Wednesday, October 27, 2010

Hai..

Assalamualaikum..

Oh, I rindu untuk menulis. Sangat rindu sampaikan rindu tu terpaksa dilampiaskan pada dinding-dinding. Kalau I cakap "lama giler tak memblog, sampai bersawang blog ni", SAH! memang menipu. Uishh...

I suka menulis ni sebab kurang reti bercakap. Bila kita menulis campur merepek ni memang kita akan reveals more berbanding dengan bercakap. Betul tak? Betul kan...
Ada orang tu kata blogger2 ni kebanyakan pendiam...
Errr...tak pasti la. Hey, you pendiam ke?

Kalau tanya geng masa matrikulasi Pulau Pinang, confirm diorang cakap I ******.
Serius, sampai sekarang I tak tahu kenapa title tu bukan Miss Cantik Jelita?

Sejak dah jadi petani ni, I ingat nak tukar profesion la.
Jadi penulis boleh?
Nanti ramai mintak sign kat buku2 kan?

Monday, September 6, 2010

Lebaran yang coming soon..

Post Ramadan secubit pun tak de kan. Tapiiiiiiiiiiiii bab nak tulis pasal raya laju even puasa banyak lagi.. Takpe takpe.. I suka begini..

Okeh..

You all mesti dah 100% prepared kan. Baju raya ntah berapa pasang.. Oh, baju I dah siap. 30 % dijahit oleh diriku. Bagus, calon isteri serba tahu. Noor Akmal, cepat lah kau meminang aku. (Masak pun I tau sayangsssss)

Semalam, anak-anak dara yang 3 orang tu dah balik and kami nak pegi beli barangsss membuat biskut pulak. Sebenarnya, tradisi membuat biskut ni dimulakan sejak kami mula kenal esen vanila tapi sejak beberapa tahun sebelum ni, semua biskut tunjukkk aje....

Biskut wajib: Biskut mazole aka biskut kacang

Yang tu favourite bonda. Kami memang kena paksa-rela buat biskut tu. Yang lecehnyeeeeeee malas tau mau goreng kacang tanah. Kena selalu kacau-kacau. I? Makan tauuuuuu..

Tahun ni kami nak buat biskut marie je. Sedap dicicah dengan air kopi.

Baju raya dah siap
Biskut raya on the way
Selamat hari raya semuaaaaaaaaaaa...

Eh, terus tak sedar diri.
Raya belum la Siti zunnurain!

Friday, August 13, 2010

Baru la...

Fresh sikit tengok template baru..hehehe..
Satu mana cukup..
Banyak kali tukar pun jalannnnnnn...

Eh, sempena test template baru ni, biar korang muntah-muntah tengok gambar-gambar ni..=p


Tengok la 6 anak-anak kecil tu.
I tercongok dalam hall depa syok bergambar..Tak aci.tak aci...


budak ni tengah cari nama I dalam tu..jumpe ke dik???


sampai sekarang I tak tahu kenapa bulu-bulu itu perlu dikucar-kacirkan.


sayang ma!


gambar dirakam waktu pagi.sangat fresh!

Diam itu lebih baik..

Tapi kalau tulis kat sini tak kira bercakap kan?kan?..

Ok.Ok..Kalau tak mula merapu dengan ayat pelik-pelik memang tak sah. Dan haruslah fail karangan BM kalau pendahuluan macam ni. Tapi yang sedikit menimbulkan kekaburan tak pulak penah fail..<<<<
Siapa yang tak puasa?
eh,

Hari ni nak cerita sikit pasal cinta. Pertama cintakan Allah, kedua rasul...Dan seterusnya....ibu bapa. Keempat boyfriend/girlfriend..Ok.ok. Jangan main je Cik ain. Kau nampak tak orang bosan gila ni baca yang kau merepek.

Baiklah. Jujur I tulis ni, I tak tahu nak pendahulukan cerita ni. So, I tulis skema punya ayat ok. I terbaca pasal putus cinta. Cerita tema putus cinta ni sangat basi ok, selain pasal putus cinta artis-artis kat Malaysia yang memenuhi media, terdapat juga sinetron yang berlambak yang tv. Buat cerita putus tali kasut tak boleh ke?

Apa yang korang buat kalau orang yang dekat dengan korang putus juga. Nak sambung tak mungkin. Maka, bermula la kerjaya pakar psikologi kan? Berterabur semua ayatayat nasihat. Alhamdulillah.

Orang kata (bukan I) putus cinta ni berat sangat. Makan tak lalu,tidur basah dengan airmata. Perasaan kecewa dan sedih tu normal. Korang kalau putus cinta tetap cool maknanya tak cinta la 2..

Teringat janji-janji manis si dia. "Saya takkan tinggalkan awak" la, "Awaklah hidup saya, kalau awak tkde, mati la saya" la, macam-macam la kan. Geli jugak I nak tulis ni.<<
Tapi, kenapa lepas dah putus boleh je hidup??? Wei, cakap senang la. Mulut ada gula ke? Tu sebab wahai kaum perempuan, jangan percayakan kata-kata lelaki ni. Kelak janji entah ke mana. Eh, yang I marah lebih-lebih ni kenapa. Ni yang tak nak tulis cerita klise ni...

Ok.Ok. tolong serius.

Macam ni la, bila kita facing masalah putus cinta ni kita memang tak boleh maraton dari rasa nak menangis dan menangis. Tapi jangan membazir air mata terlalu banyak. Nanti bila dah krisis air susah pulak kan? Bila dah habis nangis tu, cepat-cepat fikir balik kenapa semua ni berlaku. Lebih mujarab, bercakaplah dengan seseorang. Tapi haruslah cari pendengar yang baik.

Tambah-tambah di bulan Puasa ni, lebih baik andai kita fokus kepada benda2 yang lebih berpahala<<<<
LA TAHZAN.

Wednesday, August 11, 2010

Selamat dan selamat la hendaknya

First of all, selamat berpuasa buat anda sekalian. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan tidak disia-siakan ok?..

Untuk I, Ramadhan kali ni disambut selepas satu hari bahagia dan bersahur di dalam bus. Takpe..takpe..

Puasa bukan bermakna kita haruslah bermewah-mewah kan?

Baiklah, buat teman-teman yang berkonvo pada 10 Ogos 2010, terutama teman sekuliah, congratulations!

Penat lelah, suka duka, tawa tangis terbayar kan?

Biarkan gambar berbicara.....


bersama tulang belakang penguat semangat



Two pun dah enough la kan...

Selamat berpuasa..=p

Saturday, August 7, 2010

Lagi banyak nak tulis....

Sampai tak ade apa nak taip ni..

