Assalamualaikum.
Dalam meniti hari-hari yang mendatang, eh jap, kenapa saya berbunyi Bahasa Melayu Kertas 2 ni?, okey, mesti ada masa-masa yang kita sakit hati bagai dirobek-robek oleh kawan sebilik, serumah, setempat kerja, sebangsa, facebook punya kawan, bos, kereta kat simpang dekat rumah, cashier pasaraya atau siapa-siapa sahaja (kalau tulis semua, esok pun belum tentu habis ni) kan?
Kalau tak ada tu, saya nak bagi salute sebab hati anda tu memang kalis.
Sakit hati ni selalunya dek perangai syaiton-nirojim orang lain yang letak otak dekat kepala lutut. Yang ni efek sakit hati dia sama ada secara langsung atau tidak langsung. Untuk yang tidak langsung tu boleh kita sabarkan. Tapi yang langsung tu reda jela sebab dah nama pun perangai syaiton-nirojim tadi kan.
Masalah sakit hati ni memang susah nak diubati dan tiada vaksin untuk pembawa virus ni. Sebabnya, hal bila bermain dengan manusia lain memang almost mustahil sebab setiap orang otak dia tafsir dan taksir berbeza dengan kita.
Walaupun tiada vaksin untuk pembawa sakit hati ni, tak semestinya kita terpaksa menghidap sakit ni setiap masa. Mungkin ada yang kata kita boleh nasihat atau tarbiyahkan sahaja sang pembawa DNA bermasalah tu, mungkin hasilnya positif.
Tapi, untuk gunakan cara tersebut kita terpaksa bersusah-payah fikir idea dan sekali lagi hati kita ada risiko untuk rasa sakit hati sebab kebiasaan manusia yang ada gen pembawa sakit hati kepada manusia lain ni turut membawa gen yang mana otak mereka berada di kaki. Eh, panjang pula siap tak ada penanda wacana tu. Harap ngerti.
So, kita tak boleh lupa mereka tu orang untuk kita ubah (atas dasar kita percaya manusia boleh berubah). Jangan kita lupa yang kita pun manusia yang boleh berubah.
Jadi macam mana?
Untuk ubah orang lain bukan senang, kita ubah diri kita. Jom kita jadi macam orang dekat perenggan nombor 2 tadi.
Iaitu orang kalis sakit hati.
Bye.

posted from Bloggeroid
skt hati kejap2 je sudah. time skt hati, maki hamun puas2 dlm hati. nescaya skt hati td akan hilang seberapa cepat yg mgkn.
ReplyDeleteInsyaallah akan dipraktikkan.hihi
ReplyDelete