Ehem, well,
Aku mahu cerita
Tentang rasa, perihal perasaan
Argh!
Tentang cinta, barangkali.
Kadang terasa bagai dara belasan tahun, yang lemas diulit cinta teruna belum habis hingusnya
Kadang malu benar dek teman lain, sudah halal cinta mereka
Tapi aku tetap jatuh cinta
Sering teringat, biar dia sentiasa baik
Mahu diperhati, terbit juga mahu bermanja
Kan aku cakap,
Bagai dara belasan tahun
Tapi benar aku jatuh cinta
Pada dia, di hujung sana
Yang sering melontar kata penuh bermakna
Mematahkan ego dengan sabarnya
Orangnya tenang menghapus amarah
Juga lucu menjemput senyum
Bukanlah pujaan ribuan wanita
Jauh sekali sempurna sifatnya
Tapi tetap,
Aku jatuh cinta
Ehemm.....
ReplyDeleteEhemmmmmmm.mhaha
Delete