Bukan tak taw buat cuma terlebih garam.
Bukan terlalu masin cuma tak menjilat jari..

Errr, mahu ulam Ipomoea (bukan arnab je makan) sama sambal ikan bilis sekarang. Tiga kali makan pun I alhamdulillah..Tapi, tiga kali pun tak sampai "berhenti selepas kenyang" ok.




Monday, August 2, 2010

Banyak sangat nak tulis

Tapi tak banyak masa yang boleh diluangkan depan skrin ni..Takpe..takpe..Sekarang masa nak buat sesi revenge kan...

Yela...benda kalau simpan dalam hati lama-lama nanti bengkak. Selain merapu dekat sini, I pilih untuk bebel semua dekat siblings I. Months ago cik Zahirah jadi mangsa and now si kecik tu pulak. Tak paham pun tak paham la..Janji lepass....

Tapi........tak semua si kecik tu dapat terima. Setakat pasal family, boyfriend, kucing kat rumah, kambing kat sebelah rumah tu ok la. Bila dah masuk bab feeling2 ni kena cari yang seswai gitu..Barula sesi luahan kaw punya..Kan?

Siapa-siapa yang pernah facing situasion kehilangan ni pasti tahu kan. Sepi sangat.. Dah lama arwah pergi tapi ma I hari-hari sebut pasal arwah pak ngah. Semua benda yang kami borak mesti last2 arwah pun masuk. Sedih sangat bila tengok orang yang kita sangat-sangat sayang rasa sedih. Yang mana sedih dia tu berganda-ganda. Sejuta lemon pasti kalah.

Ada satu hari, kami agak syok menonton 1 tv show. Fitrah kasih kalau tak silap. Pasal cari-cari orang yang hilang.

"ma pun nok masuk la"

"nok cari sape?"

"pak ngah. lama doh dia gi. tak balik-balik. tinggal anak bini"

Silence...

Ma cakap dia sayang sangat dengan adik dan arwah. Yela.. I yang adik beradik sejuta lemon ni pun still rasa kami sikit..

Bila tengok betapa kasihnya dia dengan adik dan arwah, I tahu dari mana bonds antara kami adik beradik ni comes from..

Sunday, July 11, 2010

Pernah tak korang

rasa nak lastik-lastik je kambing sebelah rumah korang. I tak pernah. My mother tu kot. Sejak2 3 mejak ni hari-hari ma I membebel (tapi pada i lebih kepada luahan rasa marah dan geram). Yela, cuba bayangkan elok-elok pokok pisang dengan pokok apa ntah tu ade kat belakang rumah I, tup tup disondol si kambing tu.

Nak marah kambing, sah-sah la tak faham kan kambing tu?
Masalahnya dah kalau tuan kambing pun tak reti nak faham kambing jela jadi mangsa..

Akak-akak, abang-abang, kita kan hidup berjiran. Kampung gitu. Mana ada pagar sekeliling rumah yang sampai nak tutup rumah tu. So, sebagai manusia prihatin hidup berjiran kenapa tak boleh tolak ansur sikit. Sikit je. Kalau mintak banyak sampai mati tak dapat kan?

I betul la tak faham dengan orang berfe"el macam tu. Bukan I cakap tak boleh nak buat tu buat ni, hatta nak pelihara dinasour ke, zirafah ke, asal tahu jaga its ok kan.

Jangan sampai esok I jemput makan kenduri kambing sudah..

Thursday, July 8, 2010

Malay fairytales

Sebut je fairytales mesti teringat Cinderella or Snow White since dua princess tu je yang very popular kan?
Tapi itu orang yang punya. I ada my own fairytale...

"ain tak boleh panas-panas ni. Nanti cair. Cair."

"..."

"nanti cair la puteri lilin ni"

"abis, kalau ain puteri lilin, abang ni putera arang?"

Em...

Thursday, July 1, 2010

I love kentang goreng

Ok. Fries. do you?
Kentang goreng mcdonald?

I do..

Kenapa I suka (you pun suka kan?) adalah sebab from the time the fries masuk mulut, terus ke kerongkong and straight ke usus adalah sangat tidak dapat ditolak. Faham? Senang cerita makan fries tu (I mean mcdonald fries) ralit.

Ralit:Leka

Tapiii, I ter..ter meaning tak sengaja, tertengok video about this fries..Aiyoo..have you watch the video? Video yang tunjuk macam mana fries tu stay fresh for almost 3 months. I guess.

I tak tahu kebenaran but apa kata you yang buat experiment? Buy the fries. buat hipotesis awal dulu. Followed by observations and the result. Aha...

Tertanya-tanya kalau video tu benar, is the fries plastic? Tapi plastik bukan tak tahan haba?
Sangat berbeza dengan kentang yang I beli (bila masa ntah beli) then goreng dekat rumah (again:bila masa ni?). Once the fries sejuk kan, lembik je..Tak menjilat jari pulak tu...Terus tolak tepi fries tu (this is so not me)...

Serius. Fries mcd sangat sedap ok.

Wednesday, June 30, 2010

Bersyukur...

Ok. Title sebijik macam kuliah subuh kan? Belasah saja since tak mencemarkan pemikiran dan I rasa bila you baca title tu terus macam angin insaf datang kan? alhamdulillah...

Baiklah. word tu I khusus nak refer dekat diri I dan you yang agak-agak macam kurang bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita dah dapat apa yang sesuai dengan kita. Sila belajar bersyukur. Dannnn, I sangat bersyukur I ada kakak 2 ketul..opsss..dua orang plus anak-anak doraemon 4 orang, walaupun I tak ada abang..

Oh..I rasa I ada abang.
Abang ipar dengan abang sayang boleh la kan?
Bagi chance la..
Ipar in future..
Cess...

Masa pemikiran kurang bijak, I selalu dengki (sikit je) dengan girls lain yang ada abang dan pada masa yang sama girls yang tak ada kakak pulak dengki dengan I. eh, jom la tukar. Boleh?
Dulu boleh
Sekarang no.

Having a sister/sisters yang umur lebih kurang sama ni such a bless tau. Merekalah kakak. Merekalah kawan. Dan kami berkongsi benda yang sama too much except boyfriends..huh..


Jadi cik zuraida, happy birthday to you.

eh, how old are you sekarang?
hehe...

Plus moga cepat nikah.

Friday, June 25, 2010

Please

dress properly..
kalau u pakai tudung tapi legging tiga suku tu proper ke?

berbulu taw..

Wednesday, June 23, 2010

I sungguh

rindukan my childhood. Do you? I bet you do kan? I nak balik zaman budak kecik hingusan selekeh comot suka makan cekedis, aiskrim pong, dan tak mahu pergi mengaji.
I janji, kalau dapat back to childhood I akan rajinnn pergi mengaji. even satu hari pun tak nak ponteng and I jugak akan bangun awal nak pergi tadika...

ohh....

