarut. The storyliine was good, I like, even bukan seperti jangkaan.

Itu cerita The Grey.

Me, kalau sedang tonton tv sekalipun, pantang je ada pengulas kat tepi. Inikan bila tengok wayang. Dah la bayar, sure la nak concentrate kan. Tapi, cuba bayang bila ada dua manusia sebelah seat dari awal sampai akhir cerita dok ulas cerita yang kita tengah tengok. Rasa nak bagi tapak kasut la juga. Dah macam I ni tak reti nak baca maksud kat bawah tu. Or tak faham cerita itu. Ok, fine, mungkin dia tak ada niat nak mengajar orang sebelah tapi volume boleh slow kan. tiket kita harga sama kan? Ke kau bayar lebih hanya untuk jadi pengulas sebelah aku?

Bercakap bila perlu je.

Monday, February 13, 2012

Istimewa

Untuk mereka yang bercinta kemudian putus cinta dan kemudian ex mereka bertemu yang lain.


I heard that you're settled down 
That you found a girl and you're married now 
I heard that your dreams came true  
Guess she gave you things I didn't give to you

Old friend, why are you so shy?  
Ain't like you to hold back or hide from the light

I hate to turn up out of the blue, uninvited  
But I couldn't stay away, I couldn't fight it 
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded  
That for me, it isn't over

Never mind, I'll find someone like you 
I wish nothing but the best for you, too  
Don't forget me, I begged, I remember you said  
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead 
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead

You know how the time flies  
Only yesterday was the time of our lives  
We were born and raised in a summer haze 
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue, uninvited 
But I couldn't stay away, I couldn't fight it  
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded  
That for me, it isn't over yet
Never mind, I'll find someone like you 
I wish nothing but the best for you, too
Don't forget me, I begged, I remember you said
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead, yeah

Nothing compares, no worries or cares  
Regrets and mistakes, they're memories made  
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you 
I wish nothing but the best for you 
Don't forget me, I begged, I remember you said 
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead

Never mind, I'll find someone like you 
I wish nothing but the best for you, too  
Don't forget me, I begged, I remember you said
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead  
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead

"Never mind, I'll find someone like you " tu mungkin patut tukar ke never mind, I'll find someone better than you.

Hahaha

Saturday, February 11, 2012

Tutorial memakai shawl 2012

Hai,

Sekarang ni mostly awek-awek sebelah kita pakai selendang, pakai pashmina. Belit-belit lagi. Segala fesyen ada. Yang paling kesian bila dah macam balut nangka. Hehehe.

Dulu, I was addicted juga dengan tutorial, cara-cara dan tip pemakaian shawl or pashmina yang stylo belit-belit ni. Siap google. Lepas tu try cuba. Bila dah terrer sikit, next outing mesti pakai gaya tu. Ceh. Macam tak ada personaliti pulak. Dekat tiub-awak pulak, banyak la orang upload video tutorial. Tak tahulah orang tu nak cari glamour atau memang nak update yang gaya dia paling hot atau memang betul nak berkongsi.

Tapi tu dulu. Zaman fesyen belit, putar, gulung tu la. Sekarang lebih selesa biasa-biasa sahaja. Bukanlah the all time stick to tudung empat segi batu sekeliling tu, cuma tak ada fesyen belit dan longgar. I still pakai shawl atau pashmina. Cuba gaya pakai tu normal. Err. And i love pashmina because of its width dan ketebalannya.

Secara peribadi, yang dulu tu mungkin I was terikut-ikut dan hampir lemas dengan fesyen. Halnya, kita tak boleh biarkan fesyen tu buat kita jadi orang yang tak ada identiti. I dont know pasal perempuan yang suka belit-belit tu sebab apa. Yelah, kita bukan tahu niat orang. Cuma, yang patut kita fikir dan ingat bila pakai hijab ni adalah untuk tutup rambut, dada dan leher. Tutup aurat. Bukan balut ye.

Kadang-kadang kita kena juga ingat yang kita kena make sure apa yang kita pakai tu betul dan sesuai. Sebab kita tak sama dengan orang lain. Dalam dunia ni tak ada satu pun manusia yang sama dengan manusia yang lain. Apa-apa pun bersederhana. Jangan la macam balut nangka dik. Kesian akak tengok.

Oh ya, tutorial pakai shawl tak ada. Soorry.

Friday, February 10, 2012

Yang bercakap di belakang tapi tak cover

Atau boleh jadi si pelaku tu memang tak mahu cover. Backbiting atau thesaurus sebut hateful talk ni biasanya berlaku bila si pelaku tu jenis yang pendengki. Senang kan? Tak ada pun manusia yang suci hatinya nak burukkan manusia yang lain, melainkan dia asyik bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi. Tapi, untuk menjadi manusia seumpama tu susah sebab dia datang daripada hati kita.

