Sunday, March 20, 2011

Bila baru nak belajar?



Life is short. No. It is tooooo short.
Kita tak tahu , tak mungkin tahu pun bila kita akan pejam mata tanpa dapat buka semula. Mungkin selepas habis entri ni ditaip, atau mungkin semasa entri ni ditaip. Yang mana seandai ia betul, entri ni pun takkan di post.

Pernah tak kita berjanji yang kita tak kan, tak akan ulang the same mistake. Janji kaw-kaw dalam hati. Walhal, akhirnya mistake tu kita tetap ulang berkali-kali.. Bila kita sedar yang kita dah ulang kesalahan yang sama, kita rasa janji yang kaw kaw tadi tu, hanya macam angin je. Rasa tapi tak nampak. Kita tahu kita janji tapi sebab kita tak nampak kesan kalau kita still repeat the same mistake, kita hanya mampu kata "It happen again"

Sampai sekarang, I masih belum jumpa balance in my life. I fikir I found them tapi sebenarnya, itu baru klimaks.

I rasa I marahkan diri I sendiri. Sebab tak mahu belajar. Meaning, belajar dari masa silam (masa silam? setuju tak kalau I cakap word masa silam tu buat kita fikir negative?). I dont mind. I nak jugak pakai that word. Sebagai perisa dalam entri ni. So, you tahu yang I am serius about what im typing ok.

Sudah jatuh ditimpa tangga. No.
Sudah terhantuk baru tengadah. Yes.

Peribahasa yang kedua tu memang untuk I. I takut untuk blame diri sendiri, so I tend to blame orang lain.

Sesetengah orang cakap, life is short, so break the rule. I think, life is short, follow the rule, smartly. Sebab once you break the rule, you dah buat kehidupan ni makin pendek atau lagi teruk, kehidupan ni jadi dah tak ada. You have no more life. Bumi nampak gelap.

Kenapa I cakap macam tu? Because I dah pecahkan rule tu, langgar tanpa fikir, kesannya? This post. Faham? I bet you dont. Jangan risau, you tak perlu faham tapi ingat "life is short, enjoy, tapi follow the rule"

Berbalik kepada bila baru nak belajar. I dah repeat same mistake untuk kedua kalinya. I rasa sangat bodoh. For the first time in my life, ulang kesalahan yang sama adalah sangat tidak cerdik. Tapi percayalah, I manusia biasa, bukan Paul, every second I buat salah.

Yang pasti. I tak pernah fikir untuk berhenti belajar.

2 comments:

  1. Jangan serik untuk berdoa...
    jgn cepat berputus asa...

    Ingat pesan Allah
    -Yusuf:87...
    Maksudnya; "Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.Yusuf:87.

    kita hanya insan biasa yg sering buat kesilapan...
    termasuk la diri sy sendiri...
    usah putus asa...
    selagi kita hidup...teruskan mencari rahmat nya yg luas kt muka bumi ini...

    ReplyDelete
  2. hidup harus di terus kan...
    usaha mudah ptus harapan...


    يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِنْ يُوسُفَ

    وَأَخِيهِ وَلَا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ





    Maksudnya; Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.Yusuf:87.

    Bahkan sehingga orang yang berdosa sekalipun tidak dibenarkan berputus asa sama sekali kerana keampunan Allah s.w.t itu sangat luas. Allah menjelaskan hal ini dalam sebuah ayat yang sugguh indah maknanya:



    قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ



    Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. Al-Zumar:39



    Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut.

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!