Dulu, masa I kecik, you pun macam ni kan?, selalu sangat nak jadi dewasa kan? Yela, being adult ni best, ada duit, boleh naik motor, kereta, boleh marah budak-budak, boleh kerja dan boleh berpakwe makwe. But now, bila dah dewasa, I guess, I really really wanna go back...to zaman kanak-kanak. I tak mahu dewasa lagi. Ia sungguh meletihkan.

Ini la sebab kenapa kita cakap zaman muda hanya sekali, opss..no, zaman kanak-kanak hanya sekali.

Semakin dewasa, semakin banyak perkara yang perlu difikirkan. And I have to make my own decision yang mana pada masa kanak-kanaknya sangat geram bila parents yang buat keputusan. But now, kenapa bila kena buat sendiri nak melatah kan?

Honestly speaking, Im 21st years old and waiting for my "hari akad nikah". But, I juga perlu mula belajar how to be an independent plus pretty girl. Ces...



Oh ya, esok I kerja after 2 days demam macam demam.

Friday, June 18, 2010

Kalau free...

Semuaaaaa suka..am I right? betul? tak betul? betul? tak? siapa cakap tak betul, sila check otak okey?

Ok. today chicken rice shop bukan sekadar nasi ayam is celebrating their 10th anniversary. Tahu? Kalau ye, u all mesti tadi pagi sibuk beratur for their giving away kan?

Yeee..I la yang excited beratur untuk dapat goodie bag dan nasi adalah wajib.
Tengok la, beg dia yang pink itu sungguh comel. Ohh...



I bukan la gila nasi ayam tapi gila barang free..hahaha..Anyway, thank you kedai nasi ayam.

Oh ya, I snap this...
boleh guess ini apa?



Cantik kan?

Wednesday, June 16, 2010

Ohh...

I rindu menulis...dan merapu for sure..anda pun rindu kan? Ces, ok..Tak.
Tak apa. Tak apa. As long as anda semua bahagia ok. Janji senyum selalu. Oh, talking crap. Sampah. huh...

Talking about sampah, I teringat dekat longkang. And apa kaitan sampah dengan longkang? dalam longkang ada sampah. Ok?

Sejak 2 3 minggu yang lalu, every morning I lalu tepi longkang..Errr..Ok. tepi jalan ada longkang maaaa..ces,..and setiap kali lalu ada bau nescafe. Pagi je taw. Dan I cakap dekat my sis :bau nescafe:

but.......

"ini bau longkang la"

And I macam..."???????"
Itu yang syafiq aka my brother in law will be (insyaallah) said.

Apakah?

Lepas ni mau lepak tepi longkang
Cesss...

Friday, June 11, 2010

My cute little princess

Happy birthday sayang..

Semoga menjadi anak bonda dan ayahanda yang solehah.









opss...



here the birthday girl..



saja letak gambar tak comel..haha

Thursday, June 3, 2010

Lagenda burung gagak

Kalau tak pernah tengok burung gagak, u are invited to Shah Alam. Kota Gagak. Oh, sangat sesuai nama itu. And warga Shah Alam, ampun.

Till now, i am wondering..kenapa banyak gagak di sini. I mean SA. I have no clue.



I ada satu lagenda yang I dengar from my ma dari I kecik sampai dah tua. And for sure, I akan terus dengar legend tu. Yes, about the crow. Ces, ingat gagak tak ada history? Tapi, ini bukan kenapa dia hitam. Hello, dah azali hitam gagak kerana begitu ciptaanNYA ok. Dengar tu adik-adik.

Ohh...pernah korang dengar pasal burung gagak dan puteri mandi? Oppsss...puteri mandi tu nama sejenis kuih. Huh..

Ok. Talking crap je kan.

Tersebutlah kisah pada zaman dahulu kala di pinggir sungai mengalir nan deras. Terlihatlah sang puteri sedang asyik bersiram. Berejam lamanya sampai habis satu botol shower cream jenama Lux. Lalu datanglah si gagak membawa terbang sang puteri.

Ok. Itu versi tok kadok. Ini versi my ma.

"Nyo wak laghi gagok la"

"Bakpo"

"Doh putih do'oh. Gamok ko anok dio"

See. Sorry for the loghat. Yela, dah nama pun my ma orang Kelantan sangat tidak logik la kalau dia cakap orang Kolumpo kan?

And I try so hard untuk buat versi komik. Ok. You are allowed to laugh sampai menitis air mata hatta terkencing pun. Sila...







Jadi siapa-siapa yang suka mandi melebihi waktu tu beware. Hey, cerita ni betul taw. Kalau tak my ma tak ulang dan ulang dan ulang bila dia rasa anak dara dia dah berejam bawah paip tu. Ces....

Tuesday, June 1, 2010

Now I know

what rindu means..Ces, selama ni macam tak pernah rasa rindu kan? Tapi, ini memang rindu sampai tahap tak boleh tidur. Pusing kiri kanan pun masih tak boleh tidur. Doa, segala ayat yang ada semua dah kumat-kamit tapi sama..

Rindu jugakkk......

Huh..Ini bahaya..

Doraemon!












psssttt: saya rindu awak. Ye, awak yang la.

Friday, May 28, 2010

Macam mana ibu ayah mendidik?

Oh ye..Sebelum tu, I address ibu as ma dan ayah sebagai abah. And I rasa most Kelantanase panggil mak as a ma. Mana lebih manja, mama or ma? I rasa ma sebab I panggil Siti Hajar ma...haha..Mind you.

Ok. I ada tersaksi satu insiden yang mana pada I sangat tidak elok. Pada I la which is I tak tahu la kalau korang rasa itu betul atau sememangnya itulah caranya. Begini, I ternampak dan terdengar seorang ayah yang telah menengking anaknya (sangat kuat ok, sampaikan I yang berdiri sgak jauh pun masih terkejut dengan tengkingan itu..huhuhu). The ayah tengking the anak yang pada amatan I masih kanak-kanak yang mana the ayah marah sebab the anak buka pintu kereta dan pada masa itu kereta di sebelah nak reverse. Ok. Faham?

I tak nak elaborate insiden tu sebab pada I bagaimana ibu bapak mendidik anak itu bergantung pada cara mereka. Tetapi, cara mereka juga harus berlandaskan syariat. Kalau dah sampai hari-hari tibai anak, lontarkan perkataaan yang keji, itu tidak patut kan? Bukan! Itu sudah salah kan?