I have a friend, boleh juga dikira colleague, dia sedih, sedih boleh lagi maaf tapi dia dah heartbroken. Once kita dah hurt dan patah hati ni, sakit okey. Yes, memang tak ada nampak darah tapi luka dalam memang pedih lah. Sebab dia ada friend yang dengki dan jeles dan mungkin juga cemburu dengan dia. I dont know why friend tu boleh dengki dengan friend dia. I mean, mereka berdua in a same boat kot. Okey, memang bagus untuk rasa cemburu bila others lagi up dari kita, tapi cemburu tu patut works in a positive way. Maksudnya, cemburu tu akan jadi batu loncatan untuk kita jadi lebih baik. Better than others tadi tu. Itu yang orang selalu cakap sebagai persaingan sihat. Kan?



Mulut tempayan boleh tutup, mulut manusia tak boleh
Rambut sama hitam, hati lain-lain
Dan kita tak kan tahu apa yang ada dalam hati orang lain kecuali pemilik hati dengan pencipta hati itu.

Bila orang dah cemburu dan burukkan kita, maksudnya dia berhati kurang elok. Kita tak akan mungkin boleh sapu ubat gamat dekat hati dia tu biar dia bersih sikit. I think the best way adalah dengar dan senyum. Kan bila orang mengata kita, kita dapat pahala. Sakit juga?

Terima je hateful talk mereka tu sebagai tanda mereka recognize kita. Orang yang dengki ni bercakap bila mereka rasa dengki je, jadi, kita sepatutnya berbangga sebab sekurang-kurangnya kita ni ada kelebihan yang mereka tak ada. Dan mereka tak akan sampai ke mana.

Monday, February 6, 2012

Wedding + Coconut Shake + Kapal Selam Agosta 70

Hai!

Sebenarnya dah lama sangat nak pergi Melaka dan Johor ni since dua buah negeri tu je belum sampai. Ok, pathetic. Tak kisah lah. Rezeki masing-masing. Ayat memujuk. Al kisahnya, one of my kawan dari MRSM Kuala Berang, Kak Ina ajak I dan a few kawan lagi untuk attend wedding kawan dari MRSM tu juga. Dan , at that time, masa baca ajakan tu, I macam "nak!nak!". Tak tahu kenapa rasa nak pergi. Kalau nak ikutkan I ni payah benor nak memenuhi ajakan orang. Ceh.

Wedding tu berlaku dekat Kluang dan pengantinnya pula Puan Saadah. Dia cantik sangat hari tu. Orang kata perempuan memang paling cantik masa hari dia nikah. Baju cantik. Pelamin simple, cantik, sungguh berkenan.




After makan (ehem), kami balik la ke KL semula. Tapi sebelum ni kami berempat, eh, ye, kami pergi ber4 (Kak Ina, Tikah dan Il), pergi melancong dulu. Alang-alang dah sampai ke sana, rugi la tak menyinggah, lagipun kesian dekat orang yang tak pernah sampai dekat Melaka dan Johor ni. Mereka ni pada mulanya tak tahu juga nak pergi mana, mujur ada yang menyumbang idea suruh perdi minum coconut shake. Coconut shake? Kegemaran tu. Kalau pergi pasar tani mesti pekena coconut shake, Klebang. Sedap dan menyegarkan bak iklan kata.

Ramai sangat orang dekat gerai tu. Tikah order coconut shake special. I was tak sabar la juga nak tengok rupa coconut shake nye tu. Tapi time tu dah terfikir yang mesti coconut shake dia sama dengan coconut shake yang I minum dekat Shah Alam.


Nyum.nyum.4 gelas seorang.

aiskrim tu yang habis dulu

Ye. Sama.
Mood excited-cuba-benda-baru hilang. Coconut shake tu sedap. Lagi ada eskrem atas tu. Sedap sangat. Tiba-tiba rasa dahaga.


Marilah kita beramai-ramai mengkayakan lagi pakcik coconut shake ni

Lepas dah hilang dahaga (lepas tu kencing jugak) Tikah suggest pergi tengok kapal selam. I was "kapal selam". Tak pernah dengar pun. Ok, pathetic lagi. Alhamdulillah Tikah dan Il agak biasa dengan Melaka, so perjalanan kami mudah je. Sampai je dekat Dataran 1 Malaysia tu, dari jauh nampak kapal tu. Ya Tuhan, gerun sangat. Rasa macam nak pergi berperang. Serius.

Then, bayar RM1, masuk. Semua benda nak bayar. Bukan boleh masuk dalam pun. Anyway, dapat tengok dari luar tu rasa kagum. Kapal selam Agosta 70 tu besar sangat. Fuh. Jakun sungguh kan. Kalau nak tahu info pasal kapal ni google je. I am not suap you. Ceh.

Tak sabar untuk mendekati



Peace dulu

76m something panjang kapal ni. Panjang dan it looks like ikan jos




dari depan kapal tu

Omg. kami sentuh kapal. Er.


Ok berakhir sudah sesi melancong kami pada 28 Januari 2011.

Update agak ketinggalan zaman. Orang putes kata save the best for the last.