Ma dan abah I didik kami adik beradik dengan baik sekali. Kalau tak, kami tak jadi macam ni. Dan I tak tahu macam mana mereka boleh jaga 7 ketul dragon ball ni. Abah I memang suka membebel. Huh, ni klau dia membebel, 7 hari 10 malam ok. Betul..Dan kami semua buat bodo je. Bini dia pun sama buat bodo..Ces.

Tapi, my ma pulak tak suka membebel. In fact, tak penah. Ma tak treat kami macam anak semata-mata tapi as a friend too..So, kami 7 orang memang kamceng habis dengan ma.

I sungguh tak faham dengan parents yang sebut atau panggil anak dengan perkataan yang tak patut. Kata-kata tu satu doa kan?

Wahai ultraman dan power rangers...

Hatta sailormoon sekalipun..dengar ye..

I do not approve any strangers dekat fb I tau. Jadi, kalau rasa muka I tak penah keluar satu patah pun perkataan dekat awak..jangan tekan "add as friend". Bukan masalah sombong di sini. Tapi lebih kepada privacy. I do not sign up fb untuk cari new friend tapi untuk stay connected dengan kawan-kawan.

Oh ye, tapi kalau anda peminat blog murahan ni nak add tak apa tapi beritahu la atau I ignore je. Ces, perasan ada orang yang dok mengadap blog ni la kan? Huh..tapi u baca ni. Ha..kantoi..

Ok.?

Thursday, May 27, 2010

Ini memang benar sibuk

Bukan saya menyibukkan diri yang tidak sibuk atau menyibukkan diri dengan urusan lain. Tapi memang benar sibuk. Ces, habis orang lain tidur makan je ke? Mind you. Setiap orang berbeza walau ada hidung mata dan mulut. Haih..

World cup is coming kan? Saya ada history pasal world Cup ni. Yes, betul. Saya menang...hahaha..Ok. Tak kelakar.

Tak nak tulis sekarang. Nak pegi rasa nasi goreng yang saya masak dulu. Nampak sedap lagi menggiurkan kan. Oh..terus tak lalu nak makan kan?

And, boys di luar sana, especially, dah siap nak stay over night?

Sunday, May 23, 2010

What is your dream?

Atau what is your ambition? adalah lebih tepat. Now, sila angkat tangan siapa yang tak pernah tulis karangan pasal "cita-cita saya?"..haaaa...tipu la 2. Ok. Mungkin sekolah rendah dekat New Zealand kot. Ces..

Berbalik kepada soalan tu, dah ada jawapan? Oh..Maksud saya cita-cita masa kecik la. Dah besar gedabak korang cita-cita nak jadi jutawan je kan? Tak pun ibu mithali. Eh, saya sedang bercakap pasal siapa ni?

Ok. Polis? Guru? Yang bawak kapal terbang tu? Artis? Atau nak jadi PM? Biasanya kalau lelaki mesti cakap nak jadi polis kan? Sebab baju polis ke sebab ada pistol? Tapi, jangan tembak suka hati pulak ye...

I tak da cita-cita masa kecik dulu. Dah besar ni baru sedar diri. Cita-cita I nak jadi doktor sekarang.

Anda bagaimana?

Hensem jugak doktor ni..

Monday, May 17, 2010

Wahai guru-guru sekalian....

Kepada yang bergelar guru yang sedang membaca tulisan tidak berilmiah ini, Selamat Hari Guru. Cik zuraida, Hari Jurutera xde ye..hahaha..

Oh, sekarang I sedang melalui hari-hari yang berliku. Betul. Macam ada kecacatan otak. Hidup tidak stabil lagi. Mungkin perlu nikah secepatnya. Ces, paling cepat pun lepas cik zuraida..

Ok. Hari Guru semalam tapi masa I sekolah rendah celebration selalu a week after. dannnnnnn serius I suka sangat sebaaaab hari tu tak payah belajar dan duduk dalam dewan dengar budak-budak nyanyi. Dan, cikgu nyanyi.. "kami guru Malaysia...bla bla bla.."

Cik ika dan cik Zahirah, sila hafal lagu tu sekarang!

Sejak 4 5 tahun tinggal zaman sekolah ni, dah xde dapat sambut hari cikgu ni. Tak dapat beli hadiah. I masih ingat, hadiah yang paling glamer dulu adalah tisu dalam kotak dan bunga ros plastik tu. sekarang adik-adik bagi cikgu apa ye?

Zaman mak-mak dulu, cikgu ni kira profesion mantap la. Bangga je dapat nikah dengan cikgu tapi sekarang..

"cikgu je, apa sangat"

Bukan I cakap ok. Certain people. Tanpa cikgu tak ada la jurutera, saintis dan doktor kan? Haih...

Ok la. Selamat Hari Cikgu!

Garang dan bekeng itu tak comel..

Betul. Pertama, anda tidak akan disukai orang. Kedua, urat-urat usia muncul di muka. Ketiga, menjejaskan kesihatan. Betul ke>?




Dan kenapa bila asal jadi bos je nak garang-garang? Tegas dan garang itu berbeza kan?

Saturday, May 15, 2010

Tulisan yang tidak bertajuk.


Happy birthday sayang..
For all the love you gave to me, thank you..
For being born, thank you..


You know who you are..

Monday, May 10, 2010

Define "matang"

Adakah bila kita berusia lebih sikit dipanggil matang? Atau bila kita muka agak-agak lebih tua dari usia sebenar dipanggil matang? Atau gaya dan penampilan? I think being matured itu lebih kepada attitude and brain. Ye. I belum matang. Oh..........


(Tiba-tiba iklan libress kat tv. Adakah buah tembikai itu melambangkan bontot atau otak I yang kotor?)

Baiklah. Isu matang ke matured ni menjelma sebab mamat 3 orang yang berdiri sebelah I dalam komuter tadi. Mujur kurang hensem, tak ada la mata asyik kejap-kejap pandang ke kanan.

(Komuter: tengah, koc ladies...Ces, tak boleh cuci mata )

Begini ceritanya. Tiga lelaki (seperti di atas) yang merasakan gaya dan lagak mereka adalah macho yang I rasa cukup menjengkelkan telah berjaya menyemakkan telinga I dengan kata-kata perli mereka. eh, bukan pada I tapi kepada 7 (kurang atau lebih) gadis yang pada I masih bersekolah menengah.

Mesti tak faham kan? Begini. 3 mamat tu dok la perli-perli budak-budak sekolah tu. Sebab? Budak-budak perempuan tu kecoh bercerita, gelak ketawa. Yang mana pada I itu adalah biasa. Helo? Korang dulu zaman sekolah bila dengan kawan-kawan tak kecoh-kecoh?Borak-borak?Gelak-gelak?

mamat A: budak-budak sekolah diam

budak perempuan 1: sape budak sekolah?

budak perempuan 2: sape yang cakap tu (sambil toleh ke arah mamat yang 3 ketul tu.)

mamat B: tangan turun bawah.Baru lepas sukan tu, cover sikit (budak-budak perempuan tu semua berbaju sukan)

mamat A: menjawab. Kecik-kecik dah pandai menjawab. Besar nak jadi apa?

mamat B:kenapa diorang semua badan macam aku? (tahu pun kau gemuk..hahahaha..gila jahat kan?)

mamat A: baju sponsor, seluar sponsor.Tapi main tetap kalah (eh, kau dengki dengan budak2 tu kenapa?)

mamat B: asik kalah je. Berlatih pun kalah

Dan banyak lagi ayat2 yang mereka sembur. Cukup untuk budak-budak perempuan tu dengar.
Tapi, budak-budak tu tak layan mamat 3 ketul tu. Tak caya? Cuba tebgok dialog kat atas? Kan ada 2 je? Lepas tu diorang senyap je. Tak layan.

Ok. Sekarang beritahu I siapa yang tak matang?

This is a tag..

Mula-mula sekali terima kasih daun pisang buat cik syifa. Hehehe...
Ok. Cerita panjang-panjang pun tak ada berilmiah. Saya terus jawab tag je okeyh..



Rules:

It's harder than it looks...
Copy to your own notes...
Erase my answers...
Enter yours and tag twenty (20) people...
Use the first letter of your name to answer each of the following questions...
They have to be real...
Nothing made up...
If the person before u had the same first initial, you must use different answers...
You cannot use any words twice...
and
You can't use your name for the boy / girl name question...

Here we go..tapi I nak jawab BM..haha


1. What is your name : ain
2. A four letter word : ayam
3. A boy's name : akmal
4. A girl's name : azizah
5. An occupation : artis..hehehe..
6. A colour : a..a...
7. Something you wear : a sexy baju tidur..~lalala~
8. A food : apam balik
9. Something found in the bathroom :avon punye body shower (sapa ada?)
10. A place : afrika
11. A reason for being late : ada orang tu tak kejut..hahaha
12. Something u shout : aaaaaaaaaaaaaaaaaa
13. A movie title :anak bapak (P.Ramlee..hehehe)
14. Something u drink : air masak
15. A musical group : ahli fikir
16. An animal : angsa..ades..
17. A street name : a straight street?
18. A type of car : audi (nak sebijik boleh?)


Ok. cukup. Berdarah otak I..
Tak nak tag la..AHHH...

oh. cik syifa bagi cenderahai sekali. Baik sungguh dia...











Sunday, May 9, 2010

Seronok dan gusar

Ini adalah post segera. Masih panas. Baru 2 jam yang lepas. Bukan semalam, kelmarin atau marin dulu. Dan, zuraida sila bersabar dengan gambar-gambar di bawah.

Pernah dengar atau pernah sampai ke i City di Shah Alam? Kalau belum sila pergi. Kalau dah, apa pendapat anda?

Saya ada dua perkara yang berlegar-legar. Pertama, tempat sangat cantik. Sangat indah. Sangat dan sangat. Kedua, berapa kos pembinaan?

Sekarang sila perhati....


Ok. Saya mengaku no skill tapi cantik kan pokok?hahaha..


Cium. Dan anda akan terkena kejutan elektrik..hahaha. Ok. tak lucu.


cantik kan?kan?kan?cepat cakap cantik!


lawa kan pokok-pokok tu. Serius wa cakap..=p



Rasa dengki tak?hehehe...Ok. Walaupun kami seronok, tiba-tiba..TING!!!!!!zahirah dapat call dari teman serumah dan ada insiden yang sangat menggusarkan kami berlaku. semoga tidak berulang dan kami kekal selamat. Terima kasih Ya Allah.

Friday, May 7, 2010

Di sebalik gambar

Seriously, beberapa hari ni sungguh jam ini otak.
Masih dalam depress state.
No words today, pictures only.

Serius, aiskrim tu macam minum gula. Awas eh! Kurangkan gula. Tapi, satu tu I habiskan. Ces


Sesi memilih kerang. I used to hate kerang (masa kecik-kecik).

Percaya la. Itu harimau tipu..

Ini mamat yang selalu buat hal bila outing session. Serius (lagi-lagi serius) memang bikin panas je mamat ni.

Wednesday, May 5, 2010

Kerusi..

Anda tahu kerusi? Ye. Tempat melabuhkan bontot. Itu kita panggil kerusi. Now, imagine. Kaki sangat lenguh sebab berdiri dan tiba-tiba zapp...ada kerusi! Indah bukan..?

Tapi, I ada fakta yang benar-benar menyebabkan I kurang berkenan kerusi. Fakta itu adalah, kerusi yang ada masalah ketinggian tidak sama. Pernah hadapi situasi ni? Faham tak ketinggian tak sama tu macam mana? Ok. Again, sila imagine dengan merujuk kepada gambar.



Tiga kaki kerusi berwarna biru berukuran 50 cm butttttt yang merah 47.87 cm. Faham? Dan bila berada atas kerusi tu umpama jongkat-jongket. Lebih malang, bila I selalu berdepan kerusi ni semasa exam. Damn, sungguh menyakitkan hati.

Baiklah. Itu masalah kerusi. Sabar. Tapi, what happen kalau ada manusia yang menyebabkan kita macam duduk atas duri? Oh, melampau sangat. Atas batu? Boleh? Whatever. Ok. Situasinya begini. Di dalam cinema dan enak menonton Spongebob the movie (coming soon maybe) tiba-tiba terasa ada hentakan dari belakang. Eh, helo? Apa dia bayar untuk sepak-sepak kerusi dekat depan. seriously, orang macam tu tak ada manner kan?





aien's:Im in depress state. Tapi ingat, jangan takut dengan kesusahan

Tuesday, May 4, 2010

Lembu panggang..

Bunyi agak geli-geli. Sebab yang kita makan daging dia...hahaha..tak kelakar? memang.

1. Thank & link the person that gave you the cow.

Orang-orang zaman sekarang sungguh murah hati.. Contoh sahabat I yang sorang ni. Dah la cantik baik hati pulak. Kan cik yati?

Tak caya? Tengok dia bagi I apa. Dia memang mengerti perasaan I yang tengah fikir nak buat kenduri doa selamat ni..




Itu lembu.

2. Bagi balik wasiat nie kat 7 bloggers yang paling aktif atau 7 paling tak aktif...hahaha

Tak nak. Tak nak. Kan I nak sembelih.

3. Bagi tau diorang nie, yang diorang dapat wasiat dari orang kaya Kg Sepening Lalat.

....(sepi)

4. Cerita 3 perkara apa yang anda selalu buat sambil tengok TV

Lembu dengan TV ada kaitan jugak. Ok. Ini apa yang I buat
..tukar-tukar volume..
..tukar-tukar channel..
..tukar-tukar position..

5. Bagitau 3 makanan pelik yang pernah anda makan

Pelik? Daun pokok jambu? Pelik tak? Kan spesies lembu. Mamalia


6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK


xramai je. Berkawan biar seorang. Bercinta biar beribu

7. Favourite soalan ni....macam mana korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe....kat mana???


Mydin mall..ok. Tipu..

Monday, May 3, 2010

Jangan takut susah, takutlah bila....

Hidup terlampau senang. Bangun pagi tanpa ada perkara yang bermain di otak adalah mustahil untuk manusia yang normal.

Saya hampir menyudahkan baki-baki hari bergelar pelajar. Sungguh tidak enak. Bulan depan mau daftar sekolah rendah semula. Tapi kena beli kain warna biru gelap dan juga beg power rangers dulu. Oh, tak lupa pensel warna dan gam.

Seorang teman telah menunjukkan kepada saya satu halaman pada buku yang dibacanya. Tersentuh hati kecilku. Oh, sungguh sayu kata-kata itu. Ok. Ini perkara serius, mari kita serius. Ini bukan cerita dragon ball ada tujuh bijik (dragon ball ada 8 sebenarnya, satu dengan saya. So?)

Baiklah. Satu bait ayat yang begitu menyentuh jiwa adalah "jangan takutkan kesusahan". Betul. Kenapa kita perlu takut?



Kesusahan itu mengajar kita menghargai. Menghargai setiap apa yang ada di depan mata. Kesihatan? Mak? Ayah? Duit RM10? Kucing?..Saya selalu mengingatkan diri. Jangan takut dengan segala yang mendatang. Sebab "Im not alone" (ok, sila nyanyi untuk hilangkan stress anda)

Perkara yang saya lakukan semasa mengalami kesusahan adalah melompat dari bangunan ke bangunan seperti superman, mengfire raksasa seperti ultraman dan menangkap jellyfish seperti spongebob (semestinya ditemani encik patrick aka encik akmal). Pertama, menangis. Meleleh ini memang la, memang perempuan suka. Fuh, nasib saya seorang gadis. Kedua, meminta dan mengadu dengan Pencipta. Ketiga, tet....



Jangan takut dengan kesusahan.

Thursday, April 29, 2010

Road Trip with My Broadband

Assalamualaikum...

Salam satu Malaysia (tiba-tiba), sebenarnya (bunyi macam rahsia padahal tak) I dekat rumah ni..Ye.betul..Motif? Saja, mungkin ada yang dengki...hahaha..

Kalau ada yang perasan (tak perasan pun sila buat-buat perasan) dah berapa hari I tak create new merapu post and publish. Satu-satunya sebab adalah kerana I berada di perkampungan orang asli, eh, kampung I la.

Ok, terus ke tajuk utama. Ini instant cash blogging yang I nak cuba rapukan disini sebab rindu sangat nak menaip. Dan kerana adanya broandband pinjam inilah I dapat menaip. Oh, terima kasih (walaupun slide presentation masih belum siap tetap gagah menaip post. Syabas dan tahniah)

Baiklah, kembali ke beberapa tahun atau mungkin 4 atau 5 tahun yang dulu, internet adalah salah satu perkara yang tidak begitu penting bagi I. Tapi, sekarang internet menjadi keperluan bukan lagi kehendak. Banyak perkara yang sangat butuhkan connection internet. Dan sekarang, seiring dengan peredaran masa yang makin pantas dan segala-galanya di hujung jari kita telah dikenalkan dengan perkataan "broadband".






Perkara yang paling menerujakan dengan penggunaan broadband adalah kerana ianya ringan dan kecil. Tidak! Kerana ianya tidak berwayar dan tidak perlu disambung ke mana-mana lubang yang akan menyebabkan rambut tertegak atau kematian sekiranya jari yang dicucuk di situ. Ok. Tidak kelakar. Walau ke perkampungan asli tempat I sekarang sekalipun, blogging tetap berjalan. Ini sangat indah bukan?

Jadi, walau di mana kita berada (ceh, dah macam iklan, tapi iklan apa tak tahu) kita tetap dapat berinternet. Oh, hidup sangat indah. Jadi, turn to Wiggy adalah pilihan yang betul. Jalan tetap berjalan, tapi berjalan di alam sesawang tetap on je. Lagi sekali, hidup sangat indah kan?

And, enjoy this too...








Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Monday, April 26, 2010

Apa salah saya pak cik?

Ye, pakcik. Pak cik marah saya tolak pinangan pak cik ke? Setahu saya pak cik tak pernah hantar mana-mana pinangan mahupun buah pinang tapi kenapa ya pak cik?

Saya tak kisah pak cik sentiasa muka kelat macam buah peria, pahit macam panadol atau masam macam cuka. Saya naik jugak bus yang pak cik dok drift tu.

Tapi pak cik, kenapa pak cik nak hantar saya ke hospital pak cik?
Pak cik tahu tak kalau saya gedebuk jatuh masa nak turun bus pak cik tu, saya mesti luka berdarah pak cik. Malu tak usah cerita. Lepas tu kalau masa saya jatuh, srettttttttt tayar bus (sila rujuk rajah: B) pak cik brek atas kaki saya macam mana pak cik? Kalau jadi (kalau ye) saya tak nak duit saman saya nak kaki. Pak cik boleh bagi?

Sila rujuk ilustrasi:





Jadi pak cik, boleh tak lain kali sila pastikan kedua-dua kaki saya mendarat atas tanah baru bergerak. Saya sangat takut pak cik melompat semasa kenderaan bergerak. Saya tak nak naik pelamin dalam keadaan cacat pak cik.

Sunday, April 25, 2010

Satu dua tiga




Besok saya exam
Petang tadi saya pergi KLCC
Cool tak saya?

3 pagi

Saya menunggu tepat 3 pagi untuk menulis artikel ini. artikel? Sangat tidak praktikal untuk penulisan yang tidak berilmiah ini tapi berunsurkan pembelajaran. Anda tidak faham? saya pun. Jom gelak sama-sama. Hahahaha...

Sebelum tu, selamat hari ahad. Sila datang semula untuk membaca artikel ini sekiranya anda tidak membacanya pada hari Ahad. Sila. Ini merupakan kali pertama saya menulis pada jam 3 pagi ditemani dengan bunyi kipas, kipas laptop, dan unggas. Ok. Tipu.

Motif entri masih tidak diketahui sehingga saat ini. Baik. Mari berfikir sejenak.



Ok. Semakin lama saya buat sesi jalan-blog, semakin banyak yang saya dapat. Positif yang saya maksudkan. Cerita yang sumpah seranah memang banyak tapi saya jelingkan sahaja. Semasa jalan-blog, saya hanya jatuh cinta kepada penulisan dan bukannya penulisnya. Hati perlu dijaga, supaya tidak terpesong. Motif ayat? Tiada. Oleh itu, lagi terang bersuluh lampu kalimantan saya memilih untuk membaca tulisan yang membina dan membangunkan pemikiran seperti.....ah, malas la pulak nak state.



Saya tertarik dengan seorang insan yang mengatakan dia sungguh menyampah dengan mereka yang menayangkan pendapatan dari enjin pengiklanan yang glamour itu. Sila lihat bahagian atas sebelah kanan. Ye. Itulah dia. Komen saya, bergantung kepada niat. Ingat, matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Ada kaitan tak kedua-dua ayat tersebut. Tidak.

Saya juga turut bertemu secara maya sahaja dengan para blogger yang diminati ramai. Mujur, tidak berapa hensem. Entri ini tidak akan dibaca mereka, makanya saya berani kutuk. Hahaha..Motif gelak? Tidak tahulah saya. Tapi hati lagi penting daripada rupa. Percaya atau tidak? Haruslah percaya. Tetapi, hati yang tulus lagi suci berserta rupa elok indah dipandang itu satu anugerah. Bak kata adik iklan sabun dekat tv tu

"Pakaian boleh dicuci, hati yang suci sukar dicari"

sekian sahaja artikel merapu ini.

Saturday, April 24, 2010

Ini cerita tagging

Pagi ini bila buka dashboard blog and lawat blog kawan-kawan ada kerja pulak. Terima kasih cik yati sudi tag i. Bangga sekali. Haha. Di bawah ni arahan dia...


1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging


Inilah dia..


Cantik kan gambar tu. Saya pun tak tahu tu gambar apa. Ok. Tipu. Begini alkisahnya. Gambar diambil oleh Cik Zulaikha semasa saya berjaya menarik dia mendaki bukit untuk ke makmal. Kejam kan kakak dia. Tidak. Motif saya adalah untuk mendedahkan dia dengan susana Makmal. Dia mana pernah masuk makmal, masuk kelas je. Bosan. Dan saya nak berlagak tunjuk hasil penyelidikan saya. Ces. unsur riak disitu. Sila ambil iktibar.

Baiklah, pokok kecil comel lote tu sebenarnya pokok rambutan yang saya dah kecik kan guna teknik "Honey, I shrunk the pokok rambutan". Ok, terima kasih. Jumpa lagi besok. Babai.

Untuk yang cantik-cantik saja..

Ini kali kedua dapat award. Ye. Sangat menyedihkan. Sila kesian.
Tapi, ABP dan AJL pun setahun sekali kan? So, macam tak syok kalau hari-hari dapat award. Itu kenyataan orang tutup (cover). Tapiiii, I sangat sukakan award ini. Sangat. Sila baca dengan reaksi baru dapat sejuta. Lepas ni, jangan lupa bagi I award lagi. Motif nak award? Tidak diketahui.

Baiklah, pendahuluan dah siap, Sekarang nak tunjuk kepada I sangat sukaaaaaaa award ini..Ehem, ehem..


See? For sure korang tahu kenapa I suka kan. Oh...

Ok, sebesar-besar lemon terima kasih buat cik FANURAMI sebab sudi bagi award ni. Sampai sekarang I ada masalah sikit nak sebut nama dia. Hehehehe. Sila jenguk beliau. Cantik manis orangnya.

Since caring is sharing, eh, sharing is caring, I nak bagi pulak dekat 15 blogger yang cantik lagi. Sila ambil. Bukan senang I nak baik macam ni. Hahaha. Motif gelak tidak diketahui. Yang cantik-cantik itu adalah...

1)cik yat
2)cik fatihah
3)cik tisya
15)cik ida

Dah cukup 15 kan?


Dan state 7 thing about myself..
1)I perempuan
2)I lahir pada 1st feb (sila alert)
3) I makan nasi+lauk+sayur. Rumput terkecuali
4)I tidak berapa minat dengan bawang. Tapi bawang tu suka I. Cess...
5)I suka benda yang indah-indah. Ma, bunga, baby, kanak-kanak, pokok, pantai dan makanan.
6)I suka shopping dan shopping tingkap diutamakan
7)I sukakan monyet yang hari-hari masuk bilik thru tingkap. I love you nyet!
8)Eh, dah cukup tujuh..Maaf

Dapat award, entri macam tak sedar diri. Ces, ok anda lima belas orang kat atas tu dah amik award ni sila buat perkara di bawah ye.
1. Thank and link the person that give you the award.
2. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3. Contact said blog and tell them know they've won the award.
4. State 7 thing about your self.

Friday, April 23, 2010

My Name Is Khan, eh, Ain

Assalamualaikum..

Siapa dah tengok cerita tu? Saya belum. Tapi akan, sebab..sebab shah rukh khan hensem. Hahaha. Ma saya pun suka lelaki itu. Tapi ain mintak maaf ye ma, terpaksa tolak pinangan dia minggu lepas. Ain bukan apa, cuma cinta hati terarah ke lain.

Ok. cukup merapu disini..

Ini shah rukh khan dan kojol, eh, kajol.

Tengok, niat nak menulis pasal nama sendiri tapi dengan shah rukh khan pun ada. Tapi tak apa, ini kita panggil variasi. Betul ke? Tak apa, kita belasah aje.

Baiklah, seringkali saya mengalami masalah SILA-ULANG-NAMA-PALING-SIKIT-TIGA-KALI. Anda faham maksud saya? Begini, setiap kali menyebut nama kepada orang-orang baru saya sokmo harus menyebutnya paling sikit tiga kali ulangan. Tidak mengapa. Saya sukakan nama saya. Anda bagaimana?

Selain itu (tengok, ayat karangan dah keluar) ada juga segelintir yang tidak dapat mengeja nama saya dengan betul lagi precise.Makanya saya harus menunjukkan ic. Tak apa. Saya berbesar hati untuk mengeja bagi pihak anda.

Bermula tadika (mungkin tipu, sebab saya lupa maaaa) sampai sekarang, namaku menjadi pujaan. Eh, menjadi tanda tanya. Apakah? Bagaimanakah?. Apakah bermaksud apa maksud nama saya dan apa nama penuh bila saya cakap "AIN". Bagaimana pula macam mana mahu eja lagi sebut.

Kesimpulannya, nama wa SITI ZUNNURAIN. Senang bukan?

aien...if buchuk+masyam jadi pe?? ngee

belacan...apakah?

Ask me anything

kila x ske mawi..shhh...

xpe..yg penting mawi suka ain..hakhak

Ask me anything

Thursday, April 22, 2010

Aien buchukkkk?????

x..masyam....

Ask me anything

Akademi Fantasia:Mawi

Tidak! Saya bukanlah sama sekali peminat setia AF. Tidak!Tidak!(ok, perlu ke bangkangan sebegitu, ye, perlu, supaya kalian tahu, saya tak suka.haha)

Sebelum itu, saya memohon maaf kalau terkutuk. TERkutuk ok rancangan gila glamer ini. Tak ada orang terjah kan? Seperti yang peminat-peminat tahu, AF ni dah masuk musim ke 8. Dan serius saya tak tahu dah berapa puluh yang lahir daripada program ini (penggunaan "daripada" untuk ayat ini bukan "dari", dari digunakan untuk tempat dan masa. Itu kita panggil tatabahasa).

Baiklah,saya cuma kenal mawi, ye, mawi dan saya sukakan dia masa dia dalam akademi. Tiap hari saya baca surat khabar cari berita Mawi. Dulu masa tingkatan 5 kami ada surat khabar free. Berebut aje. Ok, sekarang sila gelak. Saya tahu saya tidak berapa bijak sebab saya sukakan dia. Oh, kenapa saya suka Mawi dulu? Sebab dia hensemkah? Atau gondol?

Ini Mawi. Motif gambar diletak tidak diketahui

Pertama kali mengenal AF adalah semasa di Gerik. Masa itu musim pertama. Dan sememangnya seluruh Malaysia menggilai AF. Oh, kenapa daku terjebak. Dan lebih memalukan, saya dan bersama-sama beberapa orang teman telah dengan tidak malu. TIDAK MALU. mengunjungi rumah salah seorang kakitangan semata-mata nak tonton konsert final AF! Apakah?


Akhirnya, pulang dengan hampa sebab Vince yang menang. Ces, malu tak terbalas.

Wednesday, April 21, 2010

Berita sesak nafas terbaru

Date : 3rd May 2010 9am
Title :........(rahsia. nak tahu kena tanya)




The picture is very related to the date.

Penyakit baru

Saya tak tahu sama ada saya yang ganas. Mandi tergopoh-gapah atau terkinja-kinja.
Yang pasti, akhir-akhir ni, air selalu masuk telinga.
Masalah.


Lompat-lompat. Tak keluar jugak.

Haih..

Positif itu perlu

Saya punya seorang teman. Tapi saya tidak sukakan dia. Dulu. Dia ganas. Dia selalu ada masalah disiplin. Tapi dia pandai main bola sepak. Tapi itu dulu. 7 tahun yang lepas. Beberapa minggu yang lepas, saya ternampak dia dia facebook. Saya add. Dengan niat "kami satu sekolah".

Hari ini dia menegur saya. Di ruangan Chat FB. Terkesima sebentar. Apa tidaknya. Saya fikirkan dia tidak mengenali saya. Kami sekolah yang sama. Kami homeroom yang sama. Tapi kami tidak pernah bercakap. Nama saya?. Mungkin dia tidak pernah tahu. Mungkin.

Dan

Dia minta nombor.

Saya yang fikir bukan-bukan atau dia memang mahu keep in touch, orang kata kan?

Tuesday, April 20, 2010

Rahsia sarapan

Sarapan atau lebih popular disebut breakfast menjadi igauan ngeri bagi sesetengah orang. Saya sering mendengar keluhan, rungutan malahan rengekan teman-teman dan orang sekeliling (ini bila menyibuk nak dengar orang sebelah sembang apa. Eh, macam la korang tak macam ni kan?) Sebab utama mereka reject awal-awal breakfast ni, belum lihat menu dah tolak, oh, sungguh rugi. Sebab mereka bilang sama saya...

"Nanti perut sakit"

Kesian mendengar. Sakit perut adalah perkara yang sangat menyeksakan ok.

Dengar ya kalian, pensyarah saya pernah bilang sama saya, sakit perut itu kerana satu isyarat, lebih kurang maksud macam wake up call (eh, betul ke? tak apa. Janji kalian faham maksud saya) Faham ke? Maksudnya, perut berkata..

"Tolong! Saya mahu keluar dari perut awak!"

Jadi, apabila kita mengalami sakit perut, itu bermakna dia suruh kita pergi buang toksin dalam perut tu. Weh, nak ke korang simpan toksin dalam perut? Jadi, jangan takutkan sakit perut itu, baik takutkan kesan toksin tu kalau tak buang.

Tahukah kalian bagaimana mahu hidup secara berkualiti? tersusun? tak ada sepah-sepah macam orang gila, sentiasa berfikiran positif? tak ada nak asyik berprasangka buruk je dengan orang. Ini tak , orang senyum pun korang kata dia nak ngorat kan? Koya la 2 dan juga langsing.LANGSING!.

Jawapannya:SARAPAN

Ye, sarapan yang korang kata buat perut berjoget2 tu.
Kenapa masih nak tolak sarapan?

Oh, ya. Sarapan juga buat kita lebih fokus semasa belajar sekaligus menjadikan kita bijak pandai. Ye, betul. Lepas ni bolehla cipta kereta guna remote.


tak terliur ke tengok nasi lemak ni



aien's:salah satu sebab kenapa saya sangat sukakan sarapan kerana saya sudah dididik oleh ma sejak kecil. Oh. sayang ibu!

Monday, April 19, 2010

Stress itu saya

Saya sungguh stress, maka entri ini turut stress. Maka anda akan terbias kestressan.
Oleh kerana stress, mari kita main game yang tidak stress supaya stress tidak menjadi stress kerana apabila stress bertemu stress, jawapannya gila.

Baik. Sekarang kira perkataan stress
Stress=10

Game 1



Oh, zombi kejam. Sikit tak bagi chance

Game 2



Energy! Saya perlu energy


Ah, saya makin stress!

Transgenesis:Transformkan saya



Ya. Saya mahukan novel itu. Ada sesiapa sudi pinjamkan? Hadiahkan lagi menarik bunyinya..hahaha..

Sebenarnya, I dah tengok seorang hamba Allah baca novel ini, malangnya novel tu bukan dia punya. I, bab-bab pinjam rete orang susah sikit. End up, senyum je.

Tapi, hari ni semasa khusyuk kekoh nota kuliah, teringat novel ini. Oh, boleh masuk dalam wish lists ni.

Baiklah, sekali lagi. Anyone?


aiens':ada sesiapa pernah baca tak?